Anda di halaman 1dari 12

CIRI-CIRI UMMAHATUL MUKMIN MELALUI TARBIYAH RASULULLAH 1

        


         
         
  

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang Yang beriman daripada diri mereka
sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang Yang mempunyai
pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya Yang lain - menurut
(hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang Yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan
kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. hukum
Yang demikian itu adalah tertulis Dalam Kitab Allah. al-Ahzab 6

Allah menyebut tentang isteri-isteri Rasulullah SAW yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan
kedudukan mulia mereka, kerana itu mereka dinamakan ummul mukmin, mereka adalah isteri
Rasulullah saw di dunia dan akhirat.

‫وسودة بنت‬ ،‫ خديجة بنت خويلد‬:‫ هن‬،‫ القرشيات منهن ست‬.‫إحدى عشرة‬ ‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫والمتَّفق عليه من زوجاته‬

.‫بنت أبي سفيان‬ ‫وأم حبيبة‬ ،‫وأم سلمة‬ ،‫وحفصة بنت عمر بن الخطاب‬ ،‫وعائشة بنت أبي بكر‬ ،‫زمعة‬

‫ة بنت‬33 ‫وميمون‬ ،‫ة‬33 ‫وزينب بنت خزيم‬ ،‫ارث‬33 ‫ة بنت الح‬33 ‫وجويري‬ ،‫ زينب بنت جحش‬:‫ هن‬،‫ع‬33 ‫ريش أرب‬33 ‫ير ق‬33 ‫ات من غ‬33 ‫والعربي‬

.‫وهي من مصر‬ ‫مارية القبطية‬ ‫ وتبقى‬.‫من بني إسرائيل‬ "‫ "صفية بنت حيي‬:‫ وواحدة من غير العرب وهي‬.‫الحارث‬

،‫ة‬3‫وزينب بنت خزيم‬ ‫د‬3‫ة بنت خويل‬3‫خديج‬ ‫ا‬3‫ وهم‬،‫ه‬3‫ال حيات‬3‫ح‬ ‫لم‬3‫ه وس‬3‫لى اهلل علي‬3‫ص‬ ‫محمد‬ ‫بي‬3‫ات الن‬3‫ان من زوج‬3‫وتوفِّيت اثنت‬

‫دخل‬3‫د عليهن ولم ي‬3‫عق‬ ‫لم‬3‫ه وس‬33‫لى اهلل علي‬3‫ص‬ ‫بي‬3‫ات للن‬3‫اء زوج‬3‫ كما أثبت العلم‬.‫عن تسع نسوة‬ ‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫وتُوفي‬

.‫بهن‬

1
Mohd Zakaria bin Hamzah, Ceramah Maulid al-Rasul 10/10/2022, 2.30 petang, Markas Tarbiyah Pas Pulau Pinang.
Allah ta’ala sahaja yang telah menciptakan dan memilih segala sesuatu. Apa yang dikehendakinya
pasti akan berlaku dan apa yang tidak dikehendakinya ia tidak akan berlaku. semua perkara itu di
dalam kekuasaan Allah ta’ala.2 Antaranya Allah ta’ala telah memilih bagi Rasulullah saw para isteri
yang terbaik untuk membantu baginda dalam menanggung beban menyampaikan dakwah kepada
ummah. Firman Allah ta’ala:
            
  

Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
(satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah
layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha suci Allah
dan Maha Tinggilah keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan dengannya. AL-Qashas: 68.

Allah swt memuliakan kaum wanita, sebagaimana Allah swt memuliakan kaum lelaki. mereka itu
merupakan pembantu kepada kaum lelaki dalam menegakkan agama Allah ta’ala. firman Allah ta’ala:

      


      
          
 
Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi
setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat
kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan
RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. al-Taubah: 71

Berkata Imam Ibn Kathir: Setelah menceritakan tentang sifat-sifat orang munafik yang keji, Allah
ta’ala menceritakan pula sifat orang mukmin yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji. iaitu mereka
saling tolong menolong dalam (menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat
kejahatan) sebagaimana yang disebut dalam hadith sahih 3:

2
Ibn Kathir (774 h), Tafsir Ibn Kathir.
3
Ibn Kathir (w. 774 h.), Tafsir Ibn Kathir.
‫ضا‬
ً ‫ َب ْع‬ ُ‫ضه‬ ِ ‫كالْبْن‬ ‫لِْلمْؤ ِم ِن‬ ‫الْمْؤ ِمن‬ :‫عن أيب موسى األشعري‬
ُ ‫ َب ْع‬ ‫يَ ُش ُّد‬ ‫يان‬ ُ ُ ُ ُ

Orang terhadap orang mukmin yang lain laksana binaan yang saling melengkap antara satu sama lain.

Al-Bukhari (w. 256 h.) no 481, Muslim (w. 261h.) no 2585.

ٓ ‫ُّور ٱلَّ ِذ‬ ۟ ِ ۟ ِ َّ‫فَٱل‬


ُٓ‫ى ُأن ِز َل َم َعهۥ‬ َ َ‫ين ءَ َامنُوا بِهۦ َو َعَّز ُروهُ َون‬
َ ‫ص ُروهُ َوٱتََّبعُوا ٱلن‬ َ ‫ذ‬
Maksudnya: “Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya,
serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang
berjaya.”
(Surah Al-‘Araf: 157)

Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut makna daripada ayat tersebut ialah orang-orang yang beriman
dengan Rasul yang Ummi iaitu Nabi SAW ketika mana ianya diutuskan. Mereka ini membantu
Baginda dengan menghalang dan mempertahankan Nabi dari sesiapa yang cuba untuk menyakiti Nabi
kerana di dalam diri mereka ada sifat memuliakan Nabi SAW. Tidak seperti mempertahankan
pemerintah dalam keadaan benci dan tidak suka. Mereka juga menolong Nabi dengan pelbagai
wasilah sama ada dengan lisan atau tulisan dan mereka juga mengikut cahaya kebenaran iaitu Al-
Quran yang telah diturunkan tatkala Nabi SAW diutuskan. 4

UMMAHAT AL-MUKMIN DISEBUT DALAM AL-QURAN

mereka itu disebut sebanyak 11 atau 12 kali dalam al-Quran. Ummahat mukmin ra. mereka itu hidup
dalam rumah Nubuwwah ‫ال بيت النب وة‬, mereka berkhidmat kepada Rasulullah saw, mereka
menyampaikan ilmu dari Rasulullah SAW, sama ada melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan
yang lahir dari Rasulullah saw sehingga ilmu itu sampai kepada kita.

Allah SWT memilih mereka sebagai isteri Rasulullah saw, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah
ta’ala di dalam kitabnya:

       .1


 
4
Tafsir Al-Maraghi, 9/83.
Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu Yang Engkau berikan
maskahwinnya. Al-Ahzab: 50.

        .2


    
 

Wahai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia
(yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu
pemberian Mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu Dengan cara Yang sebaik-baiknya. al-Ahzab
28.

       .3


        

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu Yang melakukan sesuatu perbuatan keji Yang nyata,
nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. dan (hukuman) Yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. Al-Ahzab: 30.

Allah ta’ala memberi peringatan kepada para isteri nabi saw, yang telah memilih Allah, Rasulnya dan
akhirat, agar mereka itu tetap beristiqamah dengan berakhlak baik dan jauhi dari akhlak yang buruk. 5

CIRI-CIRI UMMAHATUL MUKMIN

1. Allah ta’ala memilih mereka bagi nabi saw dan mereka itu mampu menanggung mas’uliyah.
Oleh kerana itu mereka mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta’ala. Ketika mereka di
beri pilihan oleh Rasulullah saw, sama ada hidup dengan kesenangan harta benda dan kemewahan
perhiasan dunia atau hidup dalam kesusahan dan kepayahan bersama baginda saw. lantas mereka
memilih Allah dan rasulNya. Sebagaimana hadith yang diceritakan oleh A’isyah ra (w. 58 h):

5
Ibn Kathir.
ِ ِ ‫ َف َق َ ِإ‬، ‫يْه وس لَّم بِتَ ْخيِ ِري َْأزو ِاج ِه ب َدَأ يِب‬ ِ ِ ‫ول‬
َّ َ ‫اهلل‬ ُ ‫لَ َّما ُِأم َر َر ُس‬
‫ فَاَل‬،‫ْرا‬ً ‫ يِّن َذاك ٌر لَ ك َأم‬:‫ال‬ َ َ َ َ َ َ‫ص لى اهللُ َعل‬
،‫ي مَلْ يَ ُكونَ ا لِيَ ْأ ُمَرايِن بِِفَراقِ ِه‬ َّ ‫ قَ ْد َعلِ َم‬:‫ت‬
َّ ‫َأن ََأب َو‬ ِ ‫يْك َأ ْن اَل َتعجلِي حىَّت تَس تَْأِم ِري َأبو‬
ْ َ‫ قَ ال‬،‫يْك‬ ََ ْ َ َْ
ِ َ‫َعل‬
ُّ ‫ك ِإ ْن ُكْننُت َّ تُِر ْد َن احْلَيَا َة‬
‫الد ْنيَا َو ِزينََت َه ا‬ ِ ْ ‫ يا َأيُّها النَّيِب قُل‬:‫ال‬ ‫ مُثَّ قَ َ ِإ‬:‫ت‬
َ ‫َأِلز َواج‬ ْ ُّ َ َ َ َ‫ َّن اهللَ َعَّز َو َج َّل ق‬:‫ال‬ ْ َ‫قَال‬
ِ ‫ وِإ ْن ُكْن َّ تُِر ْد َن اللَّه ورسولَه والد‬، ‫َفَتعالَ ُأمتِّع ُك َّن وُأسِّرح ُك َّن سراحا مَجِ ياًل‬
َ َ‫َّار اآْل خَر َة فَِإ َّن اللَّه‬
‫َأع َّد‬ َ َ ُ ُ ََ َ ‫نُت‬ َ ً َ َ ْ َ َ ْ َ َ ‫َ نْي‬
)29 -28 :‫ (األحزاب‬.‫يما‬ ِ ِ ِ ِ ِ
ً ‫َأجًرا َعظ‬
ْ ‫ل ْل ُم ْحسنَات مْن ُك َّن‬

Ketika Rasulullah saw menyuruh para isterinya untuk memilih (antara talak dan diberikan mut’ah atau
kekal bersabar bersama Rasulullah saw) dia telah menyuruh aku terlebih dahulu memilih: beliau
bersabda: Sesungguhnya aku mengingatkan kamu satu perintah. Jangan kamu gopoh sehingga kamu
berbincang dengan dua ibu bapa, berkata (A’isyah): Telah diketahui bahawa kedua ibu bapaku tidak
akan menyuruh aku berpisah denganmu, berkata (A’isyah): kemudian bersabda Rasulullah saw:
bahawa Allah ta’ala berfirman yang bermaksud:

Wahai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia
(yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu
pemberian Mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu Dengan cara Yang sebaik-baiknya. “Dan
sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (Nikmat kemewahan) di negeri
akhirat maka Sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang Yang berbuat baik di antara kamu:
pahala Yang besar". al-Ahzab 28-29. Berkata A’isyah perkara itu juga telah dipilih oleh para isteri
Rasulullah yang lain.

al-Bukhari (w. 256 h.), Sahih al-Bukhari 4786, Muslim (w. 261 h.), Sahih Muslim 1475, al-Bani (w.
1420h.) Sahih al-Tirmizi 3204, al-Bani (w. 1420h.) Sahih al-Nasai 3439.

Para ummahat mukmin itu telah mengembirakan Rasulullah saw, dengan memilih Rasulullah saw
berbanding dunia dan perhiasannya. Mereka bersabar menghadapi kesusahan hidup, walaupun
beberapa bulan dapur tidak berasap, tetapi mereka redha dengan apa yang diredhai oleh Rasulullah
saw iaitu dengan hanya memakan tamar dan air.

Berkata A’isyah ra:

ُ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوَأ ْع َجبَه‬


َ ‫ك النَّبِ ُّي‬
َ ِ‫فَ ُس َّر بِ َذل‬

Maka bergembira dan kehairanan oleh Rasulullah tentang perkara itu.


al-Bukhari (w. 256 h.), Sahih al-Bukhari 3731, Muslim (w. 261 h.), Sahih Muslim 1459, Syuaib al-
Arnaut (w. 1438 h.) Takhrij al-Musnad 25517.

2. Allah meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi berbanding orang lain, mereka
digandakan dosa apabila melakukan kesalahan, sepertimana digandakan pahala apabila
melakukan kebaikan:

        


            
        
         
         
 

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu Yang melakukan sesuatu perbuatan keji Yang
nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. dan (hukuman) Yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal
Yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan
baginya limpah kurnia Yang mulia.

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu
tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan
lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam
hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik
(sesuai dan sopan). al-Ahzab 30-32

Di dalam ayat tersebut Allah menjanjikan mereka mendapat rezeki yang mulia iaitu dimasukkan ke
dalam syurga yang tertinggi bersama dengan Rasulullah saw. 6

3. Allah mengkhususkan hukum bagi mereka iaitu diharamkan berkahwin dengan mana-mana
lelaki selepas kewafatan Rasulullah saw:

6
Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir
           
        

Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-
isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat
besar dosanya di sisi Allah. al-Ahzab: 53

Berkata Ibn Abbas, Mujahid , al-Dahak , Qatadah dan lain-lain bahawa diharamkan berkahwin
dengan para isteri Rasulullah saw, kecuali dibenarkan berkahwin hamba-hamba perempuan
Rasulullah saw.7 larangan ini juga kerana ini menyakitkan hati Rasulullah saw.

Menurut Ibn Abbas: ayat ini diturunkan kerana ada seorang lelaki yang bercita-cita ingin berkahwin
dengan sebahagian isteri rasulullah saw selepas kewafatan Rasulullah saw. ditanya kepada Sufian
adakah perempuan itu A’isyah katanya: demikian itu yang dikatakan. 8

4. Tidak boleh menyakiti ummahat al-mukmin, orang beriman dilarang bercakap dengan mereka
kecuali melalui belakang tirai, kerana menjaga kehormatan mereka.

          


         
dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari
sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali
menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya.
Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. al-Ahzab: 53

Allah melarang dari melihat mereka dan meminta sesuatu hanya melalui belakang tirai. Kerana untuk menjaga
kehormatan mereka dan tidak menyakiti Rasulullah SAW.9

5. Allah melebihkan mereka berbanding perempuan yang lain, mereka itu disebutkan kelebihan
di dalam al-Quran.

         


         

7
ibid.
8
ibid.
9
Ibn Kathir
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau
kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap
Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit
Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata
Yang baik (sesuai dan sopan). al-Ahzab: 32

Al-Alusi (w. 1270 h.) di dalam tafsirnya menyebut bahawa isteri-isteri sama sekali tidak sama dengan
wanita-wanita yang ada di zamannya. Mereka mendapat dua kemuliaan, pertama menjadi isteri Nabi
SAW dan yang kedua menjadi ibu-ibu bagi orang mukmin.10

Panggilan ِّ‫ َي ٰـ ِن َسآ َء ٱل َّن ِبى‬iaitu ‘wahai isteri-isteri Nabi’ juga secara zahirnya sudah menjelaskan kemuliaan
mereka. Ini kerana ianya dinisbahkan kepada Nabi SAW yang sudah pasti mempunyai keistimewaan.

Lebih penting daripada itu, mereka adalah merupakan ahlul bait Nabi SAW. Ada sebahagian pihak
yang cuba menafikan kedudukan sebahagian daripada ummahat Mukminin sebagai ahlul Bait. Allah
SWT mengiktiraf isteri-isteri Nabi SAW sebagai ahlul bait tanpa dikecualikan seorang pun. Firman
Allah SWT:

ِ
َ‫ٱلز َك ٰوةَ َوَأط ْع َن ٱللَّـه‬
َّ ‫ني‬ ِ َّ ‫َو َق ْر َن ىِف بُيُ وتِ ُك َّن َواَل َتَب َّر ْج َن َتَب ُّر َج ٱجْلَٰـ ِهلِيَّ ِة ٱُأْلوىَل ٰ ۖ َوَأقِ ْم َن‬
َ ‫ٱلص لَ ٰوةَ َوءَات‬
ِ ‫ٱلرجس َأهل ٱلْبي‬
‫ت َويُطَ ِّهَر ُك ْم تَطْ ِه ًريا‬ ِ ِ ُ ‫ورسولَهۥٓ ۚ ِإمَّنَا ي ِر‬
ْ َ َ ْ َ ْ ِّ ‫ب َعن ُك ُم‬ َ ‫يد ٱللَّـهُ ليُ ْذه‬ ُ ُ ُ ََ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan
diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang
serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah
(perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-
perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
(Surah Al-Ahzab: 33)

Ibnu Kathir menyebut bahawa ayat ini dikhususkan kepada isteri-isteri Nabi SAW . 1 1 Sebarang usaha
untuk menafikan kedudukan ummahat Mukminin sebagai ahlul bait adalah satu perkara yang secara
jelas bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

10
Ruh Al-Ma’ani Fi Tafsir Al-Quran Al-‘Azim Wa Al-Sab’i Al-Mathani, 11/185 .

11
Tafsir Al-Quran Al-‘Azim.
Berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran yang telah disebutkan, maka tidak boleh mencela,
menghina atau merendahkan-rendahkan mana-mana isteri Nabi SAW dengan apa bentuk sekalipun.
Bahkan mereka-mereka yang cuba untuk menghina isteri boleh dipertikaikan keimanan mereka.

Imam Abu Ja’far Al-Thahawi (w. 321 h.) menyebut: “Sesiapa yang memperelokkan kata-katanya
terhadap para sahabat dan juga para isteri Nabi yang mulia lagi suci serta zuriatnya dan menjauhkan
diri dari menyebut perkataan yang buruk tentang mereka, maka dia telah bebas daripada sifat
kemunafikan.”12

6. wahyu diturunkan kepada mereka, diturunkan dalam rumah mereka dan mereka membaca
ayat-ayat al-Quran setelah diturunkan oleh Allah ta’ala:

            
 
Dan ingatlah (serta amalkan lah) apa Yang dibaca di Rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-
Quran) dan Hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus
tadbirNya, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. al-Ahzab: 34

7. Mereka banyak membantu dan memberi buah fikiran yang bernas demi kesejahteraan dan
maslahat umat Islam.

A. Peristiwa selepas pulang dari gua hira’. Dalam satu riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh
Jabir Bin Abdullah bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda :

ِ ِ ‫اء َف ر َف عْت ب‬ ِ ‫الس م‬ ِ ِ ِ ْ ‫مُثَّ َف َت ر ع يِّن الْو ْح ي َف تْ ر ةً َف ب ْي نَ ا َأنَ ا‬


َ‫ص ر ي ق بَ ل‬ ََ ُ َ َ َّ ‫ص ْو تً ا م ْن‬ َ ‫ْت‬ ُ ‫َأم ش ي مَس ع‬ َ َ ُ َ َ َ
‫ْت‬ ‫الس م اء و اَأْل ْر ِ ِئ‬ ِ ِ ِ ٍ ِ
ِ‫ك الَّ ذ ي ج اء يِن حِب‬ ‫َّ ِ ِإ‬
ُ ‫ض فَ ُج ث‬ َ َ َّ َ ‫َر اء قَ اع ٌد َع لَ ى ُك ْر س ٍّي َب نْي‬ َ َ ُ َ‫ْم ل‬ َ ‫الس َم اء فَ ذَ ا ال‬
‫ْت َز مِّلُ و يِن َز مِّلُ و يِن فَ َأ ن َْز َل اللَّ هُ َت َع ا ىَل يَ ا َأ يُّ َه ا‬ ِ ْ ‫ض فَ ِج ْئ ت‬ ِ ‫ْت ِإ ىَل اَأْل ْر‬ ِ
ُ ‫َأه ل ي َف ُق ل‬ ُ ُ ‫م نْهُ َح ىَّت َه َو ي‬
‫اه ُج ْر‬ ُّ ‫ْذ ْر ِإ ىَل َق ْو لِ ِه َو‬
ْ َ‫الر ْج َز ف‬ ِ ‫الْم َّد ثِّر قُ ْم فَ َأن‬
ُ ُ
Maksudnya “Kemudian wahyu terhenti buat sekeita. Ketika aku berjalan, aku mendengar suara
daripada langit. Maka aku angkat pandangan ku ke langit, maka aku melihat malaikat yang sama
datang kepadaku di gua Hira duduk di atas kursi di antara langit dan bumi. Maka aku terkejut dan

ketakutan sehingga aku tertunduk ke tanah. Maka aku terus mendatangi ahli keluargaku. Maka aku
berkata: Selimutkan aku, selimutkan aku. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat:

12
Al-Akidah Al-Tohawiyah, hlm 30.
ِ ۡ
‫ َز‬m‫ٱلر ۡج‬ َ َ‫۝ َو ثِ َی اب‬٣ m‫ر‬mۡ ‫ك فَ َك رِّب‬
ُّ ‫۝ َو‬٤ m‫ر‬mۡ ِّ‫ك فَ طَ ه‬ َ َّ‫۝ َو َر ب‬٢ m‫ر‬mۡ ‫ فَ َأن ذ‬m‫م‬mۡ ُ‫۝ ق‬١ ‫ِّر‬
ُ ‫ ُم َّد ث‬m‫یَٰۤـ َأ یُّ َه ا ٱ ل‬
m‫ر‬mۡ ‫ ُج‬m‫ه‬mۡ ‫فَ ٱ‬

Riwayat Al-Bukhari (3238)

B. Ummu Salamah seorang wanita terhormat. Ummu Salamah merupakan sepupu kepada Khalid bin
Walid dan Abu Jahal bin Hisyam. Ummu Salamah termasuk wanita pertama sekali berhijrah ke
Madinah. Sejak dari kecil, Ummu Salamah sudah menampakkan keperibadian yang menjadi wanita
yang mulia.

Allah S.W.T telah menghilangkan sifat cemburu di hatinya atas doa Rasulullah S.A.W. Ummu
Salamah juga menjadi sebab turunnya beberapa ayat al-Quran, antaranya surah Ali-Imran: 195
mengenai Hijrah ke Madinah yang bermaksud: 

           
          
       
           
   

“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan
sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,
(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang
berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga
yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang
(untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam Perang Sabil) –
sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan
masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari
sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.
surah Ali-Imran: 195

peristiwa Hudaibiyah,
perkara ini dapat dilihat menerusi satu peristiwa yang berlaku pada tahun 6 Hijrah ketika berlakunya
perjanjian Hudaibiyah.  Ketika mana telah berlaku satu perjanjian di antara orang musyrikin Quraisy
dengan Nabi SAW di Hudaibiyah, Nabi menyebut kepada para sahabat yang ada pada ketika itu:

‫قوموا فاحنروا مث حلقوا‬

Maksudnya: “Bangunlah dan sembelihlah kemudian bercukurlah.”

Nabi SAW mengatakan demikian adalah kerana umat Islam tidak dibenarkan untuk menunaikan
umrah pada tahun. Namun begitu, tiada seorang pun yang bangun walaupun Nabi SAW menyebutnya
sebanyak tiga kali. Lalu Nabi SAW masuk ke dalam khemahnya dan pada ketika itu terdapat Ummu
Salamah R.anha. Lantas Nabi SAW menceritakan apa yang berlaku kepada Ummu Salamah. Ummu
Salamah dengan kecerdikannya menyebut kepada Nabi SAW:

‫ي ا ن يب اهلل أحتب ذل ك اخ رج مث ال تكلم أح دا منهم كلم ة ح ىت تنح ر ب دنك وت دعو حالق ك‬


‫فيحلقك‬

Maksudnya: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau suka keadaan yang sebegitu. Keluarlah kemudian
jangan bercakap dengan sesiapa pun walaupun satu perkataan sehinggalah engkau menyembelih unta
dan memanggil tukang cukup untuk mencukur.”

Lalu Nabi SAW keluar dari khemahnya, Baginda tidak bercakap dengan sesiapa pun. Lalu Baginda
menyembelih dan bercukur. Perkara ini disaksikan oleh Sahabat. Melihat Nabi SAW melakukan
perkara yang sedemikian menyebabkan para Sahabat melakukan perkara yang sama. (Rujuk Ma’alim
Al-Tanzil, hlm 1212).

Kisah ini dinukilkan oleh Al-Baghawi di dalam tafsirnya. Ianya memperlihatkan kecerdasan isteri
Nabi iaitu Ummu Salamah membantu Nabi SAW menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
Inilah tugas para ummul mukminin. Mereka bukan sahaja duduk di rumah namun turun menemani
dan membantu Nabi SAW sekaligus memberi idea-idea yang bersifat menyelesaikan.

C. Ummu Mukmin A’isyah, berperanan menyebarkan hadis Nabi SAW dan ilmu. Bahkan ada di
antara mereka yang menjadi rujukan para sahabat yang lain. Setiap daripada mereka memainkan
peranan menyebarkan ilmu terutamanya hadis Nabi SAW. Yang paling menyerlah ialah Aisyah
R.anha. Kata Urwah Bin Zubair:

‫ما رأيت أحدا أعلم بفقه وال بطب وال بشعر من عائشة‬
Maksudnya: “Aku tidak melihat orang yang lebih alim di dalam fiqh, perubatan dan syair arab
daripada Aisyah.”

Beliau juga di antara yang banyak menghafal hadis Nabi SAW iaitu sebanyak 2210 buah hadis.

Bukan sahaja Aisyah, bahkan ummahat Mukminin yang lain juga berperanan menyebarkan ilmu
kepada masyarakat. Para sahabat dan sahabiah sentiasa merujuk kepada mereka apa sahaja
permasalahan di dalam agama. Ummahat Mukminin Fi Madrasah Al-Nabawiyah, hlm 5.

Kesimpulannya, ummahat Mukminin mempunyai kedudukan yang sangat mulia di dalam agama.
Oleh itu, hanya orang yang jahil sahaja yang akan mempertikai, mencerca dan menghina ibu-ibu bagi
orang yang beriman. Begitu juga menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk mengenali isteri
Nabi SAW. Memuliakan mereka memuliakan Nabi SAW. Menghina mereka sama seperti menghina
Nabi SAW.

Semoga Allah mengumpulkan kita bersama Nabi SAW di syurga kelak. Wallahu’alam.

Anda mungkin juga menyukai