Anda di halaman 1dari 6

TOPIC : SIMPAI

SUB-TOPIC : Simpai Sesalur Terus Bersudut

Pelatih-pelatih boeh

LEARNING 1. Binding simpai sesalur terus bersudut


OUTCOME : 2. Periksa simpai sesalur terus bersudut

TOOLS/EQUIPMENTS/MATERIALS

1) Player
2) Measuring tape
3) Kayu perapat
4) Kayu pengetok
5) Penebat belenggu 1 pcs
6) 100mm2 aluminium konduktor 1 kaki
7) No 9 swg dawai penyimpai 1.5 meter
8) Gergaji besi

DRAWING AND DATA


INSTRUCTION

Semasa membuat kerja-kerja amali, aspek keselamatan amatlah dititikberatkan,


Menghasilkan sesuatu kerja yang bermutu, terlebih dahulu pelatih seharusnya
menitikberatkan nilai-nilai keselamatan;
a. menggunakan pakaian amali yang sesuai
b. menanggalkan jam, gelang, rantai atau apa-apa perkara yang dapat
menyumbangkan bahaya kepada diri
c. memastikan kawasan bengkel atau tempat dimana kerja dilakukan berada
dalam keadaan yang bersih.
d. mematuhi arahan

PROCEDURE

STEP KEY POINT

1. Binding simpai 1.1) Dawai simpai yang dipotong hendaklah dilipat dua dengan ukuran
sesalur terus bersudut yang sama. Tiap-tiap satu lembar di gulung sebesar lebih kurang 2
inchi garis pusat.
1.2) Letakkan dawai penyimpai di tengah leher penebat belenggu
dengan satu bahagian penyimpai (katakan ‘A’) diletakkan diatas
pengalir dan satu bahagian lagi (katakan ‘B’) diletakkan dibawah
pengalir.
*Rujuk rajah 1

1.3) Bahagian simpai ‘A’ hendaklah membuat 1 ½ lilitan pada dawai


pengalir (setelah dawai penyimpai membuat 1 ½ lilitan, kedudukan
penyimpai ‘A’ hendaklah berada di bahagian bawah pengalir)
*Rujuk rajah 2
PROCEDURE
STEP KEY POINT

1.4) Bahagian simpai ‘B’ hendaklah dibuat lilitan yang sama (1 ½ lilitan)
seperti langkah 1.3 (setelah dawai penyimpai membuat 1 ½ lilitan.
Kedudukan dawai penyimpai ‘B’ hendaklah berada di bahagian atas
dawai pengalir.
*Rujuk rajah 3

1.5) Larikan dawai penyimpai ‘A’ melengkungi leher penebat belenggu


ke dawai pengalir bahagian ‘B’ dan seterusnya membuat enam
lilitan penamat pada dawai pengalir (dawai penyimpai ‘A’ berada di
bahagian bawah pengalir yang dilarikan melengkungi leher penebat
belenggu hendaklah melalui ke bawah pengalir bahagian ‘B’
*Rujuk rajah 4
PROCEDURE
STEP KEY POINT

1.6) Larikan dawai penyimpai ‘B’ melengkungi leher penebat belenggu


ke dawai pengalir bahagian ‘A’ dan seterusnya membuat enam
lilitan penamat pada dawai pengalir (dawai penyimpai ‘B’ berada di
bahagian atas pengalir yang dilarikan melengkungi leher penebat
belenggu hendaklah melalui ke atas pengalir bahagian ‘A’
*Rujuk rajah 5

1.7) Kedua-dua dawai penyimpai ‘A’ dan ‘B’ hendaklah dipotong di


bahagian belakang di tengah-tengah pengalir.
PROCEDURE
STEP KEY POINT

1. Periksa simpai
sesalur terus 2.1) Dalam mana-mana kerja amali yang dilakukan, aspek keselamatan
bersudut amat di titikberatkan
2.2) Dawai penyimpai yang dilarikan melengkungi leher penebat
belenggu teratur dan tidak bertindih.
2.3) Lingkaran dawai penyimpai yang terdapat di bahagian hadapan
leher penebat belenggu adalah 3
2.4) Lilitan penamat yang dilakukan pada setiap bahagian adalah 6
lilitan.
2.5) Bahagian dawai penyimpai dipotong di bahagian belakang di
tengah-tengah pengalir.

Anda mungkin juga menyukai