2&1
1. Apa itu steam boiler?
Suatu bekas tertutup dimana stim dijana melebihi tekanan atmosfera.
12. Jika kedua-dua gauge glass pecah, apa anda akan buat?
Boiler mesti diberhentikan, cari punca-puncanya dan kedua-dua GG mesti digantikan.
13. Ada berapa jenis gauge glass? Namakan.
a. tubular
b. reflex
c. plate
18. Bagaimana kamu set safety valve pada boiler yang mempunyai superheater tube?
Mengapa?
S.V. pada superheater tube perlu disetkan paling rendah dari steam drum. Ini bagi
mengelakkan ‘stravation of steam’ pada s/heater tube. Apabila S.V. pada s/heater tiub
‘blow’ dulu masih terdapat steam mengalir dalam tiub tersebut maka ia tidak akan musnah.
21. Ada berapa jenis blowdown? Nama serta terangkan fungsi setiap satu. Dimanakah
kedudukan setiap satu?
Ada 2 jenis;
a. continuous
b. intermittent
23. Ada berapa jenis feed pump yang digunakan pada boiler?
a. Centrifugal
b. Reciprocating
28. Apakah tugas anda sebagai boilerman bagi menjaga keselamatan anda dan boiler dibawah
jagaan anda?
• Elak dari melakukan perkara ‘serious misconduct’
• Pastikan tidak berlaku ‘dangerous occurances’
• Melaksanakan arahan jurutera
• Maintain
- Paras air
- Test GG
- Lakukan blowdown bila perlu
- Bekalan bahanapi
- Bekalan bahan kimia ke feed pump
- Air Feed
• Memastikan logi dalam keadaan selamat
• Simpan rekod bekalan & pengunaan fuel
• Melakukan pemeriksaan berkala
• Selalu lakukan visual inspect keadaan jentera
• Kemaskan buku log jentera
- Rekodkan data loji serta kejadian luar biasa
- Penyelenggaraan dilakukan pada setiap shift
43. Apakah jenis kemalangan yang mesti dilaporkan kepada JKKP mengikut Akta Kilang dan
Jentera 1967?
• Kemalangan yang menyebabkan kematian.
• Kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius dan mangsa tidak dapat bertugas
selama 4 hari berturut-turut.
• Kejadian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin.
• Roda pengimbang atau lain-lain bahagian yang berputar pada mesin / enjin pecah
atau terlerai.
• Kerosakan struktur yang menyebabkan krin, hoist, mesin dll. runtuh.
• Letupan, kebakaran dsb. yang menyebabkan timbul keraguan terhadap tahap
keselamatan struktur, mesin / enjin dan lain-lain.
44. Apakah perbuatan-perbuatan yang menyalahi tatakerja yang serius dalam FMA?
• Tidur
• Mabuk atau kurang sedar
• Meninggalkan mesin / enjin tanpa pengawasan
• Gagal membuat laporan kerosakan mesin / enjin yang serius
• Kelalaian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin
46. Jelaskan apakah aspek-aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu ada di tempat
bertugas?
Ruang kerja yang bersih dan teratur. Alat dan pakaian keselamatan yang sesuai, cahaya
dan gantian udara yang cukup termasuk mempunyai escape route.
47. Apakah tindakan seharusnya dilakukan sekiranya berlaku kebakaran dan kemalangan di logi
anda bekerja?
Tenang, dan bertindak , secara rasional. Sekiranya kebakaran berlaku kita hendaklah
pastikan jenis kebakaran tersebut agar langkah memadan api yang sesuai boleh dijalankan.
Sekiranya berlaku kemalangan, pastikan orang yang cedera diberi pertolongan yang
bersesuaian disamping itu langkah yang perlu juga harus diambil agar penjalanan enjin
tidak terjejas.
48. Berapakah masa interval untuk pemeriksaan JKKP ke atas mesin-mesin di kilang anda?
15 bulan mengikut akta, dan lanjutan selama 3 bulan sebanyak 2 kali sahaja. Hanya
kelulusan dari Ketua Inspektor dan di recomand oleh Inspektor
49. Mengapa purging sangat penting dan bila dilakukan?
a. “PURGING” mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum bahanapi dimasukkan
kedalam kebuk pembakaran.
b. Bertujuan untuk mengeluarkan sisa-sisa bahanapi atau gas dari Kebuk Pembakaran.
c. Boleh menyebabkan letupan sekiranya diabaikan.
53. Selain dari karbon dan hidrogen, sulfur merupakan element penting dalam fuel. Mengapa
penting jumlah sulfur dikurangkan dalam fuel ?
• Untuk mematuhi undang undang pencemaran, kerana sulfur oksida akan terbentuk
semasa pembakaran fuel yang mana sangat merbahaya kepada kesihatan. Biasanaya
Apabila kepadatan penduduk sesuatu tempat adalah tinggi makan peratus gas sulfur
sulfur oksida mesti dikurangkan melalui meninggikan chimney atau lokasi logi boiler
dipindahkan.
• Sulfur oksida dan moisture yang terbentuk semasa pembakaran akan besatu menjadi
asid surfuric. Ini akan mengakibatkan pengaratan pada tiub dan bahagian logam lain
lalu menyebabkan kerosakan terok pada besi / plet.
57. Apa tujuan chemical cleaning? Ada berapa cara ia dilakukan? Bagaimana ia
dilakukan?
Tujuan chemical cleaning adalah untuk membuang scale. Terdapat 2 cara cleaning;
a. Soaking
b. Recirculation
Soaking tidak berkesan sebagaimana recirculating.Tetapi, peralatan kurang
digunakan
a. Soaking
• Isi boiler, economizer & s/heater dengan inhibited acid
• Beri masa bagi asid bertindak
• Bilas
• Masukkan larutan caustic soda bagi menutralkan kesan asid
b. Recirculation
• Gunakan pam untuk mengedarkan inhibited acid kesemua bah boiler
• Uji cleaning solution
• Jika solution shows menunjukan tiada kesan- weakening, ini
menunjukan scale sudah terlarut
• Bilas dengan caustic soda solution untuk neutralise kesan asid
61. Apa tujuan boiler storage? Ada berapa jenis? Bagaimana ia dilakukan?
Melindungi boiler dari proses pengaratan / pitting semasa boiler tidak digunakan /
beroperasi. Ada 2 jenis storage;
a. Wet Storage – jika boiler tidak digunakan kurang dari 1 bulan. Cara-cara;
• Selepas draining,
• Cuci & bersihkan boiler untuk menghilangkan sludge
• Isi boiler dengan air dirawat
• Tambah caustic soda (3lb /1000 gallon air)
• Tambah sodim sulphite (1.5lb /1000 gallon air)
• Panaskan air dengan low fire (approx. 30 mins) untuk membuang gas
terlarut
• Blank semua sambungan ke boiler
• Pasangkan line vent nitrojen pada tekanan (0.3 bar)
• Jika perlu, pasangkan temporary water inspection tank pada vent
• Lakukan routine inspections to pastikan air sentiasa ada & ada tekanan
nitrogen
• Uji air boiler mingguan
b. Dry Storage - jika boiler tidak digunakan lebih dari 1 bulan.
• Drain boiler
• Cuci & bersihkan boiler
• Keringkan boiler mengunakan angin panas
• Letakan lime / silica gel dalam boiler
• Seal boiler hanya untuk sambungan nitrogen ke line vent
• Maintain tekanan nitrogen pada 5 psig
• Periksa bekalan nitrogen selalu
64. Bagaimana kamu memberhentikan boiler dalam keadaan merbahaya? Atau dalam
keadaan berikut:
a. Safety Valve tidak blow
b. Kebocoran
c. Gauge Glass pecah
d. Paras air merbahaya (rendah)
e. Paras air tinggi
• Last pass