Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS RENTUNG KARYA SHAHNON AHMAD

Jamung

Bab ini mengambil tempat di rumah Jusoh dan isterinya, yang nampak beberapa
jamung yang sedang bergerak dari tengah-tengah bendang. Mereka meneka sesame sendiri tuan
milik jamung-jamung yang dipanggil oleh Pak Senik, ketua kampung, untuk mengadakan mesyuarat.
Jusoh menerangkan mengenai kampung Banggul Derdap yang sering mempunyai keganasan
disebabkan oleh Pak Kasa yang ganas dan anaknya, Semaun, yang telah mendapat ciri yang sama
daripada bapanya. Walaupun kekacauan yang berlaku di kampung itu, Pak Senik tidak mahu
melaporkan mereka kepada polis kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak buahnya dan takut
kampung itu menjadi buah mulut kampung lain, menurut Jusoh. Jusoh segera meminta isterinya
mengambil jamungnya dan bergerak ke rumah Pak Senik melalui permatang dan selut. Di dalam
kegelapan malam yang pekat itu, Jusoh berfikir keseorangan tentang tujuan Pak Senik mengadakan
mesyuarat. Dia berpendapat bahawa tidak mungkin mereka akan berbincang mengenai Semaun
yang telah menakik urat keting lembu Dogol sebulan yang lalu. Pada masa yang sama, Jusoh
merasakan ada seseorang yang sedang mengekorinya. Mindanya bermain dengannya bahawa ianya
Semaun yang ingin mencekuk bahunya menggunakan candungnya yang terkenal itu. Jusoh
mencecah jamungnya ke dalam air di permatang dan bersedia untuk mempertahankan diri
menggunakan hulu walinya. Jusoh kemudian sedar bahawa dia telah ditipu oleh perasaannya sendiri
apabila seseorang memanggilnya dari rumah Pak Senik. Jusoh bergegas ke arah suara itu dan
mengatakan bahawa dia terjatuh apabila ditanya oleh orang lain mengenai kelewatan dia. Lebai
Debasa bergurau bahawa Jusoh disampuk langsuyar. Semua yang berada di situ gelak terbahak-
bahak namun dimatikan oleh Pak Senik yang menyangkakan bahawa Jusoh dikacau Semaun. Jusoh
dan Dogol memulakan perbincangan dengan bertanya samada Semaun membuat kacau lagi ataupun
tidak. Tidak lama selepas itu, mereka berbalah mengenai pendirian Pak Senik yang tidak mahu
Semaun masuk jel walaupun telah membuat kacau dua kali di kampung itu. Perbincangan mereka
dihentikan seketika oleh kedatangan kopi yand dihidangkan oleh anak Pak Senik. Pak Kasa kemudian
memecahkan kesunyian dengan memberitahu tujuan perjumpaan malam itu yang bukan mengenai
Pak Kasa dan Semaun tetapi mungkin berkait dengan mereka juga iaitu bantuan yang akan diberi
oleh karajaan yang akan membenarkan penduduk Banggul Derdap untuk menanam padi dua kali
semusim dan mendapat empat kali ganda keuntungan. Namun, ia datang dengan syarat bahawa
semua penduduk kampung harurs bersetuju dan bersatu untuk berbuat demikian. Disebabkan Pak
Kasa yang memang berjiwa menentang, mereka berbalah memikirkan siapa yang akan pergi
memujuk Pak Kasa untuk bersetuju untuk menanam dua kali semusim. Akhirnya, Pak Senik sendiri
yang akan pergi mencuba memujuk keluarga yang digeruni itu. Jika tidak berhasil, Pak Senik akan
mengesyorkan untuk membatalkan syarat itu. Walaupun peluang untuk berjaya memujuk Pak Kasa
itu tipis, Pak Senik berpendapat bahawa dia seharusnya cuba disebabkan jawatan yang dipegangnya
sebagai ketua kampung. Semua bersetuju dengan Pak Senik dan tidak lama kemudian pulang ke
rumah masing-masing. Jusoh meminjam lampu picit Pak Senik kerana jamungnya yang telah
terpadam. Melihat semua pulang, Pak Senik berkata dalam hati untuk cuba memujuk Pak Kasa dan
Semaun untuk menanam dua kali semusim lalu menghembus pelita rumahnya.
Harimau Jantan Terluka

Semek sedang menyiapkan bekalan makanan tengahari abangnya, Semaun, yang sedang
kuat bekerja di bendang. Di bendang, Semek memerhati abangnya yang kelihatan gagah sedang
merantas anak-anak rumput. Semaun berhenti untuk makan dan menyoal adiknya mengenai ayah
mereka yang sedang sakit itu dan ibu mereka yang sudah tua. Ketika makan, Semek sedar bahawa
dia tidak boleh lagi bermanja-manja dengan abangnya melihatkan daging dan urat abangnya yang
berdenyut-denyut saat dia menyuap makanan ke dalam mulut. Semek kemudian menyoal Semaun
mengenai proses penanaman yang seterusnya dan mereka bergurau mengenai berkahwin ketika
Semaun berkata seorang perempuan harus tahu berapa gemal yang perlu dicabut. Seusai makan,
Semek pulang membawa bakul makanan tadi. Melihat adiknya yang sedang pulang, Semaun juga
sedar yang adiknya akan menjadi semakin sesuai untuk berkahwin dalam beberapa dan memikirkan
masa depan rumah tangga Semek yang dirasakan sudah pasti tidak akan didirikan bersama mana-
mana pemuda kampung Banggul Derdap. Semek menyambung merantas. Tidak lama kemudian,
Semek datang berlari-lari ke arah abangnya untuk memberitahu kedatangan Pak Senik kepada
abangnya. Semaun berlompat mengambil tajaknya dan menyangka bahawa Pak Senik hendak
menangkapnya kerana menakik urat keting lembu Dogol. Walaubagaimanapun, Semaun
berpendapat bahawa dia berada di pihak kebenaran kerana Dogol tidak berlaku adil dalam
pembahagian lembu-lembu yang telah diberi oleh kerajaan untuk diberikan seekor kepada setiap
satu penduduk kampung Banggul Derdap. Keluarga Semaun tidak diberikan seekor pun lembu
walaupun mereka penduduk kampung itu sejak kian lama. Sesampainya di rumah, Pak Senik terus
berbincang mengenai hasrat Pak Senik untuk seluruh penduduk kampung bersetuju untuk menanam
padi dua kali semusim. Namun, Semaun tidak bersetuju tanpa sebarang penjelasan. Pak Kasa yang
sedang memerhati ingin berkata sesuatu namun dia tidak tahu apa yang ingin dikatakan untuk
mengelakkan anaknya daripada tiba-tiba membelasah Pak Senik. Pak Senik ingin menerangkan lebih
lanjut namun Semek tiba-tiba datang mengatakan sesuatu kepada Semaun yang menyebabkan
Semaun turun dari anak tangga. Pak Senik berasa serba salah lalu meminta diri. Pak Kasa mengiringi
Pak Senik pulang manakala Semaun pergi membersihkan badannya yang dipenuhi selut. Pak Kasa
tiba di tebing di sebelah Semek dan bertanya kepada Semaun mengapa dia tidak bersetuju untuk
menanam dua kali. Semaun menjawab bahawa antara sebabnya ialah dia tidak mahu melangkah
adat resam nenek moyang mereka walaupun keuntungan yang boleh dapat berkali-kali ganda.
Semaun juga tidak puas hati mengapa mereka tiba-tiba ingin meminta kerjasama keluarga Pak Kasa
kerana selama ini, tidak ada satu pun hal kampung yang mereka diajak berbincang bersama. Pak
Kasa bersetuju dalam diam. Semaun menyambung bahawa mereka tidak patut menyeksa tanah
dengan menanam padi berulang-ulang kali walaupun mereka akan mendapat keuntungan yang
besar. Mereka mengimbas kembali masa di mana kawasan bendang merupakan rimba yang tebal
dan tanah-tanah pusaka yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Seusai mencapai kata
sepakat, mereka tiga beranak pulang ke rumah. Di rumah, mereka terkejut melihat Pak Senik yang
tidak jadi pulang kerana inginkan keputusan. Keluarga Pak Kasa tetap dengan pendirian mereka
untuk tidak mahu menanam dua kali semusim kerana tidak mahu menyeksa tanah pusaka nenek
moyang mereka. Dalam hati, Pak Senik berkata bahawa keluarga itu lebih bodoh daripada kerbau
dan mengatakan bahawa tanah itu tidak mempunyai tujuan lain selain daripada menyuburkan padi.
Pak Kasa membara dengan kemarahan namun kerana sudah tua, dia tidak mahu bergaduh dengan
Pak Senik. Keluarga Pak Kasa sangat tetap dengan pendirian mereka walaupun dipujuk oleh Pak
Senik. Semaun kemudian tiba-tiba menjerkah Pak Senik untuk pulang. Pak Senik yang tersinggung
perlahan-lahan pulang. Harapannya hancur dan akhirnya, dia ingin melihat gelagat Pak Kasa dengan
bendangnya yang kosong sementara bendang orang lain mencurah-curah dengan keuntungan.
Melarat Hingga Ke Senja

Semaun turun ke bendang awal pagi supaya dapat menyiapkan banyak tugasan padi.
Namun, hatinya rasa gelisah kerana bapanya Pak Kasa tidak berhenti batuk semalaman sehingga
menyembur darah yang banyak dan juga ketulan darah beku. Semaun meneruskan kerjanya dan
berfikir mengenai orang-orang kampung yang membencinya seperti Dogol dan juga Pak Senik yang
menjadi penyebab Semaun sekeluarga masih hidup di kampung itu. Pada masa yang sama, Semaun
menyesal mengingati kebiadabannya terhadap orang tua itu pada hari semalam sehinggakan dia
ingin terus bergerak ke rumah Pak Senik untuk meminta maaf tetapi tiba-tiba dia terdengar suara
adiknya memanggilnya. Semek berlari dengan kelajuan yang Semaun tidak pernah melihat adiknya
berlari sepantas itu di atas permatang. Semek hanya mengeluarkan satu perkataan iaitu “Bapa...”
dan dengan pantas kilatnya Semaun berlari ke arah rumahnya. Sesampainya di rumah, dia terus
merasa nadi ayahnya dan bersyukur bahawa nadi bapanya masih hidup. Semek menjelaskan bahawa
Pak Kasa sesak nafas tadi. Semaun mengurut-urut dada bapanya tetapi Pak Kasa tidak menyedarkan
diri. Selepas semua ubat dan ramuan sudah digunakan, Mak Leha mencadangkan untuk memanggil
bomoh. Semek dan Semaun teragak-agak untuk pergi memanggil bomoh dan ibunya itu turut faham.
Mereka mengenangi nasib mereka yang dibenci orang kerana keganasan Pak Kasa. Ibunya
menjelaskan bahawa Pak Kasa hanya mengganas kerana orang-orang kampung mengganas
terhadapnya. Tiba-tiba, bibir Pak Kasa terkumat-kamit. Semaun pergi memanggil Pak Senik setelah
memujuk ibunya bahawa Pak Senik ialah orang yang baik dan merupakan sebab utama mereka
masih belum dihalau keluar kampung. Malah, orang yang jahat ialah Dogol, Lebai Debasa dan Jusoh.
Semaun lari lintang pukang mendapatkan Pak Senik dan terus meminta maaf kepada orang tua itu
mengenai kekasarannya tempoh hari. Mereka berdua bergegas ke rumah bomoh, Pak Busu, untuk
mendapatkan bantuan namun tidak dibalas. Mereka bergegas meninggalkan rumah Pak Busu yang
jahil itu. Pak Senik seperti mengesyak sesuatu sedang terjadi kerana Dogol, Lebai Debasa dan Jusoh
juga lesap. Setelah sampai di rumah Semaun, Pak Kasa mengambil ikhtiar dengan pelbagai cara.
Setelah lama menunggu, Pak Senik menitiskan air mata dan meminta Quran. Suasana menjadi hiba
dan tidak lama kemudian Pak Kasa menghembuskan nafas terakhirnya. Keluarga itu ingin
menyimpan mayat pada hari itu juga tanpa membuat keranda. Setelah menutup mayat dengan kain
batik, Pak Senik pergi membeli kain kafan. Semaun bingkas pergi ke bawah rumah dan memotong
papan untuk membuat penyendal liang lahad tanpa disedari bahawa dia sedang diperhati oleh
ibunya dari belakang. Mak Leha memandang Semaun dan Semek dengan penuh sayu. Pak Senik
pulang dengan membawa segulung kain dan memberitahu bahawa dia sudah mengarahkan kubur
untuk dikorek dengan menggunakan wangnya sendiri. Mak Leha mengucapkan terima kasih dan
Semaun berasa terharu dan serba salah kerana perlakuannya terhadap Pak Senik tempoh hari. Pak
Senik memanggil orang penggali kubur untuk datang mengusung mayat pada pukul lima. Semuanya
sudah tersedia pada pukul empat setengah namun kelibat orang penggali kubur masih tidak ada.
Pada pukul lima setengah, akhirnya beberapa orang datang tan

pa menghormati keluarga Semaun yang baru kehilangan Pak Kasa dengan bergelak ketawa dan
memukul gendang. Lagi sejam maghirb akan tiba. Oleh itu, Pak Senik membuat keputusan untuk
solat di rumah sahaja. Semaun nampak kelibat dua orang penggali kubur di halaman. Salah seorang
daripada mereka menyoal keberadaan mayat kepada Semaun dengan biadap. Pak Senik
menyabarkan Semaun dan mengajak mereka solat sekali tetapi mereka menolak. Pak Senik tidak
mahu berbalah kerana memikirkan nasib mayat yang perlu diusung. Seusai solat, perlahan-lahan
mereka mengusung mayat Pak Kasa ke tanah perkuburan dan malam pun menjelma dengan
perlahan-lahan.
Jelaga Hitam

Dogol bangun awal pada pagi itu untuk membawa lembu-lembunya makan di hujung becah
di mana rumput-rumput sangat tebal kerana belum pernah diragut oleh mana-mana lembu pun.
Selesai menambat lembunya, Dogol pergi ke rumah Pak Senik tanpa mengetahui yang seekor
harimau sedang memerhati daripada rimba berdekatan dengan becah itu. Dogol menggunakan jalan
singkat untuk ke rumah Pak Senik iaitu jalan tanah merah yang belum siap. Sudah dua bulan kerja
membuat jalan itu diberhentikan kerana pekerja-pekerjanya dihalau oleh Semaun oleh kerana
pekerja-pekerja itu terus menebang pokok kelapa yang sedang lebat berbuah kepunyaan Semaun
tanpa memberitahu Semaun terlebih dahulu. Sesampainya di rumah Pak Senik, Dogol menjamu
pulut yang dihidang dan berbual-bual dengan Pak Senik mengenai lembu-lembunya. Pak Senik ingin
memberitahu Dogol mengenai kematian Pak Kasa tetapi dirasakan serba salah kerana lembu salah
satu lembu kepunyaan Dogol sepatutnya milik Pak Kasa sekeluarga. Tetapi, Dogol dengan alasan
bahawa Pak Kasa dan Semaun begitu ganas, tidak memberikan lembu amanah kerajaan dan Pak
Senik itu kepada Pak Kasa. Dogol kemudian bertanya kepada Pak Senik mengenai pertemuan Pak
Senik dengan Semaun. Pak Senik tidak menjawab persoalannya tetapi memberitahu tentang
kematian Pak Kasa. Dogol tersenyum dan bertanya semula kepada Pak Senik mengenai
pertemuannya dengan Semaun. Pak Senik berdiam dan Dogol membantah cadangan Pak Senik
untuk memujuk mereka. Dogol mengingatkan Pak Senik tentang ‘keganasan’ Semaun di kampung
Banggul Derdap tetapi Pak Senik tetap mempertahankan Semaun kerana Semaun mempunyai sebab
untuk semua perlakuannya. Sehingga satu tahap, Pak Senik menyalahkan Dogol sebagai penyebab
keganasan Semaun.

- Dogol terkesima, terus keluar dari rumah pak senik


- Dogol pergi ambik lembu, salah satu lembu hilang
- Dogol rasa harimau makan tapi lepas berfikir lama-lama, dia menuduh semaun yang
membunuh lembu bunting itu, melapah dagingnya dan pergi menjualnya
- Dogol memanggil lebai debasa, jusoh dan beberapa orang kampug lain
- Berjaya menghasut dan menanam perasaaan dalam lebai debasa bahawa semaun
membunuh lembunya
- Ramai orang kampung nak pergi bakar rumah semaun
- Di rumah semaun, pak senik ada di situ, dogol takut
- Pak senik buat semua orang sama-sama cari bangkai lembu untuk melihat samada betul
Semaun yang membunuh lembu itu ataupun tidak
- Mereka berpecah di dalam hutan, mayat lembu dijumpai tetapi dogol telah hilang melarikan
diri
Harimau

Seluruh penduduk terus berubah sikap terhadap Dogol termasuklah Lebai Debasa dan Jusoh.
Walaubagaimanapun, kes Dogol dibiarkan begitu sahaja buat pada masa ini kerana ada isu yang
lebih penting yang perlu diselesaikan iaitu penangkapanh harimau yang akan datang memakan
lembu di kampung Banggul Derdap lagi. Malam itu juga mereka membuat perancangan untuk
membunuh harimau itu. Pak Senik memanggil Semaun, Lebai Debasa, dan Jusoh ke rumahnya untuk
berbincang mengenai hal itu. Semaun kini lebih lembut hati dan sudah semakin mendapat tempat
semula dalam masyarakat kampung. Dia juga ingin mengalah jika diminta untuk menanam dua kali
semusim. Isu Dogol pula, dia akan cuba untuk tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya, Semaun ingin
menumpukan perhatian kepada keluarganya yang memerlukannya sejak pemergian ayahnya. Di
rumah Pak Senik, mereka merancang untuk menembak harimau menggunakan sepucuk senapang
yang ada pada Pak Senik. Ran akan dibina dan setelah mencapai kata sepakat, Semaun akan menjadi
orang yang memegang senapang dan menembak harimau kerana kecekapan dan kemahirannya
dalam menembak tepat. Di rumah Dogol pula, Dogol berkeras ingin menjadi orang yang menembak
bunuh harimau itu lagi-lagi selepas dia bersungguh-sungguh untuk berbuat demikian kepada Pak
Senik. Walaupun dihalang isterinya, Dogol tekad ingin membunuh harimau tersebut tanpa
pengetahuan sesiapa pun serta tanpa menggunakan ran. Malam itu, Pak Senik, Semaun, Lebai
Debasa dan Jusoh tidak sembahyang tetapi sebaik sahaja matahari terbenam, mereka telah berada
di ran. Semaun dengan senapangnya dan Pak Senik dengan lampu picitnya. Mereka semua berjaga-
jaga dengan penuh waspada. Hujan turun membasahi bumi. Pada masa yang sama, Dogol yang tiba
agak lewat nampak kelibat beberapa orang manusia di atas ran. Dia menyasarkan senapangnya
kepada orang yang berada di paling hadapan, mengharapkan orang itu ialah Semaun. Tiba-tiba, dia
terdengar bunyi daun basah dipijak binatang, tidak jauh dari bangkai lembu yang tidak jauh darinya.
Tetapi sebelum itu, Jusoh, Pak Senik dan Semaun sudah sedar akan kehadiran harimau itu. Harimau
itu menyerang Dogol dan mematahkan leher Dogol lantas pada masa yang sama, Semaun
melepaskan tembakan ke harimau tersebut. Harimau itu rebah namun sinaran lampu picit Pak Senik
yang menunjukkan seorang manusia mengejutkan mereka semua. Tergesa-gesa mereka turun dari
ran mendapatkan mayat Dogol. Pak Senik mendapat gerak hati bahawa Dogol tidak perasan akan
kehadiran harimau itu kerana Dogol terlalu asyik dalam cubaan ingin menembak mereka di atas ran.
Pak Senik tidak mengendahkan fikiran tersebut dan terus mengarahkan mayat itu diusung pulang.
Malam itu ratapan isteri Dogol memecahkan kesunyian malam. Ramai orang datang ke rumah Pak
Senik tetapi tidak ramai yang berbual mengenai kemalangan itu. Pada masa yang sama, Pak Senik
berharap b ahawa ketenteraman dan keamanan dapat dikembalikan pada masa akan datang. Dia
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat orang kampung berbaik semula dengan
Semaun dan keluarganya. Salah seorang tetamu tiba-tiba menjerit mengajak untuk mengusung
mayat harimau itu pada saat itu juga. Tetamu-tetamu lain bertempik perkara yang sama lalu mereka
pergi mendapatkan mayat harimau. Mereka bersorak kegirangan bagaikan tidak ada orang pun yang
mati pada malam itu. Ketika ramai pergi mendapatkan harimau, Pak Senik memberitahu supaya
mayat Dogol disimpan pada esok hari. Ketika mereka pulang bersama mayat harimau, hanya
ditunggu oleh isterinya manakala orang lain bersorak-sorak dengan mayat harimau. Suasana hiruk-
pikuk dengan sorakan riang dan mereka semua berjaga sehingga ke fajar esok.

Anda mungkin juga menyukai