Tema 4: Tenaga Dan Kelestarian Hidup: Soalan Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi 8
Tema 4: Tenaga Dan Kelestarian Hidup: Soalan Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi 8
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang penggunaan cermin, cahaya dan
warna serta peranannya dalam kehidupan di samping sumbangan teknologi optik dalam
usaha meningkatkan keupayaan deria manusia.
STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran
TE
Contoh
A. Nyata.
B. Tersongsang sisi.
C. Lebih kecil.
D. Lebih Besar.
Jawapan : B
2. Namakan semua juzuk warna dalam spektrum cahaya mengikut turutan yang betul
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
3. Muaz meletakkan pensel di dalam gelas, apabila dia perhatikan dari sisi gelas dia
mendapati pensel tersebut seolah-olah dibengkokkan seperti dalam rajah di bawah.
------------------------------------------------------------------------------------
A) _______________________
B) _______________________
C) _______________________
Jawapan:
Merah
Hijau
Biru
EST
ARIA
2
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran
Contoh soalan
Pelangi terhasil apabila cahaya dari matahari menyinari titisan air hujan dan anda hanya boleh
melihat pelangi bila anda membelakangi matahari.
Apabila cahaya daripada matahari melalui titisan air hujan, cahaya ini akan dibiaskan
dan menghasilkan pelbagai warna pelangi.
a). Lengkapkan rajah yang berikut untuk menunjukkan bagaimana cahaya bergerak melalui
titisan air hujan:
3
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
jawapan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan
Bayangkan sudut yang dihasilkan oleh sinar matahari, titisan air hujan dan mata anda. Bila
kedudukan sudut tersebut adalah betul, anda akan perhatikan sedikit sinar cahaya yang telah
dibiaskan oleh titisan air hujan tersebut. Setiap titisan air hujan yang membentuk sudut yang
sama di antara Matahari dengan mata anda akan membiaskan sedikit cahaya warna yang boleh
anda lihat. Oleh itu, titisan air hujan tersebut menghasilkan satu bulatan relative kepada mata
anda dan cahaya matahari yang dibiaskan juga menghasilkan satu bulatan di sekeliling bayang-
bayang kepala anda.
Jika anda berada di dalam kapal terbang, anda akan dapat perhatikan keseluruhan bulatan
yang dihasilkan oleh satu pelangi. Tetapi jika anda berada di bumi, anda hanya akan dapat
perhatikan bahagian atas pelangi kerana bumi melindungi bahagian bawah bulatan pelangi
daripada penglihatan anda. Sebanyak mana kawasan pelangi yang boleh anda lihat bergantung
pada kedudukan matahari di langit. Jika matahari berada tinggi di langit, bumi akan melindungi
sebahagian besar bulatan pelangi dan hanya bahagian atasnya sahaja yang akan kelihatan.
Manakala, pada waktu matahari terbit dan terbenam, anda akan melihat sehingga separuh
daripada bulatan pelangi tersebut.
4
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran
Contoh soalan
1. Aisyah bermain di tepi sebuah kolam dan dia terlihat suatu objek. Pada mulanya dia
melihat dasar kolam itu cetek. Tetapi apabila dia turun dalam kolam untuk mengambil
objek tersebut, dia mendapati dasar kolam lebih dalam daripada yang disangkakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan: Kejadian ini disebabkan oleh pembiasan cahaya pada permukaan air.
Aisyah melihat kolam lebih cetek pada awalnya kerana imej objek yang dilihat adalah
imej maya pada kedudukan dipanggil dalam ketara.
5
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
2. Langit kelihatan biru pada waktu tengah hari. Jelaskan bagaimana fenomena tersebut
berlaku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan
Pada waktu tengah hari, cahaya matahari melalui lapisan atmosfera yang nipis
sebelum sampai ke bumi. Penyerakan cahaya biru dan ungu oleh habuk, debu, wap
air dan molekul gas dalam atmosfera menyebabkan langit kelihatan biru.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan
Pada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera yang lebih tebal
sebelum sampai ke bumi. Sepanjang lintasan cahaya dalam atmosfera, cahaya yang paling
kurang diserakkan seperti cahaya merah dan jingga akan melalui atmosfera mengikut
lintasan yang sama tanpa gangguan. Cahaya berwarna lain yang banyak diserakkan akan
hilang dari lintasan cahaya asal. Oleh itu Matahari kelihatan merah dan langit kelihatan
jingga kemerahan.
6
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran
HIDUP
Contoh soalan
1. Sila baca maklumat yang berikut dengan teliti dan jawab soalan berikutnya.
Kadangkala warna yang dapat dilihat oleh mata kita boleh mengelirukan. Satu objek berwarna akan
memantulkan sesetengah gelombang cahaya dan menyerap yang lainnya. Contohnya, objek yang berwarna
merah akan memantulkan cahaya merah dan akan menyerap warna lain.
Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:
Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatan
berdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya pada
malam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan.
Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebut
sebagai “semua hitam”.
7
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
a. Seorang lelaki memakai baju biru dan seluar bewarna merah. Mungkinkah lelaki ini
pencurinya,lyang pakaiannya kelihatan hitam dalam cahaya kuning lampu jalan?
Terangkan jawapan anda.
Jawapan
Tidak. Baju berwarna biru tidak memantulkan cahaya kuning, maka, lelaki tersebut akan
kelihatan seperti memakai baju berwarna hitam. Tetapi, oleh sebab cahaya kuning adalah
campuran cahaya merah dan hijau, seluarnya akan memantulkan warna merah sahaja. Oleh itu,
lelaki ini akan kelihatan seolah-olah memakai seluar merah, maka, dia BUKAN pencuri itu.
b. Tiada seorang saksi pun menyebut tentang kereta yang digunakan untuk melarikan diri.
Mungkinkah terdapat kereta berkenaan di kawasan tersebut tetapi sukar dilihat?
Terangkan jawapan anda
Jawapan
Ya. Untuk kelihatan dalam cahaya kuning, kereta itu mesti memantulkan cahaya hijau, merah
atau kuning. Jika tidak, kereta itu tidak akan kelihatan. Oleh itu, kereta berwarna biru atau
hitam akan tersembunyi.
8
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran
HIDUP
Contoh soalan
1. Sila baca maklumat yang berikut dengan teliti dan jawab soalan berikutnya.
Kadangkala warna yang dapat dilihat oleh mata kita boleh mengelirukan. Satu objek berwarna akan
memantulkan sesetengah gelombang cahaya dan menyerap yang lainnya. Contohnya, objek yang berwarna
merah akan memantulkan cahaya merah dan akan menyerap warna lain.
Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:
Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatan
berdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya pada
malam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan.
Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebut
sebagai “semua hitam”.
c. Mungkinkah masalah yang sama timbul jika lampu jalan bercahaya putih? Terangkan jawapan
anda.
9
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
Jawapan
Tidak. Dalam cahaya putih, semua warna akan kelihatan lebih tepat. Tetapi kon penerima
cahaya di dalam mata kita tidak berfungsi dengan baik dalam cahaya yang malap. Oleh itu, jika
lampu itu malap, kita mungkin tidak dapat melihat warna dengan jelas.
STANDARD PRESTASI
10
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
HIDUP
Contoh soalan
11
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
Kepada penyelidik,
Terdapat beberapa perkara yang ingin kami capai dan kami berharap anda dapat
membantu dalam usaha ini.
1. Kami hendak menukar warna latar belakang skrin sambil kekal menggunakan skrin yang
sama sepanjang suatu persembahan.
Bagaimanakah dapat kami melakukannya? Kami hanya mempunyai tiga lampu sorot, merah,
biru dan hijau. Tetapi, kami perlu menukar latar belakang itu dari putih kepada pelbagai warna
lain pada waktu-waktu yang berlainan. Bolehkah anda membantu menasihati kami bagaimana
untuk melakukannya?
2. Adakah sebarang cara untuk kami menghasilkan warna kuning dengan pelbagai rona bagi
menandakan masa yang berlainan dalam sehari semasa suatu persembahan?
Tok Dalang
12
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8
a. Bagaimanakah warna latar belakang skrin dapat ditukarkan tanpa menukar skrin tersebut?
b. Bagaimanakah pelbagai rona warna untuk warna yang sama dapat dihasilkan?
c. Apakah warna pakaian yang patut dipakai oleh dalang di sepanjang persembahan.
Untuk setiap bahagian dalam ringkasan demonstrasi anda, tuliskan satu hipotesis.
3. Apakah faktor yang perlu dikawal semasa demonstrasi anda? Apakah pemboleh ubah yang
hendak anda uji?
Anda mungkin dapat menjalankan beberapa pengujian: anda boleh membina satu model teater
bayang-bayang dengan menggunakan skrin lut cahaya dan menghasilkan pementasan boneka
anda sendiri.
5. Tulis laporan anda. Laporan ini perlu merangkumi latar belakang sains yang telah anda
gunakan dan hasil eksperimen anda.
13