Anda di halaman 1dari 97

Q&a Financing 1 Bella Leana

q&A
home
financing

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang


mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada Harith Faisal Consultancy.

penulis
Bella leana
editor
Harith faisal
Visual konsep
Irfan foner studio
www.irfanfoner.com

penerbit
Harith faisal
consultancy

Q&a Financing I Bella Leana


lea na
Bella
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang hebat dan
bijaksana.

Syukur ke hadrat Ilahi atas peluang dan kelebihan yang diberikan kepada
Bella dari segi fikiran dan kesihatan untuk Bella berkongsi sedikit ilmu dan
pengalaman dalam ebook ini.

Jutaan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong


dalam perjalanan Bella dalam berkongsi kepada semua.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta,


Mohd Hafiz bin Adnan dan buah hati pengarang jantung
Bella Muhammad Adam Anaqi.

Tak lupa juga kepada mak dan abah Bella yang telah
berkorban kudrat tenaga masa dan harta untuk
membesarkan Bella. Semoga mereka terus di lindungi
Allah SWT.

Suka Bella nak beritahu, ebook ini terhasil daripada


soalan-soalan yang diutarakan di Facebook serta
dalam komunikasi setiap hari bersama pelanggan
serta rakan-rakan.

Ramai antara kita yang tidak tahu apa yang kita


tidak tahu. Maka setiap kali ada soalan, Bella
kumpulkan dan sediakan jawapan untuk rujukan
kalian.

Semoga ia sedikit sebanyak membantu kalian


mencari jawapan kepada persoalan yang selalu
bermain di kepala.

Q&a Financing II Bella Leana


Bella, kalau kita dah jual rumah
pertama, boleh tak kita apply
pembiayaan 100%?

Tak boleh jika di bawah Skim


Rumah Pertamaku (SRP). Sebab
syarat SRP ni mesti belum ada atau
belum pernah memiliki rumah.

Bella, kalau tak ada EPF boleh ke apply


pembiayaan?

Boleh, tetapi bergantung kepada


jenis pekerjaan. EPF salah satu
sokongan untuk pembiayaan kita
diluluskan. Jika kita bekerja di
syarikat kecil dan tiada EPF, bank
mungkin menilai syarikat tempat kita
bekerja tidak stabil kerana tiada
bayaran EPF.

EPF juga membantu untuk


memastikan pembiayaan kita
lulus. Bank akan mengambil kira
faktor baki EPF kita sehingga umur
kita 50 tahun (Pengeluaran Akaun 2)

Q&a Financing 1 Bella Leana


Bella, kalau payslip ada potong EPF,
tapi company tak bayar kepada EPF.
Boleh apply pembiayaan tak?

Boleh, tetapi peluang untuk lulus sudah


kurang. Bank akan mempertikaikan kenapa
syarikat tempat kita bekerja tidak membayar
EPF mengikut jadual sedangkan potongan
gaji sudah dibuat.

Bank akan menilai syarikat tersebut


mempunyai masalah kewangan atau
masalah-masalah lain.

Boleh mencuba, tetapi sangat di galakkan


untuk sertakan sekali surat daripada syarikat
menjelaskan kenapa syarikat membayar EPF
tidak mengikut jadual sepatutnya.

Bella, kalau kerja tak ada payslip


macam mana ya? Boleh ke apply
pembiayaan rumah?

Bergantung kepada beberapa situasi.


Antaranya:-

Kenapa takde payslip?


Kalau majikan tak sediakan payslip, mungkin
boleh cuba dapatkan payslip daripada
majikan.

Q&a Financing 2 Bella Leana


Kerja apa?
Jika bekerja sendiri, boleh submit
dokumen di bawah “Self Employed”,
dengan syarat mendaftar syarikat
dan mempunyai akaun semasa
(Current Account). Syarikat perlu
berdaftar sekurang-kurangnya 2
tahun dan rekod transaksi akaun
semasa 6 bulan.

Berniaga kecil-kecilan?
Perlu ada bukti tapak perniagaan
serta simpanan secara konsisten
selama 1 tahun (12 transaksi
simpanan dengan jumlah yang
sama tanpa diusik).

Bella, kalau kerja kat Shah Alam, nak


beli rumah kat Terengganu. Boleh tak?
Nak kena apply pembiayaan kat Shah
Alam ke Terengganu?

Boleh. Nak apply kat Terengganu


boleh, kat Shah Alam pun boleh. Atau
pun nak apply kat KL pun boleh. Apa
yang penting, walk in dan tanya bank
dan branch berkenaan boleh atau
tidak.

Q&a Financing 3 Bella Leana


Procedure untuk proses “cross border”
financing, contohnya rumah di
Terengganu tapi pembiayaan di Shah
Alam ni agak berbeza. Branch/banker
yang process tu kena dapatkan
“pendapat” tentang kawasan tersebut
melalui branch yang berdekatan serta
bantuan daripada encik Google.

Yang penting, tak kisah kat mana selagi


banker/branch tersebut nak terima
takkan jadi masalah. So, lebih selamat,
lebih baik semak dulu dengan
banker/branch tersebut sebelum
menghantar application anda.

Bella, kalau kita ada history teruk di


CCRIS, tapi kita dah setelkan,
pembiayaan boleh approved tak?

CCRIS History ni akan ambil


masa 12 bulan untuk kembali
cun kalau dah pernah terpalit
nombor selain 0.
Contohnya, jika rekod terkini adalah CCRIS
bulan May 2019, maka bank akan
Nampak rekod dari June 2018
sehingga May 2019.

Q&a Financing 4 Bella Leana


Bagi “settlement” tunggakan arrears,
rekod memang akan nampak selagi
pembiayaan anda belum selesai
(penyelesaian penuh).

Kalau nak apply pembiayaan,


pastikan ada “resit pembayaran”
serta “justification” yang kukuh
untuk rekod pembayaran tertunggak
tersebut. Alasan kena kukuh.

Bagi “Full Settlement”, the following


updated CCRIS, baru rekod CCRIS
untuk pembiayaan tersebut hilang.

Kalau anda ada rekod yang tak


berapa nak cun dan dah buat
penyelesaian penuh, seeloknya
tunggu sehingga rekod tersebut
hilang daripada rekod CCRIS.

Q&a Financing 5 Bella Leana


Bella, DSR saya cun, NDI saya pun
okay, tapi kenapa pembiayaan saya
reject?

DSR dan NDI hanyalah salah satu faktor dalam


pembiayaan application. Tidak semestinya bank
hanya menekankan DSR dan NDI. Banyak faktor lain
yang diambil kira oleh bank.

Antaranya:-

1 Rekod CCRIS

2 Hutang tertunggak Kad Kredit

3 Jenis-jenis pembiayaan

4 Pembiayaan yang lulus terlalu banyak dalam


setahun

5 Taraf Perkahwinan - Jika masih single, dan umur


sudah melebihi 40 tahun akan beri negative
impact

6 Tiada rekod CCRIS

7 Hartanah di kawasan “blacklisted” - Risiko banjir,


tanah runtuh, terlalu banyak rumah
tinggal/kosong, projek terbengkalai

8 Tidak declare Income Tax

9 Tiada Simpanan

10 Baki akaun tidak mencukupi

Q&a Financing 6 Bella Leana


Bella, saya tak ada saving langsung,
10% pun saya nak keluarkan dari EPF.
Pembiayaan saya boleh approved tak?

Bergantung kepada “Income vs


Commitment” Jika semua nya
takde masalah, pembiayaan mungkin
boleh lepas. Bank tak ambil tahu
tentang Applicant tiada duit deposit
10% kerana itu adalah urusan
applicant dengan Tuan Rumah.

Jika syarat untuk lulus pembiayaan


semua ditepati, tak mustahil
pembiayaan anda boleh approve
walaupun tiada simpanan 10%.

Tetapi sangat digalakkan untuk


mempunyai sedikit simpanan. Sebab
anda nak beli rumah ni bukan macam
anda beli sofa baru atau peti ais, lepas
bayar atau “swipe” kad kredit terus
dapat barang. Ia melibatkan banyak
pihak termasuklah urusan dengan
Lawyer serta Valuer.

Dan bergantung juga kepada jumlah


pembiayaan yang anda nak mohon tu.

Q&a Financing 7 Bella Leana


Bella, macam mana saya nak tahu
kelayakan pembiayaan saya?

Sangat digalakkan untuk anda walk-in dari satu bank ke satu


bank. Sebab apa? Sebab setiap bank mungkin berbeza cara
pengiraan ataupun kadar DSR mengikut tangga gaji.

Malas nak walk in?


Boleh telefon cawangan berdekatan. Tetapi sangat digalakkan
untuk walk in.

PM Bella di Facebook?
Bukan tak mahu tolong, tetapi memang sangat digalakkan
untuk walk in ke bank sebab akan ada komunikasi dua hala.
Percayalah, verbal face to face lebih mudah nak faham jika
dibandingkan dengan written explaination.

Satu lagi cara, boleh gunakan DSR Calculator yang Bella


sediakan dalam bentuk Excel ni sebagai guidelines.

Apa yang perlu dibawa?


Payslip dan senarai komitmen. Jika ada rental Income, boleh
nyatakan sekali. Jika ada bonus tahunan, seeloknya bawa 2
tahun punya Bonus slip atau EA Form. Segala apa yang
mendatangkan income, anda boleh bawa sebagai supporting
dokumen termasuklah Buku ASB dan Tabung Haji.

Q&a Financing 8 Bella Leana


Bella, gaji saya RM1,500 (Kasar)
macam mana saya nak beli rumah
pertama kalau NDI pun bank dah
tetapkan RM1,300?

Bagi yang berpendapatan rendah seperti soalan di atas, hanya


dengan cara menambahkan income sahaja yang boleh
melayakkan diri membuat pinjaman perumahan. Mungkin
boleh buat Business Online atau menjadi Part Time REN atau
mungkin juga melakukan kerja-kerja part time yang
mempunyai Payslip dan juga EPF.

Hanya dengan cara ini dapat menambahkan jumlah income


dan seterusnya membolehkan anda buat pinjaman
perumahan. Anda kena pastikan yang kerja part time anda tu
mempunyai payslip supaya anda tak pening dengan
dokumentasi di kemudian hari.

Kenapa NDI RM1,300?

NDI – Net Disposable Income atau nama lain Standard Cost Of


Living. Bank mengambil kira kos hidup anda selepas
membayar pinjaman bank. RM1,300 ni untuk bil-bil utility, duit
minyak, duit makan dan sebagainya. Mungkin setiap bank
berbeza kadar yang ditetapkan. Anda kena rajin survey dari
satu bank ke satu bank.

Q&a Financing 9 Bella Leana


Bella, saya baru berpindah kerja atas
alasan Career Enhancement serta gaji
yang ditawarkan lebih tinggi. Adalah
pembiayaan rumah saya akan mudah
lulus?

Biasanya, kalau pertukaran kerja ni, kita amat


galakkan anda apply pembiayaan selepas
“Confirm In Service” / “Disahkan Jawatan”.

Kenapa? Sebab kita kena yakinkan


pihak bank yang kita mampu nak bayar
pembiayaan rumah untuk tempoh yang
bank dah tetapkan.

Tetapi ada setengah bank yang menerima


dengan hanya Surat Tawaran bekerja di
tempat baru. Mungkin atas alasan gaji dan
jawatan lebih stabil serta gaji akan dikreditkan ke
akaun di bank tersebut.

Kalau gaji kecil, katalah RM2,000


kasar tetapi simpanan dalam ASB ada
RM67,500, dalam TH ada RM11,200.
Kalau nak beli rumah below 100K
lepas tak pembiayaan?

Secara kasarnya, jika tidak mempunyai apa-apa komitmen


lagi, dengan gaji kasar RM2,000 masih boleh lepas lagi untuk

Q&a Financing 10 Bella Leana


pembiayaan RM100K, Tambah lagi dengan simpanan yang
agak besar.

Jika sudah mempunyai komitmen lain seperti kereta, mungkin


peluang untuk lulus pembiayaan agak nipis tetapi boleh
cadangkan dengan bank untuk meletakkan cagaran seperti 6
bulan atau 12 bulan bayaran bulanan.

Kebiasaannya kena letak dalam Fixed


Deposit/Simpanan Tetap untuk satu jangkamasa
yang bank tetapkan.
Contoh: Lulus dengan syarat kena letak RM10K di dalam FD
selama 5 tahun atau Lulus dengan syarat kena letak RM10K
dalam FD sehingga pinjaman berbaki 70% daripada jumlah
lulus. Dan mungkin juga MOF bagi rumah tersebut hanya 70%
atau 80%.

Memang kena bersedia untuk cagaran kepada bank jika gaji


terlalu kecil atau cukup-cukup makan. Tetapi ada juga
sesetengah kes, tak perlu cagaran. Semuanya bergantung.

Q&a Financing 11 Bella Leana


Kalau situasi di atas tetapi tiada
saving, boleh lepas tak pembiayaan?

Jika situasi yang sama tetapi tidak


mempunyai saving, bagi gaji RM2,000 dan
tidak mempunyai apa-apa komitmen,
pembiayaan di bawah RM100K masih lagi
layak. Mungkin MOF akan jadi 80% tau 70%.
Bergantung kepada bank yang meluluskan.

Tetapi kalau sudah ada komitmen yang


lain, agak susah untuk dapatkan approval
sebab income yang agak rendah.

Kena cari additional income atau mungkin


terpaksa mohon pembiayaan bersama.

Kalau status kerja baru kontrak pulak


macam mana?

Semuanya bergantung kepada jenis


pekerjaan dan jawatan serta company
mana kita bekerja. Jika kerja kerajaan
untuk jawatan-jawatan tertentu tiada
masalah. Tetapi untuk jawatan-jawatan
kecil seperti kerani di pasaraya yang
menawarkan jawatan kontrak, peluang
untuk lulus pembiayaan agak rendah.

Walaubagaimanapun, peluang untuk lulus


pembiayaan tetap ada.
Q&a Financing 12 Bella Leana
Pembiayaan 2 nama, DSR di kira 50%
atau 100%?

Jika pembiayaan rumah atas 2


nama, komitmen bulanan untuk
kiraan DSR akan diambil 50%.
Dan bella sangat menggalakkan bayaran
secara “Standing Instruction” (SI) atau
“Auto Debit” daripada orang yang terlibat.

Sebagai contoh jika Pembiayaan bersama


antara A dan B. Dan SI di buat melalui
akaun B, maka A boleh buktikan kepada
bank dan bank boleh “mitigate” komitmen
A sebagai 0 dan B 100%. Dan jika SI dari
akaun B dan dalam tempoh yang sama A
ada buat auto debit dari akaun A sebanyak
50% daripada instalment ke dalam akaun B,
maka kita dengan senang boleh buktikan
kepada bank bahawa bayaran bulanan di
lakukan 50%-50%.

Apa yang paling penting, kita ada bukti


dokumentasi dan pihak bank boleh
menceritakan keadaan sebenar untuk
menyokong permohonan kita.

Q&a Financing 13 Bella Leana


Kalau nak apply pembiayaan 2 nama
iaitu pembiayaan bersama, SPA wajib
2 nama atau boleh 1 nama?

Jika apply di bawah Skim Rumah


Pertamaku, ada syarat-syarat yang perlu
Bagi pembiayaan bersama,
dituruti.
SPA juga wajib 2 nama. Ini kita panggil
“First Party”. Maksudnya, pembiayaan 1
nama, SPA 1 nama atau pembiayaan 2
nama, SPA 2 nama.

Jika beli rumah MOF 90%, terpulang kepada


applicant. Jika pembiayaan 1 nama, SPA 2
nama atau sebaliknya pembiayaan 2 nama,
SPA 1 nama, tidak menjadi masalah. Ini kita
panggil “Third Party”. So, ini semua
bergantung kepada applicant untuk
menentukan.

Saya beli rumah subsale, dah siap


100% tapi saya perlu bayar Progressive
Profit kepada bank. Saya belum dapat
kunci lagi dan jika saya nak claim,
dengan siapa saya nak claim?

Progressive Profit: Bayaran profit kepada bank (tidak tolak dari


jumlah Principal). Biasa nya progressive profit ni dikenakan
kepada peminjam bila bank sudah “disbursed” sebahagian
daripada jumlah pinjaman.
Q&a Financing 14 Bella Leana
Contoh: Pinjam 100K dan bank baru released RM50k. So,
peminjam perlu bayar profit kepada bank bukan instalment.

Kebiasaannya, pembelian rumah Underconstruction/


dalam pembinaan akan di kenakan Progressive
Profit. Bayaran berdasarkan berapa banyak pihak pemaju
claim daripada bank.

Untuk kes subsale, ada juga progressive profit di kenakan


bergantung kepada situasi. Bank released sebahagian
daripada pembiayaan untuk selesaikan baki pinjaman pemilik
asal rumah dan bakinya kemudian.

Biasanya kes macam ni terjadi disebabkan “consent” daripada


pejabat tanah agak lewat atau ada beberapa isu berkaitan
property tersebut yang belum di selesaikan.

Untuk situasi di atas ni, peminjam perlu membayar jumlah


profit yang bank tetapkan walaupun belum lagi dapat kunci
daripada pemilik asal rumah. Dan, peminjam tidak boleh claim
bayaran ni daripada sesiapa.

Seeloknya, berbincanglah dengan pemilik asal rumah tentang


situasi di atas. Semua nya atas budi bicara. Secara legal,
rumah tersebut masih belum jadi hak milik peminjam kerana
urusan pertukaran nama belum selesai.

Q&a Financing 15 Bella Leana


Jika pembiayaan 2 nama, boleh ke
saya nak refinance kepada 1 nama?

Boleh, selagi income mencukupi dan DSR


peminjam masih tidak melebihi peratusan yang
ditetapkan oleh bank tersebut.

Jika hanya Topup pembiayaan? Perlu


2 nama atau boleh 1 nama?

Boleh 1 nama dengan syarat income dan DSR ok.


Selagi cukup syarat lulus pembiayaan, tida
masalah nak apply 1 nama atau 2 nama.

Perlukah saya memberitahu penama 1


lagi yang saya nak buat
Refinance/Topup?

Ya perlu. Tambah lagi nak buat


Kedua-dua penama
refinance.
perlu tahu dan bersetuju.

Q&a Financing 16 Bella Leana


Saya sudah mempunyai rumah, saya
sewakan tetapi tiada Tenancy
Agreement (TA) adakah bank akan
ambil kira sewa rumah saya sebagai
income?

Sebaiknya, buatlah Tenancy Agreement untuk


membuktikan yang kita menyewakan rumah
kita kepada penyewa. Dan segala rekod bayaran
perlu di bayar melalui bank.
Kebiasaannya, bank memerlukan Tenancy Agreement
serta 6 bulan bank statement untuk membuktikan kita
mempunyai pendapatan daripada sewa.

Lebih baik jika kita siap highlight


transaksi sewa yang kita terima
untuk memudahkan banker
menganalisa. Dan sangat
digalakkan untuk mengasingkan
akaun bayaran sewa dan akaun
gaji kita.

Jika rumah sewa kita tiada TA, kita


boleh hantar SPA serta 6 Bulan bank
statement.

Jika TA kita tidak dimatikan setem juga, kita digalakkan


untuk menghantar sekali SPA bersama 6 bulan bank
statement. Ini juga bergantung kepada bank. Mungkin
ada sesetengah bank tidak terima income daripada sewa
jika tiada valid TA iaitu tidak dimatikan setem.

Q&a Financing 17 Bella Leana


Saya mempunyai sebuah rumah yang
saya beli bersama suami, sekarang
saya sudah berpisah, macam mana
saya nak tukar nama rumah tu kepada
nama saya seorang? Sebab selama ni
memang saya yang bayar pembiayaan
tu setiap bulan.

Jika rumah tersebut masih belum habis bayar kepada bank


iaitu mempunyai dalam pembiayaan, boleh refinance kepada
satu nama jika income mencukupi.

Jika rumah tersebut sudah habis bayar, boleh terus berurusan


dengan pejabat tanah untuk pertukaran nama.

Soal harta sepencarian bila suami isteri berpisah ni


kena selesaikan antara suami isteri. Jika selama
bersama, bayaran rumah dibayar oleh sebelah pihak,
kemukakan bukti dan bincang bersama.

Q&a Financing 18 Bella Leana


Saya buat business online, tapi tak register
SSM dan tiada akaun company. Saya dah
apply pembiayaan ASB RM200K dan dah
approved. Kenapa pembiayaan rumah saya
berharga RM80K tak approved? Sedangkan
pembiayaan ASB saya RM200K dah
approved.

Pembiayaan rumah bukanlah semudah pembiayaan ASB.


Pembiayaan ASB boleh dikatakan pembiayaan yang paling
selamat dan secure.

Jika peminjam gagal membayar bayaran bulanan selama 3


bulan berturut-turut maka bank berhak untuk menjual sijil
peminjam kepada PNB/ASNB dan akaun pembiayaan tersebut
akan ditutup jika tidak mempunyai baki tertunggak.

Berbeza dengan pembiayaan rumah. Pembiayaan rumah


melibatkan pelbagai pihak, antaranya pihak peguam dan pihak
penilai. Maka urusan pembelian rumah juga lebih lama jika
dibandingkan dengan pembiayaan ASB.

Jika peminjam gagal membayar bayaran bulanan


melebihi 6 bulan, pihak bank berhak untuk melelong
rumah tersebut. Urusan lelongan juga mengambil masa.
Ada kes di mana pembiayaan rumah sudah tertunggak 14
bulan tetapi pihak bank masih tidak dapat menjual rumah
tersebut.

Sebab itu kelulusan pembiayaan rumah lebih rumit dan lebih


“strict” daripada pembiayaan ASB.

Q&a Financing 19 Bella Leana


Bella, saya ada dua buah kereta satu
saya pakai, satu lagi abang saya pakai.
Boleh ke bank waive-kan monthly
komitmen saya untuk reduce-kan DSR
saya?

Secara legal, bank tak kan waive bayaran bulanan (komitmen)


yang kita ada di dalam rekod CCRIS.

Tetapi untuk kes di mana applicant mempunyai dua kereta,


dan salah sebuah kereta tersebut dibayar oleh orang lain,
banker mungkin boleh mitigate di dalam ruang komen.

Apa yang diperlukan ialah bukti di mana kereta yang


diguna oleh orang lain tersebut - dalam soalan kat atas
diguna oleh abang.

Minta abang buat bayaran melalui SI atau Auto Debit daripada


akaun abang ke akaun pembiayaan kereta. Dan sangat
digalakkan untuk membuat agreement atau surat akuan
tentang perjanjian pakai kereta dan pembayaran.

Kebiasaannya jika kes macam ni, banker mungkin boleh bagi


kelonggaran tentang bayaran bulanan kereta
yang dipakai oleh orang lain. Dan
kita juga perlukan justification
atau reason untuk ini. Namun,
bergantung juga. Lain bank lain
syarat.

Q&a Financing 20 Bella Leana


Bella, ramai yang cakap kalau kita beli
rumah dengan ayah atau ibu kita, bank
susah nak luluskan kita?

Bergantung. Banyak yang bank tak


luluskan kerana urusan jual beli tidak
nampak logik. Maksudnya, ayah jual
rumah kepada anak dengan harga
terlalu tinggi.

Namun ianya bergantung juga


dengan keadaan. Jika dokumentasi
kita okay dan alasan serta justifikasi
tentang jual beli antara ayah dan
anak ni cukup kuat, biasanya takkan
ada masalah.

Contohnya, ayah nak jual rumah


kepada anak dengan harga sekian
sekian untuk mengelakkan
perebutan harta antara adik beradik.

Kebiasaannya bank akan


consider MOF 90%, namun kita
tetap kena bersedia dengan
MOF 80% sebab
kebiasaannya,
pembelian rumah
ayah ni tidak
melibatkan deposit.

Q&a Financing 21 Bella Leana


Bella, macam mana kita nak yakinkan
pihak bank tentang gaji yang kita
terima dari kerja part time kita?

Bercakap tentang gaji part time ni, ada sesetengah bank tak
terima income yang didapati dari hasil sesetengah part time.

Bukan bermaksud bank langsung tidak terima tetapi banker


dan peminjam juga perlu memainkan peranan penting.

Okay, pertama kita kena jelaskan kepada banker kenapa kita


buat kerja part time. Kita kena berterus terang tentang situasi
kita untuk memudahkan banker untuk membuat
recommendation.

Contohnya, kita buat part time dengan bekerja KFC pada


sebelah malam sebab gaji yang diterima daripada hasil kerja
tetap kita sedikit dan tidak cukup untuk kita layak membeli
rumah.

Ini salah satu strong justification untuk bank terima


income daripada part time kita.

mencari
Dan kita juga digalakkan untuk
kerja part time yang lengkap dari
segi EPF serta company yang agak
strong serta dikenali.
Biasanya bank tiada masalah untuk
mengambil kira income daripada hasil
kerja part time kita. Jangan lupa untuk
sediakan Surat Pengesahan Majikan untuk
support kerja kita tu.

Q&a Financing 22 Bella Leana


Macam mana pulak kalau kita bekerja Part
Time dengan syarikat Enterprise suami
kita? Mungkin suami mempunyai syarikat
Enterprise dan kita bekerja sebagai kerani
di syarikat tersebut serta mendapat gaji
sebulan RM1,500? Adakah bank akan
terima?

Bagi kes macam ni, kebiasannya bank akan ada keraguan


sedikit.

Sebab bagi Enterprise, sangat jarang untuk mencari staff part


time. Position sebagai kerani juga agak keterlaluan. Ini sebab
maksud kerja Part Time di sini ialah kerja tambahan kepada
kerja tetap.

Jika kita sudah terikat dengan kerja tetap 9am – 5pm, takkan
malam kita baru nak jadi kerani kepada syarikat suami kita?
Atau mungkin dengan syarikat Enterprise yang lain?

Pukul berapa part time kita bermula? 7pm – 11pm? Di mana?


Adakah syarikat tersebut mempunyai pejabat? Atau mungkin
syarikat Enterprise suami kita hanya beralamatkan rumah
yang kita duduk sekarang?

Kena ingat sekarang bank juga sudah pandai.


Banyak persoalan yang akan ditimbulkan jika bank
ada keraguan yang tinggi. Untuk soalan di atas,
kebiasaannya sangat jarang untuk bank terima gaji part time
kita tu sebagai income tambahan kita setiap bulan.

Q&a Financing 23 Bella Leana


Macam mana pulak dengan income
Part Time yang lebih tinggi income-
nya jika dibandingkan dengan income
tetap kita? Adakah bank terima?

Situasi ini bergantung kepada jenis part


time kita dan berdasarkan justification
yang kita berikan.

Sebagai contoh, kita bekerja sebagai


Part Time Unit Trust Consultant atau
Ejen Hartanah dan kita mempunyai
komisyen setiap bulan yang mana 3 kali
ganda lebih tinggi daripada income
tetap kita.

Mungkin bank akan persoalkan


kenapa kita masih jadikan Part
Time income kita sebagai Part
time income? Sedangkan ia jauh
lebih banyak yang kita terima
daripada income tetap kita?

Mungkin kita boleh beritahu


bank yang kita tidak confident
dengan komisyen yang kita
terima sebab kerja yang
melibatkan komisyen ni
kebiasaannya mengikut musim
rajin dan malas kita.

Q&a Financing 24 Bella Leana


Jika kita beri satu atau lebih strong
justification, mostly memang tiada
masalah untuk bank terima. Hanya
sediakan 6 bulan komisyen statement
sahaja.

Tetapi, katakan situasi income Part


Time kita sebagai Accountant kepada
syarikat Enterprise suami kita, suami
siap sediakan payslip dan EPF
contribution apa semua ni dan gaji
yang kita terima lebih tinggi daripada
gaji kerja tetap kita.

Situasi macam ni bank mungkin


akan persoalkan kenapa kita
masih lagi nakkan kerja tetap
kita sedangkan gaji yang kita
terima itu lebih rendah.
Contoh Gaji sebagai Kerani di syarikat
ABC Sdn Bhd RM1,700 dan gaji part
time sebagai akauntan pula RM2,800 di
syarikat suami.

Nampak tak kenapa Bella cakap situasi


ni agak susah untuk bank terima
income daripada hasil kerja part time?

Q&a Financing 25 Bella Leana


Bella, apa effect jika kita mempunyai
lebih daripada 3 credit card? Adakah
bank akan letak scoring kita menjadi
lebih tinggi dan peluang lulus
pembiayaan lebih rendah?

Mempunyai 3 kad kredit tidak langsung


memberi masalah atau effect kepada
scoring kita. Tetapi jika penggunaan
dan outstanding balance kita melebihi
70% daripada limit kredit kita, ia
mungkin akan memberi kesan yang
negative.

Contoh situasi 1:-

Kad Kredit Kad Kredit Kad Kredit


Bank A Bank B Bank C
RM 100/ RM 215/ RM 1987/
RM 5000 RM 6000 RM 10,000

Contoh Situasi 2:-

Kad Kredit Kad Kredit Kad Kredit


Bank A Bank B Bank C
RM 4800/ RM 5789/ RM 9987/
RM 5000 RM 6000 RM 10,000

Q&a Financing 26 Bella Leana


Situasi di atas adalah dua situasi yang sangat berbeza. Situasi
1 yang mana Applicant mempunyai 3 kad kredit dengan
jumlah limit RM21,000 dan penggunaan kad kredit tersebut
hanya RM2,302 dan hanya menggunakan 11% daripada total
limit.

Beralih kepada situasi yang kedua yang mana applicant


mempunyai 3 kad kredit dengan limit yang sama RM21,000
tetapi menggunakan hampir keseluruhan limit dengan total
RM20,576 bersamaan 98% daripada total limit yang di berikan
oleh bank.

Situasi kedua menjelaskan bahawa applicant mempunyai


risiko cashless yang sangat tinggi dan ini akan menyebabkan
scoring kita ke arah yang lebih tinggi iaitu bersifat negative.

bilangan kad kredit yang banyak tidak


Ini bermakna,
memberi kesan negatif jika penggunaan kad-kad
tersebut terlalu minima. Tetapi jika penggunaan kad
kredit tersebut sudah melebihi 70%
daripada total limit, ini sudah
menyumbang ke arah negatif.

Q&a Financing 27 Bella Leana


Bella apa kesan jika kita buat
pembiayaan ASB RM200K kepada DSR
kita? Sebab ada sesetengah bank tidak
ambil kira dividen ASB sebagai
income.

Mesti akan ada kesan, sebab pembiayaan ASB ialah


komitmen. Maka DSR kita automatik akan jadi lebih tinggi.

Tentang dividen ASB pula, memang tidak dinafikan ada


sesetengah bank tidak mengambil kira
sebagai income. Nasihat bella,
pergilah kepada bank yang
mengambil kira dividen ASB
sebagai income.

Tak usah pening kepala


memikirkan perihal bank yang
tidak ambil kira dividen ASB
sebagai income ni. Banker
tersebut tak boleh nak tukar polisi
bank hanya kerana anda nak beli
rumah.

So, sebelum anda nak beli rumah tu seeloknya anda


dah siap sedia survey tentang cara pengiraan DSR
bank-bank tersebut.

Q&a Financing 28 Bella Leana


Bella, apa efek jika kita tidak
mempunyai rekod CCRIS?

Efek dia, bank tak boleh nak justify anda


punya habit pembayaran sebab tak
pernah ada rekod. Dan ini mungkin
boleh menjejaskan peluang lulus
pembiayaan.

Boleh ke bank luluskan pembiayaan


kita sekiranya kita tiada CCRIS rekod?

Kelulusan pembiayaan bergantung kepada banyak faktor


termasuklah CCRIS rekod. Jika applicant tiada CCRIS, bank tak
boleh nak menilai habit anda dalam pembayaran bulanan
kepada bank. Maka di sini bank sudah tolak 1 point untuk
menyokong pembiayaan anda untuk lulus.

Bagi Fresh Graduate anda boleh sertakan sijil


Diploma/Degree/Master anda sebagai dokumen sokongan.
Bagi yang pernah ada pembiayaan sebelum ni dan
pembiayaan sudah selesai dibayar, boleh
kemukakan surat “Penyelesaian Penuh” atau apa-apa
bukti yang anda sudah selesaikan pembiayaan tersebut.

Bagi yang lebih berusia, jika tiada CCRIS rekod memang agak
susah untuk bank luluskan. Tetapi still, bergantung kepada
keadaan/situasi tertentu serta justification yang diberikan.

Q&a Financing 29 Bella Leana


Boleh tak kalau kita nak mohon
pembiayaan bersama dengan orang
yang bukan keluarga kita. Contohnya
macam kawan ke atau mungkin
sepupu kita?

Boleh je sebenarnya. Kita boleh


mohon pembiayaan bersama dengan
orang selain daripada ahli keluarga
kita. Tetapi kita perlukan very strong
reason serta very strong justification.

Contohnya, pembiayaan bersama


dengan sepupu sebab income kita
tak cukup dan kita tak punya adik
beradik serta ibu bapa.

Atau mungkin pembiayaan bersama


dengan kawan kita sebab rumah
yang kita nak beli ni bertujuan
untuk investment.

Lebih kukuh jika kita ada


dokumen sokongan untuk
kes-kes sebegini. Bank
gelarkan ini sebagai Invalid
Relationship.

Q&a Financing 30 Bella Leana


Kalau kita mempunyai tiga kereta dan ianya
disewakan kepada syarikat kereta sewa,
apa effect kepada bayaran bulanan kereta
dan income yang kita terima daripada
cagaran kereta tersebut?

Untuk kes begini, tak semua bank akan terima melainkan kita
mempunyai syarikat dan salah satu perniagaan yang kita
jalankan adalah menyediakan kereta kepada syarikat kereta
sewa.

Dengan proper dokumentasi, bank mungkin boleh


waive bayaran bulanan sebab sudah dibayar oleh
pihak ketiga.
Tetapi jika di atas nama individu, agak susah untuk bank
terima ianya sebagai income.

Q&a Financing 31 Bella Leana


Saya mempunyai dua buah rumah sublet,
rumah ni bukan atas nama saya, macam
mana saya nak buktikan kepada bank
tentang income sewa yang saya dapat?

Kalau anda buat sublet, anda kena


register company. Sublet ialah sejenis
perniagaan dan perniagaan perlu
didaftarkan dengan SSM dan
mempunyai akaun syarikat.

Jika anda buat sublet atas nama individu,


kemungkinan besar bank tak akan terima
income yang anda terima tu sebagai income.

Bella, saya ada rekod CCRIS 2


bulan bayar lambat sebelum ni, apa
efek dia pada pembiayaan
application saya ya?

Jika ada rekod 2 bulan berturut-turut dalam rekod CCRIS


tanpa justification yang kuat, peluang untuk lulus pembiayaan
sudah tinggal separuh.

Namun tetap bank akan mengambil kira “alasan” kenapa ada


tunggakkan selama 2 bulan tersebut. Jika alasan yang
diberikan kukuh, mungkin bank akan mempertimbangkan
permohonan tersebut.

Q&a Financing 32 Bella Leana


Sebagai contoh, 10 bulan yang lepas,
syarikat tempat anda kerja mengalami
masalah dan gaji tidak dibayar mengikut
waktu dan menyebabkan tunggakan
dalam bayaran pembiayaan.

Selepas mendapat kerja baru, anda terus


selesaikan bayaran tersebut dan
pembiayaan kembali up to date
seperti biasa.

Kebiasaannya bank tetap


mengambil kira rekod CCRIS
selama setahun seperti yang
ditunjukkan di dalam rekod CCRIS
walaupun sudah melebihi 6 bulan.

Saya pernah ada hutang lapuk


merangkap hutang jahat dan termasuk
kat dalam senarai “Special Attention
Account” (SAA) dalam CCRIS. Macam
mana saya nak pastikan pembiayaan
saya akan lulus?

Special Attention Account adalah senarai


hutang yang tertunggak dan tidak
dijelaskan dalam tempoh waktu yang
agak lama.

Q&a Financing 33 Bella Leana


Jika hutang tersebut sudah dijelaskan, dinasihatkan untuk
mendapatkan Surat Penyelesaian Penuh dan update di bank
tersebut untuk memadamkan rekod di SAA atau boleh walk in
ke kaunter di Bank Negara untuk kemaskini. Bawa sekali surat
penyelesaian penuh tersebut serta resit bayaran.

Kebiasaannya, jika mempuyai rekod SAA peluang untuk lulus


pembiayaan juga sudah tipis namun dengan surat
pengesahan serta justification tentang rekod SAA tersebut,
boleh membantu untuk pastikan pembiayaan lulus.

Jika hutang tersebut masih belum dijelaskan, dinasihatkan


untuk membuat bayaran dan menyelesaikan bayaran hutang
tersebut. Jika bayaran untuk SAA ini dibayar secara ansuran,
rekod SAA tidak akan hilang dan surat penyelesaian tidak akan
dikeluarkan.

Dan jika ini yang berlaku maka pembiayaan anda akan di-
hold sehingga penyelesaian penuh telah dilakukan.

Q&a Financing 34 Bella Leana


Rumah saya pernah dilelong suatu
ketika dulu, dan telah pun selesai.
Saya nak beli rumah yang baru tetapi
pihak bank beritahu saya, bahawa
rekod “Proclamation of Sale” masih
ada lagi dalam sistem dan
menyebabkan pembiayaan saya tidak
lulus. Apa yang perlu saya buat?

Kebiasaannya memang kalau rumah kita hampir dilelong atau


pun sudah masuk rekod untuk dilelong, bank akan mempunyai
rekod.

Nama kita akan tersenarai dalam listing “Proclamation of


Sale” yang mana akan efek kepada permohonan pembiayaan
kita.

Ada dua situasi:-

1. Nama tersenarai tetapi belum dikeluarkan


daripada senarai tersebut. Maksudnya menunjukkan
akaun yang dilelong tersebut masih belum ditutup
sepenuhnya.

2. Nama tersenarai tetapi sudah “discharge” dari


senarai tersebut. Maksudnya urusan POS sudah selesai.

Q&a Financing 35 Bella Leana


Jika semua urusan telah selesai, kita
perlu semak semula dengan pihak
bank yang melelong rumah kita.
Mungkin ada saki baki bayaran yang
perlu dijelaskan yang menyebabkan
rekod kita masih belum clear.

Kebiasaannya, jika kita


mempunyai rekod POS,
walaupun sudah selesai
sepenuhnya, rekod kita tetap
ada. Ini akan menjejaskan
“scoring” kita di mata bank.

Saya membeli rumah daripada pakcik saya.


Rumah pakcik saya ni hampir dilelong dan
pernah disenaraikan dalam lelong list tetapi
dibatalkan. Boleh ke saya meneruskan
pembelian rumah pakcik saya?

Boleh, perlu terangkan kepada pihak bank tentang


situasi seperti di atas ni. Perlu jelaskan kepada
bank yang rumah tersebut tidak jadi dilelong
sebab mungkin masih ada rekod
menunjukkan rumah tersebut telak masuk
dalam senarai lelong.

Q&a Financing 36 Bella Leana


Saya mempunyai dua buah kereta, sebuah saya
pakai dan sebuah lagi telah dijual kepada orang
lain tanpa menukar nama. Masalahnya sekarang,
pembeli tidak membayar kereta tersebut
sehingga ditarik oleh pihak bank. Saya hanya
tahu ketika pihak bank yang proses pembiayaan
rumah saya beritahu. Apa yang perlu saya buat
untuk pastikan pembiayaan rumah saya boleh
lulus?

Untuk soalan ni, jawapan yang paling simple ialah anda kena
bayar tunggakkan tersebut walaupun secara zahirnya kereta
tersebut bukan dipakai oleh anda dan sepatutnya orang
tersebut yang buat bayaran. Tetapi nama yang digunapakai
ialah nama anda.

Bank tidak ambil tahu siapa yang pakai kereta tersebut. Bank
hanya ambil tahu bayaran yang up to date untuk kereta
tersebut.

Selepas anda buat bayaran, anda kena dapatkan surat


penyelesaian dan hantar kepada pihak bank bersama resit
bayaran. Bank mungkin akan mempertimbangkan. Anda juga
kena sediakan justification untuk situasi di atas. Mungkin
anda boleh hantar sekali police report, surat agreement tukar
pakai kereta, surat sumpah atau apa sekali bukti menunjukkan
kereta tersebut digunapakai oleh pihak ketiga.

Walaupun tidak menjamin lulus pembiayaan tetapi


nama anda dah clear sebab konsep Orang Ketiga
yang pakai kereta kita di kira seperti tidak sah.

Q&a Financing 37 Bella Leana


Saya bekerja sendiri, berdaftar dengan SSM
dan mempunyai Akaun Semasa. Tetapi
saya sangat jarang menggunakan Akaun
tersebut dan masih lagi aktif menggunakan
Akaun Simpanan biasa untuk tujuan
perniagaan. Saya juga tidak membayar
Income tax. Apa yang perlu saya buat jika
saya nak membeli rumah?

Bagi yang bekerja sendiri, akaun semasa


syarikat memang sangat penting.
Akaun ini akan menunjukkan
perjalanan syarikat anda.
Segala urusan perniagaan
hendaklah melalui akaun
syarikat.
Untuk situasi di atas, anda
mungkin boleh pergi ke bank
yang anda buka akaun syarikat
dan akaun simpanan, sebab
transaksi melalui akaun simpanan,
kan.

Tanya kepada pihak bank tersebut, adakah


pihak bank tersebut terima jika perniagaan sendiri
tanpa Income Tax. Kebanyakkan bank tidak akan
terima perniagaan sendiri tanpa income tax.
Tetapi masih ada bank yang terima. Kena survey
satu persatu.

Q&a Financing 38 Bella Leana


Anda sertakan kedua-dua akaun
simpanan dan akaun semasa yang
di gunakan untuk urusan
perniagaan kepada bank yang
process pembiayaan tersebut. Lagi
cantik kalau akaun perniagaan
anda tu penuh dengan transaksi.

Tetapi sangat dinasihatkan untuk


declare pendapatan perniagaan
anda dengan LHDN.

Saya bekerja sendiri, berdaftar SSM


dan semua urusan saya menggunakan
Akaun Semasa, saya menyumbang
kepada KWSP, tetapi saya tidak
membayar Income Tax. Macam mana
saya nak membeli rumah?

rujuk
Untuk situasi di atas, sangat digalakkan untuk anda
kepada branch yang menguruskan akaun semasa
syarikat anda.
Branch tersebut mungkin lebih mengenali perjalanan akaun
syarikat anda.

Ini sangat membantu dalam recommendation. Ada bank yang


terima perniagaan sendiri tanpa Income Tax.

Tetapi sangat digalakkan untuk anda membayar income tax


untuk memudahkan urusan pembiayaan anda.

Q&a Financing 39 Bella Leana


Macam mana pula kalau berniaga
sendiri, berdaftar dengan SSM,
mempunyai akaun semasa syarikat,
menyumbang kepada KWSP dan
mempunyai payslip? Adakah bank
akan consider?

Ya, sudah tentu bank akan consider. Tetapi


jika perniagaan anda tu Enterprise,
digalakkan untuk sertakan sekali akaun
syarikat. Bank akan menilai dari kedua-
dua payslip dan akaun semasa syarikat.
Enterprise tidak ada Payslip sebenarnya.
Hanya dinilai dengan B Form. Again,
TAX!

Saya mempunyai masalah kewangan,


sehingga menjejaskan bayaran
bulanan saya kepada bank. Akaun
pembiayaan rumah saya mempunyai 3
bulan tunggakan. Apa yang perlu saya
buat? Saya takut rumah saya dilelong.

Jika mempunyai masalah kewangan sehingga menjejaskan


seeloknya datang ke bank
bayaran kepada pihak bank,
dan berbincang dengan pegawai yang bertugas.
Mungkin akan ada pilihan untuk mendapatkan cara untuk
membantu anda.

Q&a Financing 40 Bella Leana


Sebagai contoh, ada sesetangah
bank mempunyai pilihan untuk
membuat payment holiday selama
satu atau dua bulan. Atau mungkin
anda boleh mengemukakan surat
rayuan pengurangan bayaran
bulanan.

Untuk pengurangan bayaran


bulanan, anda boleh request untuk
melakukan pengurangan untuk
suatu tempoh. Dan jangan lupa
untuk update bank jika tempoh
pengurangan bayaran bulanan
yang anda buat tu sudah tamat
tempoh. Ini kita panggil
“Reschedule”.

Apa yang boleh saya lakukan sekiranya


pasangan saya yang buat Pembiayaan
bersama, meninggal dunia? Sedangkan saya
tidak pasti di mana saya letakkan semua
dokumen perjanjian rumah saya. Saya tak
pasti jika Insurance/Takaful iaitu MRTA/MRTT
cover siapa. Saya tiada maklumat tentang itu.
Apa yang perlu saya buat?

Apa yang anda boleh buat ialah walk in ke bank yang terlibat
dan boleh cek dengan bank tersebut. Apa yang perlu anda
bawa cuma IC anda.
Q&a Financing 41 Bella Leana
Buat semakan dengan bank tentang
coverage insurance/takaful anda dan
berapa percentage yang anda boleh claim.

Apa yang anda perlukan hanya dokumen


seperti surat mati, salinan IC jika masih
ada. Nanti pegawai bank akan bantu anda
tentang apa procedure yang seterusnya.

Sekiranya pembiayaan saya pembiayaan


bersama dengan suami, dan
Insurance/Takaful cover 50%-50%.
Tetapi apabila suami meninggal saya
tidak mampu membayar bayaran
bulanan yang agak tinggi, apa yang
boleh saya buat. Adakah saya perlu
menjual rumah ini?

Hak menjual rumah hak tuan rumah


tetapi bukanlah procedure yang mudah
kerana ia melibatkan banyak pihak.

Menjual rumah yang melibatkan


Decease People iaitu orang yang
telah meninggal dunia agak susah
jika dibandingkan dengan orang yang
hidup.

Q&a Financing 42 Bella Leana


Jika situasi di atas, si isteri perlu
pergi ke bank untuk membuat
tuntutan insurance/takaful dan
membuat semakan tentang bayaran
bulanan.

Kebiasaannya bayaran
bulanan akan tetap seperti
biasa cuma akan effect pada
tempoh bayaran.
Si isteri perlu membuat surat
kepada bank untuk mengurangkan
bayaran bulanan. Pengstrukturan
semula bayaran bulanan berbeza
dengan rayuan pengstrukturan
semula yang biasa. Ini tidak
menjejaskan CCRIS.

Bank akan mengira semula berapa


bayaran bulanan yang sepatutnya
isteri bayar bergantung kepada
berapa baki pembiayaan akaun
tersebut.

Q&a Financing 43 Bella Leana


Pembiayaan rumah saya telah lulus
dan dalam process untuk
disbursement. In between, pasangan
saya telah meninggal dunia. Untuk
pembiayaan ini, Insurance/Takaful
cover 50%-50%. Bolehkah saya claim
Insurance/Takaful daripada pihak
bank?

Jika pembiayaan anda belum lagi disburse, bermakna


sumbangan takaful belum dibuat.

Dan jika belum dibuat bermakna perlindungan masih lagi


belum dilakukan. Kebanyakan syarikat insurans tidak
melindungi penama jika berlakunya situasi seperti di atas.

Boleh terus refer ke pihak bank tentang situasi di


atas. Ada bank yang
menawarkan untuk disburse
takaful/insurance awal
selepas sign loan agreement
tetapi anda pun kena start bayar
awal kepada bank iaitu
progressive payment. Jika terima
tawaran begini, pihak
insurance/takaful akan cover anda
punya pembiayaan.

Q&a Financing 44 Bella Leana


Kenapa tak boleh claim sedangkan
saya sudah bersetuju dan sign surat
proposal dan surat acceptance?

Macam yang diberitahu tadi, selagi caruman tidak berlaku,


selagi itulah insurance/takaful belum bermula. Secara
logiknya, jika caruman tidak berlaku maka tiada perlindungan
yang akan melindungi anda.

Saya bekerja sebagai pemandu lori dan


tidak mempunyai income tetap,
income saya bergantung kepada trip.
Majikan tidak mencarum EPF dan
membayar gaji saya secara cash.
Macam mana saya nak pastikan
pembiayaan rumah saya akan lulus?

Untuk situasi di atas, memang


agak sukar untuk
mendapatkan kelulusan bank.
Kerana jenis pekerjaan memainkan
peranan yang penting untuk
mendapatkan kelulusan bank.

Tambahan pula, gaji yang diterima


mengikut trip, tiada EPF dan diterima
melalui cash.

Q&a Financing 45 Bella Leana


Kebiasaannya syarikat yang besar dan stabil tidak akan buat
macam ni. So, kelemahan kat situasi di atas adalah kestabilan
syarikat tempat bekerja.

Kalau ada peluang, carilah pekerjaan lain.

Jika masih di situ, simpan segala payment vouchers yang


diterima dan pastikan setiap kali dapat gaji cash tersebut,
bank in dahulu ke dalam akaun simpanan.

Kalau boleh, asingkan sedikit untuk simpanan. Sekurang-


kurangnya ada simpanan sebagai sokongan untuk apply
pembiayaan.

Jika saya ingin menambah coverage


MRTA/MRTT sebab coverage sudah
habis, apa yang perlu saya lakukan?

Boleh walk in terus ke branch berdekatan atau


terus walk in ke branch yang anda proceed
Hanya perlu
pembiayaan tersebut.
bawa IC anda dan rujuk ke
pegawai untuk dapatkan quotation.
Atau pilihan lain anda boleh terus
berhubung dengan institusi
insurance/takaful yang telah menguruskan
MRTA/MRTT anda.

Pilihan lain anda boleh mencarum


MLTA/MLTT atau life takaful untuk melindungi
pembiayaan anda.

Q&a Financing 46 Bella Leana


Boleh kah saya apply pembiayaan
tanpa mengambil MRTA/ MRTT?

Bergantung kepada bank yang anda apply pembiayaan tu. Ada


sesetengah bank meletakkan syarat MRTA/MRTT adalah
wajib dengan syarat minima 5 tahun. Dan ada juga bank yang
memberi pilihan samada mencarum dalam MRTA/MRTT atau
MLTA/MLTT.

Kalau bank tersebut tiada syarat-syarat tertentu tentang


caruman MRTA/MRTT, boleh saja untuk tak ambil
MRTA/MRTT.

Apakah tempoh sebaiknya untuk saya


ambil MRTA/MRTT?

Bergantung kepada peminjam. Akan ada kesan yang berbeza


mengikut tahun caruman MRTA/MRTT. Tetapi tempoh yang
sebaiknya adalah sepanjang tempoh pinjaman.

Q&a Financing 47 Bella Leana


Apa akan jadi kepada MRTA/MRTT
saya jika saya buat refinancing ke
bank yang lain?

Basically, kalau anda buat refinance dan MRTA/MRTT anda


masih mempunyai lebihan caruman, bank biasanya akan beri
2 pilihan:-

Teruskan mencarum dan anda masih boleh


1 claim kepada institusi insurance/takaful tersebut
walaupun pembiayaan sudah tak terikat dengan
existing bank. MRTA/MRTT tersebut akan ditukarkan
kepada konsep Life Insurance/Takaful.

Anda boleh menamatkan polisi tersebut dan


2 anda akan dapat balik lebihan daripada caruman
anda (jika ada).

Q&a Financing 48 Bella Leana


Jika saya tidak mempunyai
MRTA/MRTT, tempoh pembiayaan saya
30 tahun, dan katakanlah saya
meninggal dunia pada tahun
kesepuluh pembiayaan saya, apa akan
terjadi kepada rumah saya ni?

Kalau anda tak ada MRTA/MRTT untuk pembiayaan rumah tu,


waris anda perlu terus membayar baki pinjaman
anda sehingga selesai.
Jika anda ada Life Insurance/Takaful, waris juga boleh buat
pembayaran melalui pampasan yang diterima daripada life
insurance/takaful anda.

Macam mana kalau saya langsung


tiada insurance? Adakah waris saya
tetap kena bayar pembiayaan
perumahan tersebut?

Ya, waris harus menyelesaikan baki


pembiayaan perumahan anda. Jika
tidak mampu, waris boleh membuat
permohonan untuk mengurangkan
bayaran bulanan kepada satu amaun
yang ditetapkan oleh bank.

Q&a Financing 49 Bella Leana


Caranya? 1
Waris perlu membuat satu surat Buat surat
permohonan
permohonan untuk mengurangkan + sertakan
bayaran bulanan. Submit sekali Payslip & income
tambahan
payslip terkini serta income tambahan Alasan
jika ada. Boleh nyatakan alasan pengurangan
kenapa bank perlu bersetuju dengan
pengurangan bayaran bulanan 2
tersebut. Selesaikan
bayaran baki
Selepas selesai bayaran baki pembiayaan
pembiayaan tersebut, barulah waris
boleh menguruskan segala hal 3
berkaitan seperti menuntut harta Uruskan
tersebut.
tuntutan harta

Macam mana kalau waris gagal


4
membayar baki pembiayaan tersebut?
Rumah akan
Procedure bank tetap sama. Bank dilelong andai
gagal bayar
berhak melelong rumah tersebut jika baki
bank tidak menerima bayaran pembiayaan
bulanan seperti yang ditetapkan.

Q&a Financing 50 Bella Leana


Saya mempunyai existing pembiayaan
dengan bank A dan rate yang
ditawarkan sangat tinggi, apa yang
boleh saya buat untuk dapatkan rate
yang lebih baik?

Boleh. Anda hanya perlu membuat surat permohonan untuk


mengurangkan kadar faedah pembiayaan anda dan hantar
kepada branch yang proses pembiayaan anda. Keputusan
samada boleh atau tak boleh, bergantung kepada pihak bank.

Ada banyak faktor yang di ambil kira. Antaranya:-

1 Baki pembiayaan tersebut

2 Rekod CCRIS

3 Fasiliti dengan bank tersebut

4 Baki akaun simpanan/akaun semasa

5 Rate terkini

Pembiayaan terkini saya masih lagi


pakej konvensioanal, jika saya nak
tukar kepada pakej islamik, apa yang
perlu saya buat?

Jika pakej pembiayaan anda masih lagi konvensional dan


anda nak tukar kepada Islamic financing, anda perlu buat
refinance. Namun ada juga bank yang menawarkan

Q&a Financing 51 Bella Leana


conversion. Kena survey dulu. Tak
semua bank ada offer untuk
conversion ni. Dan ia juga tetap
ada kos-kos berkaitan seperti kos
guaman.

Tak kisah anda nak buat di bank


yang sama atau di bank yang lain.

Tak kisah anda nak buat tambahan


cash atau hanya baki pembiayaan
sahaja.

Anda yang perlu decide.

Saya mempunyai rumah yang sudah tiada


hutang, saya ingin mendapatkan cash
daripada rumah tersebut dengan membuat
remortgage. Cash tersebut saya ingin guna
untuk menyelesaikan hutang kad kredit saya
serta pembiayaan peribadi saya. Masalah
saya sekarang ialah, saya mempunyai rekod
bayaran tertunggak untuk kad kredit dan
pembiayaan peribadi saya. Boleh tak bank
consider untuk luluskan pembiayaan saya?

Tidak. Bank akan melihat rekod bayaran anda untuk


satu tahun kebelakang. Jika anda mempunyai rekod yang
buruk untuk existing bank, peluang untuk lulus pembiayaan
juga berkurang.

Q&a Financing 52 Bella Leana


Walaupun anda nak buat
pembiayaan untuk buat
penyelesaian kepada hutang-
hutang anda (satukan hutang),
secara logik, anda akan dinilai
sebagai peminjam yang berisiko.

Bank akan fikir, pembiayaan yang


sedia ada pun anda tak mampu
nak bayar, apatah lagi
pembiayaan baru yang anda nak
apply ni. Namun, ia berbeza
dengan penggunaan kad kredit
yang tinggi. Ini masih boleh
dipertimbangkan dengan cara
menutup kad kredit tersebut.

Apa kesan kalau saya membayar lebih


daripada bayaran instalment saya?
Adakah saya boleh mempercepatkan
tempoh bayaran balik?

Ya, anda akan mempercepatkan tempoh pinjaman. Ini kerana


kadar faedah yang dikenakan bergantung kepada baki pokok.

Boleh rujuk Table kat bawah untuk membandingkan baki


selepas 6 tahun bayaran dibuat. Assume Rate 4.5% dan
tempoh pinjaman 35 tahun.

Q&a Financing 53 Bella Leana


Jadual 1
Yearly Payment
Actual Payment Made Principal Bank’s Profit Balance
Installment
11,652 14,400 5,175.00 9,225.00 205,000.00
11,652 18,000 9,007.88 8,992.13 199,825.00
11,652 14,400 5,813.23 8,586.77 190,817.13
11,652 18,000 9,674.82 8,325.18 185,003.90
11,652 15,600 7,710.19 7,889.81 175,329.07
11,652 15,600 8,057.15 7,542.85 167,618.88

69,912 96,000 45,438.27 50,561.73 167,618.88


Baki pinjaman
selepas 6 tahun
Jadual 2
Yearly Payment
Actual Payment Made Principal Bank’s Profit Balance
Installment
11,652 11,652 2,427.00 9,225.00 205,000.00
11,652 11,652 2,536.22 9,115.79 202,573.00
11,652 11,652 2,650.34 9,001.66 200,036.79
11,652 11,652 2,769.61 8,882.39 197,386.44
11,652 11,652 2,894.24 8,757.76 194,616.83
11,652 11,652 3,024.48 8,627.52 191,722.59

69,912 96,000 16,301.90 53,610.10 191,722.59


Baki pinjaman
selepas 6 tahun

Bella, saya ada dengar bayaran balik


pembiayaan secara mingguan boleh
menjimatkan kadar faedah
pembiayaan saya. Boleh terangkan?

Ya, akan ada perbezaan.


Bergantung kepada jumlah
bayaran pembiayaan. Contoh
table kat bawah ni. Ini Bella buat
untuk sebulan sahaja.

Q&a Financing 54 Bella Leana


Actual Payment Made Principal Bank’s Profit Balance
Installment
Monthly
Payment 971 971 212.78 758.22 204,787.22
300 72.77 227.23 204,927.23
300 123.14 176.86 204,804.08
971
200 23.25 176.75 204,780.83
Weekly Payment
171 -5.73 176.73 204,786.56

Total 213.44 757.56 0.66

Perbezaan

Kalau genap sebulan dengan


bayaran yang sama, boleh jimat

336,44
213,12
ONEY
123,32
66sen jika dibuat dalam bentuk

SAVE M
bayaran mingguan.
Bayangkan kalau setahun? Dan
bayaran yang anda buat tu melebihi.
Contohnya anda buat RM1,200.

Actual Payment Made Principal Bank’s Profit Balance


Installment
Monthly
Payment 971 971 212.78 758.22 204,787.22
300 72.77 227.23 204,927.23
300 123.14 176.86 204,804.08
971
300 123.25 176.75 204,680.83
Weekly Payment
300 123.36 176.64 204,557.48

Total 442.52 757.48 229.74

Perbezaan

Banyak yang anda boleh jimat kan?

Q&a Financing 55 Bella Leana


Apa kesan kalau saya ambil MRTA/MRTT lebih
pendek daripada pembiayaan? Contoh
pembiayaan saya 30 tahun tetapi MRTA/MRTT
saya cuma 5 tahun. Saya bercadang ingin
refinance rumah tersebut selepas tempoh 5
tahun. Apa yang akan terjadi jika saya
meninggal dunia pada tahun yang keempat?

Anda still kena bayar sum amount untuk setelkan pembiayaan


rumahanda. Boleh rujuk table yang Bella buatkan di bawah ni:-

Katakanlah amaun pembiayaan RM200K untuk tempoh 30


tahun, coverage MRTT cuma 5 tahun dan tiba-tiba meninggal
pada tahun ke-4 pembiayaan.

Baki pembiayaan anda pada tahun


ke-4 adalah RM186K, manakala
MRTT coverage di paras RM43K,
maka akan ada RM143K yang perlu
dibayar oleh waris.

Q&a Financing 56 Bella Leana


Berapa tempoh masa untuk saya
membuat permohonan untuk
mengurangkan kadar keuntungan bank
untuk pinjaman perumahan saya?

Bergantung kepada pakej semasa. Anda boleh menghantar


permohonan pada bila-bila masa, tetapi ia bergantung kepada
management untuk luluskan atau reject anda punya
application. Ada banyak faktor yang bank akan ambil kira
untuk meluluskan anda punya application.

Antaranya:-

1 Baki Pinjaman

2 Rekod CCRIS

3 Jumlah simpanan

4 Dan lain-lain faktor

Bila masa yang sesuai untuk saya buat


refinance?

Refinance ni bergantung kepada


keperluan anda, anda perlu mengambil
kira beberapa faktor yang penting
sebelum anda decide untuk buat
Refinance.

Q&a Financing 57 Bella Leana


Antaranya:-

1 Tujuan buat refinancing


2 Market value
3 Kos-kos berkaitan
4 Bayaran bulanan

Basically, jika anda nak buat refinance


untuk dapatkan cash, anda boleh tunggu
sehingga market value rumah anda
melebihi baki pembiayaan.

Kalau saya nak join pembiayaan


dengan ayah saya boleh ke? Ayah saya
berumur 50 tahun dan mempunyai
income pencen.

Boleh. Selagi pemohon mempunyai


pendapatan, selagi itulah layak
memohon pembiayaan. Memang bank
akan mengambil kira faktor usia jika
pemohon sudah berusia.

Bank akan menilai kedua-dua


applicant, anak dan ayah dan akan
menitik beratkan siapa “Main
Applicant” yang akan membayar
pembiayaan tersebut.

Q&a Financing 58 Bella Leana


Jika Main applicant adalah ayah,
maka kemungkinan untuk lulus
pada tempoh yang panjang agak
tipis.

Jika pembiayaan amaun tinggi dan


gaji main applicant rendah,
berkemungkinan tempoh bayaran
akan lebih pendek.

Semuanya bergantung kepada


situasi permohonan tersebut.

Saya sudah mempunyai rumah


pembiayaan bersama dengan isteri.
Macam mana saya nak buat kalau
saya nak dapatkan 4 buah rumah
dengan MOF 90%?

Jika sudah menggunakan kuota 90%


untuk kedua pihak, maka suami isteri
tersebut hanya boleh dapat MOF 90%
untuk satu pembiayaan rumah setiap
seorang.

Jika mahu 4 biji rumah untuk kuota


90%, maka rumah pertama harus
dilupuskan daripada pembiayaan.
Samada dijual, refinance kepada nama
seorang atau buat penyelesaian penuh.

Q&a Financing 59 Bella Leana


Boleh ke saya nak apply pembiayaan
bersama dengan tunang saya?

Boleh sebenarnya, tetapi harus ada


justifikasi yang kuat.

Contohnya, bakal melangsungkan


perkahwinan dalam masa terdekat. Tetapi
segala risiko, bank tidak akan tanggung.
Orang berkahwin pun boleh
bercerai dan bergaduh tentang
pemilikan rumah, apatah lagi
jodoh baru bertunang je dik oi!

Kalau saya nak beli rumah lelong, boleh ke


saya dapatkan pinjaman 100% jika rumah
tersebut rumah pertama saya?

Boleh. Tetapi tetap kena keluarkan 10% atau 5% deposit


dahulu sewaktu membida.

Adakah saya mempunyai pilihan untuk tidak


ambil MRTT/MTRA daripada bank yang
memberikan pinjaman perumahan saya?

Ini bergantung kepada bank tersebut. Jika Bank tersebut


mewajibkan untuk mengambil MRTA/MRTT, maka applicant
harus mengambil sekali.

Q&a Financing 60 Bella Leana


Apa kesan jika saya mempunyai
pembiayaan peribadi?

Kebiasaannya, jika kita mempunyai pembiayaan peribadi,


maka credit scoring kita akan menjadi tinggi dan ia
memberikan tanggapan negatif kepada bank. Tetapi ia
bergantung kepada amaun pembiayaan peribadi tersebut.

Sebenarnya, pembiayaan peribadi RM100K lebih


rendah risiko daripada pembiayaan peribadi RM5K.
Sebab, kebiasaannya pembiayaan peribadi yang amaunnya
besar bayaran bulanan akan dibuat melalui potongan gaji.

Sedangkan pembiayaan peribadi yang kecil lebih


menunjukkan peminjam tiada kekuatan cash. Tambah lagi
peminjam mempunyai 3 pembiayaan peribadi yang masing-
masing amaunnya RM5K dan RM6K daripada bank yang
berbeza.

Q&a Financing 61 Bella Leana


Jika saya mempunyai sebidang tanah
jenis pertanian, boleh ke saya
membuat pembiayaan untuk membina
rumah di atas tanah tersebut?

Ya, boleh. Anda boleh refer ke bank


untuk tujuan pembiayaan. Sebelum
anda apply pembiayaan, anda kena
pastikan anda mendapat kebenaran
daripada Majlis Daerah dan Pejabat
Tanah.

Untuk tanah berstatus pertanian,


hanya sebuah rumah boleh didirikan
di atasnya.

Untuk pembiayaan bina rumah,


prosedurnya agak leceh dan
melibatkan banyak pihak.
Dinasihatkan untuk mendapatkan
nasihat daripada banker dahulu
sebelum proceed dengan
pembiayaan application.

Q&a Financing 62 Bella Leana


Saya ternampak iklan jualan tanah lot
berharga RM30K. Boleh ke saya
membuat pembiayaan untuk membeli
tanah tersebut?

Kebanyakan bank tidak akan


memberikan pembiayaan untuk tanah
lot sebab tanah lot ni kebiasaannya
berkongsi geran.

Secara logik, tanah itu milik bersama


(banyak penama) dan harus
mendapatkan persetujuan daripada
setiap penama untuk melakukan
urusan pinjaman.

Dan jika semua bersetuju, yang lain


tidak boleh melakukan apa-apa
transaksi melibatkan tanah tersebut
sehingga pembiayaan terbabit habis
dibayar. Sebab itu bank tidak
menawarkan pembiayaan untuk tanah
lot.

Q&a Financing 63 Bella Leana


Kalau saya mempunyai 3 buah rumah,
2 daripadanya sudah habis bayar/tiada
pembiayaan, jika saya nak beli rumah
yang keempat, berapakah MOF saya?

Maksimum 90% MOF. MOF ni hanya melibatkan rumah yang


masih di dalam rekod CCRIS, ada hutang saja.

Jika sudah mempunyai 3 rumah dan 2 daripadanya sudah


tiada hutang, maka jika nak beli rumah yang ke 4, peminjam
layak mendapat pembiayaan maksimum 90% MOF.

Tetapi, bank juga berhak menurunkan MOF kepada 80% atau


70% atau mungkin 60% bergantung mengikut keadaan. Bank
akan mengambil kira banyak faktor antaranya:-

1 Income vs Commitment

2 DSR

3 Pembiayaan Exposure

4 Simpanan

5 Property area
Dan banyak lagi faktor.

Q&a Financing 64 Bella Leana


Saya nak beli rumah pertama berharga
RM95K di Kajang, saya telah apply
pembiayaan di beberapa buah bank, tetapi
saya hanya dapat MOF 80%. Kenapa saya
tak boleh dapat 90% sedangkan saya
mempunyai simpanan dan DSR saya juga
masih mencukupi?

Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi peratus MOF.


Betul, memang rumah pertama applicant layak untuk
mendapatkan maksimum 90% MOF. Selain daripada DSR dan
mempunyai saving, property tersebut juga memainkan
peranan penting.

Contohnya, lokasi property tersebut berada di kawasan yang


kurang membangun dan harga semasa rumah tersebut masih
lagi berada di bawah RM100K sedangkan sudah
completed/siap lebih daripada 15 tahun.

Selain daripada tu, jenis-jenis pinjaman (outstanding credit)


juga memainkan peranan penting. Mungkin applicant
mempunyai 5 pembiayaan peribadi yang masing-masing
bernilai RM3 – RM8K.

Q&a Financing 65 Bella Leana


Saya mempunyai simpanan emas
fizikal, macam mana saya nak
buktikan pada bank untuk jadikan
simpanan emas saya sebagai income?

Untuk simpanan emas, bank tidak ambil kira


sebagai income. Mungkin boleh diambil kira
dengan nilai semasa, tetapi perlu beri bukti
menunjukkan emas tu anda punya.

Tapi most of the bank memang tak ambil kira


simpanan emas, fizikal atau pun on paper
sebagai income.

Apa akan terjadi kepada pembiayaan


rumah, jika peminjam tidak
mempunyai insurance/takaful dan
meninggal dunia sebelum pembiayaan
habis dibayar kepada bank?

Jika tidak mempunyai sebarang insurance/takaful,


pembiayaan peminjam tidak akan ditutup dan perlu dibayar
oleh waris.

Sebarang pertukaran nama hanya boleh dilakukan selepas


pembiayaan sudah habis dibayar.

Jika waris tak bayar pembiayaan tersebut, pihak bank juga


berhak melelong rumah tersebut.

Q&a Financing 66 Bella Leana


Saya menjadi guarantor kepada adik
saya dalam pinjaman perumahan
beliau. Bolehkah saya mengeluarkan
nama saya sebagai guarantor sebelum
pembiayaan tersebut habis dibayar
kepada bank?

Boleh tetapi bergantung kepada situasi juga.


Pertama, kena tahu kenapa bank perlukan
guarantor untuk pembiayaan tersebut.

Kalau disebabkan gaji applicant terlalu kecil


atau komitment dan DSR adalah tinggi, maka
anda kena tunggu sehingga applicant stabil dan
income bertambah.

Bila dah rasa income applicant bertambah,


anda bersama-sama applicant perlu datang ke
bank dan membuat surat permohonan untuk
mengeluarkan guarantor daripada pembiayaan
tersebut.

Apa yang anda perlu bawa:-

1 NRIC kedua-dua applicant dan


guarantor
2 3 bulan Payslip terkini applicant

3 Income lain jika ada


Kelulusan tertakluk kepada Management.

Q&a Financing 67 Bella Leana


Oh ya, sebagai guarantor untuk
pembiayaan rumah ia akan effect
kepada “Loan to Value” (LTV) kita ya.
Dikira sebagai pemilik juga.

Sebagai contoh, Adam memiliki


sebuah rumah atas nama sendiri
dan menjadi guarantor kepada
adik untuk pembiayaan beliau.
Bila Adam nak beli rumah
kedua, automatik bank akan
beri MOF 70% sahaja sebab
Adam dah menjadi gurantor
kepada adiknya.

Boleh terangkan kenapa sesetengah


bank memerlukan wang cagaran yang
perlu diletakkan di dalam Fixed
Deposit untuk suatu tempoh yang
telah ditetapkan oleh pihak bank?

Kebiasaannya, jika bank meminta wang cagaran, anda punya


scoring agak tinggi dan dikategorikan sebagai high risk

Q&a Financing 68 Bella Leana


Antara faktor lain:-

1 DSR sudah melebihi had


yang bank tetapkan

2 Mempunyai rekod hutang


lampau (SAA)

3 Status pekerjaan – contract


staff

Bila saya boleh keluarkan wang


cagaran saya? Adakah bank
mempunyai syarat-syarat tertentu?

Ini bergantung kepada syarat lulus


pembiayaan. Boleh jadi setiap orang
mempunyai syarat lulus pembiayaan
yang berbeza. So, perkara pertama
ialah semak semua Letter Offer yang
diberikan kepada kita dan fahamkan
tentang syarat lulus pembiayaan kita.

Ada sesetengah bank meletakkan


syarat lulus pembiayaan dengan
meletakkan cagaran di dalam Fixed
Deposit dan hanya boleh dikeluarkan jika
baki pembiayaan dah mencecah kepada
70%.

Q&a Financing 69 Bella Leana


Contoh: Pembiayaan RM100K, selepas
baki pembiayaan tinggal RM70K,
barulah wang cagaran anda boleh di
keluarkan.

Ada juga bank yang meletakkan


syarat, wang cagaran tersebut
boleh dikeluarkan selepas 3 atau
5 tahun.

Apa yang anda kena buat?

Buat surat permohonan untuk


keluarkan wang cagaran tersebut.
Kebiasaannya, antara syarat lain
ialah anda punya CCRIS mestilah up to
date dan tiada tunggakan.

Baki pembiayaan rumah saya di bank A hanya


tinggal RM50K, tetapi masih lagi pinjaman
konvensional, bolehkah saya refinance kepada
bank lain tanpa ambil cash? Saya hanya nak
refinance baki pinjaman saya kepada Islamic
financing?

Boleh. Malah ada sesetengah bank yang menawarkan pakej


conversion jika nak bertukar dari konvensional kepada
Islamik.

Q&a Financing 70 Bella Leana


Saya pernah menghadapi masalah bayaran
pembiayaan tertunggak dan sudah melebihi
4 bulan. Rate dan instalment saya telah
dinaikkan. Bolehkah saya membuat
permohonan untuk mendapatkan rate saya
yang lama? Rate selepas dinaikkan 9%, rate
asal 4.5%.

Boleh dengan syarat tiada rekod


tunggakkan dan payment sudah up-
to-date.

Anda perlu buat surat permohonan


dan hantar kepada branch yang
anda apply pembiayaan tersebut.
Kalau permohonan anda ni lulus,
anda mungkin takkan dapat rate
asal 4.5 sebelum ini, tetapi lebih
rendah daripada rate yang asal iaitu
default rate, 9%.

Adakah CTOS mempengaruhi


pembiayaan application kalau ada
rekod yang tak baik?

Bukan semua bank akan menilai rekod CTOS. Ini kerana CTOS
menyenaraikan rekod senarai hitam peminjam daripada
banyak institusi termasuk syarikat Telco.

Q&a Financing 71 Bella Leana


Ada sesetengah bank akan
mengambil kira rekod CTOS ni
tetapi most of the bank tidak
menggunakan rekod CTOS
sebagai rujukan untuk penilaian
rekod peminjam.

Apakah faktor lain yang membantu


pembiayaan saya senang lulus?

Banyak faktor yang boleh membantu


untuk meluluskan pernohonan anda.

Antaranya:-

1 Habit bayaran bulanan yang


baik (Good Paymaster)

2 Simpanan di ASB / TH / akaun


simpanan/ akaun semasa

3 Conduct of salary akaun


4 DSR dan NDI
5 Jenis-jenis pembiayaan
(Outstanding Credit)

6 Penggunaan kad kredit yang


sangat minimal.
Dan banyak lagi faktor yang membantu.

Q&a Financing 72 Bella Leana


Saya bekerja di oversea, macam mana
saya nak membeli rumah di Malaysia?

Dokumentasi yang sama dengan applicant yang bekerja


di Malaysia. Cuma setiap pay slip, visa kerja,
permit dan dokumen lain perlu disahkan oleh
majikan dan bank statement disahkan oleh
pegawai bank.

Sangat dinasihatkan untuk memberikan


sekali rekod pinjaman anda di oversea
(jika ada) serta menghantar sekali 6 bulan
akaun simpanan / akaun semasa yang
ada di Malaysia.

Kalau pembiayaan approve dan tak boleh balik


Malaysia, semua dokumen boleh dipos tetapi
hanya melalui Embassy.

Jika saya dah sign Letter Offer untuk


pembiayaan perumahan saya,
bolehkah saya nak batalkan
pembiayaan tersebut?

Boleh. Selagi pembiayaan belum disbursed, selagi itu


peminjam masih lagi berhak membatalkan permohonan
tersebut walaupun sudah menandatangani Letter Offer
sebagai Acceptance daripada bank.

Q&a Financing 73 Bella Leana


Ada bayaran yang saya perlu bayar ke
jika saya ingin membatalkan
permohonan saya?

Ya, ada bayaran Cancellation Fee yang dikenakan bergantung


kepada stage mana dokumen pembiayaan anda tu berada.
Dan segala caj-caj yang dicaj dari pihak ketiga akan
ditanggung sepenuhnya oleh peminjam kerana membatalkan
pembiayaan tersebut.

Saya pernah mengalami masalah bayaran


tertunggak untuk pembiayaan perumahan
saya dan saya perasan saya dikenakan Caj
Guaman untuk setiap bulan, sedangkan saya
tidak menerima apa-apa panggilan atau surat
daripada mana-mana peguam. Boleh ke saya
nak minta waiver untuk caj tersebut?

Untuk memohon tiada masalah, tetapi untuk


mendapatkan kelulusan mungkin agak bermasalah.
Caj guaman akan dicaj jika anda ada tunggakkan 2 bulan
selama beberapa bulan berlarutan. Contohnya :

2017 2016

Month J M A M F J D N O S A J

Arrears 1 2 2 2 2 1 1 0 0 0 0 0

Q&a Financing 74 Bella Leana


Kalau diperhatikan, ada tunggakan 2 bulan daripada bulan
Februari sehingga May. Untuk situasi yang macam ni, setiap
bulan anda mungkin terpaksa membayar caj guaman untuk
akaun anda.

Untuk situasi di mana anda dicaj dengan caj guaman tetapi tak
pernah terima SMS atau telefon daripada pihak peguam, anda
boleh try apply untuk waiver.

Pembiayaan perumahan saya telah


lulus dan saya telah signed Letter Offer
daripada bank serta SPA dengan
lawyer. Tiba-tiba owner nak batalkan
jualan rumah tersebut atas alasan
tertentu. Bolehkah dia buat macam tu?

Jika sudah dimatikan setem,


maka dokumen tersebut telah
menjadi official.
Untuk situasi di atas, anda perlu
berbincang dengan owner. Jika
owner masih lagi insist untuk
batalkan, maka segala kos anda
boleh claim daripada owner.

Minta nasihat daripada lawyer


tentang situasi di atas sebelum
bertindak. Sebab anda dah banyak
keluarkan kos untuk segala
dokumentasi yang terlibat.

Q&a Financing 75 Bella Leana


Saya adalah warganegara dan telah
berkahwin dengan penduduk tetap,
boleh ke saya nak pembiayaan
bersama dengan pasangan saya?

Boleh. Ada bank yang meletakkan syarat-syarat tertentu jika


peminjam merupakan Penduduk tetap. Jadi, untuk pasangan
ni, sangat digalakkan untuk survey setiap bank sebelum
hantar permohonan kerana setiap bank mempunyai prosedur
yang berbeza.

Ada bank yang menetapkan, jika applicant merupakan


penduduk tetap, maka perlu menepati syarat-syarat PR seperti
harga rumah mestilah melebihi RM500K atau
RM1juta. Dan pembiayaan hanya dapat MOF 80%.
Ada juga bank yang tidak menetapkan syarat kerana salah
seorang penama merupakan warganegara. Namun MOF
mungkin hanya maksimum 80% sahaja.

Ada juga bank yang menetapkan perlu meletakkan satu


amount of money di dalam Fixed Deposit untuk satu tempoh
tertentu.

Q&a Financing 76 Bella Leana


Saya menang lelong rumah yang
berharga RM40K. Yang mana lebih
bagus antara saya apply pembiayaan
rumah atau saya apply pembiayaan
peribadi?

Untuk comparison antara pembiayaan rumah dan pembiayaan


peribadi, banyak faktor yang boleh di ambil kira.

PEMBIAYAAN RUMAH

1 Rate – Reducing

2 Mempunyai kos-kos yang lain seperti legal fee,


lawyer fee, MRTA/MRTT dan sebagainya

3 Maksimum MOF hanya 90%


4 Tenor mungkin lebih panjang

Harga
rm
40,000
pembiayaan
90% + 5%
= RM38,000
tenor
10 tahun
rate
5.15%
Monthly instalment
Total payment
RM
RM
405.84 48,700.80

Q&a Financing 77 Bella Leana


Kos lain yang terlibat:-
Valuation fee Pembiayaan dokumentasi
RM
650 capitalised
Masuk dalam pembiayaan

Mrta/mrtt Kos tambahan


capitalised
Masuk dalam pembiayaan
Rm
3000
(Standby jika perlukan extension

Kos keseluruhan
Rm
52,350

PEMBIAYAAN PERIBADI

1 Rate – Fixed rate


2 Kos yang terlibat hanya insurance/takaful
3 Boleh dapat 100% financing
4 Tenor mungkin lebih singkat

Harga
rm
40,000
pembiayaan
100%
tenor
10 tahun
rate
3.8%
Monthly instalment
Total payment
RM
RM
460 55,200.00
Q&a Financing 78 Bella Leana
Kos lain yang terlibat:-
Insurance/takaful
RM
800
Kos keseluruhan
Rm
56,000
Dari sini anda boleh decide yang mana lebih bagus untuk anda
dan pengiraan di atas adalah satu contoh, rate mungkin
berbeza.

Dah nampak perbezaan dia?

Adakah saya boleh waive-kan Fire


Insurance untuk pembiayaan saya?
Maksud saya, saya pilih untuk tidak
mencarum untuk Fire Insurance?

Bergantung kepada bank. Most of the bank tak kisah untuk


waive-kan jika ada policy lain (Cover by another insurance
institution).

Bagi yang tak mahu coverage untuk Fire Insurance, boleh


berhubung dengan pegawai bertugas dan dapatkan nasihat
samada boleh batalkan atau pun Fire Insurance juga
merupakan compulsory item yang perlu diambil.

Kebiasaannya Fire insurance is renewable by yearly basis dan


akan dicaj sebagai caj rampaian (Misc Charges) dan tidak
akan melibatkan CCRIS rekod jika tidak ada pembayaran
dilakukan.
Q&a Financing 79 Bella Leana
Saya baru sahaja dapat cash RM60K
dan saya masukkan di dalam ASB
pada beberapa bulan lepas. Tetapi
bank tak ambil kira RM60K tu sebagai
income. Boleh terangkan kenapa?

Simpanan di dalam ASB bukanlah income.


Hanya dividen yang diambil kira sebagai
income.
Simpanan ASB hanya digunakan untuk menyokong
permohonan bukan diambil kira sebagai income.

Tambahan pula, bank juga mengambil kira faktor


seperti berapa lama simpanan itu dilakukan.
Sebagai contoh, peminjam hanya memasukkan
satu jumlah amaun hanya beberapa minggu
daripada tarikh application.

Mungkin bank akan berfikir peminjam hanya


parking duit di dalam akaun tersebut
sahaja.

Namun, simpanan ini membantu


dalam recommendation untuk
approval. Ianya berbeza dengan
Dividend ASB. Hanya dividend ASB
diambil kira sebagai income. Dan
perlu diingatkan, tidak semua bank
mengambil kira dividend ASB
sebagai income.

Q&a Financing 80 Bella Leana


Kebanyakan bank sekarang tak
keluarkan statement, customer perlu
print sendiri daripada online banking.
Adakah bank terima jika saya submit
statement yang saya print sendiri?

Apa yang anda perlu buat, anda just print statement daripada
online banking anda dan kemudian pergi ke mana-mana
cawangan bank tersebut untuk dapatkan pengesahan.

Pentingkah pengesahan ni?


Sesetengah bank/banker mungkin tak kisah samada
statement tersebut disahkan atau tidak, tetapi sebagai
langkah berjaga-jaga lebih baik dapatkan pengesahan
tersebut dahulu sebelum hantar dokumen. Lebih mudah ambil
langkah berjaga-jaga.

Adakah saya boleh memilih lawyer


saya sendiri untuk SPA dan
pembiayaan documentation?

Untuk SPA, kebiasaannya peminjam boleh memilih lawyer


sendiri. Manakala untuk pembiayaan documentation, lawyer
yang dipilih mestilah merupakan panel bank tersebut.

Dan digalakkan supaya mengambil lawyer bank sebagai


lawyer yang menguruskan pembiayaan documentation. Untuk
memudahkan segala urusan pada masa hadapan.

Q&a Financing 81 Bella Leana


Kalau lawyer SPA saya merupakan
panel bank, bolehkah saya pilih lawyer
yang sama untuk pembiayaan
documentation?

Untuk kes rumah under-construction,


bank lebih terbuka untuk menerima
lawyer yang sama bagi kedua-dua
document (SPA & Pembiayaan
Documentation).

Tetapi untuk kes subsale, ada kes di


mana, bank mahu dua different
lawyer untuk menguruskan
documentation. So lebih baik
memilih dua lawyer yang berbeza
untuk menguruskan documentation
bagi rumah subsale.

Kalau saya apply pembiayaan kat lebih


daripada 5 bank, adakah ianya
memberikan impak kepada
permohonan saya?

Ya, jika terlalu banyak application in one time juga boleh


Setiap
memberikan impak kepada pembiayaan application.
bank akan nampak status permohonan anda di
“Application of Credit” di dalam rekod CCRIS.

Q&a Financing 82 Bella Leana


Mungkin bank yang keempat
atau kelima yang anda hantar
tu akan nampak rekod
application sebelum ni sudah
“Reject” maka peluang untuk
reject juga akan lebih tinggi.

Atau mungkin banker yang


process pembiayaan anda tu
sudah kurang hati nak proses
pembiayaan anda sebab tahu
peluang untuk anda ambil
dengan mereka rendah sebab
banyak permohonan lain telah
dibuat. So, mereka tidak buat
recommendation dengan
sepenuh hati.

Jika saya apply pembiayaan kat 5


bank, dan semuanya lulus, dan saya
accept di Bank A, perlu ke saya inform
bank-bank lain yang saya accept di
Bank A? Apa yang perlu saya katakan?

Perlu inform pihak yang anda tak terima offer. Ini


adalah salah satu cara kita berbudi bahasa.
Hanya inform mereka yang anda dah accept offer kat tempat
lain. Tak keterlaluan kot kalau anda ucap Terima Kasih sebab
mereka tolong proses permohonan anda dan say sorry sebab
tak accept dengan mereka.
Q&a Financing 83 Bella Leana
Tapi kalau anda tak nak cakap apa-
apa pun boleh saja. Attitude ialah
satu benda yang kita tak boleh ajar.
Kan? Banker-banker tu okay saja,
takda masalah.

Saya mempunyai rekod PTPTN dan


saya telah buat restructure untuk
PTPTN tersebut tetapi saya hanya
membayar separuh sahaja daripada
tunggakan serta sudah mula bayar
bulanan melalui potongan gaji. Adakah
ianya akan beri kesan kepada
pembiayaan application saya?

Kes PTPTN ni bergantung kepada


bank. Ada bank yang terima jika
PTPTN tidak dibayar tunggakkan
sepenuhnya tetapi perlu bayar
bulanan. Ada juga bank yang terima
jika dibayar tunggakan dan bayaran
bulanan.

Kalau kita hanya bayar separuh


sahaja daripada tunggakkan, maka
rekod CCRIS kita masih belum lagi
clear (0) walaupun kita dah start
bayar setiap bulan melalui potongan
gaji.

Q&a Financing 84 Bella Leana


Apa yang paling penting ialah rekod
CCRIS kita. Itu adalah satu cara bank
menilai anda punya habit untuk
bayar hutang.

So, untuk kes PTPTN mungkin ada


bank yang beri sedikit kelonggaran.
Anda kena rajin survey setiap bank
sebelum hantar permohonan anda
kalau anda ada issue on PTPTN.

Apa faktor yang mempengaruhi


scoring bank? Dan adakah ia sama
seperti scoring yang kita print bersama
rekod CTOS kita?

Scoring CTOS yang anda print tu dinilai oleh syarikat yang


mengeluarkan report tu. So, memang berbeza dengan scoring
yang bank akan nilai.

Antara faktor yang bank tengok:-

1 Bayaran bulanan
2 Usage of credit card (make sure below 70% ok!)
3 Jenis-jenis pembiayaan
4 Rekod SAA
5 Application for credit
6 Legal Status
7 Dan lain-lain lagi yang ada kat atas CCRIS rekod
anda tu.

Q&a Financing 85 Bella Leana


Bonus Q&A
Skim rumah pertamaku
(100% financing)

Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni


adalah start diwar-warkan dalam
budget kerajaan 2011 dan kerjasama
antara MOF (Ministry of Finance), BNM,
Cagamas dan Bank-Bank terlibat.

Semua MOF (Margin of Finance) adalah


100%. Kalau anda apply rumah
pertama tapi dapat financing 90% saja
itu maksudnya tak termasuk dalam
Skim ni ya.

Siapa yang layak apply?

Terbuka untuk pekerja swasta,


kakitangan kerajaan status tetap atau
kontrak serta yang bekerja sendiri.

Terbuka untuk pekerja swasta,


kakitangan kerajaan status tetap atau
kontrak serta yang bekerja sendiri.

Q&a Financing 86 Bella Leana


Apa syarat-syaratnya?

1 Mestilah rumah pertama dan tujuan untuk


own stay, bukan untuk tujuan sewa /
investment

2 Subsales / Undercon / Untuk lelong boleh


tapi tetap wajib dahulukan 10%

3 Harga rumah up to RM500K maksima

4 Income tidak melebihi RM5K ataupun kalau


join loan tidak melebihi RM10k

5 DSR tidak melebihi 60% daripada gaji


bersih

6 Maksima 35 tahun ataupun umur tidak


melebihi 65 tahun

7 Warganegara Malaysia sahaja

8 No impared loan (CCRIS mesti semua 0


sepanjang 12 bulan ke belakang, tak boleh
ada nombor lain selain 0)

9 Wajib Standing Instruction (SI) atau Salary


Deduction

10 Wajib mengikuti modul kewangan dari


AKPK secara online. Dah berjaya, kena
print out sijil tu dan attached bersama
permohonan. Boleh buat di website AKPK
https://learn.akpk.org.my/

Q&a Financing 87 Bella Leana


Kalau suami dah ada rumah, tapi isteri
belum ada, nak apply SRP join nama
sebab gaji tak cukup, boleh tak?

Hanya isteri sahaja yang layak lagi, suami tak layak sebab dah
ada rumah

Kalau rumah tu kita bagitau bank


untuk duduk sendiri tapi kita sewakan
boleh tak? Ada orang check ke?

Ni soalan ni anda kena jawab sendiri. It’s about integrity. Kalau


anda rasa itu bukan satu penipuan then anda bolehlah
teruskan ambil kesempatan yang ada tu. Bagi Bella senang
saja, kalau anda rasa anda betul dengan ambil tindakan
macam tu, ikutlah. Kalau anda rasa bersalah, mungkin kena
fikir sebaiknya sebab sebenarnya skim tu bukan untuk anda.

Benda ni semua berkait rapat dengan attitude. Pasal check


atau tak tu Bella tak pasti. Tapi pihak Cagamas berhak untuk
buat macam tu kalau mereka nak.

FOR
RENT

Q&a Financing 88 Bella Leana


Orang cakap rate untuk 100% SRP ni
tinggi kalau nak dibandingkan dengan
MOF 90%. Betul ke?

Bella tak pasti dari mana orang tu dengar. Mungkin daripada


pengalaman sendiri. Tapi most of the bank memang ada offer
rate yang tinggi untuk SRP tetapi untuk financing amount di
bawah RM200K.

Daripada dengar cakap orang tu better pergi walk in ke bank


sendiri untuk bertanya. Ada bank yang offer serendah 4.35%
untuk amount RM100K asalkan di bawah skim SRP ni.

Tak rajin nak walk in? Ok, pergi farmasi beli ubat rajin ya.

Kidding.

Tapi please, boleh telefon bank untuk tanya kot kalau dah
malas dan takda masa nak walk in.

Q&a Financing 89 Bella Leana


Bank mana yang terlibat? Most of the
bank, ada 14 bank kat Malaysia ni
offer skim SRP ni ok. Boleh check kat
website SRP
http://www.srp.com.my/bm/bank.html

Q&a Financing 90 Bella Leana


Berapa interest/profit rate?

Untuk soalan ni, Bella takda jawapannya. Sebab setiap bank


berbeza-beza. Pihak Cagamas takda meletakkan berapa rate
yang patut bank tetapkan. Semuanya bergantung kepada bank
yang terlibat. Ada bank yang offer serendah 4.35%

Kalau saya kerja government boleh


dapat tak 100% SRP ni?

Boleh. Tiada masalah selagi belum pernah memiliki rumah.

Suami kerja government, isteri kerja


swasta, boleh apply SRP join nama
tak?

Boleh selagi keduanya belum pernah memiliki rumah.

Belum berkahwin, masih


bujang trang tang tang,
boleh apply SRP tak?

Boleh. Berkahwin bukan syarat untuk apply


SRP. Bujang, dara, janda, duda semua boleh.

Q&a Financing 91 Bella Leana


Gaji RM4,500 tapi DSR tinggi, nak
campur dividen ASB, maka total
income jadi RM5,500.. boleh tak
apply?

Tak boleh. Sebab income dah lebih daripada RM5K. Syarat


mesti RM5K maksima sahaja.

Gaji suami RM7,000. Gaji isteri


RM2,500, boleh tak saya nak apply
SRP ni kalau join nama?

Boleh, asalkan income bersama (kombinasi/join) tak melebihi


RM10K.

Kalau subsale wajib tak bayar 3.18%


kepada ejen dan selebihnya 6.82%
kepada owner?

Kalau subsale, 3.18% memang kena bayar pada ejen. Come


on!! Ejen pun kerja cari makan nak sara keluarga juga ok! Be
fair to them ya.

Untuk bayar owner, ini atas budi bicara. Kalau owner, takda
masalah nak tunggu then should be okay. Kalau owner minta
juga deposit, anda tetap kena standby. Nanti bila loan
released, barulah anda akan dapat balik duit tu..

Q&a Financing 92 Bella Leana


Untuk SRP ni Legal Fee dan Valuation
Fee boleh masuk (capitalised) dalam
financing tak?

Untuk SRP bank akan provide 100% +


5% dan portion 5% tadi hanya untuk
MRTA/MRTT sahaja. Maksudnya tak
boleh nak capitalised untuk Legal
Fee dan Valuation.

MRTA/MRTT wajib atau tidak?

Ini tertakluk kepada bank yang meluluskan financing tersebut.


Cagamas hanya mewajibkan untuk ambil Fire
Insurance/Takaful sahaja.

Islamik atau Konvensional?

Keduanya boleh. Takda masalah. Tetapi Bella sarankan untuk


Muslim, please pilih Islamik. Tidak boleh tidak, okay. Kalau ada
bank yang offer konvensional sahaja, please pergi ke next
bank ya. Please please please.

Q&a Financing 93 Bella Leana


na nc i ng
Q &a home fi

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada


Allah SWT atas limpah kurnianya dapat Bella
hasilkan Q&A Home Financing ini untuk sama-
sama kita belajar.

Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian


yang berjaya menghabiskan bacaan Q&A Home
Financing ini dengan cemerlang.

Bella sangat berharap apa yang Bella cuba


kongsikan ini dapat difahami dengan jelas dan
kalian dapat belajar sesuatu.

Terima Kasih

Q&a Financing 94 Bella Leana

Anda mungkin juga menyukai