Anda di halaman 1dari 8

KLANG VALLEY SUPER

LEAGUE 2023

PERATURAN LIGA DAN


UNDANG-UNDANG

KLANG VALLEY LEAGUE


Stadium Mini Shah Alam,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
http://www.kvleague..my/

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
“Peraturan Liga dan Undang – undang adalah di Bawah Kuasa Mutlak
Jawatankuasa Penganjur (JP) Klang Valley League, Jawatankuasa Boleh Diubah dari
Semasa Ke Semasa Untuk Meningkatkan Mutu Liga Bagi Manfaat Bersama. Semua
Pasukan yang Berdaftardi Pertanding Klang Valley League adalah Terbendung
Dibawah Segala Peraturan dan Undang-undang yang Terkandung di Dalam Buku
Ini“

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
1. FORMAT PERTANDINGAN

1.1 Liga akan bermula pada Jun 2023 dan akan berakhir pada Ogos 2023.

1.2 Jumlah pasukan yang bertanding adalah 12 buah pasukan.

1.3 Setiap pasukan akan bermain seminggu sekali dengan jumlah 11 perlawanan.

1.4 Kedudukan pasukan dalam carta liga akan ditentukanmengikut faktor-faktor menurut turutan
atas ke bawah:

• Jumlah mata
• Head to head
• Perbezaan gol
• Jaringan gol
• Perlawanan penentuan

2. PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Pasukan perlu mendaftar tidak lebih daripada tiga puluh (30) pemain. Pendaftaran pemain perlu
di emailkan ke homeofkvl@gmail.com beserta No. Mykad/Passport selewat-lewatnya sebelum
(Tarikh akan dikemaskini kemudian). Had minima pendaftaran pemain adalah (30) orang pada tarikh
akhir pendaftaran.

2.2 Transfer window akan dibuka selepas tamat matchweek 6. Pasukan boleh membuat 3 pertukaran
pada pemain yang telah mereka daftarkan sebelum itu. Transfer window akan ditutup sebelum
matchweek 7 bermula.

2.3 Pemain yang MEMPUNYAI KONTRAK ATAUPUN yang PERNAH BERDAFTAR ataupun yang
PERNAH BERAKSI untuk mana mana pasukan Liga M3/ Liga Perdana/Liga U23 / Liga Super Malaysia
untuk sepanjang tahun 2023 tidak dibenarkan beraksi.

2.4 Pemain bukan warganegara/Foreigner tidak dibenarkan beraksi

2.5 Setiap individu hanya dibenarkan berdaftar dan beraksi dengan 1 pasukan sahaja. “Duplicate
Player” tidak dibenarkan.

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
2.6 Pasukan yang melanggar mana-mana peraturan 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5 di atas, pihak lawan mereka
akan menerima kemenangan percuma 3-0 (walkover). Penganjur berhak menjatuhkan hukuman tanpa
perlu memberi ruang kepada pasukan yang didapati bersalah untuk mengemukakan surat rayuan.

3. FORMAT PERLAWANAN & PAKAIAN PASUKAN

3.1 Liga ini akan menggunakan undang-undang serta peraturan berpandukan FIFA Laws of The Game
yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa FIFA terbitan terkini, melainkan perubahan yang dibuat
oleh pihak penganjur yang terkandung dalam buku peraturan ini.

3.2 Setiap perlawanan mengandungi 2 half dengan 1 half selama 35 minit.

3.3 Pasukan dibenarkan untuk membuat maksimum maksimum 7 pertukaran pemain dalam (5)
peluang pertukaran. Rolling Substitution tidak dibenarkan.

3.4 Setiap pasukan hendaklah membawa 2 set jersi pasukan dan stokin yang berlainan warna. Jika
terdapat persamaan warna jersi dan stokin,maka pasukan PELAWAT perlu menukarkan jersi dan
stokin tersebut

4. VENUE & HARGA SEWA PADANG

• Semua perlawanan akan diadakan di Eco Ardence/Rhino KSS,Kg Baru/RRI Football Park.Perubahan
slot bergantung kepada keadaan semasa dan budi bicara pihak penganjur

• Perlawanan akan menggunakan slot berikut:

• RRI Football Park


Selasa, Rabu, Khamis: 9.30pm & 11.00pm (or 8.00pm)

• Eco Ardence
Isnin, Selasa
9.00pm & 10.30pm

• KSS Kg Baru
Jumaat, Sabtu
8.00pm, 9.30pm & 11.00pm

• Bayaran sewa padang untuk setiap perlawanan adalah RM600 perteam.

• Sewa padang termasuk khidmat photography. Setiap pasukan akan menerima 15 gambar terbaik
selepas tamat perlawanan.

• Air tidak disediakan Di Rhino KV Arena.

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
5. DISIPLIN

5.1 Straight red card akan digantung dua perlawanan. Kad kuning kedua diikuti kad merah dalam
perlawanan sama akan digantung satu perlawanan.

5.2 RM30 akan ditolak dari deposit sekuriti untuk setiap kad merah yang dikutip pemain pasukan
anda.

5.3 Pemain yang memukul pihak lawan ataupun pegawai perlawanan akan digantung terus dari
kempen liga.

5.4 Jika pergaduhan melibatkan majoriti pemain pasukan, pasukan tersebut akan terus disingkirkan
dari liga dan semua perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut sebelum itu akanterbatal.

5.5 Jika ada pasukan yang menarik diri sebelum matchweek 6, pasukan tersebut akan disingkirkan
dari kedudukan liga dan semua perlawanan pasukan tersebut sebelum itu akanterbatal.

5.6 Jika ada pasukan yang menarik diri selepas matchweek 6, pasukan tersebut akan masih berada di
kedudukan liga dan kesemua pihak lawan mereka selepas itu akan menerima kemenangan percuma.

6. PERLAWANAN LIGA

6.1 Pasukan yang sudah bersedia wajib untuk memasuki padang tepat pada waktu perlawanan
seperti yang tertera didalam jadual. Mana – mana pasukan yang lewat 15 minit selepas waktu
perlawanan akan menyebabkan kemenangan 3 – 0 kepada pihak lawan. Pemain perluberada di
dalam padang dalam posisi mereka untuk mengaktifkan peraturan ini.

6.2 Pasukan yang menyebabkan pengurangan masa permainan kerana kelewatan perlu membayar
enam puluh peratus (60%) dari kos perlawanan yang perlu dibayar oleh kedua – dua pasukan. Jika
kedua – dua pasukan menyebabkan pengurangan masa permainan, kos perlawanan akan
dibahagikan sama rata.

6.3 Pasukan perlu mempunyai sekurang – kurangnya tujuh (7) pemain untuk memulakan
perlawanan dan jumlah ini mesti meningkat ke sepuluh (10) pemain pada awal sepakmula separuh
masa kedua. Sekiranya pasukan gagal mematuhi peraturan ini, pihak lawan akan diberi kemenangan
3 – 0.

6.4 Setiap pemain WAJIB untuk memakai jersi seragam dan bernombor. Shin – pad, stokin
panjang dan seluar pendek adalah wajib dan mana-mana pemain yang tidak bershin – pad
tidakakan dibenarkan bermain.

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
7. HAL-HAL LAIN DAN TINGKAH-LAKU TIDAK BERETIKA

7.1 Sekiranya terdapat pemain, pemain simpanan, pegawai pasukan atau wakil pasukan bertindak
agresif dengan mengancam mana – mana individu lain dalam kawasan premis KV ARENA yang terlibat
secara langsung dengan liga, JP akan menggantung individu tersebut untuk sebahagian, ataupun sepenuh
pertandingan.
7.2 Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain
sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman maka pengadil perlawanan
tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat
keputusan.

7.3 Pasukan yang mempunyai para penyokong yang memasuki kawasan padang dengan tujuan untuk
meraikan gol atau sebab lain yang tidak diterima pengadil akan dikenakan tindakan untuk berada di luar
kawasan padang pada hari pertandingan. Sekiranya gagal, tindakan penggantungan penyokong pasukan
akan ditentukan oleh pihak JP. Penyokong pasukan yang bertindak agresif dan ganas di dalam padang
serta mengakibatkan perlawanan diberhentikan boleh menyebabkan kemenangan percuma kepada pihak
lawan dengan skor 3 – 0.

7.4 Segala kecederaan fizikal, mental dan harta benda; atas sebab pergaduhan ataupun atas sebab-
sebab yang lain adalah tangungjawab pasukan sepenuhnya. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada mana-mana pihak

7.5 Sekiranya hujan lebat atau cuaca yang teruk, pihak pengadil akan membuat keputusan sama ada
perlawanan akan diteruskan atau tidak. Perlawanan yang sudah mencapai 50 minit (2 half) masa
perlawanan akan diberhentikan dan keputusan akan kekal dan diambil kira sebagai keputusan masa
penuh

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
7.6 Sekiranya perlawanan tidak dapat diteruskan sebelum 50 minit masa perlawanan, perlawanan
akan ditunda dan keputusan akan dikekalkan. Perlawanan tundaan akan ditanggung bersama kedua – dua
pasukan dengan skor dari perlawanan yang ditunda. Sekiranya hujan lebat dan perlawanan terpaksa
dihentikan (yang sudah mencapai 50 minit atau lebih), perlawanan boleh diteruskan dengan persetujuan
kedua – dua pasukan dan pihak pengurusan padang.

7.7 Mana-mana perlawanan yang tertangguh akan dimainkan semula baki masa permainan yang
tertangguh.

7.8 Pasukan tidak dibenarkan untuk menangguhkan perlawanan atas apa – apa sebab kecuali berlaku
hal kematian ahli pasukan pada hari perlawanan. Hal-hal lain akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak
penganjur.

7.9 Pasukan yang ingin membuat aduan selepas tamat perlawanan perlu membayar RM300 sebagai
yuran pentadbiran dan menghantar surat rasmi kepada JP beserta bukti dalam tempoh masa 24 jam
selepas tamat perlawanan. Pasukan harus menjelaskan segala bayaran pentadbiran dan denda sebelum
perlawanan seterusnya bermula. Pasukan akan diberikan resit rasmi selepas menjelaskan apa-apa
bayaran. Pasukan diminta untuk menyimpan resit sebagai bukti bayaran

7.10 Pasukan yg tidak hadir atau tidak cukup pemain untuk memulakan perlawanan pada masa yg
ditetapkan perlu membayar yuran perlawanan. Pihak lawan tidak perlu membayar yuran perlawanan.

8. HADIAH

8.1 Juara akan menerima wang tunai RM1500, piala,medals dan Slot Auto SCL 2023.

8.2 Tempat kedua akan menerima wang tunai RM800 dan medals.

9. YURAN PENYERTAAN

9.1 Yuran liga adalah sebanyak RM800, manakala deposit sekuriti adalah sebanyak RM600. Jumlah
yuran yang perlu dijelaskan ialah sebanyak RM1400.

9.2 Deposit sekuriti akan dipulangkan selepas tamat liga jika pasukan menghadiri semua perlawanan
yang telah ditetapkan pihak penganjur. Semua pasukan tidak dibenarkan menarik diri untuk setiap
perlawanan. Pasukan yang berbuuat demikian akan dikenakan bayaran denda RM500.

9.3 Yuran penyertaan hendaklah dibuat ke akaun MAYBANK KLASIKO EVENT MANAGEMENT
562740129575. Sila tunjukkan resit pembayaran ke 012-4603840 (Amir) untuk mengesahkan
penyertaan pasukan anda.

9.4 Tiada deadline untuk membuat bayaran penyertaan liga. Pihak penganjur akan menutup

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019
penyertaan sekiranya cukup 12 buah pasukan mendaftar. Pasukan yang membuat bayaran yuran
selepas penyertaan ditutup, pihak kami akan memulangkan semula yuran tersebut. Slot adalah first
come first serve.

Penganjuran oleh:
Tarikh Publikasi: 23.08.2019
Rev. v1/2019

Anda mungkin juga menyukai