Anda di halaman 1dari 24

TOPIK 3

ETIKA DAN PERADABAN


DALAM MASYARAKAT
KEPELBAGAIAN

depositphotos.com
ABSTRAK/SINOPSIS

Fenomena migrasi dan kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas
etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian. Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada
era pra-kolonial (PrK), telah wujud putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yang telah
menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan
sistem etikanya, melalui Selat Melaka.

Kepelbagaian ini menjadi lebih kental dan kompleks dengan kedatangan manusia Eropah (era
kolonial), melalui perdagangan dan penjajahan, yang membawa peradaban dan sistem etika
serta nilai Eropah. Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang pelbagai ini, Timur dan
Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi, yang berlaku
Pada eraparas
daripada pasca-kolonial
rakyat jelata(PcK) yang
sehingga berlanjutan
ke mercu ke era kesultanan.
pemerintahan globalisasi, Melalui
sifat migrasi buruh
kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi semakin
paksaan wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan.
pekat dan ligat apatah lagi setelah platform digital terasas membentuk
kepelbagaian yang sungguh kompleks, yang dipanggil sebagai superdiversity.
Dalam setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea dan amalan etika berevolusi
bersama penyesuaian pada peradaban-peradaban yang terlibat.
HASIL PEMBELAJARAN DAN OBJEKTIF

1. Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.


2. Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.

http://www.vectorbg.net
http://backgroundlabs.com
Kandungan Kursus Bab 3
1. Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Berbagai
2. Komponen Etika dan Peradaban: www.maisinggah.com
a) Persekitaran Geo-Fisikal
(Laut-Daratan-Gunung Ganang)
b) Masyarakat dan Demografi
(Tani-Pedagang-Industri) www.tourism.gov.my
c) Ekonomi dan Pasaran
(Sara Diri-Tukar Barang-Perdagangan)
d) Falsafah dan Pemikiran
(Tradisional-Modeniti)

3. Selat Melaka Sebagai Gelanggang


Kepelbagaian
4. Warisan dan Pendigitalan Sejagat
Pengenalan

• Istilah ‘peradaban’ yang berasal daripada Bahasa Arab digunakan bagi menjelaskan
tentang maksud ketamadunan.
• Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud
peradaban adalah budaya yang bertunjangkan kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi
pekerti.
• Istilah Melayu yang biasa digunakan untuk menjelaskan tentang peningkatan hidup
masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Tetapi istilah tersebut tidaklah begitu
meluas berbanding tamadun.
• Selepas kedatangan Islam, istilah-istilah Arab mula digunakan dan diterimapakai dalam
istilah Bahasa Melayu.
Maksud Etika dan Peradaban

• Etika: prinsip moral atau nilai-


nilai akhlak (adat sopan santun
dsb) yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia.

• Peradaban: Sistem dan tahap


perkembangan sosial sesuatu
bangsa; kemajuan sosial dan
kebudayaan sesuatu bangsa.

lescopaque.com
Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Kepelbagaian
Sistem Sistem
perundangan
organisasi
Penempatan yang teratur
dan institusi
masyarakat dan sistem
sosial yang nilai serta Kelahiran
Sistem teratur moral dan
kepercayaan perkembangan
dan agama Peningkatan Bahasa yang Daya reka daya
kualiti serumpun cipta dalam kreativiti
kehidupan dengan satu penciptaan
dan sistem teknologi
peningkatan tulisan yang dan
jangka hayat tersendiri pembinaan
1. PERSEKITARAN GEO-FISIKAL

• Lazimnya sesuatu etnik mempunyai pertalian sejarah, tradisi


dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi
tertentu.

• Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang di kelilingi


Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat
USA www.budgetsabahrentcar.com
pertemuan dan pergaulan dua peradaban besar dunia, China dan
India, melalui kegiatan perdagangan.
• Sumber dan produk pertanian dari Alam Melayu menjadi asas
dagangan dengan peradaban lain.

• Peradaban Malaysia adalah penyulaman peradaban majmuk


dunia melalui difusi budaya.

www.thestar.com.my www.snopes.com
2. Masyarakat dan Demografi
• Masyarakat bermaksud sekelompok orang yang
membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana
sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan
sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu
yang berada dalam kelompok tersebut.
• Ciri-ciri masyarakat : berkelompok, berbudaya, mengalami
perubahan, berinteraksi, mempunyai kepimpinan dan
mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan
kasta)
• Koentjaraningrat, 1970 – Suatu kelompok manusia yang
hidup dan bekerjasama hingga mereka dapat
mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya
sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas
tertentu.
http://knowledgemerger.com
Definisi masyarakat dalam konteks Malaysia
• Masyarakat plural adalah terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk
satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan
dan di Tanah Melayu terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India
di Semenanjung, Bumiputera Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-
lain serta Bumiputera Sarawak seperti Iban, Melanau dan sebagainya yang
bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga
daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
• Kewujudan masyarakat plural adalah sejajar dengan penjajah yang datang ke
Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum
tersebut untuk memenuhi peluang pekerjaan di Tanah Melayu.
• J.S. Furnivall - Masyarakat plural adalah bercampur antara satu sama lain
tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dengan
sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada
kebudayaan, agama, bahasa dan pemikiran sendiri.
Garis Masa Pembentukan Masyarakat Malaysia

Kesultanan
Melayu Penjajahan Pendudukan Pembentukan
Melaka Belanda Jepun Malaysia
1402-1511 1641-1824 1941-1945 1963-

Peradaban majmuk Masyarakat majmuk Kepelbagaian

Penjajaha Penjajaha Kemerdekaan


n Portugis n British 1957
1509-1641 1826-1941
1946-1948
DARI KEMAJMUKAN KE KEPELBAGAIAN
12
• Istilah masyarakat majmuk digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai etnik di Tanah
Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk pendatang dari China dan India untuk
kepentingan ekonomi.

Budaya Majmuk
di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan
dan pertembungan budaya besar dunia yang
melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu.

Peradaban Majmuk
Masyarakat Majmuk
bercirikan semula jadi, bercirikan pemaksaan dan
tanpa paksaan dan perbezaan
fleksibel.
Konsep Memahami Proses Hubungan Etnik
13 SEGREGASI AKOMODASI
• Pemisahan atau pengasingan antara etnik dengan • Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik lain tanpa
etnik yang lain menggugat budaya masing-masing.
• Berlaku dalam bentuk pemisahan tempat tinggal, •Bebas mengamalkan budaya masing-masing.
sistem pendidikan, pengangkutan dan kemudahan •Menyedari & menghormati budaya etnik lain &
awam mempertahankan budaya hidup masing-masing.

ASIMILASI AMALGAMASI
• Merupakan proses integrasi sehala yang akan • Tahap asimilasi yang paling tinggi
menghasilkan satu kelompok masyarakat yang •Merupakan proses percantuman melalui biologi
mempunyai satu budaya, satu bahasa dan satu agama. (perkahwinan campur).
1) Asimilasi Budaya:
• Kelompok minoriti akan mempelajari budaya kelompok •SEGMENTED ASIMILASI
majoriti. •Di, Malaysia dasar pembinaan negara bangsa terbina
2) Asimilasi Struktur:
berdasar integrasi. Oleh kerana identity setiap etnik
• kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama dan
disubur dan dikekalkan, dari empat proses di atas
aktiviti sosial dalam masyarakat majoriti.
segmented asimilasi kerap berlaku. Mereka
mempertahankan ciri-ciri keetnikan, walapun menerima
budaya tempatan dan sejagat
Skema Proses Hubungan Etnik di Malaysia
Bentuk Hubungan
Tahap Putaran Dimensi Nilai Hasil Kesepadunsosial
14 Sosial

Disfungsional Keruntuhan Risiko


Konflik Sangat Tidak Baik
Sosial Disintegration Rusuhan Kebangsaan

Ketegangan
Plural
Memperakui Pergaduhan
Kemajmukan Pertembungan Sederhana Tidak Baik
Terpisah asing
Segregasi
Penyatupaduan

Akomodasi Hormat Topok Panas Pautan Kontestasi Rendah Tidak Baik

Akulturasi Penerimaan Pautan Sosial Tolak ansur Rendah Baik

Asimilasi Perkongsian Ikatan sosial


Penempuan Sederhana Baik
Segmented Nilai Bersama

Meraikan
Keterikatan
Amalgamasi Bersatu Dalam Konsensus Sangat Baik
Bonding
Kepelbagaian Integrasi
3. EKONOMI DAN
PASARAN
• Pada era pra-kolonial, masyarakat Melayu mengamalkan
kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi
masyarakat yang paling asas dan hanya cukup untuk
menampung keperluan diri dan keluarga.
• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan
perdagangan menjadi kegiatan terpenting dalam masyarakat
disebabkan keadaan kehidupan yang masih mundur dan
tradisional.
• Pada era kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan
ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu dengan pembukaan
lombong bijih timah dan ladang getah serta kemasukan
tenaga buruh secara besar-besaran dari China dan India.
• Pada era pasca kolonial, kerajaan telah menjalankan
strategi penyusunan semula masyarakat untuk
menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi
penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan
menggalakkan kemajuan ekonomi semua golongan
masyarakat agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat
dihapuskan.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
• DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada
tahun 1970 hingga 1990.
• DEB berpegang kepada prinsip bahawa
ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk
mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan
seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
• Objektif DEB ialah:
1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
2. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi
ekonomi

www.sentiasapanas.com
Sasaran dan Objektif DEB
17
i. Kadar kemiskinan:
Kemiskinan 1970 (dalam %) Sasaran pada 1990
(dalam %)
Keseluruhan 49.3 16.7
Luar bandar 58.7 23
Bandar 21.3 9.1

ii. Pemilikan ekuiti Malaysia


(Sumber: korporat:(1991)-Semenanjung Malaysia sahaja)

(Sumber: Malaysia (1991)-Semenanjung Malaysia sahaja)


4. FALSAFAH DAN
PEMIKIRAN
Falsafah dan Pemikiran Tradisional:

- Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang untuk memilih
cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut.

Ibn Khaldun berpendapat ilmu perlu diintegrasikan ilmu agama dan ilmu alat.

- Menuntut ilmu agama, logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.

- Ketokohannya diakui oleh sarjana Barat :


1. Arnold Toynbee : - falsafah sejarah yang dihasilkan Ibn Khaldun merupakan sumbangan terbesar
pernah dilahirkan manusia di atas muka bumi ini.
2. R. Flint :- ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada taranya.
3. G. Sarton:- Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan, malah sepanjang
zaman.

Falsafah dan Pemikiran Moden:

- Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan berhak memilih cara bagaimana untuk mengecapi
matlamat tersebut.
SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG
KEPELBAGAIAN
19
• Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka dengan proses
pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik melalui aktiviti
perdagangan dan perkahwinan.
• Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.
I. INTERAKSI DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA

hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum

Contoh : Orang Melayu - orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling sebagainya.


Orang Cina - Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya
Orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya.

Mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunan.

Pegangan agama yang berbeza tetapi dari segi budaya sama


Golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima Masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-
unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian, unsur tertentu termasuk seni bina, muzik,
pemakanan dan seni bina pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu.
KESULTANAN MELAYU MELAKA –
LAMBANG PERTEMUAN MASYARAKAT PELBAGAI
20
ETNIK
• Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia seperti dari Arab, Parsi,
China, India dan sebagainya.

• Pelbagai aspek menyumbang kepada zaman keagungan Melaka.


Aspek Keterangan
Pemerintahan Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam. Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka;
pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana
meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po
dengan Sultan Mansur Shah.

Perdagangan Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk tujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman
perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh
Laksamana Melaka.
Kependudukan Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan
pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang
dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi.Wujud masyarakat baru – Baba
& Nyonya, Melayu Arab & Melayu India.
Kepelbagaian Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi
Budaya pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah [Portugis, Sepanyol,
Belanda dan British] dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 Masihi.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
ERA
21 KOLONIALISME INGGERIS

• Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang


tiga mata:
keagamaan, kekayaan & kemegahan
• Pemisahan antara agama dan sains berlaku di Eropah
(abad ke 15M) yang dinamakan Rocks of Ages: Sciences and Religion in the
Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould (2002).
• Agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam
kalangan manusia, pergaduhan dan peperangan.
• Sains pula dianggap sebagai bersifat sarwajagat menyatukan manusia pekhabar.com
dengan kefahaman yang sama, dan hidup aman damai.
• Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh British di Tanah Melayu dengan
British menguasai pentadbiran negara
• Sultan menjaga hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem
pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.
• Pertembungan antara "Islam sebagai agama dan para penganutnya" dengan
"negara kolonial sekular” [terutama dalam konteks pemodenan barat]
WARISAN DAN PENDIGITALAN SEJAGAT
• Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran besar
kepada seluruh peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai dan etika masyarakat
kepelbagaian.
• Aspek media samada media elektronik atau media cetak memainkan peranan penting, secara
langsung atau tidak langsung, dalam proses membina kesepaduan antara etnik melalui
peresapan ke dalam amalan dan gaya hidup masyarakat Malaysia.
• Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan komunikasi dan menyerap
masuk dalam kehidupan peradaban bukan Barat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan
budaya.
• Impak media digital ke atas etika dan
peradaban dapat dilihat melalui peningkatan
jaringan komunikasi, mendekatkan manusia
dari seluruh dunia, meningkatkan taraf hidup
dan membuka ruang kepada perkongsian ilmu
www.cdc.gov
tanpa sempadan.
Penutup
•23Peradaban secara umumnya adalah sejumlah pencapaian dan pembangunan
dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan tinggi, baik, halus dan sopan ke arah
pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi
pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa.
• Ilmu tentang etika dan peradaban hari ini adalah penting kerana boleh membantu ke
arah pembinaan dan kejayaan sesuatu masyarakat.
• Pengajaran daripada kitaran sejarah masyarakat patut dijadikan iktibar agar generasi
muda tidak leka dengan keamanan dan kemewahan yang dikecapi.
• Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan etika dan peradaban juga
membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah
kehidupan yang lebih saksama.
• Pendedahan terhadap mengenali latar belakang etika dan peradaban masing-masing
pula boleh memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain.
RUJUKAN

• Abdul Latiff Abu Bakar.2012. Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia. Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut
Peradaban Melayu UPSI. Bangungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia.
• Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 1-20.
• Najjah Najwa Abd Razak & Wan Norhasniah Haji Wan Husin. 2011. Hubungan Sosial antara komuniti Melayu dengan
komuniti bukan Melayu mengikut perspektif peradaban: Satu pengenalan. Jurnal Pengajian Melayu 22:205- 233.
• Senu Abdul Rahman. 2002. Revolusi Mental. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. m/s 1-3.
• Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
• Winstedt, R.O. 1961. The Malays: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul. m/s 2-6.

Anda mungkin juga menyukai