Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum w.b.t.

syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya,saya diberi peluang


berada di sini. Saya nur ‘atikah shamimi binti Saiful akan berkongsi tentang kemerdekaan dibawah
tajuk “anak muda merdeka kini”

Sebelum itu,izinkan saya mendeklamasikan sebuah sajak,

Merdeka,

Sebuah ungkapan di bibir pendekar,

Membawa sejuta maksud tersemat di jiwa,

Melihat dunia yang merayu meminta,

Memberikan hati buat sang jiwa,

Adakalanya manusia terleka,

Dengan titisan darah keselesaan kita.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Apakah itu merdeka? Ya,mungkin bagi kta merdeka hanyalah suatu perkara yang amat mudah
ditafsir.Apatah lagi menyebut perkataan merdeka itu sendiri.bagi kita,merdeka bermaksud tiada lagi
penjajahan,tiada lagi bom di sana dan di sini,semua insan mempunyai bekalan makanan yang cukup
dan bebas melakukan aktiviti.Tetapi,sedarkah,ada di antara kita,baginya perkataan merdeka itu
sendiri amat bermakna buatnya.sehingga mampu menitiskan air mata apabila melaungkan
perkataan keramat merdeka itu.di situlah dapat kita lihat kasih sayangnya terhadap Malaysia
sehingga terkenang akan peristiwa kemerdekaan.

Rakan-rakan sekalian,suka saya ingatkan bahawa orang yang tidak mempelajari sejarah,akan
mengulangi kesilapannya yang lepas.kenyataan ini berkait rapat dengan kehidupan remaja sekarang.

Kenapa remaja sekarang? Ok,dengar sini.saya begitu yakin untuk menyenaraikan lebih dari 5 aktiviti
yang para remaja lakukan Ketika musim pkp.Yang pertama,sudah semestinya remaja lelaki akan
seronok bermain permainan video.yang kedua,menonton drama korea.yang ketiga,tidur sepanjang
hari.Yang keempat,makan sepanjang masa dan yang terakhir,melakukan aktiviti Bersama
keluarga.tiada sedikit kesalahan pun apabila remaja seperti kita melakukan perkara perkara
sedemikian.tetapi,pernah termenung dan terfikirkah tentang dunia dihadapan kita kini? Ya,dunia
yang sudah merdeka ini.Ingatlah kawan-kawan bahawa semua keselesaan ini adalah hadiah dari
pendekar kita terdahulu.rasa cinta dari mereka kepada kita.Namun,apakah kita pernah mengenang
jasa mereka? Pernahkah kita mewujudkan rasa sayang walau sedikit pun kepada Malaysia? Oleh
itu,tunjukkanlah pada bulan ini,bulan kemerdekaan ini rasa cinta terhadap negara.

Bangkitlah remaja semesra! Tak usah biarkan negara luar memandang enteng kepada Malaysia.
Kejutlah sahabat yang terlena,sedarkan dia bahawa setiap hembusannya mampu mengubah
dunia.sematkanlah rasa cinta kepada Malaysia.kerana disinilah tumpahnya darahmu,kerana disinilah
rezeki buat keluargamu dan kerana tanah bumi inilah yang akan menemanimu kelak.

Sekian daripada saya,yang baik itu datang daripada Allah,yang buruk itu adalah dari saya sendiri.
Wassalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai