Anda di halaman 1dari 7

LATAR BELAKANG TARIAN NGAJAT IBAN

• PENGENALAN TARIAN IBAN

Iban ialah masyarakat peribumi yang terbesar disarawak .Mereka tinggal di merata-rata

daerah di negeri Sarawak . Tarian tradisi masyarakat peribumi Sarwak mempunyai perbezaan

dari segi persembahan,gaya dan makna sama seperti cara hidup masyarakat itu sendiri.

Contohnya,Tarian darpada masyarakat iban yang terletak di Sri aman , Sarawak iaitu Ngajat

Iban .Tarian tersebut merupakan tarian popular dan banyak memainkan peranan dalam

kesinambungan budaya tradisi masyarakat iban.

Ngajat ialah satu tradisi lisan yang diwarisi secara turun-temurun dan merupakan seni

persembahan yang penting buat masyarakat iban. Ngajat bukan skadar tarian yang

dipersembahankan semata-mata bagi masyarakat iban tetapi mengekspirasi budaya dari nilai

masyarakat sendiri

• TERMINOLOGI NGAJAT IBAN

Orang iban turut menggunakan daya kreativiti mereka dalam melakukan inovasi terhadap

repertoire Ngajat.Pembantukan repotoir Ngajt telah mengambil unsur alam kerana rumah

kediaman mereka iaitu rumah Panjang dikelilingi oleh alam semula jadi kaya dengan

flora dan fauna .

Satu daripada unsur yang sering digunkan ialah imitasi daripada pergerakan haiwan di

sekeliling mereka seperti burung Semalau,Kenyalang Terbang dan tiung Terbang .

Penciptaan nama ragam tari yang diberikan biasanya berdasarkan unusr alam . Pergerakan

dalam Ngajat ini muncul daripada budaya sekeliling masyarakat iban yang melambangkan
sesuatu makna yang dikenali oleh mereka .Pergerakan dalam Ajat indu (Wanita) biasanya

meniru aksi haiwan yang dikenali sebagai seperti bejalai ,Pusing tinggi ,Niti batang dan

sebagainya .Ajat Lelaki pula ditarikan secara solo oleh penari lelaki yang membawa parang

dan terabai (perisai) sebagai lambang seseorang pahlawan iban dengan pergerakan seperti

pusing buruh ,Titi tiung dan merejok .

 NAMA RAGAM TARIAN NGAJAT IBAN

1. Berjalai

2. Bunga Ajat

3. Niti Batang/Titi papan

4. Indu Meri Tabi;Hormat

5. Burung Kenyalang

6. Pusing Tinggi

7. Indu Ngauk AI Mandi Duduk

8. Burung semalau

9. Pusin Buruh

10. Merejok

11. Titi tiung


 BUSANA TARIAN NGAJAT

- Dalam persembahan Ngaja ,penari akan mengenekan busana iban yang lengkap

.Busana ini khas untuk upcara tertentu dan tidak dipakai dalam kehidupan seharian

mereka . Busana indu (Wanita) digelar sebagai pakaian Ngepan indu iban yang

bermaksud busana wanita iban yang lengkap . Busana lelaki pula tidak mempunyai

terlalu banyak hiasan seperti Wanita. Kadangkala, penari lelaki mempersembahkan

- Tarian dengan tidak mengenakan baju kerana ingin memperlihatkan tubuh badan

mereka yang penuh dihisi tatu.Terdapat juga penari penari memakai baju yang

diperbuat daripada kulit haiwan seperti kambing harimau bintang atau beruang

Busana tarian Wanita

 SUGU TINGGI - LAMPIT PIRAK - TATIN KAIN

 ANTING-ANTING - NYAWIR/SEMENTINGRINGGIT

 TANGU’ -BUAH PAUH - KERUNCHUNG

 SELAMPAI - KAIN KARAP KAKI


BUSAN TARIAN LELAKI

 KETAPU

 TALI HUJAN

 TUMPAN’LENGAN

 BAJU BARUNG

 LAMPIT PIRAK

 SIFAT

 TUMPA’BETIS

 KERUNCHUNG KAKI

 Fungsi tarian Ngajat iban

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-

orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian

tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.


Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari

akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah

bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan

untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil

membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan

pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan

menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

 ALAT MUZIK TARIAN NGAJAT IBAN

Muzik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti gong besar (tawak) dan gong

sederhana (bebendai), gendang atau dedumbak dan satu set gong kecil engkurumong.

Sapeh adalah alat muzik bertali seperti gitar.

(tawak)
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah

bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu

bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat

muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

BEBENDAI

Bebendai ialah gong kecil yang tergantung.berbentuk bulat dan membukit di tengah.

SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk

hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini

kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada

merah atau hitam.


ENGKROMONG

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah

permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang

panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.

Anda mungkin juga menyukai