Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira
sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan
yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan
fungsi penglihatan. Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan fungsi
penglihatan adalah baik.
1. Makanan Untuk Mata
Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan dapat mencegah
daripada penyakit mata. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi
nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A
& C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan
sebagainya.
2. Senaman Untuk Mata
Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur melihat pula
objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan anda.
Ulangi proses ini beberapa kali.
Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti
sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.
Setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap, lihat objek berwarna hijau
di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat
menenangkan dan merehatkan mata anda.
Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari
mata.
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang
berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan
pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan
di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang
bersesuaian.
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari
permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin
komputer yang mempunyai penapis cahaya.
4. Pemeriksaan mata berkala
Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap penglihatan dan
kesihatan mata anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mempunyai masalah berikut :
Mata merah.
Kesakitan yang teruk pada mata.
Penglihatan kabur.
Benda asing di dalam mata.
Kecederaan pada mata.