Anda di halaman 1dari 24

BAB 4 :

PENGENALAN
KEWANGAN
4.1 PENGENALAN
&
OBJEKTIF KEWANGAN
a. TAKRIF PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan sumber-sumber dana


dan penggunaannya untuk mencapai
matlamat kewangan syarikat.
b. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

i) Kecekapan Keputusan Pelaburan


Mencari alternatif pelaburan yang
menjanjikan pulangan yang tinggi dan
mengurangkan risiko kerugian.

ii) Kecekapan keputusan pembiayaan


Analisis mendalam perlu dibuat dalam
memilih sumber pembiayaan berdasarkan
kos serta kesesuaian tempoh pembiayaan.
c. PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN
DAN KAITANNYA DENGAN BIDANG LAIN

i) PERAKAUNAN

Akauntan lebih menumpukan kepada


penyediaan penyata kewangan.

Pengurus kewangan menilai penyata-


penyata kewangan yang disediakan oleh
akauntan dan membuat keputusan
kewangan berdasarkan analisis yang
dilakukan.
ii) PEMASARAN

Pengurus Pemasaran melibatkan ramalan


jualan dan aktiviti pemasaran.

Daripada ramalan jualan, pengurus kewangan


akan membuat perancangan kewangan dari
segi keperluan pembiayaan bagi menyokong
peningkatan atau pengurangan jualan yang
diramalkan.
iii) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Sumber Manusia – melibatkan


pelaburan ke atas kakitangan syarikat dalam
aspek:
a) Pembayaran gaji dan bonus
b) Mengadakan bengkel, kursus, latihan atau seminar
c) Menjaga kebajikan pekerja
d) Mengadakan program motivasi kepada pekerja.

Pengurusan Kewangan akan memperuntukkan sejumlah kos


untuk memastikan aktiviti pengurusan sumber manusia
dijalankan.
iv) PENGELUARAN

Pengurusan Pengeluaran akan menentukan


keperluan aset-aset yang diperlukan.

Pengurus Kewangan akan membuat analisis


belanjawan seperti belanjawan modal serta
belanja-belanja pengeluaran yang lain
mengenai aset yang perlu dibeli atau
sebaliknya.
d) OBJEKTIF PENGURUSAN
KEWANGAN

“Memaksimumkan kekayaan
pemegang saham dengan
memaksimumkan nilai pasaran
(harga) saham.”
Kenapa?
Merupakan matlamat paling penting kerana
pemegang saham ini adalah pemilik
syarikat dan mempunyai hak untuk
melantik pihak pengurusan bagi
mengurus syarikat.

Bagaimana?
Kekayaan pemegang saham dapat
dimaksimumkan dengan
memaksimumkan nilai pasaran (harga)
saham.
Cara memaksimumkan harga saham, pihak
pengurusan perlu:
- Membuat pinjaman tambahan untuk
meluaskan operasi.
- Membuat pelaburan tambahan untuk
meluaskan pasaran.
- Mengurangkan jualan secara hutang bagi
mengelakkan perniagaan menghadapi masalah
modal pusingan.
- Mengurangkan kemerosotan tunai bagi
membolehkan untung dapat dijana dengan
baik.
“Mengapa memaksimumkan keuntungan bukan
objektif pengurusan kewangan?”

• Matlamat pengurusan kewangan adalah lebih


menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek iaitu
matlamat jangka panjang, mengambil kira nilai masa
wang, dan mengambil kira risiko.

• Berbeza dengan matlamat memaksimumkan


keuntungan yang tidak menyeluruh hanya keinginan
mendapatkan keuntungan tanpa mempersoalkan
risiko, tidak mengambil kira nilai masa wang, dan
merupakan matlamat jangka pendek.
e) MENGANALISIS MAKLUMAT KEWANGAN SYARIKAT
BAGI PEMBUATAN KEPUTUSAN KEWANGAN

⚫Menganalisis maklumat kewangan merupakan satu


proses menterjemahkan data yang terdapat dalam
penyata kewangan sesebuah organisasi perniagaan
kepada maklumat yang bermakna untuk kegunaan
pihak-pihak yang berkepentingan ke atas perniagaan
tersebut. (Pengurusan Kewangan : Teori dan
Aplikasi, Prentice Hall)

⚫Terdapat tiga (3) penyata kewangan yang asas iaitu


:
a) Penyata Pendapatan Komprehensif
b) Penyata Kedudukan Kewangan
c) Penyata Aliran Tunai
• Antaranya analisis ini dapat memberi maklumat
kewangan yang penting kepada pihak
pengurusan untuk melakukan perancangan dan
membuat keputusan.

• Terdapat tiga(3) pembuatan keputusan kewangan


yang biasa dilakukan iaitu :

a) Keputusan Pembiayaan
b) Keputusan Pelaburan
c) Keputusan Dividen
i) KEPUTUSAN PEMBIAYAAN

Merujuk kepada keputusan untuk mendapatkan


sumber dana perniagaan (memilih sumber
pembiayaan).

Bertujuan memulakan sesuatu perniagaan,


meluaskan perniagaan atau membeli aset
perniagaan.

Contoh: Modal boleh didapati daripada


pinjaman bank, menerbitkan bon dan saham.
ii) KEPUTUSAN PELABURAN

Melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk


mendapatkan keuntungan di masa depan pada
tahap risiko yang tertentu.

Pihak pengurusan perlu bijak memilih alternatif


pelaburan samada jangka pendek atau jangka
panjang kerana risiko yang sukar dijangka

Contoh : Membeli aset tetap, meneroka pasaran


baharu, melabur dalam ekuiti dan lain-lain.
iii) KEPUTUSAN DIVIDEN

Merupakan aktiviti menentukan kadar dividen untuk


diagihkan sebagai keuntungan kepada pemegang
saham.

Pengagihan keuntungan merupakan obligasi syarikat


kepada pemegang-pemegang saham.

Pembayaran dividen yang tinggi oleh firma dapat


meningkatkan keyakinan pemilik untuk terus melabur.
4.2 PERANAN PENGURUS
KEWANGAN
i) Kawalan dan koordinasi kewangan

Pengurus perlu berinteraksi dengan jabatan lain


agar syarikat beroperasi dengan cekap.

Pengurus perlu sedar setiap keputusan perniagaan


mempunyai implikasi kewangan.

Contoh: Keputusan pengurus pemasaran untuk


menambah promosi jualan akan mempengaruhi
jualan dan seterusnya akan mempengaruhi
keperluan pembiayaan.
ii) Membuat keputusan pelaburan

Pengurus kewangan membantu dalam menentukan


kadar perkembangan optimum jualan, menentukan
jenis-jenis aset yang akan diperolehi.

Contoh: Aset-aset tetap yang ada itu adakah perlu


diganti, diperbaiki atau dilupuskan.

Keputusan seperti ini adalah penting kerana ia


mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif
syarikat.
iii) Membuat keputusan pembiayaan

Pengurus kewangan akan menentukan


campuran terbaik pembiayaan antara
jangka pendek dan jangka panjang.

Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk


pinjaman atau ekuiti.

Seterusnya memilih sumber kewangan


yang terbaik dari aspek meminimumkan
kos dan meningkatkan harga saham.
iv) Membuat ramalan dan perancangan
kewangan

Pengurus menjalankan analisis penyata


kewangan seperti penyata pendapatan
komprehensif dan penyata kedudukan
kewangan menjadi bentuk yang boleh
digunakan untuk memantau kedudukan
kewangan syarikat.

Beliau perlu berinteraksi dengan eksekutif-


eksekutif lain dalam syarikat bagi
merancang dan membangunkan masa
depan syarikat.
v) Berurusan dengan pasaran kewangan
Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran.

Pengurus perlu terlibat sama dalam urusniaga


pasaran wang dan modal, di mana di sinilah
sumber dana diperolehi, sekuriti diniagakan dan
pelabur mendapat keuntungan atau mengalami
kerugian.

Contoh: pengurus kewangan akan berurusan


dengan institusi perbankan iaitu salah satu
pasaran wang seperti institusi perbankan yang
melibatkan Bank Perdagangan & Bank
Pelaburan yang menawarkan pinjaman jangka
pendek
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai