Anda di halaman 1dari 2

TOKOH PELAJAR LELAKI

Dilahirkan pada tanggal 8 April 2002 di Hospital Teluk Intan, Perak. Anak bongsu daripada 5 orang
adik beradik ini adalah milik pasangan bahagia Tuan Haji Idris b Johari yang merupakan seorang
Penolong Kanan di SMK Felda Besout dan Puan Marina by Bujang yang merupakan guru di SMK
Chong Hua Bidor.

Pada waktu lapang, dia gemar bermain bola sepak. Sejak dari kecil lagi, dia telah menunjukkan
potensi yang cemerlang dalam bidang pelajaran serta menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua
bidang yang diceburinya. Dia seorang yang pendiam tetapi cepat mesra. Dia juga tidak suka
bertangguh dalam melakukan kerja. Justeru itu, di sepanjang di SK Sungkai ini, dia amat disenangi
oleh guru2, rakan2 dan sesiapa sahaja yang mendampinginya.

Semasa sessi pembelajaran di dalam kelas, dia sentiasa memberikan sepenuh perhatian terhadap
pengajaran guru dan tekun belajar semasa di rumah. Oleh hal yang demikian, dia sering mendapat
tempat terbaik setiap kali adanya penilaian dan peperiksaaan. Dia juga sering, mendapat markah
tertinggi dalam mata pelajaran. Dalam ujian Pentaksiran Lisan B. Melayu dan B.Inggeris pula, dia
mencapai semua A dalam aspek yang dinilai. Sepanjang tahun 2014 ini dia telah mencapai 5A dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Terkini, dia juga memperoleh
keputusan 5A dalam Ujian Percubaan UPSR yang telah dijalankan. Harapan kita agar tokoh murid ini
akan memperoleh gred yang sama apabila keputusan UPSR diumumkan nanti.

Dari segi kepimpinan pula, dia sememangnya dilahirkan dengan bakat kepimpinan yang tinggi. Oleh
hal yang demikian, dia sering diberi kepercayaan oleh guru2 untuk mnenyandang beberapa jawatan
penting di sekolah. Antaranya Penolong Pengawas Sekolah Lelaki. Manakala dalam bidang
kokurikulum dia menyandang jawatan Naib Pengerusi unit beruniform pengakap, Pengerusi
Persatuan Agama dan ahli Permainan Bola Sepak sekolah. Dia juga merupakan penerima Anugerah
Rambu Pengakap Kanak-kanak dan mewakili sekolah dalam pertandingan Bowling Tenpin.

Dengan berlandaskan falsafah hidup, “sentiasa mengamalkan kesederhanaan”, beliau ingin menjadi
seorang ‘Jurutera’ yang berjaya seterusnya membalas jasa ke2 ibu bapa apabila dewasa nanti.
Sesungguhnya kecemerlangan dan penglibatannya dalam bidang akademik telah menarik perhatian
panel penilai untuk menobatkan dirinya sebagai tokoh murid kategori lelaki pada tahun 2014 ini.
Pelajar yang dimaksudkan ialah Muhammad Yusof b Idris.
TOKOH MURID PEREMPUAN

Tokoh ini merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Sepanjang berada di
SK Sungkai ini, dia merupakan murid yang disenangi oleh guru2 dan rakan2 kerana perwatakannya
yang sederhana dan berhemah telah menambat hati guru untuk mendidiknya. Penerima anugerah
ini juga bersikap pendiam tetapi mudah memberi kerjasama apabila diminta, kreatif serta suka
mencipta sesuatu yang baharu. Dia seorang yang amat teliti dan sentiasa menurut kata kedua ibu
bapa.

Kecerdasan dan ketekunannya dalam bidang pelajaran, selalu membuahkan hasil apabila dia
sentiasa mendapat tempat terbaik dan sering mendapat markah tertinggi dalam beberapa mata
pelajaran penting. Dalam ujian Pentaksiran Lisan B. Melayu dan B.Inggeris pula, dia mencapai semua
A dalam aspek yang dinilai. Terkini, dia memperoleh keputusan 4A 1B dalam Ujian Percubaan UPSR
dan 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun serta terkini 5A juga ketika Peperiksaan Akhir Tahun.
Harapan kita agar tokoh murid ini akan mengekalkan kecemerlangan yang sama apabila keputusan
UPSR diumumkan nanti.

Dari segi kepimpinan pula, dia merupakan seorang pelajar yang menonjol. Oleh hal yang demikian,
dia sering diyakini oleh guru dan rakan2 untuk menyandang jawatan Ketua Pengawas Perempuan di
sekolah. Selain itu, dia juga menyandang beberapa jawatan penting antaranya ialah, Naib Pengerusi
Persatuan Bahasa Inggeris, Naib Pengerusi Unit Beruniform Pengakap dan Setiausaha Kelab
Badminton.

Sebagai anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik , dia ingin menjadi yang terbaik dan menandingi
kecemerlangan adik beradik yang lain. Berlandaskan kepada falsafah hidup, “Hidup perlu ada
wawasan”, dia bercita2 untuk menjadi Doktor Pakar bersesuaian dengan minatnya yang suka akan
bidang perubatan. Harapannya pada masa akan datang adalah ingin mencapai cita2 yang diimpikan
seterusnya dapat berbakti kepada ibu bapa. Anak kepada pasangan En Hamdan n Nasir seorang
Ketua Kerani di SMK Trolak dan Puan Noraini bt Shaary yang merupakan seorang guru di SK Sungkai
telah dilahirkan pada 19 Jun 2002 di Hospital Tapah. Berdasarkan kriteria2 kecemerlangan yang telah
diperincikan di atas, maka dengan ini diumumkan penerima anugerah tokoh murid kategori
Perempuan SK Sungkai 2014 di sandang oleh Anees Fariza bt Hamdan.

Anda mungkin juga menyukai