Anda di halaman 1dari 11

5S Material

STAR - 5S 1
1.1 : Pengenalan Kebersihan

Amalan pengurusan kebersihan tempat kerja


Pernahkah anda mengunjungi tempat yang berserabut
dan penuh dengan sampah sarap? Apakah perasaan
anda pada ketika itu? Sudah tentu anda akan berasa
rimas dan tidak selesa. Ini adalah kerana kita semua
menyukai tempat yang bersih, selesa dan kemas kerana
ia memberi ketenangan pada diri.
Begitu juga ditempat kerja, jika tempat kerja kita bersih,
sihat, selesa dan selamat kita semua akan dapat bekerja
dengan lebih teratur, cekap dan berkesan. Ini akan
menyumbang kepada peningkatan dayasaing dan
produktiviti syarikat.
Salah satu praktis yang diamalkan oleh kebanyakan
syarikat untuk mengurus tempat kerja ialah 5S.
Pernahkan anda semua mendengar perkataan 5S? Kita
mungkin telah mendengar perkataan 5S, tetapi adakah
kita mengambil tahu mengenainya. Apakah itu 5S?
Bagaimanakah 5S dapat mewujudkan tempat kerja yang
bersih, sihat, selesa, selamat dan produktif?

Jenis tempat kerja


Amnya tempat kerja boleh dibahagikan kepada 3 kelas
iaitu:
Tempat kerja kelas ke-3 dimana orang membuang sampah
tetapi tiada siapa yang membersihkannya
Tempat kerja kelas ke-2 dimana orang membuang sampah
tetapi sekumpulan yang lain membersihkannya dan
Tempat kerja kelas-1 dimana tiada sesiapa membuang
sampah, sebaliknya semua orang membersihkannya.
Kelas berapakah tempat kerja kita?
Marilah kita memperbaiki sikap kita terhadap amalan
kebersihan. 5S mesti bermula dari diri kita sendiri.

Bincangkan kelas berapakah tempat kerja anda? Apakah yang boleh dilakukan untuk
mencapai tempat kerja kelas pertama?

STAR - 5S 2
1.2 : Pengertian 5S

Apa itu 5S?


5S adalah singkatan kepada 5 perkataan Jepun
dimana setiap perkataan bermula samaada dengan
“se” atau “shi”. 5 perkataan itu adalah SEIRI, SEITON,
SEISO, SEIKETSU dan SHITSUKE. Setiap perkataan
tersebut membawa maksud yang tertentu dan
merupakan 5 turutan amalan dalam 5S.
Erti 5S dalam Bahasa Melayu seperti berikut:-
Seiri- Asing dan Buang
Seiton- Susun
Seiso- Bersih
Seiketsu- Seragam
Shitsuke- Tabiat

Asing dan Buang Kelebihan 5S


SEIRI Apabila kita semua mengamalkan 5S yang
berkesan,hasilnya tempat kerja menjadi selesa, selamat,
Susun sihat dan produktif. Selain dari itu, 5S juga akan
SEITON menyumbang kepada produktiviti yang tinggi, kualiti yang
konsisten, kos yang efektif, penghantaran yang tepat,
Bersih tempat kerja yang selamat dan moral yang tinggi. Faktor-
SEISO faktor ini dikenali di kebanyakan syarikat Jepun sebagai
PQCDSM. Selain dari itu, 5S juga akan memberikan imej
Seragam syarikat yang baik kepada pelawat-pelawat dan pelanggan-
pelanggan yang mengunjungi kilang kita. Pelanggan akan
SEIKETSU berasa kagum dengan kebersihan kilang kita dan ini akan
memberi keyakinan kepada mereka untuk membeli produk
Tabiat kita.
SHITSUKE

Perbezaan di antara syarikat yang mengamalkan 5S


Kita boleh membezakan syarikat yang mengamalkan 5S dan syarikat yang tidak mengamalkan 5S hanya
dengan melihat kepada persekitaran kerja mereka. Perbezaan tersebut adalah:
Syarikat yang mengamalkan 5S Syarikat yang tidak mengamalkan 5S
#Mesin & peralatan pengeluaran bersih Mesin & peralatan pengeluaran kotor
#Lantai, dinding & tingkap bersih Lantai, dinding & tingkap kotor
#FIFO digunakan untuk pengawalan bahan Last in-first out digunakan dalam pengawalan bahan
# Tiada kotoran & habuk dilantai Bahan bertaburan di atas lantai
#Fail yang dilabel & tersusun Kerja pengkeranian yang tidak tersusun
#Warehouse yang teratur Warehouse yang tidak tersusun

Lihat persekitaran kerja, mesin dan meja anda. Adakah tempat kerja anda mengamalkan
5S? Bincangkan.

STAR - 5S 3
1.3 : Seiri

Makna SEIRI
Seiri bermaksud asing dan buang iaitu
mengasingkan barang-barang yang diperlukan
dengan barang-barang yang tidak diperlukan dan
seterusnya membuang barang-barang yang tidak
diperlukan.

Huraian Seiri
Didalam seiri kita dikehendaki mengasingkan barang ditempat kerja kepada barang yang diperlukan
dan barang yang tidak diperlukan. Seterusnya barang yang tidak diperlukan akan dibuang. Contoh
barang yang tidak diperlukan adalah seperti perkakasan yang telah digunapakai antaranya kain buruk,
minyak pelincir dan sanding belt, dokumen dan borang yang melebihi tempoh simpanan untuk rekod
ISO, fail yang rosak dan sebagainya, Kita mesti membuang barang-barang ini kerana ia menjadikan
ruang kerja terhad, sempit dan berserabut. Sebagaimana kita perlu mandi untuk membersihkan badan
kita setiap hari, begitu juga tempat kerja kita juga perlu dibersihkan untuk mewujudkan persekitaran
kerja yang kemas.

Langkah-langkah dalam Seiri

Barang yang
Disusun mengikut kategori pada Seiton
diperlukan

Barang yang tidak bernilai dan mudah


Buang segera
dibuang
Barang yang Barang yang mempunyai nilai dan Mencari pembeli yang
tidak diperlukan boleh dijual menawarkan pada harga terbaik
Barang yang tidak bernilai tetapi Mengenalpasti cara pembuangan
pembuangannya melibatkan kos yang menjimatkan dan selamat
Langkah pertama Seiri ialah mengasingkan barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang
tidak diperlukan. Barang-barang yang diperlukan dikekalkan sebaliknya barang-barang yang tidak
diperlukan akan dibuang. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh sesuka hati membuang barang-
barang yang tidak diperlukan kerana ianya mungkin boleh dijual contohnya besi buruk dan kotak.
Barang-barang yang tidak diperlukan ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Untuk barang yang
tiada nilai dan mudah dilupuskan seperti kain buruk, sampel board kita boleh segera
membuangnya. Untuk barang yang mempunyai sedikit nilai dan boleh dijual seperti scrap, besi
buruk, kotak, tong drum kita mesti mencari pembeli barangan tersebut dan mejualnya pada harga
terbaik. Manakala untuk barang yang tiada nilai tetapi memerlukan perbelanjaan untuk proses
pelupusan dan pembuangan seperti glue rosak kita perlu mencari kaedah yang selamat dan jimat
untuk melakukan pembuangan tersebut.

Kenalpasti dan senaraikan barang yang diperlukan dan barang yang tidak diperlukan di
tempat kerja anda. Bincangkan langkah penbuangan yang boleh diambil untuk barangan
yang tidak diperlukan.

STAR - 5S 4
1.4 : Seiton

Makna SEITON
Seiton bermaksud susun iaitu menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur supaya ia
mudah diambil untuk kegunaan.

Huraian Seiton
Falsafah seiton ialah untuk menyusun barang-barang yang
diperlukan secara teratur supaya mudah untuk diambil, secara
ringkasnya tempat untuk semua benda dan semua benda
pada tempatnya. Alatan, barangan, dokumen dan fail mesti
disusun pada tempat yang betul dan dilabel untuk memudahkan
pengambilan dan penyimpanan sekaligus dapat menghapuskan
pembaziran masa untuk mencari barangan.

Langkah-langkah dalam Seiton


Mesti diletakkan berdekatan
Barang yang kerap digunakan
dengan lokasi penggunaan

Barang yang Boleh diletakkan jauh sedikit dari


Barang yang kadangkala digunakan
diperlukan lokasi kegunaan

Mesti diletakkan secara


Barang yang tidak digunakan tetapi
berasingan tetapi mempunyai
mesti disimpan
label atau identifikasi yang jelas

Pada langkah Seiri, kita telah membuang barang-barang yang tidak diperlukan, sebaliknya barang-
barang yang diperlukan dikekalkan. Barang-barang yang diperlukan ini mesti disusun untuk
mewujudkan tempat kerja yang teratur. Ianya boleh diketegorikan kepada 3 jenis. Untuk barang yang
selalu digunakan ia mestilah diletak berdekatan dengan pengguna. Untuk barang yang kadangkala
digunakan ia boleh diletakkan jauh sedikit dari pengguna manakala untuk barang yang tidak
digunakan tetapi perlu disimpan ia hendaklah diletakkan secara berasingan dengan tanda
pengenalan yang jelas. Barang-barang yang disusun ini mestilah dilabel dengan jelas.

Adakah penyusunan dan penyimpanan barangan, fail dan dokumen anda mematuhi seiton?
Bincangkan.

STAR - 5S 5
1.3. : Seiso

Makna SEISO
Seiso bermaksud bersih iaitu membersihkan tempat kerja supaya tiada habuk atau kotoran dilantai,
mesin dan peralatan.

Huraian Seiso
Pada Seiri kita telah mengasingkan barang yang diperlukan dan
barang yang tidak diperlukan dan seterusnya membuang
barang-barang yang tidak diperlukan. Pada langkah Seiton
barang-barang yang diperlukan disusun secara teratur untuk
memudahkan pengambilan dan penyimpanan barang. Pada S
ketiga iaitu seiso kita dikehendaki untuk membersihkan barang-
barang yang diperlukan dan tempat kerja kita supaya ia bersih
dan bersinar sekaligus dapat mewujudkan tempat kerja yang
bebas dari habuk dan kekotoran.

Langkah-langkah dalam Seiso


Bagaimanakah caranya untuk membersihkan tempat kerja kita? Untuk
memastikan seiso yang berkesan, kerja-kerja pembersihan perlulah
dirancang terlebih dahulu dengan berpandukan kepada lima langkah berikut.
Langkah pertama dalam seiso ialah mengenalpasti kawasan yang perlu
dibersihkan termasuklah kawasan penyimpanan bahan dan dokumen,
kawasan mesin dan peralatan, dan kawasan persekitaran kerja. Lakarkan
peta kawasan kerja dan seterusnya bahagikan kepada kawasan yang lebih
kecil. Tugaskan seseorang untuk mengawasi kawasan yang telah
dikenalpasti itu dan sediakan jadual pembersihan kawasan tersebut.
Sediakan peralatan pembersihan yang diperlukan seperti penyapu dan mop
lantai dan fahami prosedur pembersihan serta aturan penggunaan peralatan
kebersihan. Lakukan pembersihan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Susunkan peralatan dan perkakasan pembersihan supaya mudah diambil
untuk kegunaan seterusnya.

Amalan seiso yang baik


Amalan seiso yang baik ialah melakukan 5 hingga 10 minit
pembersihan di tempat kerja setiap hari oleh setiap orang. Ketika
melakukan pembersihan pastikan pemeriksaan juga dilakukan secara
serentak. Perlu diingat pemeriksaan juga termasuk dalam
pembersihan. Ulangi sapu, lap dan gilap. Jadikan pembersihan setiap
pagi sebagai tabiat. Untuk memudahkan pembersihan lantik penjaga
untuk mengawasi setiap mesin. Pastikan setiap yang dibersihkan
berada dalam keadaan yang baik.

Bincangkan bagaimanakah anda boleh menjalankan seiso ditempat kerja anda.

STAR - 5S 6
1.6 : Seiketsu

Makna SEIKETSU
Seiketsu bermaksud seragam iaitu mengekalkan standard kebersihan ditempat kerja setiap masa
supaya dalam keadaan terurus, kemas dan bersih.

Huraian seiketsu
Apabila kita semua telah melakukan 3S yang pertama iaitu seiri,
seiton dan seiso hasilnya persekitaran kerja akan menjadi
tersusun, kemas, bersih dan selesa. Walaubagaimanapun, untuk
mengekalkan tahap kebersihan tersebut seiri, seiton dan seiso
mesti diulang secara berterusan. Oleh itu, prosedur tentang
pembersihan perlu disediakan untuk memastikan amalan
kebersihan yang baik dilakukan secara terancang dan menjadi
panduan untuk semua pekerja mengikutinya. Prosedur tersebut
perlu dijadikan sebagai standard kebersihan dan diterapkan
dalam kerja seharian. Contoh standard adalah seperti jadual
pembersihan, kaedah pembersihan, cara melabel mesin, cara
melabel dan menyimpan fail. Dokumen standardasi boleh terdiri
dari manual kebersihan, prosedur, arahan kerja atau dokumen
sokongan.

3 TIADA dalam seiketsu


Bagaimanakah kita boleh mengetahui seiketsu yang kita
amalkan adalah berkesan? Amalan seiketsu yang
berkesan akan mewujudkan 3 TIADA di tempat kerja
iaitu:

TIADA barang yang tidak diperlukan


TIADA barang yang tidak teratur dan
TIADA kotoran ditempat kerja.

Bincangkan dokumen atau standard yang boleh anda sediakan untuk menjalankan 5S.

STAR - 5S 7
1.7 : Shitsuke

Makna SHITSUKE
Shitsuke bermaksud tabiat iaitu membentuk sikap yang bersedia untuk memastikan kebersihan,
kesihatan dan persekitaran yang produkitf serta berorientasikan kemajuan berterusan.

Huraian shitsuke
Keupayaan kita untuk menyiapkan sesuatu kerja bergantung kepada tahap disiplin diri kita. Displin
dalam melakukan sesuatu perkara lama kelamaan akan menjadikan ia sebagai tabiat. Tabiat akan
menjadikan sesuatu perkara itu sebagai amalan harian kita. Tabiat yang baik sangat penting bukan
hanya di tempat kerja tetapi pada setiap masa. Begitu juga dalam amalan 5S tabiat merupakan
kunci utama kepada kejayaan 5S. Tempat kerja yang bersih, kemas dan teratur hanya akan dapat
diwujudkan apabila kita semua mempunyai tabiat untuk melakukan 5S sepanjang masa. Kita
semua mesti melatih diri untuk mematuhi amalan kebersihan secara berterusan dan melakukan
amalan tanpa disuruh. Selain dari itu, kita juga mesti mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh syarikat.

Pembentukan tabiat pada shitsuke


Apakah tabiat yang perlu ada pada diri kita untuk memastikan 5S
yang berkesan ditempat kerja? Tabiat yang perlu disemai pada diri
kita adalah seperti:
- Sentiasa mengemas supaya tiada barang yang tidak diperlukan.
- Sentiasa susun supaya semua barangan dalam keadaan teratur.
- Sentiasa membersih supaya tiada tempat yang kotor.
- Sentiasa memastikan tempat kerja bersih dan kemas.
- Mengekalkan kebersihan supaya tidak kelam kabut dan berselerak.
- Mematuhi prosedur dan standard kebersihan.
- Mematuhi semua peraturan keselamatan.
- Melaksanakan 5S secara spontan.
- Berorientasikan kemajuan berterusan.
- Menunjukkan semangat kerja berkumpulan.

Bincangkan disiplin yang perlu ada pada diri anda semua untuk memastikan kebersihan
kekal pada setiap masa.

STAR - 5S 8
1.8 : Kesimpulan 5S

Hubungan lima elemen 5S Asing


Susun
Hubungan antara kelima-lima S ini boleh &
digambarkan seperti 5 gear yang saling Buang
bersangkutan antara satu sama lain. Apabila 1
gear gagal berfungsi, gear-gear yang lain juga
turut terhenti. Gear dibahagian tengah iaitu
Shitsuke-tabiat sangat penting kerana ia
menjadi nadi penggerak utama pada kelompok Disiplin
gear-gear tersebut. Begitu juga dalam amalan
5S seharian, kita mesti menjadikan ia sebagai
tabiat pada diri kita. Apabila kita berdisipin untuk
mengamalkan kesemua 5S barulah
persekitaran kerja yang bersih, selesa dan Seragam Bersih
selamat dapat diwujudkan.

Sasaran untuk 5S
Bagaimanakah kita boleh mengetahui bahawa amalan 5S yang kita lakukan
berkesan. Cara yang paling mudah ialah dengan membandingkan pencapaian
kita dengan sasaran 5S berikut:
Seiri- ruang yang mencukupi untuk menyimpan barangan dan peralatan
Seiton- masa pencarian yang tidak melebihi 20 saat
Seiso- kawasan & peralatan kekal bersih & bersinar
Seiketsu- kawasan kerja yang selesa, selamat & cantik
Shitsuke- mematuhi peraturan dan garis panduan kebersihan & keselamatan

Adakah anda telah mencapai sasaran 5S diatas? Jika tidak bincangkan langkah yang perlu
di ambil untuk memperbaiki 5S di tempat kerja anda.

Ringkasan 5S
Secara amnya 5S boleh disimpulkan seperti berikut:

1S Seiri Asing & buang Mengasingkan barang yang diperlukan dengan


barang yang tidak diperlukan dan membuang barang-
barang yang tidak diperlukan dari tempat kerja

2S Seiton Susun Menyusun dan meletak barang pada tempat yang


sesuai
3S Seiso Bersih Membersihkan & menghapuskan punca kekotoran
4S Seiketsu Seragam Melaksanakan standard dan tabiat yang baik
5S Shitsuke Tabiat Mengekalkan kebersihan dengan menjadikan 5S
sebagai amalan harian

STAR - 5S 9
1.9 Panduan Penambahbaikan 5S ditempat kerja

• Panduan langkah yang perlu diikuti semasa melaksanakan projek penambahbaikan


ditempat kerja seperti berikut.

• Seiri
– Tentukan standard untuk mengenalpasti barang-barang yang diperlukan dengan
barang yang tidak diperlukan.
• Barang yang digunakan setiap 3 hari, diletakkan berhampiran meja kerja.
• Barang yan digunakan sekali seminggu atau lebih, diletakkan di process line.
• Barang yang digunakan sekali setiap 3 bulan, diletakkan di workshop.
• Barang yang tidak pasti samaada digunakan atau tidak, diletakkan dikawasan
penyimpanan (Buang selepas setahun jika tidak digunakan semasa simpanan).
• Barang-barang yang tidak diperlukan, buang segera.
– Libatkan semua orang di work unit semasa pengasingan baranag-barang.
• Buat keputusan segera dan laksanakan.
• Jangan menangguhkan keputusan.

• Seiton
– Lakukanpenyusunan secara menyeluruh.
• Jangan menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan.
• Simpan hanya barang-barang yang diperlukan di tempat kerja.
• Pastikan penglibatan semua orang semasa penyusunan barangan.
– Tentukan kawasan/ tempat penyusunan.
• Semak susunatur untuk menentukan tempat yang paling sesuai.
• Letakkan barang-barang yang selalu digunakan berhampiran tempat kerja.
– Tentukan kaedah penyusunan dan penyimpanan.
• Tentukan cara penyimapanan samaada menggunakan almari, rak, kotak, loker,
penggantungan dan sebagainya. Tentukan cara penyimapanan yang terbaik
untuk tempat kerja.
– Penandaan.
• Tandakan lokasi penyimpanan.
• Letakkan label pada barangan.
• Tandakan juga pada borang atau salinan slip.

• Seiso
– Hilangkan kotoran dahulu.
• Bersihkan sepenuhnya menggunakan penyapu, mop atau kain buruk.
• Ketua (work unit leader) mesti menjadi paling aktif semasa menjalankan 5S.
– Perbaiki barangan yang rosak semasa aktiviti kebersihan.
– Kenalpasti punca kepada kotoran dan hilangkan puncanya.
• Kebersihan di tempat kerja mesti menjadi lebih baik dari hari ke hari.
• Kenalpasti punca kekotoran untuk megelakkan berulang lagi.
• Sediakan jadual kebersihan berdasarkan punca kekotoran dan pencemaran.
• Siapkan standard kebersihan dan amalkan secara berterusan.

STAR - 5S 10
Nama:__________________________________

Soalan Kefahaman 5S
1) Apakah makna

Seiri- _______________________

Seiso-_______________________

Shitsuke-____________________

2) Amalan pengurusan tempat kerja yang baik akan mewujudkan persekitaran kerja
berikut kecuali:
a) Produktif
b) Selesa
c) Sopan
d) Bersih
e) Selamat

3) 5S merupakan salah satu amalan asas dalam keselamatan dan penyelengaraan


berjadual menyeluruh. (Bulatkan jawapan yang betul)

Benar Salah

4) Berikan tiga sebab mengapa 5S penting ditempat kerja.

a) ___________________________________________________________

b) ___________________________________________________________

c) ___________________________________________________________

5) Terangkan kepentingan Tabiat didalam 5S

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

STAR - 5S 11

Anda mungkin juga menyukai