Anda di halaman 1dari 16

RAGAM AYAT

AYAT AKTIF (AA)


AYAT PASIF (AP)

Definisi Definisi

Pembahagiannya Pembahagiannya

AP dengan imbuhan KK pasif


AA Transitif
AP dengan KGND I dan I1

AA Tak Transitif
AP dengan perkataan
‘kena’yang hadir sebelum KK
RAGAM AYAT

Ayat Aktif Ayat Pasif


AYAT AKTIF

Definisi – Ayat yang mengandungi kata kerja


yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh: - Adik menendang bola.


- Emak membancuh kopi.
- Zaini menjahit pakaian.
1. Ayat Aktif Transitif

- Ayat yang mengandungi kata kerja transitif (KKT),


diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen
sebagai objek atau unsur penyambut.
Contoh 1:

Predikat
Subjek
K K Transitif Objek

1. Pengetua memanggil saya.

2. Banjir melanda kampung kami.

3. Pendatang tanpa izin mengancam keselamatan negara.


Contoh 2:

Subjek Predikat

KK Aktif Objek Objek Sipi


Transitif Tepat
1. Kakak membelikan adik sebuah basikal.

2. Abang menghadiahi ibu sehelai selendang.

3. Sultan Johor menganugerahi pahlawan bintang kehormatan


itu
Contoh 3:

Subjek Predikat

Kata Kerja Objek Frasa Sendi


Nama
1. Kakak membeli sebuah untuk adik.
basikal
2. Abang menghadiahkan sehelai untuk ibu.
selendang
3. Sultan Johor menganugerahkan bintang kepada
kehormatan pahlawan itu.
2. Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu tidak diikuti
oleh objek sebagai penyambutnya.
Contoh: - Dia mengelamun sepanjang hari.
- Pelatih-pelatih maktab itu sedang berlatih.
Ada dua jenis ayat aktif tak transitif:
(i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh
digugurkan.
Ayat jenis ini mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh
mengandungi frasa keterangan secara pilihan.
Contoh: (a) Suara azan sedang mengalun di angkasa raya.
(b) Suara azan sedang mengalun.
(ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak
boleh digugurkan.
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh
unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Unsur pelengkap berfungsi sebagai frasa keterangan.

Contoh:
(a) Para peniaga itu ingin menjadi kaya.
(b) Para peniaga itu ingin menjadi.
AYAT PASIF
Definisi:
Ayat pasif terbentuk asalnya daripada ayat
aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai judul.
Contoh:
- Bola ditendang oleh adik.
- Kopi dibancuh oleh emak.
- Pakaian dijahit oleh Zaini.
Ayat Pasif boleh dibahagikan kepada
tiga, iaitu:
i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
ii. Ayat Pasif dengan Kata Ganti Diri Orang
Pertama dan Kedua
iii. Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif ‘kena’
(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi
imbuhan kata kerja pasif di- dan ter

Contoh:
Subjek K Kerja Oleh + Frasa Keterangan
Pasif Nama

1. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian


bawahnya
2. Sampah sarap dibakar oleh ayah semalam
Sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada
kata kerja , maka oleh tidak boleh digugurkan.
Contoh:
(a) Sampah sarap dibakar semalam oleh ayah
(b) Sampah sarap dibakar semalam ayah.
Demikian juga, ayat pasif dengan kata pasif ter- kata
sendi oleh tidak boleh digugurkan.
Contoh:
(a) Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian
bawahnya.
(b) Tembok itu terlanggar lori pada bahagian bawahnya
Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata
kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke…..an.
Dalam ayat-ayat berbentuk begini bahagian
oleh + FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh:

Subjek Predikat
1. Baju itu berjahit dengan benang sutera.

2. Mereka kehujanan sepanjang hari.


(ii) Ayat Pasif dengan Kata Ganti Diri Orang Pertama dan
Kedua
Bagi ayat ini kata ganti nama diri pertama diberikan di
hadapan kata kerja dasar.
Contoh:

Subjek Frasa Kerja Pasif Keterangan


dengan KGND 1/II
1. Makanan itu belum kurasai lagi.

2. Persetujuannya harus anda sampaikan dengan segera.


iii. Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif ‘kena’
Ayat Pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di
hadapan kata kerja yang tidak menerima awalan.
Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan.
Contoh:

Subjek Kena Kata Kerja Oleh + Frasa


Dasar Nama

1. Dia kena tipu oleh jurujual itu.

2. Perajurit itu kena tembak oleh pengganas.


Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai