Anda di halaman 1dari 8

TOPIC : Sambat Umbang

SUB-TOPIC : Penebat Umbang

Pelatih-pelatih boleh

1. Sedia alat dan bahan


LEARNING
2. Sambat dawai umbang
OUTCOME : 3. Periksa sambat penebat umbang

TOOLS/EQUIPMENTS/MATERIALS

1) Playar 8’
2) Pelit penyambat umbang
3) Pelit perapat sambat umbang
4) Pengukur 12”
5) Gergaji bertangkai 6”
6) Pen penanda
7) Rod umbang
8) Kayu pengetuk
9) Penebat umbang
10) Dawai umbang bersaiz 7/10 swg x 12 kaki panjang
11) Dawai penyimpai tembaga
DRAWING AND DATA

INSTRUCTION

Semasa membuat kerja-kerja amali, aspek keselamatan amatlah dititikberatkan,


Menghasilkan sesuatu kerja yang bermutu, terlebih dahulu pelatih seharusnya
menitikberatkan nilai-nilai keselamatan;
a. menggunakan pakaian amali yang sesuai
b. menanggalkan jam, gelang, rantai atau apa-apa perkara yang dapat
menyumbangkan bahaya kepada diri
c. memastikan kawasan bengkel atau tempat dimana kerja dilakukan berada
dalam keadaan yang bersih.
d. mematuhi arahan
PROCEDURE

STEP KEY POINT

1. Sedia alat dan bahan 1.1) Bahan-bahan yang diperlukan adalah


i. dawai umbang 7/10 swg x 12 kaki panjang
ii. penebat umbang

1.2) Alat-alat yang digunakan adalah


i. pelayar 8”
ii. pelit penyambat umbang
iii. pelit perapat sambat umbang
iv. pengukur 12”
v. gergaji bertangkai 6”
vi. pen penanda
vii. rod umbang

1.3) Sediakan alat-alat dan bahan yang diperlukan

2. Sambat dawai umbang 2.1) Ukur panjang bahagian dalam didal dan catitkan
bacaannya
- ukuran ini berguna bagi memastikan
kekemasan sambat didal nanti

2.2) Luruskan dawai umbang sepanjang 4 kaki daripada


satu hujung.
2.3) Kemudian ukur 3’ dan tandakan
-katakan “A” (rajah 2)
2.4) Bengkokkan dawai umbang pada tanda “A”(rajah 3)
PROCEDURE
STEP KEY POINT

rajah 2

rajah 3

2.5) Daripada tanda “A”, ukur dan tandakan “B” yang


panjangnya mengikut ukuran yang terdapat pada
aturcara 2.1 di atas (panjang x)
2.6) Pada tanda “B” bengkokkan sudut 90° lagi sekali.
(rajah 4)
PROCEDURE
STEP KEY POINT

rajah 4

2.7) Lengkongkan dawai umbang mengikut bentuk didal


yang digunakan.(rajah 5 i & ii)

2.8) Masukkan penebat umbang ke dalam lengkongan


dawai umbang dengan kedudukan bahagian yang
licin diletakkan di bahagian atas.

2.9) Gunakan dawai simpai tembaga no 16 swg, buat


satu ikatan yang kemas pada bawah bengkokkan
tajam pada dawai umbang yang pendek. (rajah 6)
PROCEDURE
STEP KEY POINT

2.10) Pilih lembar yang ditengah pada satu hujung dawai


umbang yang pendek dan hendaklah dikeluarkan di
tengah-tengah dawai umbang di sebelah
didal.(rajah 6)

2.11) Untuk mengeluarkan lembar tersebut, lembar-


lembar dawai umbang dibuka sebanyak 3 lembar
sebelah. Setelah lembar yang di tengah
dikeluarkan, lembar-lembar berkenaan hendaklah
digulungkan seperti asalnya

2.12) Rapatkan dawai umbang supaya berdekatan di


antara satu sama lain (rajah 7)

2.13) Perhatikan arah pusingan dawai umbang sebelum


memulakan lilitan. Ketuk lembar dawai yang telah
dikeluarkan supaya rapat pada didal.

2.14) Mulakan lilitan dawai pertama sebangyak 8 lilitan

2.15) Kedudukan lembar-lembar dawai yang lain


hendaklah dibetulkan semasa lilitan lembar dibuat

2.16) Pematian lilitan hendaklah dipotong selari dengan


hujung didal, sebelum pemotongan ini dibuat, lilitan-
lilitan ini hendaklah diketuk dengan kuat sehingga
rapat pada didal.
2.17) Pilih lembar dawai yang paling hadapan
berdekatan dengan lembar yang telah dipotong,
lembar ini hendaklah dibengkokkan dan diketuk
supaya rapat dengan pemotongan lembar yang
telah dibuat
PROCEDURE
STEP KEY POINT
2.18) Mulakan lilitan dengan lembar dawai sebanyak 7
lilitan

2.19) Ulang aturcara 2.13

2.20) Ulang lilitan-lilitan yang lain mengikut panduan


aturcara 2.12, 2.13, 2.14.

2.21) Lilitan-lilitan untuk sambat umbang adalah seperti


didalam keterangan:- 8 x 1, 7 x 3, 6 x 2, 5 x 1.
(rajah 8)
PROCEDURE
STEP KEY POINT

3. Periksa sambat penebat umbang 3.1) Sambat penebat umbang yang telah siap, perlu
diperiksa dengan teliti dari segi:-
i- penebat umbangl tidak akan berpusing dan
tertanggal setelah kerja sambat selesai
ii- lembar pertama 8 lilitan
iii- lembar kedua 7 lilitan
iv- lembar ketiga 7 lilitan
v- lembar keempat 7 lilitan
vi- lembar kelima 6 lilitan
vii- lembar keenam 6 lilitan
viii- lembar ketujuh 5 lilitan
Ini merupakan kriteria kritikal dalam
pemarkahan sambat didal umbang

3.2) perkara bukan kritikal yang dinilai adalah:-


i- kekemasan bagi susunan kesemua lilitan
ii- susunan akhir lilitan setelah dipotong
iii- kekemasan keseluruhan

Nota:-
- Pastikan kawasan amali sentiasa kemas dan bersih
- Jangan bergurau semasa menjalankan amali
- Sentiasa mendengar arahan daripada pengajar
- Menggunakan peralatan yang sesuai untuk
memudahkan kerja
- Pastikan semasa membuat bengkokkan dan juga
semasa membuat sambat, dilakukan dengan
berhati-hati supaya tidak mendatangkan bahaya
pada diri sendiri atau pada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai