Anda di halaman 1dari 19

DIPLOMA PASCASISWAH PENDIDIKAN

Peranan Pendidikan sebagai Pengurus dan


Cabaran Profesion Penguruan Masa Kini

Nama Pelajar: Roylger Nathan A/L Visvanathan


No. Matrik : S171427533/2
Kod Kursus: PQ16002 Sosiologi Pendidikan
Pensyarah : Dr Ghazali bin Darusalam
ISI KANDUGAN

Perkara
1) Peranan Pendidikan Sebagai Pengurusan

1.1) Tugas dan Tanggungjawab Guru


1.2) Peranan Guru dalam pembelajaran Abad ke 21
1.3) Prinsip Pembelajaran Abad ke 21
1.4) Elemen Pendidikan Abad ke 21

2) Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

2.1) Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif


2.2) Persekitaran Fizikal
2.3) Persekitaran psikososial
2.4) Peraturan dan rutin bilik darjah
2.5) Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif
2.6) Perancangan Fizikal
i. Meja Guru
ii. Kerusi dan Meja Pelajar
iii. Sudut Multi Media
iv. Sudut Bacaan
v. Pencahayaan dan pengudaraan
vi. Meja Bulat
vii. Tempat simpanan bekal makanan
viii. Papan Kenyataan
ix. Bakul Sampah
x. Peti Pertolongan Kecemasan
xi. Jam dan Kalender

3) Cabaran Profesion Perguruan Masa Kini

4) Sumber Rujukan
Peranan Pendidikan Sebagai Pengurusan

Pengenalan
Berdasarkan intipati puisi melankolik seorang pendidik Allahyarham Datuk Usman
Awang dalam sajak “Guru O Guru” ada menggambarkan peranan guru pada setiap patah
perkataan puitis beliau bahawa guru mampu mengubah seorang manusia yang menguasai
pelbagai bidang sehingga hari ini setelah 59 tahun Malaysia merdeka. Peranan guru amat
mangli dan sinonim dalam pendidikan. Guru merupakan kerjaya yang amat disanjung dalam
masyarakat segenap dimensi. Kendatipun demikian, masyarakat menganggap kerjaya guru
mudah memperoleh pendapatan tinggi dan peluang cuti. Pelbagai tanggapan yang boleh
dirumuskan kerjaya guru. Namun tanpa disedari, perkhidmatan guru memerlukan personaliti
kebertanggungjawaban yang tinggi untuk menempuh cabaran mendidik, membimbing dan
menunjuk ajar demi proses membentuk insaniah berguna.

Proses pembentukan tersebut memerlukan profesionalisme keguruan agar usaha


merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tercapai yang menggariskan
aspirasi-aspirasi melalui 11 anjakan dalam Tiga Gelombang. Penggemblengan tersebut
memerlukan agen penggerak yang bergelar guru. Persoalannya, apakah peranan guru dalam
menghadapi cabaran pada masa kini? Apakah pula cabang-cabang cabaran yang harus
dihadapi seorang guru pada hari ini? Adakah cabaran tersebut disedari guru demi
meningkatkan kualiti pendidikan pada abad ini?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015:232)[NA1] , cabaran ditakrifkan


sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan), ajakan (untuk berlawan dan
sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan
dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain, pekerjaan yang penuh cabaran.
Manakala secara konseptualnya, cabaran bererti sesuatu yang menguji kemampuan individu
dalam sesebuah organisasi. Justeru, bidang perguruan memainkan peranan penting dalam
menongkah arus cabaran meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia secara tidak langsung
implikasi terhadap pelajar sekolah

 Tugas dan Tanggungjawab Guru Merancang mata pelajaran tertentu seperti


sains, matematik, sains dan Bahasa Inggeris.

 Pelajaran mengajar dalam konfigurasi keseluruhan kumpulan atau kumpulan


kecil
 Menilai kebolehan, kekuatan dan kelemahan pelajar

 Menyediakn pelajar Ujian Standard

 Berkomunikasi kemajuan pelajar kepada ibu bapa

 Menyediakan senarai peralatan di dalam bilik darjah.

 Mengemaskini rekod PKBS,program Nilam dan fail murid.

 Menyempurnakan dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh


pejabat kesihatan.

 Mameastikan nama murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku


pendaftaran.
 Mengawasi buku teks yang dipinjam murid-murid.
 Mengemaskini buku jadual kedatangan murid.
 Melatih dan membentuk murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.
 Menyediakan jadual waktu darjah.
 Mengemaskini buku rekod mengajar.
 Menyediakan jadual tugas mingguan pelajar.
 Mengisi pelbagai borang yang dikehendaki dari semasa ke semasa.
 Berkerjasama dengan pelawat,penyelia dan sebagainya.
 Mengelolakan urusan peperiksaan.
 Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
selama 3 hari berturut-turut.
 Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa murid yang mengalami
masalah kesihatan,kelakuan dan sebagainya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dan ditentukan oleh Guru Besar.
Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa
kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk
pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan,
mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata
pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza.
Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain
mempunyai tanggungjawab sivik.

Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang
terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran individu.
Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21
termasuklah mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21

i. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.

ii. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih minda (minds-on).

iii. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif.

iv. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.

v. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.

vi. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.

Prinsip Pembelajaran Abad 21


Elemen Pendidikan Abad ke 21

Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.

· Kreatif dan inovatif

· Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

· Komunikasi dan kolaborasi

· Literasi maklumat

· Literasi teknologi maklumat dan komunikasi

· Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri

· Berinisiatif dan mempunyai haluan diri

· Kemahiran sosial dan antara budaya


Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.Menurut Marland (1975), suasana
fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik
darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu
disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di
samping itu, penggungurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap
sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh
yang baik kepada anak murid mereka.Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang
berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor
yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat
mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta
berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak
komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan
aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini,
murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan
kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

Persekitaran Fizikal

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik
darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut
Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan
pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi
aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan,
pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga
termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

Persekitaran psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan


persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai
ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,
suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi
peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran
psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk
komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran
psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan
murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah
menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang
terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif.
Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid.
Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran
yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

Peraturan dan rutin bilik darjah

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih
memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan
respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak
pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur
dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam
bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti
dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang
boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap
murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka,
murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika
mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada
keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan
penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah
laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk
mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja
kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil
walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini,
seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat
menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh
murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara
mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar
buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa
dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam
kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal
Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.
Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif

Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang
untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut iaitu
Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Sebelum
merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini
demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat
membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik darjah yang saya
bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran bilik darjah yang
kondusif.

Meja guru

Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini
adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga
hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan
guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini
juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap
setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan,
mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu,
kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru
mengajar dalam emosi yang positif.

Kerusi dan meja murid

Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah
kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur
murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun
secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu,
susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada
masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok
membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi
bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan
secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan
keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh
bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah
menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan
memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid.

Sudut multi-media

Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-elemen ini
menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein
& Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di
dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet
untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding
bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid
mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada
guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan
bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya
adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

Sudut bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut
ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid.
Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka
berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah
turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini
diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih
bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan
bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak
boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas
digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh
mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan
hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di
mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Pencahayaan dan pengudaraan

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid
dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang
mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat
elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat
kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya
tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan
pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk
pengudaraan.

Meja bulat

Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang
kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti
atau tugasan-tugasan tertentu.

Tempat simpanan bekal makanan

Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid
dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal
ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja
murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga
akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh
menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan
adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas
kelihatan lebih kondusif.

Papan kenyataan

Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja
murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam
jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan
kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari.
Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila
mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat
mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat
kepada semua murid

Bakul sampah

Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-
murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.

Peti pertolongan cemas


Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan
cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan
cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti
ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.

Jam dan Kalendar

Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa.
Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari
dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan
peristiwa-peristiwa penting sebegini.
Cabaran Profesion Perguruan Masa Kini

Antara cabaran pada abad ke 21, profesion guru di sekolah termasuk sekolah
pendidan khas ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik
darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang
terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi
suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan
pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan
mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa
menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan
murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai
medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu
merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan.
Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran
bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi
persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi
pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai
tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan
kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan
penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu
menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit
Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan
autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang
diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik. elanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada
seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya
dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam
sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang
diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek
terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti
Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan
Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa
menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini
dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena
dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk
mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu
menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam
proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk
melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu
mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping
tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai
semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu
rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan
pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang
perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa
mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan
borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang
terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih
kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang
guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini
bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib
Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam
pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di
Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan
pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu
artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu
memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan
mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti
dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta
dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru
bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.

Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-
dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya
seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah
dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains
dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah
telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur
yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa
Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini
tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap
melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di
sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam
satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat
Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru
dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan
mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara
proses ‘soft landing’. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh
Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian
UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan
bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya
sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi
mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini,
tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti
dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun
ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran
program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid.
Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan
murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan
iaitu ‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru
makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun
pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang
perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran
kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa,
Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan
pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di
sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu
melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas
iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali
berselang minggu.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan


perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat
sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di
sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah
Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai
Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang
guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-
dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak
memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.
Sumber Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. KualaTanjung
Malim: Quantum Books.
Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?.
Routledge Taylor & Francis Group.
Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London UniversityPress.
Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang
Harmoni. http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25
Februari 2012)
Corak Pengurusa Bilik Darjah yang
Kondusif.http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html
Developing Classroom
Expectationshttp://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (akses
pada 13 Mac 2012
Sumber/kredit : http://hajikhaidir.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai