Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘JOM MEMBACA’


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) UNION,


CYBERJAYA, SELANGOR.

ANJURAN:
UNIT SEKOLAH PENYAYANG

TAHUN 2021
1.0 PENGENALAN

Program ‘Jom Membaca’ adalah salah satu program yang termasuk dalam
konsep Program Sekolah Penyayang. Memandangkan pendemik COVID-19 terus
melanda dalam negara kita, program ini adalah berhasrat untuk dapat meneruskan
amalan membaca serta memupuk dan meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan
murid sekolah. Dalam program ini, pelbagai buku akan dikongsikan oleh guru sekolah
kepada murid sekolah melalui rangkain atas talian.

2.0 KONSEP
Meneruskan amalan membaca serta memupuk sikap membaca murid melalui program
membaca atas talian.

3.0 RASIONAL
Amalan membaca adalah penting tanpa mengira masa ataupun tahap umur.
Disebabkan pandemik yang melanda dalam negara, murid kurang dapat didedahkan
kepada genre buku yang berbeza. Mereka juga kurang mempunyai saluran yang boleh
membantu mereka untuk meneruskan amalan membaca sepanjang PKP yang
dijalankan.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat:
4.1 Meneruskan amalan membaca dari rumah.
4.2 Meningkatkan amalan membaca melalui pendedahan kepada saluran membaca
secara atas talian.
4.3 Memupuk sikap membaca terhadap murid yang kurang mengamalkan amalan
membaca melalui cara perkongsian yang lebih aktif.

5.0 SASARAN
Semua murid SJKC UNION

6.0 TEMPAT
Dijalankan secara atas talian (Melalui ZOOM)
7.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh dan Hari Masa


28 Ogos 2021 (Sabtu) 10.00pg – 12.00tgh
25 September (Sabtu) 10.00pg – 12.00tgh
2021
23 Oktober 2021 (Sabtu) 10.00pg – 12.00tgh
27 November 2021 (Sabtu) 10.00pg – 12.00tgh
* Hari Sabtu keempat setiap bulan

8.0 STRATEGI PUBLISITI


8.1 Guru kelas menyampaikan maklumat dalam Telegram kelas masing-masing.
8.2 Guru Bahasa Cina setiap kelas menyampaikan maklumat dalam Google Meet
kelas.
8.3 Poster

9.0 PELAKSANAAN
Masa Aktiviti
10.00pg – 10.10pg Pendaftaran

10.10pg - 10.15pg Ucapan Guru Besar

10.15pg – 10.30pg a. Ice Breaking


b. Pengenalan kepada program
- Pengenalan program
- Bahagikan murid kepada dua kumpulan mengikuti
tahap satu dan tahap dua.

10.30pg – 11.45pg Aktiviti perkongsian dilaksanakan dalam Breakout Room


Zoom mengikuti kumpulan masing-masing.

11.45pg – 12.00tgh Penutup


- Murid berada di Main Room Zoom.
- Mengongsikan laman web yang dapat membeli buku
atas talian.
- Memaklumkan tarikh aktiviti yang akan datang.

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Lim Hong Lee


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En Tan Chun Lee


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : Pn Kuan Ming Pei


(GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Pn Lee Ling Ling


(GPK Pentadbiran)

Setiausaha : Cik Lee Yen Jie

Bendahari : Cik Lee Yen Jie


Penyelaras Program : Cik Chai Yee Lin
Cik Ong Ceah Ling

Ahli Jawatankuasa
(AJK)

Teknikal Pengacara Buku Program dan


Poster Pelaksana Publisiti
Cik Ong Ceah Ling Cik Chai Yee Lin Cik Lee Yen Jie

Semua guru Semua guru


kelas kelas

Semua guru
Bahasa Cina

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a. Memohon sumbangan kewangan daripada PIBG:

Bil. Perkara Bilangan Jumlah


1. Zoom Subscription 1 akaun x 4 RM 256.00
(Untuk kemudahan Breakout Room) bulan
Jumlah Keseluruhan : RM 256.00
12.0 PENUTUP
Kesimpulannya, program ini adalah untuk meneruskan amalan membaca serta
memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid. Diharapkan program ini dapat
diluluskan dan dilaksanakan dengan lancar serta mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________
( LEE YEN JIE ) ( TAN CHUN LEE )

Tarikh: 5 Ogos 2021 Tarikh: 5 Ogos 2021

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

( KUAN MING PEI ) ( LIM HONG LEE )


Tarikh: 5 Ogos 2021 Tarikh: 5 Ogos 2021

Anda mungkin juga menyukai