Anda di halaman 1dari 1

TOKOH KHALID AL WALID

Dilahirkan pada tanggal 5 JANUARI 2005 di HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


(HUKM), Anak sulung dari pasangan bahagia encik AHMAD FIRDAUS BIN R M AFFENDI dan
puan SITI NAFISAH BINTI MOHD TAWFIK ini merupakan pelajar yang tidak asing lagi dengan
keterlibatannya dalam bidang kokurikulum di sekolah.

Bermula dengan pencapaiannya sebagai TOKOH KOKURIKULUM 2017 di KAFA INTEGRASI AL


WAHIDAH, beliau terus bergiat aktif dengan menjadi wakil sekolah bagi pertandingan-
pertandingan peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan semasa berada di sekolah
agama menengah bestari ini.

Terkenal dengan sentuhan seninya, tokoh ini berjaya merangkul pelbagai kejayaan dalam
pertandingan Khat seterusnya membanggakan nama diri, keluarga dan sekolah seperti:

1) Naib Johan Fkiss Peringkat Kebangsaan Tahun 2021


2) Johan Khat Miismam Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 & 2022
3) Johan Khat Kdss Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 & 2019
4) Johan Khat Fkiss Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

Dan banyak lagi.

Seiring dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia, tokoh ini juga sama sekali tidak
menepikan bidang kurikulum ataupun bidang pelajarannya, dengan memperolehi Mumtaz
Sofi bagi keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) dan 10A 1B bagi keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang lalu. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang DIPLOMA SIJIL TINGGI
AGAMA MALAYSIA (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, beliau bercita-cita
menjadi graduan PHD DI LUAR NEGARA dan TOKOH AKADEMIK YANG MENGUASAI
PELBAGAI BIDANG ILMU.

Dengan kecemerlangan dan penglibatannya dalam bidang kokurikulum telah menarik


perhatian panel penilai untuk menobatkan dirinya sebagai penerima anugerah khas Khalid Al
Walid ataupun tokoh kokurikulum pada kali ini.

Diumumkan penerima anugerah khas Khalid Al Walid, AHMAD DANISH AMZAR BIN AHMAD
FIRDAUS

Anda mungkin juga menyukai