Anda di halaman 1dari 22

BAB 4

PENGURUSAN
KEWANGAN
4.1 PENGENALAN &
OBJEKTIF KEWANGAN
Pengurusan sumber-sumber dana
dan penggunaannya untuk mencapai
matlamat kewangan syarikat.
KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

i) Kecekapan Keputusan Pelaburan


Mencari alternatif pelaburan yang
menjanjikan pulangan yang tinggi dan
mengurangkan risiko kerugian.

ii) Kecekapan keputusan pembiayaan


Analisis mendalam perlu dibuat dalam
memilih sumber pembiayaan berdasarkan
kos serta kesesuaian tempoh pembiayaan.
Akauntan lebih menumpukan kepada
penyediaan penyata kewangan.

Pengurus kewangan menilai penyata-


penyata kewangan yang disediakan oleh
akauntan dan membuat keputusan
kewangan berdasarkan analisis yang
dilakukan.
Pengurus Pemasaran melibatkan ramalan
jualan dan aktiviti pemasaran.

Daripada ramalan jualan, pengurus kewangan


akan membuat perancangan kewangan dari
segi keperluan pembiayaan bagi menyokong
peningkatan atau pengurangan jualan yang
diramalkan.
Pengurusan Sumber Manusia – melibatkan
pelaburan ke atas kakitangan syarikat dalam
aspek:
a) Pembayaran gaji dan bonus
b) Mengadakan bengkel, kursus, latihan atau seminar
c) Menjaga kebajikan pekerja
d) Mengadakan program motivasi kepada pekerja.

Pengurusan Kewangan akan memperuntukkan sejumlah kos


untuk memastikan aktiviti pengurusan sumber manusia
dijalankan.
Pengurusan Pengeluaran akan menentukan
keperluan aset-aset yang diperlukan.

Pengurus Kewangan akan membuat analisis


belanjawan seperti belanjawan modal serta
belanja-belanja pengeluaran yang lain
mengenai aset yang perlu dibeli atau
sebaliknya.
c) MENJELASKAN OBJEKTIF
PENGURUSAN KEWANGAN

“Memaksimumkan kekayaan
pemegang saham dengan
memaksimumkan nilai pasaran
(harga) saham.”
Kenapa?
Merupakan matlamat paling penting kerana
pemegang saham ini adalah pemilik
syarikat dan mempunyai hak untuk
melantik pihak pengurusan bagi mengurus
syarikat.

Bagaimana?
Kekayaan pemegang saham dapat
dimaksimumkan dengan memaksimumkan
nilai pasaran (harga) saham.
Cara memaksimumkan harga saham, pihak
pengurusan perlu:
-Membuat pinjaman tambahan untuk
meluaskan operasi.
-Membuat pelaburan tambahan untuk
meluaskan pasaran.
-Mengurangkan jualan secara hutang bagi
mengelakkan perniagaan menghadapi masalah
modal pusingan.
-Mengurangkan kemerosotan tunai bagi
membolehkan untung dapat dijana dengan
baik.
“Mengapa memaksimumkan keuntungan bukan
objektif pengurusan kewangan?”

•Matlamat pengurusan kewangan adalah lebih


menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek iaitu
matlamat jangka panjang, mengambil kira nilai masa
wang, dan mengambil kira risiko.

•Berbeza dengan matlamat memaksimumkan


keuntungan yang tidak menyeluruh hanya keinginan
mendapatkan keuntungan tanpa mempersoalkan
risiko, tidak mengambil kira nilai masa wang, dan
merupakan matlamat jangka pendek.
Merujuk kepada keputusan untuk mendapatkan
sumber dana perniagaan (memilih sumber
pembiayaan).

Bertujuan memulakan sesuatu perniagaan, meluaskan


perniagaan atau membeli aset perniagaan.

Contoh: Modal boleh didapati daripada pinjaman


bank, menerbitkan bon dan saham.
Melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk
mendapatkan keuntungan di masa depan pada
tahap risiko yang tertentu.

Pihak pengurusan perlu bijak memilih alternatif


pelaburan samada jangka pendek atau jangka
panjang kerana risiko yang sukar dijangka
Merupakan aktiviti menentukan kadar dividen untuk
diagihkan sebagai keuntungan kepada pemegang
saham.

Pengagihan keuntungan merupakan obligasi syarikat


kepada pemegang-pemegang saham.

Pembayaran dividen oleh firma perlulah stabil –


supaya dapat meningkatkan keyakinan pemilik untuk
terus melabur.
4.2 PERANAN PENGURUS
KEWANGAN TERHADAP
PERNIAGAAN
i) Kawalan dan koordinasi kewangan

Pengurus perlu berinteraksi dengan jabatan lain


agar syarikat beroperasi dengan cekap.

Pengurus perlu sedar setiap keputusan perniagaan


mempunyai implikasi kewangan.

Contoh: Keputusan pengurus pemasaran untuk


menambah promosi jualan akan mempengaruhi
jualan dan seterusnya akan mempengaruhi
keperluan pembiayaan.
Pengurus kewangan membantu dalam menentukan
kadar perkembangan optimum jualan, menentukan
jenis-jenis aset yang akan diperolehi.

Contoh: Aset-aset tetap yang ada itu adakah perlu


diganti, diperbaiki atau dilupuskan.

Keputusan seperti ini adalah penting kerana ia


mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif
syarikat.
Pengurus kewangan akan menentukan
campuran terbaik pembiayaan antara
jangka pendek dan jangka panjang.

Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk


pinjaman atau ekuiti.

Seterusnya memilih sumber kewangan


yang terbaik dari aspek meminimumkan
kos dan meningkatkan harga saham.
Pengurus menjalankan analisis penyata
kewangan seperti penyata pendapatan
komprehensif dan penyata kedudukan
kewangan menjadi bentuk yang boleh
digunakan untuk memantau kedudukan
kewangan syarikat.

Beliau perlu berinteraksi dengan eksekutif-


eksekutif lain dalam syarikat bagi
merancang dan membangunkan masa
depan syarikat.
Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran.

Pengurus perlu terlibat sama dalam urusniaga


pasaran wang dan modal, di mana di sinilah
sumber dana diperolehi, sekuriti diniagakan dan
pelabur mendapat keuntungan atau mengalami
kerugian.

Contoh: pengurus kewangan akan berurusan


dengan institusi perbankan iaitu salah satu pasaran
wang seperti institusi perbankan yang melibatkan
Bank Perdagangan & Bank Pelaburan yang
menawarkan pinjaman jangka pendek
TAMA
T

Anda mungkin juga menyukai