Anda di halaman 1dari 16

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN MAJLIS AKAD NIKAH DENGAN KEHADIRAN


FIZIKAL PIHAK-PIHAK DI NEGERI SELANGOR
____________________________________________

1. PENDAHULUAN

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada Pendaftar atau


Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) untuk melaksanakan majlis akad
nikah dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Negeri Selangor.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan


Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 sehingga 31
Ogos 2020. Pelaksanaan PKPP ini telah memberi ruang kepada
hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan,
ekonomi dan sebagainya untuk beroperasi secara berperingkat
dengan pematuhan kepada SOP.

2.2 Walaupun sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial


telah mula dibenarkan, masih terdapat beberapa aktiviti yang
melibatkan perhimpunan ramai serta terdedah kepada risiko
jangkitan wabak COVID-19 tidak dibenarkan.

1
2.3 Memandangkan PKPP ini memberi lebih kelonggaran, maka satu
kaedah pelaksanaan majlis akad nikah tanpa memerlukan
Kebenaran Khas Pengarah JAIS perlu disediakan bagi
memastikan pelaksanaannya selaras dengan pengumuman oleh
kerajaan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

2.4 Pada 5 Jun 2020 telah diadakan mesyuarat khas bersama Majlis
Keselamatan Negara Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia dan
Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membincangkan beberapa
perkara melibatkan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh JAIS.
Beberapa SOP telah dibincangkan dan semua pihak telah
bersetuju dengan SOP yang dicadangkan.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan panduan yang komprehensif kepada Pendaftar atau


PPP yang terlibat dalam majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal
pihak-pihak.

3.2 Menyesuaikan peraturan dan norma baharu kehidupan dalam


pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal pihak-
pihak berteraskan maqasid syariah dan kaedah fiqh.

3.3 Menyesuaikan keperluan melaksanakan majlis akad nikah dengan


kehadiran fizikal pihak-pihak di kawasan yang dikategorikan
sebagai zon hijau di Negeri Selangor.

2
4. PANDUAN PELAKSAAN DAN TINDAKAN

4.1 PRINSIP TERAS KAWALAN

Suatu prinsip yang perlu diketahui oleh PPP dan orang awam
mengenai kesedaran individu, punca risiko serta langkah
pencegahan dan kawalan yang perlu dititik beratkan dalam
membendung penularan wabak COVID-19.

4.1.1 Status kategori zon hijau

Kedudukan kariah dalam status ZON HIJAU berdasarkan


merit penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
akan dijadikan asas pertimbangan utama untuk memberi
kebenaran kepada pasangan melaksanakan majlis akad
nikah dengan kehadiran fizikal pihak-pihak. Majlis tersebut
tidak boleh dilaksanakan di kawasan atau lokaliti yang
diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD).

4.1.2 Lokasi akad nikah

Majlis akad nikah hendaklah diadakan di masjid atau mana-


mana bangunan atau mana-mana bahagian dalam
bangunan yang ditentukan oleh Pendaftar Kanan.

4.1.3 Tindakan nyahkuman (sanitasi)

Pihak-pihak yang bertanggungjawab kepada mana-mana


bangunan atau mana-mana bahagian dalam bangunan
hendaklah melaksanakan proses nyahkuman seperti yang
3
ditetapkan oleh KKM jika terdapat kes positif COVID-19
pada majlis akad nikah yang telah dijalankan dengan
nasihat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD).

4.1.4 Tanggungjawab mereka yang terlibat dalam majlis

a) Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan


(PPP) & 2 orang saksi

i. Pendaftar atau PPP dan 2 orang saksi hendaklah


berada dalam keadaan sihat, tidak bergejala seperti
demam, batuk, selesema, sakit tekak dan penyakit
kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

ii. Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap mana-mana


bangunan atau mana-mana bahagian dalam bangunan
hendaklah memberikan kerjasama membuka laluan bagi
bangunan atau boleh digunakan untuk majlis akad nikah
dengan kehadiran fizikal pihak-pihak.

iii. Saksi boleh ditentukan awal oleh Pendaftar atau PPP

atau semasa majlis akad.

iv. Hadir ke masjid 10 minit sebelum waktu majlis


berlangsung.

v. Pendaftar atau PPP hanya dibenarkan melaksanakan

akad nikah untuk 5 pasangan sahaja sehari mulai jam


9.00 pagi hingga 4 petang.

4
vi. Memastikan pihak-pihak mempunyai sejarah suhu
37.4°C.

vii. Memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dan

menggunakan hand sanitizer sebelum atau selepas


majlis akad nikah.

b) Pihak-pihak (pengantin lelaki, perempuan & wali)

i. Pendaftar atau PPP hendaklah memastikan kehadiran


pihak-pihak tidak melebihi 5 orang atau sekurang-
kurangnya 3 orang dalam majlis akad nikah iaitu
pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

ii. Pihak-pihak tersebut hendaklah berada dalam keadaan


sihat, tidak bergejala seperti demam, batuk, selesema,
sakit tekak dan penyakit kronik seperti darah tinggi,
kencing manis dan jantung.

iii. Hadir ke masjid 10 minit lebih awal mengikut waktu yang


telah ditetapkan dan tunggu sehingga giliran dipanggil.

iv. Memakai penutup hidung dan mulut (face mask).

4.2 KAWALAN LOKAL DAN DOMESTIK

Pendaftar atau PPP dan pihak-pihak yang terlibat dalam


mengimplementasi garis panduan ini juga perlu memerhatikan
aspek persekitaran, fizikal dan prasarana yang terdapat dalam
bangunan atau mana-mana bahagian dalam bangunan.
5
Oleh yang demikian, langkah-langkah berikut hendaklah diambil
perhatian berkaitan pelan dan tempat pelaksanaan majlis akad
nikah :

4.2.1 Penetapan akses keluar masuk ke bangunan atau mana-


mana bahagian dalam bangunan

i. Pemilik bangunan atau mana-mana bahagian dalam


bangunan hendaklah menetapkan hanya satu laluan
keluar masuk sahaja untuk majlis akad nikah.

ii. Hanya pihak-pihak yang telah mempunyai jadual janji

temu sahaja dibenarkan berada dalam bangunan atau


mana-mana bahagian dalam bangunan mengikut waktu
yang telah ditetapkan.

4.2.2 Meminimumkan penggunaan prasarana bangunan atau


mana-mana bahagian dalam bangunan

i. Pihak-pihak yang hadir hendaklah mengelak atau


meminimumkan penggunaan kemudahan dalam
bangunan atau mana-mana bahagian dalam bangunan
terutama tandas bagi keperluan dharuri yang tidak dapat
dielakkan.

ii. Pemilik bangunan atau mana-mana bahagian dalam

bangunan hendaklah menetapkan penggunaan tandas


pada tahap minimum / terhad berdasarkan keperluan
pihak-pihak yang hadir dan wajar menutup tandas yang
lain.
6
4.2.3 Pelan dan tempat pelaksanaan majlis akad nikah

i. Majlis akad nikah hendaklah dilaksanakan di mana-mana


ruang atau bahagian tertentu yang ditetapkan oleh
Pendaftar atau PPP (Jika pemilik bangunan adalah pihak
lain, perbincangan hendaklah diadakan bagi
mendapatkan persetujuan tempat atau bahagian untuk
melaksanakan akad nikah).

ii. Kedudukan pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali

dan dua orang saksi dalam jarak sosial 1 atau 2 meter


antara satu sama lain seperti Lampiran A.

4.3 PELAKSANAAN KAWALAN

Pendaftar atau PPP dan pihak-pihak yang hadir mempunyai fungsi


dan tanggungjawab utama dalam mengawal pelaksanaan majlis
akad nikah dalam tempoh PKPP yang melibatkan persediaan
berikut :-

4.3.1 Tindakan kawalan sebelum majlis

i. Memaklumkan kepada pihak-pihak bahawa kehadiran


tidak melebihi 5 orang atau sekurang-kurangnya 3 orang
iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

ii. Memaklumkan kepada pihak-pihak untuk membawa pen

sendiri bagi urusan menandatangani dokumen.

iii. Memperingatkan pihak-pihak agar tidak berswafoto


(selfie) atau mengambil gambar sepanjang majlis.

7
4.3.2 Tindakan kawalan semasa majlis

i. Pendaftar atau PPP hanya membenarkan pengantin


lelaki, pengantin perempuan dan wali sahaja masuk ke
masjid mengikut jadual janji temu yang telah ditetapkan.
Jadual janji temu seperti di Lampiran B.

ii. Meletakkan tangan kanan di dada kiri serta menunduk

sedikit badan sebagai isyarat bersalaman antara pihak-


pihak yang hadir.

iii. Merekod daftar kehadiran pihak-pihak seperti format di

Lampiran C.

iv. Majlis akad nikah hendaklah dilaksanakan dalam tempoh

tidak melebihi 20 minit termasuk khutbah ringkas


seperti di Lampiran D.

v. Wali digalakkan untuk melaksanakan ijab di hadapan

Pendaftar atau PPP.

vi. Lafaz ijab ringkas yang disarankan adalah:

“Aku nikahkan dikau dengan anakku ______Binti _____”.

vii. Lafaz qabul ringkas pengantin lelaki yang disarankan

adalah:
“Aku terima nikah seperti yang tersebut”.

viii. Tidak dibenarkan berjabat tangan ketika


melaksanakan ijab dan qabul serta sesama pihak yang
hadir selepas majlis.

8
ix. Tidak dibenarkan sebarang bentuk jamuan sebelum

atau selepas majlis dilaksanakan.

x. Pihak-pihak yang hadir hendaklah segera


meninggalkan majlis dalam keadaan tenang dengan
terus mengekalkan penjarakan sosial.

4.3.3 Tindakan kawalan selepas majlis

i. Pendaftar atau PPP hendaklah menyimpan dengan


selamat maklumat kehadiran pihak-pihak untuk rujukan
jika diperlukan.

ii. Pendaftar atau PPP hendaklah mengenal pasti rekod

pihak-pihak yang hadir dan meminta mereka membuat


saringan di klinik / hospital jika mempunyai gejala
COVID -19.

iii. Memberi kerjasama kepada mana-mana agensi


kerajaan dalam melaksanakan peranan dan
tanggungjawab mereka mengesan dan memberi
maklumat yang berkaitan jika berlaku penularan dalam
majlis akad nikah.

5 PENANGGUHAN PELAKSANAAN MAJLIS AKAD NIKAH

5.1 Pengarah JAIS setelah menerima penjelasan daripada Pegawai


Tadbir Agama Daerah boleh mengarahkan agar pelaksanaan
mana-mana majlis akad nikah di mana-mana lokasi ditangguhkan
atau dibatalkan.
9
5.2 Penangguhan majlis akad nikah juga boleh dibuat setelah
menerima pandangan daripada pihak berkuasa lain seperti
Kementerian Kesihatan Malaysian, Pusat Kesihatan Daerah dan
Majlis Kesalamatan Negara berikutan jangkitan wabak COVID-19
di kawasan berhampiran.

6 PEMATUHAN

6.1 Pendaftar atau PPP dan pihak-pihak yang telah mendapat


kebenaran berkahwin untuk melaksanakan majlis akad nikah dalam
tempoh PKPP adalah tertakluk kepada garis panduan ini dan
pelaksanaannya perlu dikuat kuasakan dengan tegas.

6.2 Kegagalan mematuhi mana-mana peringkat kawalan yang


terkandung dalam garis panduan ini boleh menyebabkan
kebenaran melaksanakan majlis akad nikah ditarik balik.

7 PEMAKAIAN

Garis panduan ini terpakai kepada semua jenis permohonan melibatkan


permohonan terdahulu yang tertangguh, sedia ada dan permohonan
semasa.

8 TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuat kuasa pada 22 Jun 2020 sehingga ada
pemberitahuan semula tentang perkara ini.

10
9 PENUTUP

Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk mengamalkan


kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang
ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan wabak COVID-19 kekal
terkawal. Diharapkan garis panduan ini dapat membantu pegawai dalam
melaksanakan majlis akad nikah dalam tempoh PKPP.

Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh : 16 Jun 2020

11
LAMPIRAN A

KEDUDUKAN PIHAK-PIHAK SEMASA MAJLIS AKAD NIKAH DI MASJID

Lokasi : Ruang legar / beranda hadapan masjid.

PENGANTIN
SAKSI PEREMPUAN
1

1 METER

PENGANTIN
1 METER PPP / WALI
LELAKI

1 METER

PPP / WALI
SAKSI
2

12
LAMPIRAN B

Jadual Janji Temu Majlis Akad Nikah

Nama Penolong
Pendaftar Perkahwinan : ……………………………………………………..

Tarikh : ……………………………………………………..

BIL WAKTU MAKLUMAT PASANGAN


Nama Pengantin lelaki :
1 9.00 PAGI
Nama Pengantin Perempuan :
Nama Wali :
Nama Saksi 1 :
Nama Saksi 2 :

Nama Pengantin lelaki :


2 10.00 PAGI
Nama Pengantin Perempuan :
Nama Wali :
Nama Saksi 1 :
Nama Saksi 2 :

Nama Pengantin lelaki :


3 11.00 PAGI
Nama Pengantin Perempuan :
Nama Wali :
Nama Saksi 1 :
Nama Saksi 2 :

Nama Pengantin lelaki :


3 2.00 PETANG
Nama Pengantin Perempuan :
Nama Wali :
Nama Saksi 1 :
Nama Saksi 2 :

Nama Pengantin lelaki :


3 3.00 PETANG
Nama Pengantin Perempuan :
Nama Wali :
Nama Saksi 1 :
Nama Saksi 2 :

13
LAMPIRAN C

DAFTAR KEHADIRAN MAJLIS AKAD NIKAH DALAM TEMPOH PKPP

Tarikh : ______________________________________________

Lokasi Majlis : ______________________________________________

Nama PPP : ______________________________________________

Bil Nama No. Telefon Umur Masa

14
LAMPIRAN D

TEKS KHUTBAH NIKAH

Alhamdulillah marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat
hadir meraikan majlis akad nikah antara saudara kita ………………………….. dan
pasangannya …………………………………………

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Allah SWT telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu cara untuk


meramaikan umat manusia, yang bersih dan terpelihara keturunannya dan
perkahwinan juga merupakan satu sunnah yang digalakkan dalam Islam serta dapat
mengelakkan dari jenayah zina. Perkahwinan juga merupakan peringatan tentang
tanggungjawab dan hak-hak yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Allah SWT telah menjadikan perkahwinan sebagai satu jalan untuk


pasangan suami isteri mewujudkan kasih sayang dan cinta mencintai sesama
mereka. Dengan ikatan perkahwinan, setiap pasangan mempunyai tanggungjawab
antara satu sama lain, sama ada dari sudut kebendaan, kejiwaan dan kekeluargaan.

Suami isteri hendaklah memelihara kerukunan rumah tangga dan menjaga


ikatan perkahwinan agar ia berkekalan dengan mengelakkan daripada melakukan
perkara-perkara yang merosakkan hubungan suami isteri.

Antara tanggungjawab suami adalah seperti berikut :


1. Menyediakan nafkah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal
mengikut kemampuannya.
2. Memberikan didikan agama, mewajibkan dan mengizinkan isterinya
memperolehi ilmu-ilmu tersebut dari orang lain sekiranya dia tidak mampu.
3. Memberikan peluang kepada isteri untuk memperolehi ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan keperluan rumah tangga .
4. Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan keluarga isteri
dengan cara yang saksama.
5. Tidak menyakiti isteri dari segi mental dan fizikal.
6. Menjaga maruah diri dan isteri.

15
Manakala tanggungjawab isteri pula ialah :
1. Mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan syarak.
2. Berusaha mempertingkat keterampilan diri dari sudut fizikal dan ilmu
pengetahuan.
3. Menghormati kedua ibu bapa mentua dan semua ahli keluarga pihak
suami dan sesiapa yang disukai suami.
4. Menjaga maruah diri dan suami.
5. Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna dan pandai menyesuaikan
diri dalam masyarakat.
6. Tidak menyakiti hati suami.

Kesemua tanggungjawab yang disebut tadi hendaklah dilaksanakan oleh


suami dan isteri. Ia adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Suami dan isteri hendaklah bersabar dalam melaksanakan perintah Allah, bersabar
dalam meninggalkan perkara yang dilarang dan bersabar melalui dugaan
kehidupan berumahtangga. Yakinlah bahawa segala kebaikan yang dilaksanakan
akan diganjari oleh Yang Masa Esa dan suami isteri hendaklah yakin kepada qadha
dan qadar yang telah ditetapkan.

Dan akhirnya marilah kita bersama-sama memastikan bahawa diri dan


keluarga kita terpelihara daripada seksa neraka. Allah mengingatkan kita di dalam
surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya ; manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat–malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang di perintahkan-Nya kepada
mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan “.

16

Anda mungkin juga menyukai