Frasa Menarik SPM BM Karangan A+
Frasa Menarik SPM BM Karangan A+
Kesimpulan Kecil
1. Oleh itu/Ringkasnya, jelaslah bahawa…
2.Sudah terang lagi bersuluh, maka benarlah bahawa…
3.Ekoran itu, izhar terbukti di sini sememangnya…
4.Maknanya di sini, bergelanggang di mata orang ramai sememangnya…
5. Murai berkicau hari siang,…
6.Bulan semakin terang, bayang kian jelas…
7.Lantaran itu, belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh
sememangnya …
Pendahuluan
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286, “Aku tidak akan membebani
seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya” (pembuka ayat). Masalah obesiti
merupakan masalah yang….(huraian). Pernah terlintas dalam benak anda, apakah
sebenarnya cara-cara untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja?
Rentetan itu, dalam wahana ini, marilah kita sama-sama bermusyawarah berbincang
mengenai cara mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja (ayat persoalan).
Isi
Khalid Gibran ada berkata bahawa perjalanan yang berbatu-batu jauhnya dimulai
dengan selangkah. “Selangkah” yang dimaksudkan di sini ialah remaja haruslah
melakukan senaman dan riadah (ayat pembuka). Aktiviti senaman dan riadah …..
(huraian isi) Murai berkicau hari siang, senaman dan riadah merupakan salah satu
cara yang efektif dalam mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja
(kesimpulan kecil).
Isi seterusnya
Menelusuri dari faset yang seterusnya (‘penanda wacana’), isi yang kedua ialah
remaja izharlah melakukan pemeriksaan kesihatan ….. (huraian isi) Lantaran itu,
belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh sememangnya pemeriksaan
kesihatan merupakan salah satu cara yang mujarab dalam mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan remaja … (kesimpulan kecil).
Penutup
Confucius pernah memberi kata hukamanya, “ Seseorang yang melakukan
kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan kesalahan yang lain.”(ayat
pembuka) Lontaran itu, remaja tidak boleh bersikap acuh tidak acuh, endah tidak
endah tentang masalah obesiti mereka. Sebaliknya harus… (huraian).