Anda di halaman 1dari 1

TOKOH NUSAIBAH BINTI KA’AB

Dilahirkan pada tanggal 10 Jun 2005 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, Anak sulung dari
pasangan bahagia encik Khairul Musnan Bin Khalid dan puan Zunita Binti Nasuha ini
merupakan pelajar yang tidak asing lagi dengan keterlibatannya dalam bidang kokurikulum
di sekolah.

Bermula dengan pencapaiannya sebagai Tokoh Ko-Akademik pada tahun 2017 di sekolah
rendah, beliau terus bergiat aktif dengan menjadi wakil sekolah bagi pertandingan-
pertandingan peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan semasa berada di sekolah
agama menengah bestari ini.

Terkenal dengan kebolehan dan bakatnya dalam bidang bahas, tokoh ini berjaya merangkul
pelbagai kejayaan dalam pelbagai pertandingan seterusnya membanggakan nama diri,
keluarga dan sekolah seperti:

1) Johan Bahas Bahasa Melayu KAMIL peringkat negeri


2) Johan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen anjuran KPM dan turut dinobatkan
sebagai pembahas terbaik di peringkat negeri

Manakala bagi peringkat kebangsaan pula;


Beliau adalah Finalis Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen anjuran KPM
2022. Beliau juga aktif dalam acara debat terbuka seperti debat malaya dan
merangkul top 2 pembahas terbaik keseluruhan bagi debat zeroes

Dan banyak lagi.

Seiring dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia, tokoh ini juga cemerlang dalam
bidang kurikulum ataupun bidang pelajarannya, dengan memperolehi Mumtaz Sofi 96.7%
bagi keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) dan 10A 1B bagi keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang lalu. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan
Mekanikal di Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau yang mengidolakan bapanya
encik Khairul atau dikenali dengan gelaran ‘Abang Roy’ ini bercita-cita menjadi seorang ahli
politik suatu hari nanti.

Dengan kecemerlangan dan penglibatannya dalam bidang kokurikulum telah menarik


perhatian panel penilai untuk menobatkan dirinya sebagai penerima anugerah khas
Nusaibah binti Ka’ab ataupun tokoh kokurikulum pada kali ini.

Diumumkan penerima anugerah khas Nusaibah binti Ka’ab, SITI RUZANA AFIQAH BINTI
KHAIRUL MUSNAN

Anda mungkin juga menyukai