Anda di halaman 1dari 1

ATM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SEKOLAH AGAMA SPA LAIN-LAIN

PEPERIKSAAN › Pencemaran Alam Sekitar – Kesan Dan Cara Mengatasi Artikel Popular

Pencemaran Alam Sekitar – Kesan Dan Cara SAPS Ibu Bapa 2022 Semakan
Keputusan Peperiksaan Pelajar Online
Mengatasi
Permohonan BPR 2021 Online & Cara
Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat
Isu pencemaran alam sekitar merupakan masalah yang menjadi liputan utama
akhbar masa kini dan ianya semakin semakin serius sejak akhir-akhir ini. Banyak Semakan Saman Trafik PDRM JPJ
punca atau penyebab kepada perkara ini yang antara lain disebabkan AES Online & SMS (Check Saman)
pembangunan yang tidak terkawal dan pertambahan penduduk yang tinggi terutama
Permohonan UPU Online 2022/ 2023
di bandar besar yang menyebabkan semakin banyak sumber yang diperlukan untuk
UA Politeknik ILKA
meningkatkan hasil pengeluaran bagi menampung kehidupan dan penggunaan
penduduk. Jadual Gaji 2022 Kakitangan Awam
Kerajaan

Kalendar 2021 Malaysia Cuti Umum


(Public Holidays)

Ramai orang pada masa kini sedar akan kemerosotan alam sekitar akibat kesan
negatif. Kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap
sebagai bencana. Di antara perkara yang diberi perhatian termasuklah situasi
pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas, banjir kilat, pencemaran
air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.

Isi Kandungan

1. Jenis, Punca, Kesan Dan Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

2. Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar

3. 1) Pencemaran Udara

4. 2) Pencemaran Air

5. 3) Pencemaran Tanah/ Tanih

6. 4) Pencemaran Bunyi

7. 5) Pencemaran Sisa Pepejal

Jenis, Punca, Kesan Dan Cara Mengatasi Pencemaran


Alam Sekitar
Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan
sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak
diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya
akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan.

Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi
generasi masa
depan akan mewarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu,
timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam
menangani isu dan masalah tersebut.

Definasi Pencemaran
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa
“pencemaran” adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) –
pengotoran alam –perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan
sampah sarap.
Definasi Alam Sekitar
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment”
membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi
suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang
berkait dengan iklim dan cuaca

Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar


Terdapat pelbagai cara pencemaran boleh berlaku. Ianya terbahagi kepada dua
jenis iaitu :-

A. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang
berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

B. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang
dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan.

1) Pencemaran Udara
Pencemaran udara adalah merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat kualiti udara, ketidak selesaan kepada manusia atau organisma hidup lain
serta merosakkan alam sekitar apabila ianya dibebaskan ke atmosfera.

Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
klorofloro karbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa
radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan
gunung berapi. Di antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,
jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh
memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun
harta benda.
Faktor Atau Punca-Punca Pencemaran Udara
1. Aktiviti Pembangunan Dan Perindustrian

1. Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang


menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik.
Namun,ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia.
Pelepasan nitrogen,sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah
membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan
sahaja gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang
mampu mengakibatkan sesak nafas juga dilepaskan

2. Kenderaan Motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia.


Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta,motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor
memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses
pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon
monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk terhasil

3. Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah,


sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa
kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh
diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan
jerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih
serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada
masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam

4. Aktiviti Harian Manusia

!si rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan


tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman
udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas “lorofluorokarbon CFC” akan
dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu,
penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga menyebabkan pencemaran udara

Kesan-Kesan Pencemaran Udara


Berikut adalah kesan pencemaran udara :-

1. Kesan kepada Kesihatan Manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan.


Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan
oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan
seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai
penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

2. Kesan kepada Tumbuhan

Mengalami kerosakan nekrosis – keguguran daun), klorosis – pertukaran


warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan menyebabkan
sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selainitu, kesan itu
akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

3. Kesan kepada haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara
ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu,
makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

4. Kesan kepada bahan

Bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti


kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus.Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara
akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

5. Penipisan Lapisan Ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat


daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran
terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari
boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik
juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi.
Pada masa kini,ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.

6. Hujan Asid
Ianya berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan
asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-
tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Kesannya, ia membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis
pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak
subur

7. Kesan Rumah Hijau Dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan di seluruh


negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi
panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan
global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem
terganggu,banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam
yang tidak normal.

8. Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.

Cara Mengatasi Kesan Pencemaran Udara


Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada
oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan
bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini
disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-
langkah tersebut.

1. Menghijaukan Kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen
melalui proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum


Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi
dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema
daripada berlarutan.

3. Program Kitar Semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual
barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Di
antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas
terpakai dan kotak kertas.Barang-barang ini boleh diproses semula untuk
menghasilkan kertas baru

4. Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang.

5. Tindakan Undang-Undang
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah
pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
membuat pencemaran alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia
ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.
6. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar
kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek
yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapatd ilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga
dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan.

2) Pencemaran Air
Proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan
masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah itu juga mengakibatkan
berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada
rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh
manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Setiap isu atau masalah
yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air di
negara kita.

Punca Pencemaran Air


Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut :-

i. Keracunan atau toksisiti


Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang
digunakan dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium
boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak
organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk proses-
proses kehidupan.

Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai bersama-sama kehidupan


peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihan ke dalam sistem akuatik
boleh memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun ini diserap oleh lumpur di
bawah dan dilepaskan apabila mendapan di bawah diganggu.

ii. Kemasinan atau saliniti


Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke dalam
air tawar. Walaupun sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap julat
kepekatan garam tertentu, kebanyakan yang akan musnah apabila air tawar
bertukar menjadi payau.

iii. Keasidan atau asiditi


Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi partikel-
partikel bitumen dan sulphur. Air yang berasid ini meningkat dengan meningkatnya
pengeluaran arang batu, dan berterusan lama walaupun lombong-lombong
ditinggalkan. Besi pirit (hasil perlombongan batu arang) akan memasuki anak-anak
sungai. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan menukarkan ferus
kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan.

Hasil sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi ini, iaitu mendakan ferik
hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai; dan
pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH
anak-anak sungai secara mendadak. pH boleh jadi di antara 4.5 ke 2.5 pada musim-
musim tertentu. Sumbangan besi dan sulfat dalam kuantiti yang banyak juga
mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai.

Semua vertebrat,kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus.


Kebanyakan tumbuhan peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan
bakteria yang tinggal.

iv. Kekeruhan atau turbidity


Bahan-bahan lengai dan halus senang terampai dalam air. Ini mengurangkan
pemancaran cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan akuatuk dan
mikroskopik. Industri porselin ( tanah liat putih ) adalah sumber pencemaran ini.
Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga menyebabkan sungai yang
dimasuki efluen menjadi merah atau hitam.

v. Pendeoksigenan (Deoxygenation)
Pencemaran yang lazim adalah organik.walaupun bahan-bahan organik tidak
meracuni hidupan sungai, atau mempengaruhi pH, tetapi apabila bahan organik
diserang oleh bakteria dan dipecahkan menjadi kompaun yang ringkas, oksigen
diperlukan. Keperluan oksigen biologi (BOD – Biological Oxygen Demand) menjadi
tinggi. BOD adalah indeks pencemaran air yang berguna, terutama yang berkaitan
dengan bebanan organik air. BOD digunakan untuk menentukan jenis hidupan yang
boleh ditampung oleh sungai yang tercemar. Ikan mempunyai keperluan oksigen
yang paling tinggi dan biasanya ikan air sejuk memerlukan lebih oksigen daripada
ikan air panas.

Kesan-Kesan Pencemaran Alam Sekitar (Air)


Pencemaran air adalah salah satu penyebab penyakit kronik. Akibat meminum air
yang tercemar, manusia akan dijangkiti penyakit menular, penyakit ginjal, artritis,
sakit kepala,tekanan darah tinggi, penyakit kulit, kanser, gangguan sistem saraf,
penyakit hati, jangkitan sistem penghadaman, penyakit batu karang, batu dalam
hempedu dan sebagainya.

Lebih dari 70% tubuh manusia terdiri dari air. Selain Oksigen, air mempunyai
peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Air diperlukan oleh semua
organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna seperti :

i. Proses pembuangan racun / toxin

ii. Pelicin bagi sendi-sendi

iii. Membantu proses pencernaan

iv. Menstabilkan suhu tubuh

v. Metabolisma tubuh

i) Kesan Terhadap Kesihatan Manusia


Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-
bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam
air seterusnya hidupan akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air
yang telah tercemar ini. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah
kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu,
sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria
untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun
kepada manusia sendiri.

ii) Kesan Kepada Kualiti Air


Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam
sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan
untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini
menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan
mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan
suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru mengganggu
ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.

iii) Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut


Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan
biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium
disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan
risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan
menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah
kandungan oksigen terlarut (BOD).

iv) Sistem Air Bawah Tanah Tercemar


Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa
kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa iniakan terkeluar
dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di
permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit
dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem
bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua
masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu
sendiri.

v) Menjejaskan Keindahan Alam


Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini
terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan
tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal
tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat
daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air
laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga
hidupan lain di dunia ini

vi) Banjir
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia
pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya
parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.Apabila sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan
persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya
adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,dan juga mempengaruhi
pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

vii) Kemusnahan Hidupan Akuatik


Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan
pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta
peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang
memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan
adalah melalui sungai.

Langkah Mengatasi Kesan Pencemaran Air


a) Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu
dimulakan
Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi
sumbangan secarasukarela. Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa
untuk mengembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan.·
Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan
dan pemulihan sungai.

b) Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada


melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai
Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar, kawasan perumahan
dan kawasan perindustrian. Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan
untuk mencegah pencemaran sungai.Undang-undang yang berkaitan dengan
pemuliharaan sungai harus diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing
yang mencemari sungai kita

c) Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan


bahan sisa-sisa bersepadu
Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan
oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai. Mengenakan
hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai
tersebut. Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang
mencemarkan sungai.

d) Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat pencemaran


alam sekitar
Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan
pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab
masing-masing dalam masyarakat.· Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan
memberi kesan yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat.·Menerapkan
ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan dalam kehidupan
seharian

3) Pencemaran Tanah/ Tanih


Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada
sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan. Ia
disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal yang terdiri
daripada pencemar organik, kimia atau fizikal. Keseriusan pencemaran tanah
bergantung kepada kesuburan tanah. Semakin kurang kesuburan tanah, semakin
serius pencemaran yang berlaku.

Punca Pencemaran Tanah


Antara punca pencemaran tanah adalah seperti berikut:

i. Pembuangan sampah yang tidak terkawal


Pembuangan sampah secara sesuka hati dan tidak memenuhi syarat, (illegal
dumping) merupakan antara punca yang mengakibatkan masalah pencemaran
tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan
menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma yang terdiri daripada bakteria dan
virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Kualiti air tanah pula akan berkurang disebabkan bahan cemar dari sampah.
Penurunan kualiti air tanah dapat diperhati melalui perubahan fizikal seperti bau,
warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) yang lebih
dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat
mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Tambahan pula plastik adalah hasil
ciptaan manusia yang tidak melalui proses biodegradasi. Ia tidak akan terurai
secara semulajadi walaupun selepas berjuta-juta tahun.

ii. Pembuangan sisa toksik dan nuklear


Antara bahan buangan yang dihasilkan daripada kilang-kilang termasuklah minyak,
sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pencemaran tetap akan berlaku walaupun bahan
buangan tersebut ditanam di dalam tanah. Hal ini disebabkan oleh logam berat iaitu
litium, berilium, merkuri dan sebagainya.

Selain itu, hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC
dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah.
Partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah sekiranya
bercampur dengan air seperti air hujan. Sekiranya tindak balas kimia berlaku, ia
akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

iii. Kegiatan Perlombongan


Kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh menyebabkan masalah
pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong
berasid. Kegiatan perlombongan seperti emas, perlombongan pasir dan penebus-
guna tanah serta pembangunan-pembangunan lain di sepanjang pantai
meningkatkan ancaman terhadap ekologi hidupan akuatik.

Air masih berada dalam kategori tercemar sekiranya pH air tidak berada pada paras
neutral, iaitu pada pH-7. Keseimbangan ekosistem akan terancam sekiranya habitat
kehidupan akuatik sudah dicemari oleh sisa-sisa dan lapisan minyak. Hal ini akan
menyebabkan kekurangan sumber protein seperti ikan.

iv. Pembalakan
Aktiviti pembalakan yang tidak terancang juga dapat menyebabkan pencemaran
tanah. Kawasan hutan sering ditebang untuk memperoleh hasil balak dan kayu
yang dapat membawa keuntungan. Namun begitu, sekiranya aktivit penebangan
hutan ini tidak diatur dengan rapi, ia akan menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan akar pokok untuk mencengkam tanah.
Kesannya, tanah runtuh akan berlaku dan nyawa haiwan serta penduduk yang
tinggal berhampiran dengan kawasan itu akan terancam.

Kesan-Kesan Pencemaran Tanah


Pencemaran tanah dapat mengakibatkan kesan-kesan buruk seperti:

i. Penyebaran kuman dan penyakit


Salah satu kesan yang akan berlaku hasil daripada pencemaran tanah adalah
penyebaran kuman dan penyakit. Haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas dan
lalat akan berkerumun di kawasan tanah yang tercemar seterusnya menyebarkan
kuman dan penyakit ke tempat lain. Sekiranya makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas seterusnya dimakan oleh manusia tanpa sengaja, maka manusia
akan mudah diserang keracunan makanan. Hal ini dapat mengakibatkan individu
tersebut diserang penyakit yang serius.

ii. Kualiti tanah merudum


Antara kesan lain yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah adalah
penurunan kualiti tanah atau kerosakan tanah. Sisa-sisa industri dan hasil
tumpahan daripada kilang atau kenderaan motor akan menjadikan tanah rosak dan
kualitinya merudum. Tanah yang rendah kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan
atau sayur-sayuran yang ditanam tidak dapat hidup dengan baik dan menjadi
kurang subur.

iii. Berlaku hakisan tanah


Hakisan tanah merupakan suatu kejadian yang sering berlaku di seluruh negara.
Antara aktiviti manusia yang dapat mengakibatkan hakisan tanah adalah
penggondolan bukit dan pembalakan yang menyebabkan tiada akar tumbuhan yang
dapat mencengkam tanah daripada runtuh. Kesan daripada hakisan tanah seperti
bencana tanah runtuh bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi
malah ia juga mengancam keselamatan dan nyawa masyarakat.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar (Tanah/ Tanih)


Bagi mengurangkan berlakunya pencemaran tanah, langkah-langkah seperti berikut
perlu diambil:

i. Pendidikan alam sekitar


Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dapat dilaksanakan
untuk mengatasi masalah pencemaran tanah. Ia dapat membentuk sikap positif
dalam diri dan menjadikan seseorang itu lebih memahami perihal pencemaran alam
sekitar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam tentang pencemaran
termasuk punca dan akibat hasil pencemaran yang berlaku seperti pencemaran
tanah, seseorang individu akan lebih menghargai alam sekitar.

ii. Kempen Kesedaran


Kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif yang dapat diambil bagi
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen alam
sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen Cintailah Sungai Kita, Kitar
Semula, dan Sahabat Alam. Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.
iii. Peranan Media Massa
Media massa memainkan peranan penting dalam menangani isu pencemaran tanah.
Umum mengetahui bahawa pada era serba moden ini, media masa mudah untuk
mempengaruhi dan membentuk cara pemikiran pengguna. Dengan itu, pendedahan
dan penyebaran tentang isu pencemaran alam oleh media massa kepada
masyarakat umum akan menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam menangani
masalah pencemaran.

4) Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan yang
boleh memekakkan telinga individu yang mendengarnya. Pencemaran bunyi
biasanya berlaku apabila bunyi melebihi 80 desibel (dB). Kategori pencemaran
boleh berpunca daripada manusia seperti jeritan dan bunyi kenderaan atau
pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh.

Punca Pencemaran Bunyi


i. Perindustrian
Kebanyakan bunyi yang dikeluarkan daripada kerja kilang seperti jentera, mesin
kilang serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu ketenteraman
masyarakat setempat yang tinggal berhampiran dengan kilang tersebut.

ii. Kenderaan
Bunyi deruman enjin kenderaan di jalan raya serta bunyi hon yang tiada henti boleh
memekakkan pendengaran dan mengakibatkan stres terutamanya di jalanraya yang
sesak. Hal ini bertambah teruk dengan kewujudan kereta dan motosikal yang
enjinnya telah diubahsuai supaya menjadi lebih bising dan mengganggu
ketenteraman.

Selain kenderaan di jalan raya, kenderaan seperti jet juga dapat menyebabkan
pencemaran bunyi. Jet memerlukan enjin yang berkuasa tinggi untuk terbang di
udara yang secara tidak langsung menghasilkan bunyi yang kuat.

iii. Kawasan binaan dan Kuari


Kerja-kerja pembangunan yang melibatkan kren, gerudi, cerucuk besi dan lain-lain
dapat merosakkan suasana aman di sesuatu kawasan. Tambahan lagi jika ia
merupakan kawasan kuari, bunyi kuat akan terhasil daripada bahan letupan yang
digunakan untuk memecahkan bongkah-bongkah batu yang besar.

iv. Aktiviti/Tabiat manusia


Antara punca utama masalah pencemaran bunyi adalah sikap masyarakat.
Sesetengah orang suka memasang radio, televisyen dan alat hiburan seperti
karaoke dengan sangat kuat sehingga mengganggu ketenangan kawasan
persekitaran. Ada juga segelintir masyarakat yang bercakap atau berbual dengan
nada yang agak tinggi di khalayak ramai tanpa segan silu dan prihatin terhadap
orang sekeliling.

Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi


Pencemaran bunyi yang tidak dibendung dapat mengakibatkan kesan-kesan seperti
di bawah:

i. Kesan kepada kesihatan manusia


Apabila organ telinga menerima kesan daripada bunyi yang kuat, kemungkinan
besar pendengar akan mengalami masalah pendengaran terutamanya kanak-kanak
yang mempunyai organ yang masih nipis dan lembut. Selain daripada itu,
pencemaran bunyi dapat mengakibatkan seseorang itu menjadi rimas dan
mengalami isu seperti takanan, gangguan tidur dan hipertensi. Akibatnya pendengar
mudah merasa letih dan kesihatan tubuh badan merudum apabila berhadapan
dengan masalah pencemaran bunyi yang agak lama.

ii. Kesan terhadap persekitaran


Seperti yang kita tahu, persekitaran yang bising boleh menjadikan seseorang itu
terganggu dan cuba mengelak daripada tinggal di kawasan tersebut. Disebabkan
itu, sesetengah orang yang berusia tidak gemar tinggal di ibu kota yang sibuk
dengan persekitaran yang sangat bising berbanding keadaan kampung yang agak
tenang. Persekitaran yang bising menjadikan urusan kehidupan seharian lebih
rumit. Ia mengganggu minda daripada fokus dan berfikir dengan tenang serta
menyukarkan komunikasi antara satu sama lain.

Bunyi bising dapat memberi kesan buruk terhadap haiwan. Ia menyebabkan


tekanan dan meningkatkan risiko kematian dengan mengubah sensitiviti terhadap
daya mengesan dan mengelak pemangsa/mangsa serta menganggu penggunaan
bunyi mereka sebagai alat komunikasi terutamanya yang berkait dengan pembiakan
dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan
pendengaran sementara atau kekal.
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Bunyi
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran bunyi adalah
seperti berikut:

i. Kawalan oleh manusia


Pengurangan pencemaran bunyi dapat diusahakan oleh setiap individu kerana
lapan puluh peratus daripada punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada
manusia sendiri. Sebagai contoh, pengeluar kenderaan perlulah mengambil inisiatif
untuk menghasilkan kenderaan yang mempunyai enjin yang lebih senyap dan
mesra alam. Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cara mengawal
bunyi atau suara terutama jika berada di kawasan yang dihuni oleh ramai orang
supaya tidak mengganggu orang lain.

ii. Penguatkuasaan undang-undang


Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Kerajaan terhadap sesiapa sahaja
yang menyumbang ke arah pencemaran bunyi dapat membantu membendung
fenomena ini daripada terus berleluasa. Sebagai contoh, kontraktor binaan dilarang
untuk melakukan aktiviti binaan pada waktu-watu tertentu terutamanya waktu
malam. Hal ini kerana waktu malam adalah waktu untuk berehat bagi masyarakat
untuk menempuhi hari esok. Sekiranya terganggu, ia akan mempengaruhi
produktiviti dan kesihatan tubuh badan.

5) Pencemaran Sisa Pepejal


Sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai hasil buangan daripada aktiviti sosioekonomi
manusia yang memiliki sifat kotor dan tidak dianggap berguna. Ia merupakan suatu
bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana sudah tiada nilai ekonomi
sebelum ia melalui proses akhir.

Pencemaran sisa pepejal adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh
kebanyakan bandar di negara membangun kerana kesukaran untuk
menguruskannya.

Punca-Punca Pencemaran Sisa Pepejal


Antara sebab berlakunya masalah dalam pengurusan sisa pepejal atau pencemaran
sisa pepejal adalah seperti berikut:

i. Proses urbanisasi dan perindustrian yang pesat


Apabila suatu proses urbanisasi itu berlaku, jumlah penduduk yang menghuni
sesuatu tempat juga bertambah. Penambahan populasi penduduk dan digabungkan
dengan pertumbuhan besar penduduk di kawasan bandar telah meningkatkan
penghasilan sisa pepejal dan perubahan dalam komposisi sisa.

ii. Sikap masyarakat


Gaya hidup masyarakat yang kurang mesra alam juga menyumbang kepada faktor
pencemaran sisa pepejal. Kebanyakan masyarakat kurang peka dan prihatin
terhadap isu pencemaran. Mereka sudah terbiasa dengan sikap dan tabiat tidak
endah dalam pembuangan sampah merata-rata dan amalan kitar semula. Tambahan
lagi, majoriti masyarakat kurang pengetahuan tentang pengurusan sisa pepejal.

iii. Kekangan Sumber Kewangan


Faktor kos sangat memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengurusan
sisa pepejal yang baik. Kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat
sukar untuk ditingkatkan apabila mengalami keterbatasan modal, tenaga kerja,
operasi dan kenderaan serta kekurangan peralatan.

Kos yang tinggi diperlukan untuk kutipan, pengumpulan, hingga ke pengangkutan


sampah ke tapak pelupusan. Kutipan dan pengangkutan sisa pepejal merangkumi
kira-kira 60% jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan bagi menguruskan
sisa pepejal.

Kesan-Kesan Pencemaran Alam Sekitar – Sisa Pepejal


Kegagalan pengurusan sisa pepejal dengan baik boleh mengakibatkan pencemaran
sisa pepejal serta kesan-kesan lain. Antaranya:

i. Pencemaran
Longgokan dan sisa pepejal yang tidak terurus di tapak pelupusan akan
menghasilkan air lelehan. Air lelehan ini akan mengalir ke sungai yang berhampiran
khususnya melalui air bawah tanah. Ia mengandungi pelbagai bahan pencemar
logam berat seperti Cd, Cr, Cu, Pb, Mg, Zn dan Fe. Akibatnya, sumber air akan
tercemar.

Di samping itu, lebihan sisa pepejal kebiasaannya terpaksa dibakar di kawasan


perumahan. Hasil dari pembakaran terbuka itu akan menyebabkan pencemaran
udara. Ia juga akan menghasilkan kesan toksik yang akhirnya mengakibatkan
kawasan hijau di sekelilingnya mati dan layu.

ii. Banjir
Sistem saliran seperti longkang yang dipenuhi dengan sampah-sarap serta
perangkap sampah yang tidak diselenggara menyekat aliran air dan menyebabkan
air bertakung. Hal ini akan membawa kepada fenomena banjir.

iii. Kesan terhadap kesihatan


Pencemaran sisa pepejal akan menyebabkan penyebaran penyakit. Sisa pepejal
yang tidak terurus menarik perhatian vektor pembawa penyakit seperti haiwan dan
serangga. Ia menjadi tempat atau kawasan pembiakan serangga dan haiwan
pembawa penyakit ini seperti nyamuk aedes, tikus dan lipas. Akibatnya, penyakit
dan virus seperti denggi, leptospirosis, salmonella dan poliomyelitis boleh tersebar.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Sisa Pepejal


Antara cara untuk mengatasi masalah pengurusan dan pencemaran sisa pepejal
adalah:

i. Penguatkuasaan undang-undang
Undang-undang perlu dikuatkuasakan dalam menangani hal ini agar pengurusan
sisa dapat dikendalikan dengan lebih baik. Sebagai contoh Akta Kualiti Alam Sekitar
1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1977.

ii. Pengawalan operasi


Operasi pengurusan sisa pepejal juga haruslah ditambahbaik. Antara caranya
adalah dengan menggunakan kaedah penimbusan yang lebih murah berbanding
pembakaran tanpa pencemaran. Selain itu, pihak bertanggungjawab boleh
menyediakan pelapik yang memisahkan bahan pencemar dalam sisa pepejal
daripada tanah di tapak penimbusan sisa.

Incinerator yang digunakan untuk pembakaran sisa pepejal menggunakan diesel


juga boleh dibina untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal dari dibuang ke tapak
pelupusan sehingga 80 hingga 90 peratus. Di samping itu, pembinaan kolam dan
longkang di sekeliling tapak pelupusan sampah boleh mengalirkan air lelehan ke
dalam kolam air lelehan yang dibina.

iii. Pengawalan bukan perundangan


Pihak kerajaan membina pusat kitar semula di seluruh negara agar masyarakat
dapat mengumpulkan bahan buangan yang boleh dikitar dan mengurangkan
pembuangan sisa pepejal. Penyebaran maklumat dan pendidikan berkaitan alam
sekitar dapat meningkatkan rasa cinta terhadap pencemaran

Related : pulau pinang, jabatan alam sekitar jas, lembah klang, tumpahan
minyak, bekalan air, perintah kawalan pergerakan pkp

Facebook Twitter WhatsApp Telegram

Tinggalkan Komen

Name *

Email *

Website

Post Comment

ABOUT US KATEGORI SEARCH


Portal Perkongsian Informasi Terkini
Pilih Kategori Search …
Permohonan : Semakan Keputusan Pendidikan
Online

© 2022 permohonan.my - All Rights Reserved. Penafian Dasar Privasi Hubungi

Anda mungkin juga menyukai