Anda di halaman 1dari 56

EDISI 2022

KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT

PRAKATA ........................................................................................................................................................... i

1. PENGENALAN KEPADA PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA............................. 1


INTEGRASI BERSISTEMATIK DI LADANG SAWIT

2. KONSEP PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA INTEGRASI....................................2


BERSISTEMATIK DI LADANG SAWIT

3. KEBAIKAN PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING ........................................................................ 3


SECARA INTEGRASI BERSISTEMATIK DI LADANG SAWIT

4. PRASYARAT ............................................................................................................................................... 5

5. PERLAKSANAAN PROJEK ................................................................................................................... 7

6. PENGURUSAN GEROMPOK .............................................................................................................. 10

7. SISTEM BIDANG USAHA .......................................................................................................................14

8. PERKHIDMATAN SOKONGAN VETERINAR .................................................................................. 16

9. PEMASARAN HASIL ............................................................................................................................... 18

10. EKONOMI BIDANG USAHA ................................................................................................................. 20

11. AMALAN PENTERNAKAN YANG BAIK ............................................................................................ 29

12. SKIM AKREDITASI LADANG TERNAKAN ........................................................................................ 32

13. LAMPIRAN-LAMPIRAN ......................................................................................................................... 33


PRAKATA

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kerana berjaya menerbitkan
semula dengan penambahbaikan Buku Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara
Integrasi Bersistematik di Ladang Sawit.

Ketika ini, negara masih bergantung kepada produk import dalam sektor agromakanan.
Di bawah sub-sektor ternakan, pada tahun 2020, pengeluaran daging segar dalam
negara mencatat sebanyak 41,379 tan metrik dan hanya dapat memenuhi keperluan
20.74% keperluan tempatan. Oleh itu, negara perlu mengimport sebanyak 199,478
metrik tan daging bernilai RM1.5 bilion bagi memenuhi permintaan domestik.

Melangkah ke hadapan, antara fokus dan lakaran melalui Dasar Agromakanan Negara
2021 – 2030 (DAN 2.0) di bawah subsektor ternakan ialah untuk terus memperkasa
dan meningkatkan bilangan ternakan ruminan yang memenuhi permintaan tempatan
dan mengurangkan kebergantungan kepada daging import. Hasrat ini juga digariskan
di bawah Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF Plan 2021 –
2025) melalui strategi mengoptimumkan penggunaan tanah dengan mewajibkan sektor
perladangan melaksanakan program integrasi tenakan.

Penternakan lembu pedaging secara integrasi di ladang sawit merupakan salah satu
mekanisma yang memberi manfaat dalam perladangan dan penternakan lembu
pedaging. Sektor perladangan dan penternakan menjadi lebih cekap dan menguntungkan
melalui pengoptimuman penggunaan sumber yang terdapat di dalam kedua-dua bidang
usaha tersebut. Secara tidak langsung kaedah ini dapat meningkatkan produktiviti dan
pendapatan peladang sawit melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang
optimum.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit i


MAFI melalui DVS yang menjadi pemegang taruh utama dalam usaha memperkasakan
sektor ternakan negara telah menyediakan buku panduan yang komprehensif ini bagi
menyokong peningkatan pengeluaran daging lembu tempatan melalui penternakan
lembu secara integrasi. Bagi pihak penerbit MAFI, saya merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan penerbitan
buku ini.

Semoga penerbitan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya terutama kepada pihak
pengurusan ladang dan para penternak serta memberi keuntungan kepada negara
dan rakyat secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE


Menteri Pertanian dan Industri Makanan

ii Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


PRAKATA

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan keizinanNya,
Buku Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik di Ladang
Sawit ini dapat diterbitkan. Penerbitan buku panduan ini adalah selaras dengan
hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam menggalakkan
pembangunan industri daging negara. Perkara ini turut menjadi antara agenda
utama dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021 – 2030) serta Pelan Strategik
Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF PLAN 2021 – 2025) yang menyasarkan
tahap sara diri (SSL) daging lembu pada tahap 50% bagi tahun 2050.

Merujuk kepada data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), negara ini
mempunyai ladang sawit dengan keluasan berjumlah 5.85 juta hektar. Sehubungan itu,
kaedah penternakan lembu pedaging secara integrasi bersistematik di ladang sawit ini
dapat mengoptimumkan penggunaan sumber tanah ladang sawit supaya penternakan
lembu pedaging menjadi lebih cekap dan mampan. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan seterusnya mengurangkan
kebergantungan terhadap daging import.

Justeru, adalah menjadi hasrat MAFI supaya buku panduan ini dapat dimanfaatkan
sebagai rujukan kepada para penternak ruminan. Semoga usaha ini dapat memacu dan
merancakkan pertumbuhan industri ruminan negara supaya kekal berdaya saing dan
pada masa yang sama menyumbang kepada jaminan sekuriti makanan negara.
Sekian, terima kasih.

DATO’ HASLINA BINTI ABDUL HALIM


Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit iii
PRAKATA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

‫الرحيم‬ ّ ‫الرحْ من‬ ّ ِ‫ا‬ ّ َ ‫ْـــــــــم‬


ِ ‫ِبس‬
ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َوبَ َركَاتُه‬ ‫م‬َ
َ ُ ‫س‬‫ال‬ َّ ‫ال‬

Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan keizinanNYA, buku Panduan
Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit berjaya
diterbitkan sejajar dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
untuk menyediakan satu garis panduan yang boleh diguna pakai oleh semua penternak
dan sektor perladangan sawit bagi penternakan lembu pedaging secara integrasi
bersistematik. Penerbitan buku panduan ini juga seiringan dengan hasrat MAFI dalam
meningkatkan pengeluaran daging tempatan kepada 111,000 tan metrik dalam tempoh
lima (5) tahun.

Buku panduan ini merupakan terbitan semula DVS yang ditambah baik hasil
pengharmonian bersama Bahagian Sekuriti Makanan, MAFI, Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi dan beberapa buah syarikat perladangan dengan mengambil
kira keperluan di lapangan dan peningkatan pengetahuan serta teknologi semasa.

MAFI melalui DVS berusaha mempergiatkan sistem penternakan lembu pedaging secara
integrasi bersama syarikat Government Linked Company (GLC) yang terlibat dalam
sektor perladangan sawit. Ini sejajar dengan Pelan Strategik Pembangunan Industri
Pedaging Negara (BIF PLAN 2021-2025) yang dibangunkan oleh DVS bagi mencapai
objektif sasaran pengeluaran daging Negara 50% tahap sara diri (SSL) menjelang tahun
2030 sebagaimana Pelan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021- 2030) MAFI.

Sepertimana yang sedia maklum, penternakan lembu pedaging secara integrasi dalam
perladangan sawit banyak memberi impak positif kepada penternak dan perladangan

iv Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


berasaskan situasi menang-menang. Penternakan sistem integrasi ini, dapat
mengurangkan kos kawalan rumpai dalam perladangan sawit sebanyak 15 hingga 40%
setahun, meningkatkan khidmat eko - sistem sawit dengan pengawalan rumpai secara
mesra alam, mengekalkan kelembapan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah
serta meningkatkan kitaran nutrien tanah dengan meregulasi pH dalam tanah.

Dengan inisiatif ini, DVS berharap semua pihak khususnya GLC dapat terus membantu
kerajaan dalam menjayakan sasaran pengeluaran daging negara dan dalam masa
yang sama membantu negara mengeluarkan minyak sawit bebas racun rumpai bagi
memenuhi permintaan dunia masa kini.

Semoga dengan penerbitan Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi


Bersistematik Di Ladang Sawit menjadi panduan kepada penternak dan perladangan
dalam usaha memartabatkan industri daging negara.

Sekian. Selamat Maju Jaya.

DR. AKMA BINTI NGAH HAMID


Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit v


PENGENALAN KEPADA PENTERNAKAN
LEMBU PEDAGING SECARA INTEGRASI
BERSISTEMATIK DI LADANG SAWIT

Gambar 1 : Penternak lembu integrasi di ladang sawit dalam pagar polywire

1.0 PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA INTEGRASI


BERSISTEMATIK DI LADANG KELAPA SAWIT

Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk menerangkan secara terperinci tentang
kaedah pelaksanaan penternakan lembu pedaging secara integrasi bersistematik
di ladang sawit. Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)
yang berupaya mentransformasi sektor agromakanan kepada sektor yang mampan,
berdaya tahan dan berteknologi tinggi. Penternakan lembu pedaging secara integrasi
di ladang sawit dilihat sebagai satu kaedah yang terbaik dengan pengurusan projek
yang sistematik dan mengikut kriteria dalam konsep Projek Integrasi Ternakan Ruminan
dengan tanaman kekal (PINTAR) yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (DVS) terdahulu. Penternakan lembu pedaging secara integrasi di ladang sawit
merupakan satu projek yang sistematik dan mengikuti kriteria dalam konsep PINTAR.
PINTAR adalah singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan dengan tanaman
kekal yang dipromosikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 01


2.0 KONSEP PENTERNAKAN SECARA INTEGRASI BERSISTEMATIK DI
LADANG KELAPA SAWIT

Penternakan secara integrasi di ladang sawit merupakan satu bidang usaha berinput
rendah (Low Input). Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan
rumpai yang terdapat dengan banyaknya dalam sesuatu kawasan ladang. Bermakna
jumlah stok lembu yang dipelihara bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada.
Sehubungan dengan perkara ini, apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila pokok
sawit meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut
rumpai yang ada sahaja. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini
ialah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan, kandang
yang sesuai dan sistem pagar elektrik.

Kenyataan di atas juga memberi makna iaitu mana-mana kawasan perladangan yang
tiada rumpai, yang mungkin berpunca daripada aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak
boleh atau tidak sesuai untuk dijalankan projek penternakan secara integrasi. Makanan
tambahan seperti palm kernel cake/ palm kernel expeller (PKC/ PKE) atau pelepah
sawit yang dirincih boleh diberikan jika ada keperluan. Ini juga boleh dipraktikkan untuk
memudahkan pemantauan keadaan fizikal lembu di ladang dan pengurusan ladang.

Penternakan secara integrasi bersistematik perlu mengamalkan kaedah ragutan bergilir.


Bagi penternakan 100 ekor induk memerlukan kawasan ragutan seluas 400 hektar
untuk tempoh 90 hari atau tiga bulan dalam ladang sawit berumur 5 hingga 15 tahun.
Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem pagar elektrik yang efektif.

Dari sudut ekonomi, kita dapati kedua-dua bidang usaha, iaitu bidang usaha penghasilan
sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan menguntungkan (win-
win situation), kesan daripada pengoptimuman penggunaan sumber yang terdapat di
dalam kedua-dua bidang usaha tersebut. Sumber-sumber yang dimaksudkan ialah
tanah, tenaga buruh dan kemudahan ladang yang berkaitan, seperti tangki bertreler
dan jentera pertanian. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan peladang
sawit melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum.

02 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


3.0 KEBAIKAN INTEGRASI LEMBU DI LADANG SAWIT

3.1. Mengurangkan Kos Kawalan Rumpai


Aktiviti menternak lembu secara sistematik dapat mengurangkan kos kawalan
rumpai dalam sektor penanaman sawit. Kos merumpai terdiri daripada kos buruh,
bahan kimia, peralatan dan jentera. Berdasarkan laporan daripada syarikat-syarikat
perladangan sawit, anggaran pengurangan kos merumpai yang dapat dicapai
adalah sekitar 15 hingga 40% setahun. Kadar pengurangan kos ini bergantung
kepada umur sawit yang menentukan kepadatan rumpai dalam kawasan ladang.
Usaha mengurangkan kebergantungan kepada buruh bagi mengawal rumpai
melalui mekanisasi juga akan mendedahkan syarikat perladangan kepada
peningkatan kos penyelenggaraan jentera dan keperluan kepada tenaga mahir
bagi mengoperasikannya. Oleh itu, penggunaan lembu sebagai agen perumpai
dapat mengelakkan peningkatan kos pengeluaran sawit akibat daripada masalah
bekalan buruh, peningkatan kos bahan kimia kawalan rumpai dan peningkatan
kos peralatan juga jentera.

3.2. Meningkatkan Khidmat Ekosistem Sawit


Khidmat ekosistem ialah usaha memanfaatkan flora (tumbuhan), fauna (haiwan)
dan sumber alam bagi manfaat kehidupan manusia secara optimum. Antara
manfaat penting yang diperolehi melalui aktiviti integrasi lembu dengan sawit
ialah ia dapat mengawal rumpai secara mesra alam, mengekalkan kelembapan
tanah dan meningkatkan kesuburan tanah. Kajian terdahulu menunjukkan
bahawa penggunaan racun rumpai secara berterusan telah mengakibatkan
wujudnya keadaan kerintangan 17 spesies rumpai terhadap racun. Litupan
dan ketinggian tumbuhan semula jadi dalam sawit adalah amat penting bagi
mengekalkan kelembapan tanah. Ia dicapai melalui pegangan akar tumbuhan
tersebut terhadap molekul air yang diserap selepas hujan. Kelembapan tanah
ini amat penting bagi memastikan baja yang ditabur di atas tanah akan dapat
diserap ke dalam tanah dan kemudian diambil oleh akar sawit yang aktif. Kajian
terdahulu juga menunjukkan kaedah ragutan lembu dapat mengawal ketinggian
dan litupan rumput dalam sawit lebih baik berbanding penggunaan racun rumpai.
Paras pH tanah merupakan petunjuk penting kepada tahap kesuburan tanah
kerana ia akan mempengaruhi kadar pengambilan baja oleh tanaman. Dapatan
penyelidikan sebelum ini juga menunjukkan bahawa aktiviti ragutan ternakan
dalam sawit dapat meningkatkan pH tanah lebih hampir kepada neutral (i.e. pH 7)
sebagaimana yang diperlukan oleh tumbuhan.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 03


3.3. Meningkatkan Kitaran Nutrien Tanah
Dalam ekosistem tanah, terdapat pelbagai flora (tumbuhan) dan fauna (haiwan) yang
saling bergantung di antara satu sama lain. Antara fauna yang penting bagi meningkatkan
kadar kesuburan tanah ialah semut pemakan tumbuhan mati, kumbang tinja dan cacing
tanah. Kesemua hidupan ini adalah penting kerana ia bertindak sebagai agen penguraian
bahan organik dan membawa nutrien daripada bahan organik ke dalam tanah.
Kandungan organik tanah penting bagi meregulasi pH dan mengekalkan kelembapan air
di dalam tanah. Ahli agronomi sepakat bahawa aktiviti menambahkan tinja ternakan dan
baja organik lain akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kesuburan
tanah yang penting bagi pertumbuhan pokok yang optimum. Namun cabaran terbesar
untuk menaburkan tinja ternakan dan baja organik ialah kos yang tinggi, disebabkan ia
diperlukan dalam kuantiti yang jauh lebih besar berbanding baja sebatian. Oleh yang
demikian, mengamalkan sistem ragutan lembu yang sistematik dapat menyebarkan
tinja ternakan secara alami ke seluruh ladang dengan secara sekata.

3.4. Menghasilkan Minyak Sayuran Bebas Racun


Sawit merupakan tanaman pengeluar minyak sayuran paling produktif di dunia. Oleh
itu, kelestarian tanaman sawit merupakan jaminan bekalan minyak sayuran penting
kepada dunia. Walau bagaimanapun, penanaman sawit sering dikaitkan dengan
kemusnahan hutan hujan tropika. Imej negatif yang ditanamkan oleh pesaing minyak
sawit ini boleh diatasi secara proaktif melalui penambahbaikan sistem pengurusan
sawit, contohnya sistem kawalan rumpai dalam sawit. Sawit merupakan tanaman
kekal yang mempunyai tempoh hayat panjang iaitu 25 tahun. Sistem produksinya
merupakan satu-satunya tanaman pengeluar minyak sayuran yang boleh diintegrasi
dengan sistem ragutan ternakan bagi kawalan rumpai. Oleh yang demikian, kawalan
rumpai menggunakan ragutan lembu merupakan inisiatif terbaik bagi memulihkan
imej minyak sawit dalam pasaran minyak sayuran dunia.

3.5. Memenuhi Tuntutan Agama


Negara ini merupakan negara yang mementingkan nilai agama dalam kehidupan
rakyatnya. Ia dapat dilihat apabila “Kepercayaan kepada Tuhan” dijadikan teras dalam
Rukun Negara. Nilai agama sangat penting bagi mendorong rakyat melaksanakan perkara
positif secara sukarela. Usaha mengelakkan kerosakan alam sekitar dan kemusnahan
biodiversiti merupakan perkara yang dituntut oleh agama. Usaha mengawal rumpai dalam
sawit menggunakan ternakan merupakan penerapan nilai-nilai Islam yang selaras dengan
dasar kerajaan bagi memulihara biodiversiti dalam sawit. Contohnya larangan membunuh
belalang secara tidak wajar di dalam Islam akan dapat dicapai jika penggunaan racun
kimia dielakkan. Larang tersebut dapat dilihat berdasarkan fakta berikut;

“Janganlah kalian membunuh belalang kerana sesungguhnya belalang


itu adalah sebahagian daripada tentera Allah yang terbesar.”
Riwayat al-Baihaqi (9654)

Oleh itu langkah penggunaan lembu dalam kawalan rumpai adalah perkara yang selaras
dengan tuntutan agama dan menjamin tugas harian kita menjadi ibadah.

04 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


Gambar 2 : Lembu sedang meragut rumput di ladang sawit.

4.0 PRASYARAT AM

4.1. Asas Pengetahuan Penternakan Ruminan


Asas pengetahuan penternakan ruminan boleh diperolehi dengan mengikuti
kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Di samping itu ciri-ciri keusahawanan yang perlu dimiliki adalah:
a. Minat terhadap bidang usaha ternakan.
b. Berfikiran positif dan berdaya maju.
c. Mempunyai keyakinan diri.
d. Memahami asas untung rugi projek.
e. Berpengalaman dalam bidang penternakan lembu.

4.2. Modal
Memiliki modal, yang boleh diperolehi melalui beberapa punca seperti berikut;
a. Modal Sendiri.
b. Pinjaman:
• Bank.
• Koperasi.
• Rakan kongsi.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 05


4.3. Baka Ternakan
Baka ternakan lembu yang paling sesuai digunakan dalam projek integrasi secara
bersistematik ialah baka Kedah-Kelantan (KK) dan kacukan berdarah tropika.

4.4 Ciri-Ciri Kesesuaian Ladang


a. Luas kawasan sawit (minimum) 400 hektar bagi 100 ekor induk.
b. Ladang sawit ialah yang berumur melebihi 5 tahun atau tanaman sawit dengan
ketinggian pelepah lebih daripada 1.8 meter.
c. Tiada ternakan ruminan lain yang berkeliaran berhampiran atau dalam
kawasan sawit yang hendak diguna pakai untuk projek.
d. Kawasan di bawah sawit mempunyai rumpai yang sesuai untuk makanan
lembu dan mencukupi.
e. Kawasan berbukit dengan kecerunan melebihi 25 darjah tidak digalakkan,
bagi mengelakkan hakisan tanah.
f. Sebahagian besar kawasan tidak mudah ditenggelami air terutamanya ketika
musim tengkujuh.
g. Kawasan projek tidak dikategori sebagai tanah gambut.
h. Tidak bersempadan dengan hutan simpan di mana diketahui terdapatnya
binatang buas seperti harimau.

4.5 Kesesuaian kawasan perladangan kelapa sawit untuk penternakan


integrasi adalah seperti berikut:
a. Pekebun Kecil
Kebiasaannya kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh tuan punya ladang.
Bagi pekebun kecil yang ingin menjalankan perusahaan penternakan integrasi
ini perlu bersepakat bersama-sama sebagai satu kelompok bagi mewujudkan
kawasan seluas 400 hektar bagi menternak 100 ekor induk. Sebagai contoh
FELDA berpeneroka yang mempunyai kawasan yang kecil bagi setiap pemilik telah
mengamalkan sistem blok bagi mencukupkan kawasan yang diperlukan.

b. Ladang Swasta
Kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat swasta atau ladang di bawah
Government Link Company (GLC). Ladang swasta yang tidak menjalankan projek
penternakan dan membenarkan pihak lain mengguna, hendaklah memberi
kebenaran secara bertulis kepada pengusaha yang berminat melalui perjanjian
yang dipersetujui bersama. Perkara-perkara seperti kadar sewa tahunan, komisen
jualan ternakan dan keselamatan ternakan perlu diputuskan melalui perjanjian.

c. Ladang Kerajaan
Kawasan ladang yang dimiliki sepenuh atau sebahagian oleh kerajaan,
kebiasaannya boleh menubuhkan anak syarikat untuk menjalankan projek
penternakan integrasi secara bersistematik.

06 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


5.0 PELAKSANAAN PROJEK

5.1. Infrastruktur Ladang


Ladang integrasi perlu menyediakan kemudahan kandang tetap bagi tujuan
teduhan ternakan. Kemudahan kandang mudah alih adalah untuk menguruskan
lembu secara ad hoc mengikut keperluan dan pengurusan kesihatan gerompok di
mana-mana kawasan ladang. Ladang yang menjalankan projek penternakan lembu
secara integrasi bersistematik mestilah mempunyai kemudahan infrastruktur
seperti berikut:

5.1.1 Kandang Tetap


a. Biasanya ditempatkan di tengah ladang atau di lokasi yang strategik.
b. Dihubungkan dengan jalan ladang yang sesuai dan bebas banjir.
c. Tapak kandang berbumbung dan yang mempunyai saliran yang baik.
d. Kukuh serta tahan.
e. Travis (loading @ unloading).
f. Saiz kandang bersesuaian dengan fizikal baka ternakan yang hendak
dikurung semasa program kesihatan dijalankan

5.1.2. Kandang Mudah alih


Komponen kandang mudah alih terdiri daripada:
a. 30 keping panel besi (5.5'(P) x 6' (L) GI 015" x 1".
b. Cyclone wire (1 gulung A17/1900/150 - Tight lock).
c. 20 batang kayu (3' X 3' X6.5').
d. Tali (secukupnya).

5.1.3. Peralatan Pagar Elektrik Lengkap (disyorkan perlu ada dua set)
Komponen pagar elektrik termasuklah:
a. Energizer.
b. Polywire.
c. Digital Voltmeter.
d. Tiang.
e. Bateri 12 volt (N 70).
f. Penggulung polywire.
g. Peralatan timbang, untuk anak lembu baru lahir.

5.1.4. Motortrailer
Motortrailer ialah kombinasi sebuah motosikal biasa dan satu treler yang direka
khas. Teknologi ini digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan petak
ragutan.

5.1.5. Karavan (treler untuk rumah penggembala)


Karavan ini disediakan sebagai rumah bergerak untuk penggembala ternakan.
la ditempatkan berdekatan dengan petak ragutan di mana ternakan berada,
khususnya pada waktu malam. Dengan adanya gembala di tempat tersebut, ia
dapat mengelakkan kecurian ternakan.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 07


5.1.6. Bekas Air Minuman Mudah alih
Tangki air bergerak dan palung minuman 5 kaki X 3 kaki X 2 kaki.

5.2 Persediaan Tenaga Kerja


a. Pengurus/ pemilik ladang memilih pekerja yang berminat.
b. Melawat ladang integrasi yang berjaya.
c. Menghadiri kursus mengenai ternakan integrasi melalui DVS atau swasta.

5.3 Persediaan Sebelum Memasukkan Ternakan


a. Merumpai anak kayu dengan menggunakan racun rumpai yang tidak membunuh
rumput lembut tiga (3) bulan sebelum lembu dimasukkan ke ladang.
b. Bagi pengurusan pelepah sawit yang efektif, disarankan supaya pelepah disusun
secara bulatan/ longgokan berbanding selang sebaris bagi mengelakkan
kecederaan oleh duri pelepah. Dalam masa yang sama ia dapat meningkatkan
pertumbuhan rumpai.
c. Merumpai secara hamparan "carpet spray" ditegah sama sekali.
d. Aktiviti agronomi ladang perlu disusun dengan mengambil kira pengurusan lembu.
e. Kaedah membaja secara mekanikal,
melalui udara atau 'spinner
broadcaster' dan secara manual
mestilah secara merata. Elakkan
daripada baja urea berketul-ketul
ditinggalkan di ladang secara Gambar 3: Kaedah membaja secara
terbuka. spinner broadcaster.

5.4 Perolehan Ternakan


a. Penggunaan baka tempatan
digalakkan atau baka lembu
dengan 50% darah lembu tropika.
b. Ternakan dipilih daripada gerompok
yang bebas penyakit atau ladang
berakreditasi iaitu ladang yang
mempunyai sijil pengiktirafan
daripada pihak veterinar yang
berkenaan.
c. Ternakan yang telah disaring dan
bebas daripada penyakit Brucellosis, Gambar 4: Nombor pengenalan atau
Johnes, Tuberkulosis (TB) dan tag pada setiap ekor lembu.
pemvaksinan Haemorrhagic
Septicaemia (HS) telah dilakukan. Mematuhi syarat- syarat kesihatan yang
telah ditetapkan oleh DVS.
d. Ternakan yang sihat dan subur sahaja dimasukkan ke ladang.
e. Pastikan induk pembiak subur dan boleh melahirkan anak.
f. Nombor pengenalan atau tag diberikan kepada setiap individu lembu.
Pemasangan nombor di kedua belah telinga digalakkan.
g. Sijil kesihatan dan permit pindah dari DVS perlu ketika pemindahan lembu
dibuat. Polisi pergerakan dan kawalan penyakit ternakan adalah tertakluk di
bawah kuasa Pengarah DVS Negeri dan Akta Binatang 1953.
08 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit
5.5 Pengharmonian Pengurusan Ladang Dengan Pengurusan Ternakan
a. Merangka petak pusingan ragutan di atas pelan ladang sawit.
b. Elakkan membuat kerja-kerja ladang di dalam petak kawasan ragutan yang
telah dipasangkan pagar elektrik.
c. Elakkan pemasangan pagar elektrik merintang jalan utama atau jalan besar.
Pasangkan pagar elektrik di kawasan ragutan yang bersebelahan dengan
kandang utama untuk permulaan ragutan.
d. Kawasan ragutan seluas lima (5) hektar dikawal menggunakan pagar elektrik
dan dua (2) set polywire (500 meter) bagi seratus (100) ekor lembu dewasa
sehari.
e. Tiang pagar diletakkan setiap 30 meter bagi membolehkan polywire dipasang
satu (1) satu meter dari aras tanah.

5.6 Penyerasian Lembu (Pre-conditioning)


a. Pasangkan pagar elektrik di bahagian dalam kandang tetap.
b. Masukkan lembu ke dalam kandang tersebut. Hidupkan energizer (Voltage 4.5
kv ke atas).
c. Pastikan setiap ekor lembu merasai kejutan arus elektrik daripada polywire
yang dipasang.
d. Pancutan air garam, sisa kicap atau molases sebagai umpan dan selalu
berdamping dengan ternakan.
e. Perhatikan kelakuan ternakan dan asingkan ternakan yang liar, garang dan
sakit.
f. Sediakan PKC, batu garam dan air minuman dicampur supplemen 'anti-stress'
untuk menenangkan serta melatih ternakan menjadi jinak. Ternakan biasanya
akan serasi dalam masa dua hari hingga satu minggu dan ianya tidak lagi
menyentuh pagar elektrik.

5.7. Pemindahan Lembu ke Petak Ragutan


a. Pasangkan tiang dan polywire di kawasan petak ragutan bersebelahan sehari
sebelum ternakan dikeluarkan dari kandang.
b. Pasangkan energizer kepada bateri 12 volt.
c. Jika perlu, pindahkan bekas minuman dan batu garam ke petak ragutan baru.
d. Pindahkan ternakan ke dalam petak ragutan baru.
e. Siapkan petak ragutan dengan memasang pagar elektrik dari set tambahan.
f. Kira jumlah ternakan semasa pemindahan ke petak baru.
g. Periksa petak lama untuk memastikan tiada lembu sakit atau anak-anak
lembu yang ketinggalan.
h. Pastikan setiap ekor lembu meragut rumput dengan baik.

5.8 Keluasan Ladang


a. Anggaran keperluan keluasan bagi kawasan ladang bagi seekor induk ialah
empat (4) hektar dan bergantung kepada ketinggian rumput ragutan.
b. Lembu perlu dipindahkan ke petak ragutan yang lain setelah rumput setinggi
15 cm.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 09


6.0 PENGURUSAN GEROMPOK

Pengurusan gerompok merupakan asas kepada perladangan penternakan integrasi


secara bersistematik. Daya maju bidang usaha dan keberkesanan sistem, bergantung
kepada kecekapan pengurusan setiap gerompok. Pengurusan gerompok yang cekap
dan sempurna mewujudkan suasana stabil dan harmoni dengan pengurusan ladang
kelapa sawit itu sendiri.

6.1 Pengurusan Gerompok Tertutup


Definisi "Gerompok tertutup" adalah satu keadaan di mana sesuatu kumpulan
ternakan tidak bercampur dengan mana-mana ternakan daripada luar, sama
ada secara semula jadi atau dilakukan secara tidak terkawal oleh pengusaha.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan status gerompok
tertutup adalah seperti berikut:-
a. Amalan ini dilaksanakan selepas jumlah bilangan induk dipenuhi.
b. Tiada pergerakan ternakan lain keluar masuk, berhampiran dan bersentuhan
secara langsung dengan gerompok.
c. Induk gantian dipilih daripada gerompok yang sama.
d. Kemasukan baka-baka gantian daripada sumber luar mengikut protokol
perolehan ternakan.

6.1.1 Pengurusan Pusingan Ragutan


Pusingan ragutan perlu diuruskan dengan baik untuk mengekalkan norma-
norma perladangan dan menjamin sumber bekalan makanan mencukupi serta
berkekalan. Aktiviti pengurusan pusingan ragutan adalah seperti berikut;-
a. 100 ekor induk boleh meragut di kawasan seluas lima (5) hektar
selama satu (1) hari (kebiasaannya). Pusingan ragutan lengkap adalah
selama 80- 90 hari;
b. Ternakan mesti dipindahkan ke petak berikutnya apabila ketinggian
rumpai kira-kira 15 cm selepas diragut;
c. Selepas ternakan dipindahkan, penggembala memeriksa kawasan
yang telah diragut untuk memastikan tiada ternakan yang tertinggal
dan membersihkan rumpai yang tidak diragut;
d. Bekalan air bersih dan batu garam sentiasa mencukupi. Kerja-
kerja penyelenggaraan ladang, dilaksanakan selepas petak ragutan
ditinggalkan tidak kurang dari lima (5) hari;
e. Penggembala melaksanakan kerja kawalan rumpai yang tidak dimakan
lembu (secara manual atau kimia);
g. Kepadatan ternakan di satu petak, ketinggian rumput dan kerja- kerja
penyelenggaraan ladang tertakluk kepada keperluan operasi ladang.
h. Pusingan ragutan ini penting sebagai kawalan merumpai di ladang bagi
mengurangkan penggunaan racun rumpai sebagai amalan pertanian
yang baik; dan
i. Penggunaan pagar elektrik mudah alih memudahkan pengurusan
pusingan ragutan yang berkesan.
j. Untuk mengawal rumpai yang tidak dikehendaki di petak ragutan,
tugas- tugas merumpai dilakukan oleh penggembala.

10 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


6.1.2 Pengurusan Pembiakbakaan
Matlamat pembiakbakaan ialah untuk menghasilkan seekor anak yang sihat
daripada setiap ekor induk dalam tempoh 365 hari.

6.1.2.1 Pengurusan Baka Pejantan


a. Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidak kurang
dari tiga (3) tahun dan mempunyai ciri-ciri libido yang tinggi.
b. Setiap baka pejantan mesti lulus ujian daya biak Breeding
Soundness Examination (BSE) yang dilakukan oleh DVS
atau pihak swasta sekali setahun.
c. Setiap ekor baka pejantan yang tidak produktif, garang
dan tidak dapat dikawal perlu diasing singkir.

6.1.2.2 Pengurusan Pembiakan Dan Pembakaan


a. Nisbah baka pejantan dengan induk betina ialah 1:15 atau
20.
b. Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap tiga (3)
tahun sekali.
c. Apabila berlaku keguguran hubungi Pegawai Perkhidmatan
Veterinar yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Fetus
dan sisa cairan dari keguguran perlu ditanam sedalam tiga
(3) kaki dan disuci hama dengan menggunakan kapur.
d. Induk yang gagal melahirkan anak yang sihat seekor setahun
dan yang kurang memiliki sifat keibuan perlu ditakai.

6.1.3 Pengurusan Kesihatan Gerompok


Pengurusan kesihatan gerompok merangkumi segala aktiviti pencegahan penyakit
berjangkit (boleh mengurangkan produktiviti ternakan) yang dirangka oleh pihak
Jabatan atau Pegawai Veterinar yang bertauliah.

a. Patuhi dan laksanakan segala aktiviti pencegahan penyakit yang


termaktub dalam protokol kesihatan gerompok.
b. Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera dan dirawat secara
berasingan.
c. Program pemberian ubatan berdasarkan kepada keperluan dan
keadaan tertentu (contoh ubat cacing, nyah kutu dan pemberian
antibiotik)
d. Sebarang kematian lembu mesti dilaporkan ke Pejabat Perkhidmatan
Veterinar atau Pusat Operasi VetEC terdekat dan bedah siasat
dilakukan dengan sempurna. Bangkai mesti dilupuskan dengan cara
menanam sekurang-kurangnya dengan kedalaman tujuh (7) kaki.
e. Penggunaan ubatan hanya yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan
mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai yang bertauliah. Tempoh
luput antibiotik dan ubatan lain mengikut garis panduan pengeluar.
f. Sebarang kejadian wabak penyakit mestilah dilaporkan ke Pejabat
Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran
dalam tempoh 24 jam daripada tanda-tanda penyakit yang dikesan.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 11


6.1.4 Pengurusan Anak Lembu
a. Anak lembu yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ia
tidak cedera atau cacat semasa kelahiran.
b. Anak lembu mesti mendapat susu awal (kolostrum) dalam tempoh
empat (4) jam pertama selepas kelahiran.
c. Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak lembu yang berumur
satu minggu.
d. Timbang setiap ekor anak lembu yang baru lahir dan setiap enam
bulan sekali.
e. Anak lembu yang sakit dan tidak ekonomik dirawat bantut serta cacat
mestilah diasing singkir.
f. Asingkan anak lembu mengikut jantina ke padok yang berasingan
selepas cerai susu.

6.1.5 Pengurusan Lembu Dara dan Jantan Jaras


a. Aktiviti pemilihan lembu dara dijalankan sebagai induk pengganti
(replacement breeder) apabila berumur 18 bulan atau mencapai
berat tidak kurang 200 kg.
b. Lembu dara tidak digalakkan dijual sekiranya induk tidak mencukupi.
c. Aktiviti pemilihan lembu jantan muda dijalankan bagi tujuan
penggantian baka pejantan.
d. Lembu jantan jaras yang terpilih sebagai baka pejantan perlu diurus
dengan baik. Baka pejantan berfungsi dan anak jantan yang terbaik
dari projek "greenlotting" (Greenlotting bermaksud pengasingan
ternakan di dalam kawasan berumput sebelum dimasukkan ke dalam
fidlot untuk penggemukan)
e. Lembu jantan jaras yang tidak terpilih diasingkan dan digemukkan
secara "greenlot" atau dijual.
f. Pastikan lembu jantan jaras (muda) ini tidak menceroboh masuk ke
dalam kumpulan lembu dewasa.
g. Bagi jualan akikah dan korban, ternakan perlu dimasukkan dalam
kandang fidlot satu hingga dua bulan sebelum jualan dan diberi
makan PKC.

12 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


6.1.6 Pengurusan Data dan Rekod
Merekod ialah satu kaedah yang perlu diamalkan untuk menganalisa prestasi
pengurusan ternakan. Rekod mesti disimpan dan diselenggara dengan teratur.
Rekod yang perlu adalah seperti berikut:-
a. Rekod Kelahiran- memastikan setiap induk melahirkan anak dalam
tempoh setahun.
b. Rekod Kematian - mencatat kematian dan puncanya.
c. Rekod Ragutan Pusingan -mempastikan setiap kawasan ragut diguna
pakai mengikut jadual yang ditetapkan.
d. Rekod Timbangan - Memastikan prestasi ternakan dapat diketahui
melalui kenaikan berat badannya.
e. Rekod Jualan - memastikan prestasi bidang usaha dapat memberikan
keuntungan.
f. Rekod Pembelian - menilai dan membuat perbandingan semula kos
ternakan.
g. Rekod Rawatan - Menilai semula punca dan sebab penyakit berlaku
dan kos perbelanjaan.
h. Rekod Aktiviti Harian - Memastikan pengurusan dilaksanakan
mengikut perancangan.
i. Semua ternakan perlu ada tanda pengenalan yang bersesuaian dan
berkesan. Antaranya adalah RFID, Tagging, Freeze Branding, tattoo
dan lain- lain kaedah.

6.2 Pengurusan Personel


a. Pekerja mestilah diberi latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa untuk
mengendalikan gerompok ternakan dan peralatan.
b. Pekerja mempunyai sifat penyayang, minat dan bertanggungjawab terhadap
ternakan.
c. Pekerja yang terlibat dengan ternakan mestilah bebas dari penyakit berjangkit
dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
d. Majikan digalakkan melindungi setiap pekerja dengan skim insurans.
e. Menggunakan pakaian dan peralatan kerja yang sesuai.
f. Majikan perlu menyediakan peti kecemasan untuk kegunaan penggembala.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 13


7.0 SISTEM BIDANG USAHA

Terdapat dua sistem pengeluaran lembu pedaging yang diamalkan dalam perladangan
tanaman kekal. Sistem pengeluaran secara integrasi yang dimaksudkan adalah seperti
berikut :-

a. Sistem Ibu-Anak (Cow-calf System Semicolon); dan


b. Sistem Pembesaran Anak Jantan (Bull Park System) / Betina (Heifer Park System).

7.1 Sistem Ibu-Anak


Sistem pemeliharaan ibu-anak yang dimaksudkan terdiri daripada induk, baka pejantan,
dan anak-anak yang dipelihara dan diurus di dalam gerompok yang sama. Hasil dari
sistem ini ialah anak jantan muda, anak betina muda yang dicerai susu (berumur >6
bulan atau berat > 100kg) dan lembu yang ditakai.

7.1.1 Parameter Teknikal


Parameter teknikal yang digunakan bagi sistem ini adalah seperti berikut :-
a. 100 ekor induk dan lima (5) ekor baka pejantan bagi setiap 400
hektar sawit berumur lima (5) tahun.
b. Kadar kelahiran ialah 60%- 70% setahun (minimum).
c. Kadar Kematian - Anak (bawah 6 bulan) tidak lebih 10% dan Gerompok
tidak melebihi 2% setahun.
d. 10% daripada induk disingkir setahun bermula dari tahun ketiga.
Induk pengganti dipilih daripada kumpulan yang sama.
e. Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap tiga (3) tahun sekali.

14 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


7.1.2 Kadar Takaian/ Tukar
Bagi meningkatkan produktiviti gerompok, takaian ternakan tertentu perlu
dilakukan dari masa ke masa dan berpandukan kepada parameter berikut:-
a. Induk tidak produktif - pada kadar 10% setahun.
b. Baka pejantan - ditukar setiap tiga (3) tahun.
c. Lembu Dara - 10% untuk gantian induk takai, dan 90% untuk ke
kawasan baru.
d. Lembu Jantan Muda - 100% dikeluarkan ke kawasan baru.

7.2 Sistem Pembesaran Anak Jantan/ Betina


Sistem pemeliharaan lembu pedaging yang hanya melibatkan satu kategori atau kelas
ternakan. Terdiri daripada anak jantan muda atau anak betina (berumur > 6 bulan atau
berat > 100kg) dalam satu gerompok.
Parameter teknikal bagi sistem ini adalah seperti berikut
a. Setiap gerompok mengandungi 250-300 ekor pejantan muda atau lembu
betina muda di kawasan seluas 400 hektar sawit yang berumur tidak kurang
lima (5) tahun (1 ekor: 1.5 hektar).
b. Purata kenaikan berat badan harian yang optimum anggaran 400g-500 g/
hari.
c. Kadar kematian gerompok tidak melebihi 2% setahun.
d. Tempoh pemeliharaan bergantung kepada permintaan dan harga tertinggi di
pasaran.

Hasil daripada sistem ini adalah seperti berikut :-


7.2.1 Sistem Pembesaran Anak Jantan (Bull Park)
a. Baka pejantan terpilih.
b. Lembu pedaging (sembelih atau korban).

7.2.2 Sistem Pembesaran Anak Betina (Heifer Park)


a. Induk pembiak terpilih.
b. Lembu pedaging (takai).

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 15


8.0 PERKHIDMATAN SOKONGAN VETERINAR

Kejayaan pembangunan bidang usaha integrasi komersil bergantung kepada


Perkhidmatan Sokongan Veterinar yang diberi secara proaktif di mana perkhidmatan
diberi dalam bentuk Lawatan Terancang Berjadual (LTJ). Secara keseluruhannya projek
integrasi telah dikelompokkan ke dalam beberapa buah zon kawasan tumpuan sasaran.
Perkhidmatan LTJ diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar berpusat di (7) tujuh buah
zon perkhidmatan yang terdiri dari 58 buah pusat operasi Veterinary Extension Center
(VetEC).

8.1 Objektif LTJ


a. Mewujudkan perhubungan erat antara pihak Jabatan dengan pengusaha.
b. Mendidik pengusaha ke arah merancang dan melakukan kerja-kerja secara
sistematik.
c. Pemindahan teknologi dan maklumat mutakhir dapat disalurkan dengan
sempurna.
d. Pengusaha memperolehi pulangan pendapatan yang maksimum melalui
penggunaan sumber secara optimum.

8.2 Aktiviti Lawatan Terancang Berjadual (LTJ)

Aktiviti LTJ yang dijalankan menjuruskan kepada penambahbaikan sesuatu bidang


usaha, dimana satu jadual yang dirancang untuk satu tahun bagi setiap gerompok.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-
a. Program latihan dan pembangunan sumber manusia;
b. Program kesihatan dan kawalan penyakit; dan
c. Program pembiakbakaan.

8.2.1 Program Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia.

Program ini dijalankan melalui


beberapa kaedah atau pendekatan
seperti berikut:-
a. Taklimat, Kursus.
b. Bengkel, Seminar.
c. Lawatan Belajar.
d. Tinjauan Teknologi.
e. Demonstrasi (field day).
f. Sidang Ternak.

Perkara-pekara yang disampaikan


meliputi segala aspek penternakan Gambar 5: Tinjauan Jabatan Perkhidmatan
dan urus niaga ternakan, berpandukan Veterinar (DVS) di kawasan penternakan
kurikulum yang telah dikhususkan ladang sawit.
untuk program ini.

16 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


8.2.2 Program Kesihatan Dan Kawalan Penyakit

Program ini bertujuan untuk


mewujudkan gerompok yang bebas
penyakit bagi meningkatkan produktiviti
bidang usaha. Bagi mengekalkan
kesihatan ternakan berada di tahap
terbaik, tindakan proaktif yang biasa
diamalkan adalah:-
a. Menilai keberkesanan
pelaksanaan program
kesihatan gerompok yang
dilaksanakan. Gambar 6: Suntikan vaksin bagi kawalan
b. M e l a k s a n a k a n penyakit.
penambahbaikan kepada
program kesihatan gerompok yang sedia ada termasuk penggunaan
teknologi terkini.
c. Menilai keberkesanan kos setiap aktiviti kawalan penyakit yang
dilaksanakan.

8.2.3 Penilaian Prestasi Pembiakbakaan


a. Menilai rekod kelahiran, kenaikan berat lahir dan rekod kematian.
b. Melaksanakan program pemeriksaan kebuntingan.
c. Membuat pemeriksaan Breeding Soundness Evaluation (BSE) kepada
lembu baka jantan.

8.2.4 Penilaian Prestasi Pemakanan


a. Imbangan pemakanan (tenaga, protein, mineral) dikaji dari semasa ke
semasa.
b. Penilaian bahan kering berbanding dengan jumlah stok ternakan
semasa.
c. Penilaian prestasi keibuan terhadap anak yang belum dicerai susu.
d. Penilaian norma ragutan berbanding prestasi ternakan pada gerompok
tertentu.

8.2.5 Penilaian Kualiti Genetik


a. Ternakan yang bermasalah dan tidak ekonomik dirawat, perlu ditakai.
b. Penggantian induk dan baka pejantan terpilih ke dalam gerompok.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 17


9.0 PEMASARAN HASIL

Untung atau rugi bidang usaha bergantung kepada sejauh mana pengusaha dapat
memasarkan hasil ladang mereka dengan cekap. Pemilihan saluran pemasaran
bergantung kepada skala dan lokasi sesuatu bidang usaha.

9.1. Pemasaran Am.


Terdapat beberapa produk yang dapat dihasilkan dalam projek integrasi. Antara yang
utama adalah;
a. Lembu Jantan (Jaras).
b. Lembu Pembiak (Induk).
c. Lembu Baka Pejantan.
d. Lembu Singkiran.

9.1.1 Corak Permintaan


Harga dan corak permintaan berubah mengikut kehendak pelanggan dan keadaan
semasa. Pemasaran mesti diutamakan ketika masa permintaan tinggi agar
pulangan hasil adalah pada tahap tertinggi. Pada amnya permintaan di kawasan
integrasi dapat dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
a. Permintaan untuk perayaan, akikah dan korban.
b. Permintaan untuk kenduri-kendara.
c. Permintaan bagi tujuan pembiakan.

9.1.2 Pendekatan Pemasaran


Pendekatan utama dalam pemasaran adalah:
a. Mudah didapati sama ada dari segi kuantiti dan kualiti.
b. Perakuan bebas penyakit kesihatan dari Jabatan Perkhidmatan
Veterinar.
c. Hubungan jalan yang sempurna.
d. Kemudahan kandang yang baik.

9.1.3 Kaedah Jualan


Secara umumnya kaedah jualan dapat dibuat dalam dua (2) cara:
a. Jualan secara timbang.
b. Jualan secara borong.

9.1.4 Urusan Ternakan


Berat badan lembu akan menurun dengan ketara pada awal pemindahan
disebabkan beberapa faktor:
a. Stres semasa pengangkutan.
b. Penukaran bahan makanan dan cara pengambilannya.

Penjualan baka dan induk lembu perlu dilaksanakan seawal mungkin, sebaiknya
pada hari pertama kemasukan lembu ke kandang. Ini kerana baka dan induk
lembu tersebut akan mengalami penurunan berat badan yang amat ketara pada
minggu pertama ia ditempatkan di dalam kandang. –

18 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


Lembu untuk jualan akikah dan korban dipindahkan ke dalam kandang jualan
sekurang kurangnya 6 atau 8 minggu awal daripada tarikh pemasaran. Rawatan
kutu dan cacing perlu dibuat semasa dalam kandang jualan. Kaedah ini akan
menambah nilai serta mencantikkan lembu semasa jualan. Lembu boleh diberikan
makanan PKC atau rincihan pelepah sawit dan rumput dipotong. Lembu yang tidak
mahu makan dan kalah dalam kumpulan, hendaklah diasing dan disimpan dalam
kawasan ragutan di luar kandang mengikut keadaan pemeliharaan normal seperti
di luar lapangan.

9.2. Jualan Terus Kepada Peraih / Pelanggan


Jualan terus ialah satu sistem pemasaran tradisi, dimana jualan ternakan berlaku dalam
jumlah yang sedikit. Kebiasaannya jualan dibuat secara borong dan harganya bergantung
kepada persetujuan pengusaha dan peraih. Proses jualan ini kurang menguntungkan
berbanding penjualan untuk akikah dan korban, kerana kaedah ini tidak berpandukan
kepada keuntungan yang maksimum. Oleh yang demikian bagi memaksimumkan
keuntungan adalah perlu diwujudkan satu sistem pemasaran yang lebih luas capaian
kepada pembeli seperti platform jualan online, koperasi atau pusat jualan ternakan.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 19


10.0 EKONOMI BIDANG USAHA

Satu model bidang usaha penternakan lembu pedaging integrasi sistem ibu-anak dengan
kapasiti 100 ekor induk dalam kawasan 400 hektar ladang kelapa sawit dipaparkan untuk
menunjukkan daya maju teknikal dan kewangan bagi tempoh projek selama 10 tahun.

10.1 Penternakan Lembu Pedaging Sistem Ibu-Anak

10.1.1 Aliran Fizikal Ternakan


Bermula dengan 100 ekor induk dan lima (5) ekor pejantan, ternakan dipelihara
secara ekstensif, meragut bergiliran terkawal dengan pagar letrik dalam ladang
sawit dan membiak-baik secara tabii. Setiap tiga tahun, pejantan akan ditukar
untuk mengelakkan 'inbreeding'. Sistem pemilihan dan takaian dijalankan dengan
teliti supaya kualiti gerompok bertambah baik dari masa ke masa. Setelah dimasuk
kira kadar kelahiran (65-75% setahun), kadar kematian mengikut peringkat umur
(2-10% setahun), takai, pembelian baka gantian dan jualan, bilangan ternakan
bertambah dari tahun ke tahun (Jadual 10.3.1 Aliran Fizikal).

Dalam tahun keenam, saiz gerompok mulai stabil di tahap maksimum 284 ekor
dengan bilangan induk dan pejantan ditetapkan pada jumlah asal. Bidang usaha
ini dapat mengeluarkan kira-kira 68 ekor ternakan (pejantan dan induk takai,
feeder dan dara), dijual untuk sembelih, digemukkan atau sebagai baka pembiak.

10.1.2 Aliran Tunai


Aliran wang masuk (Jadual 10.3.2 Unjuran Aliran Kewangan) projek ini diperolehi
daripada jualan ternakan pelbagai kategori, induk dan pejantan takai, anak lembu
jantan dan lembu dara.

Kos modal awal dianggarkan berjumlah RM 612,000 dengan peratusan sebanyak


87% bersamaan dengan RM 540,000 untuk membeli 100 ekor induk dan 5
ekor pejantan. Sejumlah 13% bersamaan RM 72,000 lagi diperlukan untuk
menyediakan beberapa jenis harta modal bagi kegunaan ternakan dan pekerja
termasuk, kandang-celung (kadangan mudah alir), kabin bergerak (karavan), set
pagar elektrik, alat penimbang, trailer-pam air, motortrailer dan lain-lain (Jadual
10.3.3 Panduan Kos Anggaran Kos Tetap Bagi Model Ibu–Anak (Pembiakan)).

Kos langsung pemeliharaan ternakan termasuk pembelian garam, vitamin,


ubat-ubatan, utiliti, pembaikan dan alat ganti serta upah buruh meningkat
dari tahun ke tahun. Di peringkat awal, projek membelanjakan RM 37,818.00
setahun, meningkat kepada RM 45,474.04 di tahun keempat seterusnya ke tahap
RM 57,511.40 setelah saiz gerompok stabil dengan mengambil kira kadar inflasi
sebanyak 5% setahun.

Pentadbiran projek termasuk merancang, menyelia dan memantau operasi bidang


usaha penternakan dijalankan oleh pihak pengurusan ladang sebagai sebahagian
daripada tugas harian. Sebanyak RM 2,553.00 perbelanjaan pentadbiran dicaj
kepada bidang usaha ini setiap tahun.

20 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


10.1.3. Dayamaju Kewangan
Di peringkat awal operasi, projek ini mengalami defisit aliran tunai. Mulai tahun
kedua, projek ini memperolehi lebihan tunai sebanyak RM 108,169.00 dan terus
meningkat tahun demi tahun hingga mencapai RM 1,327,918.76. Lebihan/ defisit
tunai terkumpul menunjukkan bahawa Tempoh Pulang Modal (PBP) berlaku dalam
tahun kelima. Projek ini mempunyai daya maju kewangan yang tinggi, Kadar
Pulangan Dalaman (IRR) ialah 27.62%. Pada kadar diskaun 10%, Nilai Kini Bersih
(NPV) ialah RM 902,285.00 dan Nisbah Faedah Kos (BCR) ialah 2.21 (Jadual
10.3.2 Unjuran Aliran Kewangan).

10.1.4 Anggaran Untung Rugi


Anggaran Untung Rugi boleh ditunjukkan dengan kaedah Analisis Margin Kasar
(AMK). Margin kasar bagi seekor induk dalam satu tahun diperolehi dengan
membandingkan antara purata hasil dan purata kos berubah.

Dalam model bidang usaha di atas, seekor induk (bersama 1/20 ekor pejantan dan
anak- anaknya) menghasilkan purata nilai output RM3,186.68 setahun dan purata
kos berubah ialah RM395.64 (Jadual 10.3.4 Margin Kasar Sistem Pemeliharaan
Ibu Dan Anak). Margin kasar iaitu perbezaan di antara hasil dan kos berubah ialah
RM 2,791.04 /induk/tahun. Setelah ditolak anggaran kos susut nilai harta modal
sebanyak RM 1,050.00 dan anggaran kos susut nilai induk RM 1,000.00, margin
bersih adalah RM 741.04 /induk/tahun.

Dengan bilangan induk 100 ekor, jumlah Margin kasar bidang usaha ini ialah RM
279,104/tahun dan Margin bersih ialah RM 74,104.00 setahun.

10.2 SISTEM PENTERNAKAN GREENLOT

10.2.1 Aliran Fizikal Ternakan


Satu model bidang usaha penternakan anak jantan dengan kapasiti 250 ekor
dipelihara dalam ladang sawit seluas 600¹ hektar dipaparkan untuk menunjukkan
daya keberuntungan. Anak lembu lepas cerai susu (umur 6-8 bulan) diasingkan
dalam satu gerompok dipelihara selama lebih kurang 12 bulan. Ternakan dipelihara
secara ekstensif, meragut bergiliran dan dikawal dengan pagar elektrik. Rawatan
dan pemberian garam- vitamin dilakukan secara berkala.
*¹ (1 ekor 4 ekar, 250 anak jantan = 250 x 0.6 indeks = 150 Unit Ternakan (U.T.),
Untuk 150 UT x 4 hektar = 600 hektar)

10.2.2 Kos Pelaburan


Projek ini memerlukan pelaburan awal sebanyak RM55,000 untuk menyediakan
kandang-celung, karavan, set pagar eletrik mudah alih, alat penimbang, tangki
dan pam air, motortrailer dan lain-lain (Jadual 10.3.5 Panduan Kos Anggaran Kos
Tetap Bagi Pemeliharaan Greenlot).

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 21


10.2.3 Kos Operasi
Kos operasi utama dalam bidang usaha ini ialah pembelian anak lembu. Untuk
memperolehi 250 ekor anak lembu lepas cerai susu, projek memerlukan
RM375,000. Lain-lain kos yang terlibat ialah pembelian garam-vitamin, rawatan,
utiliti, pembaikan dan alat ganti, upah buruh, kos pengurusan dan sebagainya
berjumlah RM50,500 bagi satu gerompok setahun.

10.2.4. Anggaran Untung Rugi


Anggaran untung rugi operasi projek ini ditunjukkan dengan kaedah AMK. Setelah
mengambil kira kadar kematian 2%, nilai output bagi satu ekor lembu greenlot
ialah RM5,213.60. Jumlah nilai output ialah RM5,213.60/ekor/tahun.
Purata kos operasi bagi setiap ekor ternakan adalah RM1,702 iaitu termasuk
kos pembelian anak lembu, garam-vitamin, ubatan, upah buruh, pembaikan dan
alat ganti, utiliti, kos pentadbiran dan sebagainya. Margin Kasar iaitu perbezaan
antara purata jumlah hasil dan purata jumlah kos berubah ialah RM3,511.60, ini
menjadikan jumlah Margin kasar bidang usaha dengan 250 ekor ternakan kepada
RM877,900 setahun (Jadual 10.3.6 Margin Kasar Greenlot).

22 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


JADUAL 10.3 PANDUAN KOS
10.3.1 UNJURAN ALIRAN FIZIKAL

TAHUN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
STOK AWAL
Pejantan 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5
Induk 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100
Anak 0 - 12 65 70 75 75 75 75 75 75 75 75
bulan
Anak 12 - 24 0 59 63 69 69 70 70 70 70 70
bulan
Dara 24 - 36 0 0 28 32 35 35 35 35 35 35
bulan
KEMATIAN
Pejantan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Induk 0 0 2 2 2 2 2 2 2 2
Anak <12 bulan 7 7 6 6 5 5 5 5 5 5
Anak <24 bulan 0 3 2 2 2 2 2 2 2 2
PEMBELIAN
Pejantan 0 0 0 5 0 0 5 0 0 5
Induk 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
OUTPUT
Pejantan Takai 0 0 0 5 0 0 5 0 0 5
Induk Takai 0 0 18 21 23 23 23 23 23 23
Anak Jantan 28 32 35 35 35 35 35 35 35
<24 bulan
Dara 24 - 36 8 9 10 10 10 10 10 10
bulan*
RINGKASAN
Jumlah (Ekor) 170 234 271 281 284 285 285 285 285 285
Jumlah (Unit 126 166 199 206 209 209 209 209 209 209 *animal unit
Ternak)
Jumlah Berat 38250 55130 63890 66570 67320 67530 67530 67530 67530 67530 Jantan 1.2
Hidup Stok
Pertambahan 0 16880 8760 2680 750 210 0 0 0 0 Induk 1.0
Berat Hidup Stok
Jumlah Output 0 24720 25120 22780 19950 19410 20950 19200 19200 20950 0-12 0.3
PARAMETER TEKNIKAL 12 hingga 0.6
24
1. Kadar 65% 70% 75% 75% 75% 75% 75% 75% 75% 75%
Kelahiran
2. Kadar
Kematian
Anak <12 bulan 10% 10% 8% 8% 7% 7% 7% 7% 7% 7%

Anak 12-24 5% 5% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3%
bulan
Dewasa 2% 2% 2% 2% 2% 2% 2% 2% 2% 2%
3. Takai 0% 0% 18% 21% 23% 23% 23% 23% 23% 25%

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 23


10.3.2 UNJURAN ALIRAN KEWANGAN

24
JADUAL 10.3.2 UNJURAN ALIRAN KEWANGAN
TAHUN
Purata 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A. WANG MASUK Harga Unit
Berat (kg)
1 Pejantan Takai 350 16.00 RM/kg - - - - 28,000.00 - - 28,000.00 - - 28,000.00
2 Induk Takai 300 15.00 RM/kg - - - 81,000.00 94,500.00 103,500.00 103,500.00 103,500.00 103,500.00 103,500.00 103,500.00

3 Jantan Muda < 24 bln 280 19.00 RM/kg - - 148,960.00 170,240.00 186,200.00 186,200.00 186,200.00 186,200.00 186,200.00 186,200.00 186,200.00

4 Dara <36 bln 250 17.00 RM/kg - - - 34,000.00 38,250.00 42,500.00 42,500.00 42,500.00 42,500.00 42,500.00 42,500.00
5 Nilai Lupus 1,065,230.00
Jumlah Wang Masuk - - 148,960.00 285,240.00 346,950.00 332,200.00 332,200.00 360,200.00 332,200.00 332,200.00 1,425,430.00
B. WANG KELUAR
B1. Kos Modal
1 Pembelian Induk
Jantan* 5 8,000 RM/ek 40000 0 0 0 40000 0 0 40000 0 0 40000
Betina* 100 5,000 RM/ek 500000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2 Kandang & Celung (kandang mudahalih) 1 20,000 RM/unit 20000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
3 Kabin Bergerak 1 10,000 RM/unit 10000 0 0 0 0 0 10000 0 0 0 0
4 Set Pagara Elektrik 2 10,000 RM/unit 20000 0 0 0 0 0 20000 0 0 0 0
5 Alat Timbang 1 8,000 RM/unit 8000 0 0 0 0 0 8000 0 0 0 0
6 Trailer Air & Pam Air 1 9,000 RM/unit 9000 0 0 0 0 0 9000 0 0 0 0
7 Motortrailer 1 10,000 RM/unit 10000 0 0 0 0 0 10000 0 0 0 0

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


8 Lain-lain Peralatan 5,000 0 0 0 0 0 5000 0 0 0 0
Jumlah Kos Tetap 622000 0 0 0 40000 0 62000 40000 0 0 40000
B2. Kos Langsung Kos Seunit
1 Garam & Vitamin 18.00 RM/UT/th 2,259.00 2,988.00 3,573.00 3,699.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00
2 Ubatan 18.00 RM/UT/th 2,259.00 2,988.00 3,573.00 3,699.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00 3,753.00
3 Utiliti & POL 150.00 RM/bln 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00
4 Upah 2400.00 RM/bln 28,800.00 30,240.00 31,752.00 33,339.60 35,006.58 36,756.91 38,594.75 40,524.49 42,550.72 44,678.25
5 Pembaikan & Alat Ganti 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00
6 Pelbagai Perbelanjaan 1,500.00 1,575.00 1,653.75 1,736.44 1,823.26 1,914.42 2,010.14 2,110.65 2,216.18 2,326.99
Jumlah Kos Langsung 37,818.00 40,791.00 43,551.75 45,474.04 47,335.84 49,177.33 51,110.90 53,141.14 55,272.90 57,511.24
B3. Kos Pentadbiran (RM/thn)
JUMLAH WANG KELUAR 622,000.00 37,818.00 40,791.00 43,551.75 85,474.04 47,335.84 111,177.33 91,110.90 53,141.14 55,272.90 97,511.24
C. JUMLAH WANG KELUAR (B1+B2+B3)
LEBIHAN/DEFISIT (A-B) - 622,000.00 - 37,818.00 108,169.00 241,688.25 261,475.96 284,864.16 221,022.67 269,089.10 279,058.86 276,927.10 1,327,918.76
LEBIHAN/DEFISIT TERKUMPUL - 622,000.00 - 659,818.00 - 551,649.00 - 309,960.75 - 48,484.79 236,379.37 457,402.04 726,491.14 1,005,550.00 1,282,477.10 2,610,395.86
E. DAYAMAJU KEWANGAN
KADAR PULANGAN DALAMAN (IRR) 27.62%
NILAI KINI BERSIH (NPV)@10% RM902,285
NISBAH FAEDAH KOD (BCR) @10% 2.21
TEMPOH PULANG MODAL (PBP) 4.79
JADUAL 10.3.3 PANDUAN KOS ANGGARAN KOS TETAP BAGI MODEL IBU–ANAK (PEMBIAKAN)

Bil Perkara Kos(RM)


1 Pembelian 5 ekor lembu pejantan baka 40,000.00
2 Pembelian 100 ekor lembu betina (induk) 100 500,000.00
3 Pembelian Kabin bergerak @ 1 set 10,000.00
4 Pembelian Unit Pagar letrik Mudah Alih @ 1 set 10,000.00
5 Pembelian Alat Timbang @ 1set 8,000.00
6 Pembelian Motortrailer @ 1 unit 10,000.00
7 Pembelian Pam Air @ 1 unit 4,000.00
8 Pembelian Tangki Air @ 1 unit 5,000.00
9 Pembelian Alatan Lain 5,000.00
10 Kandang & Celung (kandang mudahalih) 20,000.00
Jumlah Kos Tetap 612,000.00

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 25


Jadual 10.3.4 MARGIN KASAR SISTEM PEMELIHARAAN IBU DAN ANAK

PURATA BILANGAN INDUK 100 ekor


Kadar Kelahiran 75%
Kadar Kematian Anak < 1 tahun 5%
Kadar Kematian Anak < 2 tahun 3%
Kadar Kematian Lembu Dewasa 2%
A. HASIL Unit Kuantiti Harga/Unit RM/Induk/
Tahun
A1. Pejantan Takai ekor/induk/tahun 0.016 5600 89.60
A2. Induk Takai ekor/induk/tahun 0.196 4500 882.00
A3. Jantan Jaras (Jantan Muda) < 2 ekor/induk/tahun 0.369 5320 1963.08
tahun
A4. Betina Muda (Dara) < 2 tahun ekor/induk/tahun 0.168 1500 252.00
Jumlah Hasil 3186.68
B. KOS BERUBAH
B1. Induk Gantian ekor/induk/tahun 0.1 0 0.00
B2. Pejantan Gantian ekor/induk/tahun 0.022 8,000 176.00
B3. Makanan Tambahan LUMPSUM 0 0.00
B4. Garam & Vitamins LUMPSUM 2328 23.28
B5. Ubat & Rawatan LUMPSUM 2328 23.28
B6. Upah Buruh LUMPSUM 12000 120.00
B7. Pembaikan & Alat Ganti LUMPSUM 1428 14.28
B8. POL & Utiliti LUMPSUM 0 0.00
B9. Baja & Racun LUMPSUM 0 0.00
B10. Pentadbiran LUMPSUM 3000 30.00
B11. Pelbagai LUMPSUM 880 8.80
Jumlah Kos Berubah 395.64
C. MARGIN KASAR (A-B) RM/induk/tahun 2791.04
D. JUMLAH MARGIN KASAR RM/tahun 2791.04
LADANG

26 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


JADUAL 10.3.5 PANDUAN KOS ANGGARAN KOS TETAP BAGI PEMELIHARAAN GREENLOT

Bil Perkara Kos(RM)


1 Pembelian Kabin bergerak @ 1 set 10,000.00
2 Pembelian Unit Pagar letrik Mudah Alih @ 1 set satu set 6,000.00
3 Pembelian Alat Timbang @ 1 set 8,000.00
4 Pembelian Pam Air @ 1 unit 4,000.00
5 Pembelian Motortrailer @ 1 unit 10,000.00
6 Pembelian Alatan Lain 5,000.00
7 Kandang & Celung (kandang mudahalih) @ 1 set 20,000.00
Jumlah Kos Tetap 55,000.00

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 27


Jadual 10.3.6 MARGIN KASAR GREENLOT

Bilangan Lembu Greenlot 250 ekor


Kadar Kematian 2%
Berat Awal 100 kg Harga Belian RM 15.00/kg
Berat Akhir 280 kg Harga Jualan RM 19.00/kg

Harga
A. HASIL Unit Kuantiti RM/ekor/tahun
(RM)/Unit
A1. Lembu Muda kg 280 0.98 19.00 5213.60

Jumlah Hasil 5213.60

B. KOS BERUBAH

B1. Anak Lembu kg - 100.00 15.00 1,500.00

B2. Garam & Vitamin LUMPSUM - 4,500.00 - 18.00

B3. Ubat & Rawatan LUMPSUM - 4,500.00 - 18.00

B4. Upah Buruh LUMPSUM - 28,800.00 - 115.20

Pembaikan & Alat


B5. LUMPSUM - 1,200.00 - 4.80
Ganti

B6. POL & Utiliti LUMPSUM - 1,500.00 - 6.00

B7. Pentadbiran LUMPSUM - 5,000.00 - 20.00

B8. Pelbagai LUMPSUM - 5,000.00 - 20.00

Jumlah Kos Berubah 1,702.00


C. MARGIN KASAR 3,511.60

D. JUMLAH MARGIN KASAR LADANG 877,900.00

28 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


11.0 AMALAN PENTERNAKAN YANG BAIK

Amalan Penternakan Yang Baik atau Good Animal Husbandry Practices (GAHP) merupakan
panduan penternakan yang disarankan diamalkan oleh semua penternak. Panduan ini
dikeluarkan oleh Jabatan secara berasingan. Para pengusaha penternakan digalakkan
mengamalkan prinsip-prinsip di dalam GAHP.

Panduan bagi melaksanakan amalan Good Animal Husbandry Practices (GAHP) di


ladang penternakan adalah seperti berikut:

11.1 Pengurusan Ternakan


a. Mengamalkan proses cerai susu, mengikut kaedah yang praktikal dan tidak
memudaratkan ternakan.
b. Anak-anak pejantan muda dipindah berasingan daripada kumpulan ibu-anak
yang asal.
c. Pemeriksaan kualiti baka pejantan dilakukan dari semasa ke semasa.
d. Mengadakan program pemeriksaan kesuburan ternakan secara berkala.
e. Mengamalkan konsep gerompok tertutup.
f. Aktiviti keluar-masuk pelawat ke ladang dikawal dan mematuhi prosedur
pembasmian (disinfection) penyakit.
g. Baka pejantan diganti dengan yang baru setiap tiga (3) tahun.
h. Nisbah baka pejantan dengan betina 1:20 dan digalakkan mempunyai tiga (3)
ekor baka pejantan bagi bilangan induk 40 ekor.
i. Ternakan yang baru diterima perlulah direhatkan dalam kandang selama
tiga (3) hari sebelum melakukan sebarang aktiviti terhadapnya. Selama
dalam tempoh berkenaan, air bersih, makanan secukupnya, garam galian dan
antistress diberikan.

11.2 Rawatan Ternakan Dan Kesihatan Gerompok


a. Pengusaha tidak digalakkan melakukan rawatan ternakan kecuali rawatan
kecil.
b. Ternakan tidak boleh dijual untuk disembelih, selagi ternakan tersebut masih
dalam lingkungan tarikh luput rawatan (withdrawal period).
c. Ubatan dan peralatan perlu disimpan dan diselenggara dengan baik serta
mengikuti tatacara penyimpanan ubat- ubatan.
d. Melaksanakan program kesihatan gerompok sepenuhnya (100%) dan
berpandukan kepada Program Kesihatan Gerompok yang disediakan oleh DVS
Negeri.

11.3 Makanan Dan Pemakanan


a. Bata garam sentiasa diberikan.
b. Sebelum dimasukkan ternakan ke satu-satu petak, pastikan tiada tumbuhan
yang beracun di petak tersebut.
c. Ternakan diubah petak ragutan apabila ketinggian rumpai di dalam kawasan
yang sedang diragut tinggal 15 cm sahaja.
d. Kadar stok ternakan pada purata 1:4 hektar, pengurangan stok dilakukan dari
semasa ke semasa apabila bahan makanan menurun (apabila umur sawit meningkat)
dan penurunan purata susuk badan ternakan kepada tiga (3) (body score).
Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 29
11.3.1 Mengenali Rumpai Di Ladang Sawit
Pelbagai jenis rumpai tumbuh di kebun sawit sama ada selepas peringkat
penyediaan kawasan atau di peringkat pokok dewasa. Kebanyakan rumpai ini
boleh dijadikan sumber makanan utama ternakan. Ianya membekal sumber
protein dan serat kepada ternakan dengan cara pengawalan rumpai secara biologi
di ladang sawit.

Pengelasan jenis rumpai dibuat berdasarkan bentuk daun dan ciri-ciri


pertumbuhannya. Kehadiran pelbagai jenis rumpai bergantung kepada jenis
tanah, iklim, taburan hujan, kelembapan tanah dan penyebaran benih rumpai
tersebut. Rumpai-rumpai ini merupakan makanan utama bagi ternakan dalam
bidang usaha integrasi.

Secara amnya rumpai di ladang sawit boleh dibahagikan kepada lapan kumpulan
iaitu
a. Jenis Rumput seperti :
• Rumput Parit (Axonopus compressus).
• Rumput Para (Brachiaria mutica).
• Rumput Sembambu Padi (Digitaria ciliaris).
• Lalang (Imperata cylindrica).
• Rumput Tembaga Jantan/ Rumput Kemarau (Ischaemum muticum).
• Rumput Sarang Buaya (Ottochloa nodosa).
• Rumput Tanduk (Paspalum conjugatum).
• Rumput Ekor Kucing (Pennisetum Polystachion).

b. Jenis Daun Lebar seperti


• Rumput Balam / Bandotan (Ageratum conyzoides).
• Rumput Israel (Asystasia gangetica).
• Rumput ganda Rusa (Asystasia intrusa).
• Winged False Buttonweed (Borreria alata).
• Rumput Kancing Ungu (Borreria laevis).
• Maman Ungu (Cleome rutidosperma).
• Sawi Tekukur (Emilia sonchifolia).
• Rumput Asthma (Euphorbia hirta).
• Rumput Chengkering, Llidah Toing (Hedyotis verticillata).
• Akar Wangi (Polygala paniculata).

c. Jenis Menjalar
• Kekacang Asu (Calopogonium mucunoides).
• Kekacang Centro (Centrosema pubescens).
• Selaput Tunggul (Makania micrantha).
• Timun Padang (Passiflora foetida).
• Kekacang Ruji (Pueraria javanica).

d. Jenis Renek seperti:


• Ketumbit / Bally Goat Weed (Ageratum conzoides).
• Pokok Kapalterbang (Chromolaena odrata).
• Senduduk Bulu (Clidermia hirta).
30 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit
• Hairy Croton (Croton hirtus).
• Akar Mempelas (Tetracera scandens).
• Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana camara).
• Senduduk (Melastoma malabathricum).
• Pokok Putri Malu Besar (Mimosa invisa).
• Pokok Semalu (Mimosa pudica).
• Pokok Sernai (Wedelia biflora).

e. Jenis Menerong ‘Sedges’


• Rumput Kuning/Rumput Segi Tiga (Cyperus compressus).
• Rumpai Air /Smallflower Umbrell (Cyperus difformis).
• Rumput Butang (Cyperus kyllingia).
• Rumput Halia Hitam (Cyperus rotundus).

f. Paku-Pakis.
• Resam (Dicranopteris linearis).
• Ribu-ribu Gajah (Lygodium flexuosum).
• Paku Larat (Nephrolepis biserrata).
• Akar Paku / Paku Ranu (Stenochlaena palustris).

g. Anak Sawit Liar (VOPS – volunteer oil palm seedlings).

h. Keladi seperti Keladi Cina dan Keladi Minyak.

11.4 Rekod
a. Setiap ternakan diberikan dua nombor pengenalan dan dipasang kepada
kedua belah telinga.
b. Gunakan sistem merekod dan mencatat maklumat yang mudah untuk
diamalkan dan praktikal.
c. Rekod-rekod perlu dikemas kini dan disimpan di tempat yang sesuai dan
selamat.

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 31


12.0 SKIM AKREDITASI LADANG TERNAKAN

Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) adalah satu daripada pensijilan yang
terdapat di bawah Skim Pensijilan DVS. Pensijilan MyGAP ini berlandaskan kepada konsep
ternakan yang sihat dan diurus dengan amalan yang baik. Kriteria untuk mendapatkan
pengiktirafan MyGAP adalah berdasarkan kepada Good Animal Husbandry Practices
(GAHP) MS 2027:2018 dimana merangkumi program pengurusan kesihatan ternakan,
program biosekuriti, program sanitari dan fitosanitari dan program pengurusan sisa
ladang dan pencemaran. Penganugerahan sijil ini juga merupakan satu pengiktirafan
Jabatan terhadap bidang usaha berkenaan, terutamanya mengenai keadaan bebas
penyakit seperti Brucellosis.

Sungguh pun penyertaan bidang usaha ke dalam skim ini adalah merupakan secara
sukarela, tetapi ladang-ladang yang berjaya boleh menggunakan kekuatan ini dalam
pemasaran hasil bidang usaha. Dengan demikian semua bidang usaha sistem
penternakan integrasi yang komersial amat digalakkan menyertai skim ini.

12.1 Penganugerahan
Pihak ladang boleh menghantar permohonan penyertaan skim akreditasi ini melalui
Pejabat Veterinar Daerah/ DVS Negeri kepada urus setia Seksyen Pemeriksaan Dan
Pensijilan Veterinar, ibu pejabat DVS Putrajaya. Pihak Jabatan akan melaksanakan
pengauditan dengan berpandukan kepada satu senarai semak seragam ke permis
bidang usaha.

Penganugerahan sijil ini bukan sesuatu yang mutlak. Setelah menerima sijil, premis
akan diaudit dari semasa ke semasa. Penganugerahan akan ditarik balik apabila mana-
mana piawaian yang ditetapkan gagal dikekalkan.

Satu buku panduan khusus mengenai MyGAP dan GAHP telah dikeluarkan oleh jabatan
secara berasingan dan boleh dimuat turun dari website jabatan www.dvs.gov.my. Para
pengusaha digalakkan mendapatkan naskhah tersebut serta berusaha mengamalkan
prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya.

32 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


LAMPIRAN 1 PELAN KANDANG

Lampiran 1 Pelan Kandang

20’ 100’

10’

30’
Petunjuk

Pintu

Palong
makanan
40’
Alat
’ Timbang

60’ 60’

45
Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 33
LAMPIRAN 2 CONTOH REKOD

REKOD KELAHIRAN

CONTOH REKOD KELAHIRAN


BULAN : MEI 2019
TARIKH NOMBOR NOMBOR JANTINA BERAT CATITAN
INDUK PEJANTAN LAHIR (KG) LAIN
J B

JUMLAH

REKOD KEMATIAN
CONTOH REKOD KEMATIAN
BULAN : MEI 2019
TARIKH NOMBOR NOMBOR JANTINA BERAT CATITAN
INDUK PEJANTAN LAHIR (KG) LAIN
J B

JUMLAH

34 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


REKOD TIMBANG

CONTOH REKOD TIMBANG


BULAN : MEI 2021
TARIKH NO TERNAKAN BERAT (KG) CATITAN LAIN

JUMLAH

REKOD PERBELANJAAN
CONTOH REKOD PERBELANJAAN
BULAN : MEI 2021
TARIKH PERKARA JUMLAH (RM) KUANTITI BARANG CATITAN LAIN

JUMLAH

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 35


LAMPIRAN 3: PEJABAT VetEC

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ternakan ruminan ini,
bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/
Daerah atau pegawai VetEC yang berhampiran dengan lokasi projek masing-masing.
SENARAI PEJABAT VetEC
VetEC Utara
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
1 PENGARAH 04-4615240 PEJ. PUSAT PENGEMBANGAN
VetEC / PENGURUSAN VETERINAR (VetEC) UTARA,
PEGAWAI VetEC UTARA D/A PUSAT PENGEMBANGAN
VETERINAR USAHAWAN IAT, JABATAN
/ PEN. PERKHIDMATAN VETERINAR
PEGAWAI NEGERI KEDAH, JALAN GURUN-
VETERINAR SG PETANI, 08300 GURUN,
KEDAH
2 PEN. PEG 04-9861205 PPIT ARAU PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR INDUSTRI TENUSU (PPIT)
NEGERI PERLIS, JALAN SYED
HUSSIN, 02600 ARAU, PERLIS
3 PEN. PEG 04-4907410 PPIT KULIM PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR INDUSTRI TENUSU, JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR,
JALAN TUNKU BENDAHARA,
09000 KULIM, KEDAH
4 PEN. PEG 04-9174788 PPIT JITRA PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR INDUSTRI TENUSU, JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR,
06000 JITRA, KEDAH
5 PEN. PEG 04-4213971 PPIT SG. PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR PETANI INDUSTRI TENUSU, D/A
JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR,08000 SUNGAI
PETANI, KEDAH
6 PEN. PEG 04-7205200 DVS ALOR JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR SETAR VETERINAR, JALAN DATUK
KUMBAR, 05300 ALOR SETAR
KEDAH
7 PEN. PEG 04-4163344 PPIT KUALA PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR KETIL INDUSTRI TENUSU, JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR,
09300 KUALA KETIL, KEDAH
8 PEN. PEG 04-9174788 PPIT SG. PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR BAKAP INDUSTRI TENUSU SUNGAI
BAKAP, SUNGAI JAWI, 14200
JAWI, SEBERANG PERAI
SELATAN, PULAU PINANG

36 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


VetEC Tengah
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
9 PENGARAH 03- 31421340 PEJ PUSAT PENGUMPULAN
VetEC / PENGURUSAN INDUSTRI TENUSU SEPANG,
PEGAWAI VetEC TENGAH JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR 43900 SEPANG,
/ PEN. SELANGOR
PEGAWAI
VETERINAR
10 PENOLONG 03-31872295 PPIT BANTING PUSAT PENGUMPULAN
PEGAWAI INDUSTRI TENUSU BANTING,
VETERINAR JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR 42700 BANTING,
SELANGOR
11 KOSONG 03-32162254 PPIT SABAK PUSAT PENGUMPULAN
BERNAM INDUSTRI TENUSU SABAK
BERNAM, JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR
45200 SABAK BERNAM,
SELANGOR
12 KOSONG 03-32647122 PPIT JERAM PUSAT PENGUMPULAN
INDUSTRI TENUSU JERAM,
JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR 45800 JERAM,
SELANGOR
13 KOSONG 03-3281 1187 KTS KUALA PUSAT OPERASI KTS KUALA
SELANGOR SELANGOR, PEJABAT
PERKHIDMATAN VETERINAR
DAERAH, JALAN TANJUNG
KERAMAT, 45600 KUALA
SELANGOR, SELANGOR
14 PEGAWAI 05-6312577 KTS KAMPUNG PUSAT OPERASI KAMPUNG
VETERINAR GAJAH GAJAH, D/A KUARTERS
PEJABAT VETERINAR KG.
GAJAH,36800 KG. GAJAH,
PERAK
15 PENOLONG 05-5981953 PPIT SUNGAI PPIT SUNGAI SIPUT, 31100
PEGAWAI SIPUT SUNGAI SIPUT (U), PERAK
VETERINAR
16 PENOLONG 05-6489904 PPIT SUNGAI PPIT BAGAN DATOH, BT 17,
PEGAWAI SUMUN JALAN BAGAN DATUK, 36300
VETERINAR SUNGAI SUMUN, PERAK

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 37


BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
17 PENOLONG 05-3771667 PPIT PARIT PPIT PARIT, JABATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN VETERINAR,
VETERINAR 32800 PARIT, PERAK
18 PENOLONG 05-5981953 PPIT SUNGAI PPIT SUNGAI SIPUT, 31100
PEGAWAI SIPUT SUNGAI SIPUT (U), PERAK
VETERINAR
19 PENOLONG 05-4011284 PPIT TAPAH PPIT TAPAH, JABATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN VETERINAR,
VETERINAR BATU 2½, JALAN PAHANG,
35000 TAPAH, PERAK
20 PENOLONG 05-8071911 PPIT TAIPING PPVD LARUT MATANG DAN
PEGAWAI SELAMA, JALAN HAIWAN 34000
VETERINAR TAIPING
21 PENOLONG 05-6927640 KTS MANJUNG PPVD MANJUNG, JALAN
PEGAWAI LAPANGAN TERBANG, PERAK,
VETERINAR 32000 SITIAWAN
22 PENOLONG 05-8066730 KTS TAIPING PPVD LARUT MATANG DAN
PEGAWAI SELAMA, JALAN HAIWAN 34000
VETERINAR TAIPING
23 PENOLONG - KTS HULU PEJABAT PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERAK VETERINAR DAERAH GERIK,
VETERINAR 33300 GERIK, PERAK
24 PENOLONG - PPIT SUNGAI PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI SUMUN SUMUN, VetEC TENGAH,
VETERINAR JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR, BATU 17,
JALAN BAGAN DATUK, 36300
SUNGAI SUMUN, PERAK
25 KOSONG - KTS SLIM PEJABAT PERKHIDMATAN
RIVER DAERAH SLIM RIVER, PERAK
VetEC BARAT DAYA
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
26 PEGAWAI 06-4316320 PPIT PUSAT OPERASI PPIT
VETERINAR GEMENCHEH GEMENCHEH, JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR,
73200, GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN
27 PEGAWAI 06-466 5049 PEJABAT PUSAT OPERASI KAWASAN
VETERINAR PENGURUSAN TUMPUAN SASARAN
VetEC BARAT JEMPOL, FELDA PALONG
DAYA, KTS 16, 73470, GEMAS, NEGERI
JEMPOL SEMBILAN.

38 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
28 PENOLONG 06-6941309 PPIT SILIAU PUSAT OPERASI PPIT SILIAU,
PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR, 71100 SILIAU,
NEGERI SEMBILAN.
29 PENOLONG 06-4812867 PPIT KUALA PUSAT OPERASIPPIT KUALA
PEGAWAI PILAH PILAH, VetEC BARAT DAYA,
VETERINAR JABATANPERKHIDMATAN
VETERINAR,72000 KUALA
PILAH,NEGERI SEMBILAN
30 PENOLONG 06-263 1319 PPIT PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI MERLIMAU MERLIMAU, 77300
VETERINAR MERLIMAU, MELAKA.
31 PENOLONG 06-5562008 PPIT ALOR PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI GAJAH ALOR GAJAH, JABATAN
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR,
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
32 PENOLONG 06-529 1352 PPIT JASIN PUSAT OPERASI PPIT JASIN,
PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR, 77000 JASIN,
MELAKA.
33 PENOLONG 06-3845750 PPIT MASJID PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI TANAH MASJID TANAH, JABATAN
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR,
BT 16 JALAN SOLOKDUKU
MASJID TANAH, 78300
MELAKA
34 KOSONG 06-268 0135 PPIT AYER PUSAT OPERASI PPIT AYER
MOLEK MOLEK, 75460 AYER MOLEK
MELAKA
35 KOSONG - PPIT TEBONG
VetEC SELATAN
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI

36 PENGARAH 07-7710036 PEJ VETEC SELATAN, KAWASAN


VetEC / PENGURUSAN TUMPUAN SASARAN
PEGAWAI VetEC SELATAN KLUANG, JABATAN
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR,
/ PEN. NO.18A, JALAN PESONA
PEGAWAI 2, TAMAN PESONA,86000
VETERINAR KLUANG, JOHOR
37 PEN. 07-79914820 KTS MERSING PEJABAR PERKHIDMATAN
PEGAWAI VETERINAR DAERAH
VETERINAR MERSING, 86800 MERSING,
JOHOR

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 39


BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
38 PEN. 07-8831514 KTS KOTA PUSAT PERKHIDMATAN
PEGAWAI TINGGI INDUSTRI TENUSU
VETERINAR KOMPLEKS PENGHULU
MUKIM SUNGAI TIRAM BT. 18
SUNGAI TIRAM, 81800 ULU
TIRAM. JOHOR
39 PEN. 07-6882854 KTS PONTIAN P E J A B AT P E RK HI DM ATA N
PEGAWAI VETERINAR DAERAH
VETERINAR PONTIAN, 82000 JOHOR
40 KOSONG 06-9531344 KTS MUAR PEJABAT PERKHIDMATAN
VETERINAR DAERAH MUAR,
JALAN ISMAIL, 84000 JOHOR
41 PEGAWAI 07-9325596 KTS SEGAMAT PEJABAT PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR DAERAH
SEGAMAT, JALAN AWANG,
85000 SEGAMAT, JOHOR
42 PEN. 07-7596763 PPIT KLUANG PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI KLUANG, 13, JALANBATU
VETERINAR PAHAT, KM 15 JALAN
MERSING, 86000 KLUANG,
JOHOR
43 PEN. 06-9515460 PPIT MUAR/ PUSAT OPERASI PPIT MUAR,
PEGAWAI TANGKAK JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR84000 MUAR
JOHOR
44 PEN. 07-2443756 PPIT JOHOR KOMPLEKS JABATAN
PEGAWAI BAHRU PERKHIDMATAN VETERINAR
VETERINAR PUSAT PERKHIDMATAN
INDUSTRI TENUSU JOHOR
BAHRU, JALAN PADI BAHAGIA
BANDAR BARU UDA 81200
JOHOR BAHRU
45 PEN. 07-4347454 PPIT BATU PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI PAHAT BATU PAHAT, JABATAN
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR
83000 BATU PAHAT JOHOR
46 PEN. 07-925 2450 PPIT LABIS PUSAT OPERASI PPIT LABIS,
PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR, 85300 LABIS,
JOHOR.

40 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


VetEC TENGGARA
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
47 PENGARAH 09-4522 045 PEJ PUSAT PENGEMBANGAN
VetEC PENGURUSAN VETERINAR TENGGARA,
/ PEN. VetEC PEJABAT VETERINAR
PEGAWAI TENGGARA BANDAR MUADZAM SHAH
VETERINAR 26700 BANDAR MUADZAM,
PAHANG
48 KOSONG 09-2222 944 PPIT BENTONG PUSAT PERKHIDMATAN
INDUSTRI TENUSU
BENTONG, JALAN CHAMANG
28700 BENTONG
49 PENOLONG 09-2554 221 KTS BERA PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR TRIANG 28300
TRIANG
50 KOSONG 09-4201 110 KTS CHINI PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR SALONG 26650
PEKAN
51 PEGAWAI 09-4662 552 KTS JENGKA PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR BANDAR
JENGKA 26400 JENGKA
52 KOSONG 09-5141 516 KTS KUANTAN PEJABAT VETERINAR
DAERAH KUANTAN JALAN
SERI KEMUNTING 2 25100
KUANTAN
53 PEN. 09-3121 248 KTS LIPIS PEJABAT VETERINAR
PEGAWAI DAERAH KUALA LIPIS 27200
VETERINAR KUALA LIPIS
54 PEGAWAI 09-3551 017 KTS RAUB PUSAT OPERASI KTS RAUB,
VETERINAR PEJABAT VETERINAR
DAERAH RAUB 27600 RAUB
55 KOSONG 09-2663 390 PPIT PUSAT PERKHIDMATAN
JERANTUT INDUSTRI TENUSU 27000
JERANTUT
VetEC TIMUR LAUT
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
56 PEN. 09-975 0250 PEJ VetEC TIMUR LAUT, JABATAN
PEGAWAI PENGURUSAN PERKHIDMATAN VETERINAR,
VETERINAR VetEC TIMUR KM36, JALAN KOTA BHARU,
LAUT 18500 MACHANG, KELANTAN.
57 PEN. - PPIT PASIR PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI PUTEH P.PUTEH, JABATAN
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR,
16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 41


58 PEGAWAI 09-955 6018 PPIT TANAH PUSAT OPERASI PPIT
VETERINAR MERAH TANAH MERAH, JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN
59 PEN. 09-788 6093 PPIT KETEREH PUSAT OPERASI PPIT
PEGAWAI KETEREH, JABATAN
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR,
16450 KETEREH,KELANTAN
60 PEN. 09-928 2918 KTS GUA PUSAT OPERASI KTS
PEGAWAI MUSANG GUA MUSANG, PEJABAT
VETERINAR PERKHIDMATAN VETERINAR
DAERAH CHIKU, 18300 GUA
MUSANG, KELANTAN
VetEC TIMUR
BIL JAWATAN NO TELEFON VetEC/PUSAT ALAMAT PEJABAT
OPERASI
61 PENGARAH 09-695 0696 PEJ VETEC TIMUR (KEMAMAN,)
VetEC PENGURUSAN PUSAT OPERASI SETIU,
VetEC TIMUR PEJABAT PERKHIDMATAN
VETERINAR DAERAH SETIU,
22100 BANDAR PERMAISURI
TERENGGANU
62 PEGAWAI 09-886 1576 KERTEH PUSAT PERKHIDMATAN
VETERINAR VETERINAR KERTEH
24300 KERTEH, KEMAMAN,
TERENGGANU
63 PEN. 09-681 4687 KTS HULU PEJABAT PERKHIDMATAN
PEGAWAI TERENGGANU VETERINAR DAERAH
VETERINAR HULU TERENGGANU,
KUALA BERANG,27100
HULU TERENGGANU,
TERENGGANU
64 PEN. 09-619 1011 PPIT BUKIT PUSAT PERKHIDMATAN
PEGAWAI PAYONG INDUSTRI TENUSU BUKIT
VETERINAR PAYONG, 21400 MARANG
TERENGGANU
65 PEN. 09-697 1322 PPIT BESUT PUSAT PERKHIDMATAN
PEGAWAI INDUSTRI TENUSU
VETERINAR BESUT, 22000 JERTEH
TERENGGANU

42 Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit


Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Bersistematik Di Ladang Sawit 43

Anda mungkin juga menyukai