Anda di halaman 1dari 15

FASA 1: Menganalisis Masalah

1.1 Penyataan Masalah


Kelab Bahasa Inggeris SMK Chan Wa, Seremban setiap tahun menganjurkan
pelbagai aktiviti untuk ahli-ahli kelab tersebut. Setiausaha kelab sering menghadapi masalah
dalam merekodkan kehadiran ahli bagi setiap aktiviti kerana menggunakan kaedah manual
yang mudah menyebabkan rekod kehadiran tercicir, kurang tepat dan bertindih.
Sebagai seorang pembangun sistem, saya telah membangunkan satu sistem yang
berfungsi dengan pelayar web. Sistem ini membolehkan admin membuat tambahan,
kemaskini dan padam data. Sistem yang dibangunkan boleh dicapai menggunakan pelayar
web dari mana-mana komputer dalam rangkaian setempat.

1.2 Objektif
● Merekod dan mengesahkan kehadiran ahli Kelab Bahasa Inggeris SMK Chan Wa
● Memaparkan maklumat dan tarikh kedatangan ahli Kelab Bahasa Inggeris SMK Chan
Wa

1.3 Skop
Sistem ini hanya akan merekod kehadiran dan mengesahkan kedatangan ahli Kelab Bahasa
Inggeris dan memaparkan maklumat dan tarikh kedatangan ahli Kelab Bahasa Inggeris.

1.4 Kumpulan Sasaran


Setiausaha kelab, Guru penasihat, ahli-ahli
1.5 Penilaian Sistem
Sistem Sedia Ada : Kelab Bahasa Inggeris masih menggunakan kaedah manual bagi merekod
kehadiran pelajar. Guru penasihat mengutip dan mengemas rekod kehadiran secara manual
manakala pelajar menulis secara manual.

Kekuatan : Menjimatkan kos dan tidak memerlukan capaian Internet atau gajet seperti
komputer.

Kelemahan : Memerlukan ruang simpanan yang besar, masa analisis yang lama dan mudah
menyebabkan kesalahan

Justifikasi Sistem Baharu : Ruang simpanan yang kecil, memudahkan pencarian rekod pretasi
dan analisis secara automatik.

Nama Sistem yang dibangunkan : Sistem Perekodan kehadiran Kelab Bahasa Inggeris SMK
Chan Wa
1.6 Tempoh Projek
Fasa 1 dan Fasa 2 (Ogos - Oktober 2023)
Fasa 3, Fasa 4, Fasa 5 dan Fasa 6 (Januari - Jun 2024)
2.0 Mereka Bentuk Penyelesaian
2.1 Algoritma
A. Sign up pengguna
1. MULA
2. PAPAR “SIGN UP”
3. INPUT nama_user, emel , no_tel, kata_laluan_user
4. JIKA maklumat lengkap
PAPAR “Pendaftaran Berjaya”
JIKA TIDAK ulang langkah 3
TAMAT JIKA
5. TAMAT

B. Login Admin
1. MULA
2. PAPAR “LOG IN”
3. INPUT nama_admin, kata_laluan_admin
4. JIKA maklumat tepat
PAPAR “Selamat Datang!”
JIKA TIDAK ulang langkah 3
TAMAT JIKA
5. TAMAT
C. Login User
1. MULA
2. PAPAR “LOG IN”
3. INPUT emel, kata_laluan_user
4. JIKA maklumat tepat
PAPAR “Selamat Datang!”
JIKA TIDAK ulang langkah 3
TAMAT JIKA
5. PAPAR “Menu Pengguna”
JIKA pilih “HOME”
PAPAR “Menu Pengguna”
JIKA pilih “DAFTAR”
PAPAR “Menu Daftar”
JIKA pilih “CARIAN”
PAPAR “Menu Carian”
JIKA pilih “LAPORAN”
PAPAR “Menu Laporan”
JIKA pilih “KELUAR
PAPAR halaman keluar
TAMAT JIKA
TAMAT
2.2 Gambar Rajah Perhubungan Entiti
2.3 Penormalan
2.3.1 1NF
Jadual perlu menukar 0NF ke 1NF supaya menghapuskan kumpulan berulang.

Pada peringkat 1NF, semua atribut dan lajur adalah atomik dan jadual kehadiran mempunyai
kunci komposit iaitu gabungan atribut idahli dan idaktiviti. Terdapat kebergantungan fungsi
separa, contohnya atribut namaahli bergantung kepada idahli dan namaaktiviti bergantung
kepada idaktiviti.

KEHADIRAN

Skema hubungan:
KEHADIRAN(idahli<KP>, password, namaahli, idaktiviti<KP>, namaaktiviti, tarikh,
tempat, idadmin, password, namaadmin, hadir)
2.3.2 2NF
Jadual perlu menukar 1NF ke 2NF untuk menghapuskan kebergantungan fungsi separa.

Pada peringkat 2NF, semua jadual perlu berada pada 1NF. Kebergantungan fungsi separa
dihapuskan dengan cara memecahkan jadual kehadiran kepada tiga iaitu jadual
KEHADIRAN, jadual AKTIVITI dan jadual AHLI. Jadual-jadual ini dihubungkan dengan
kunci asing iaitu idahli dan idaktiviti. Masih lagi terdapat kebergantungan fungsi transitif
iaitu contohnya atribut namaadmin bergantung kepada idadmin.

AHLI

idahli namaahli password

A001 Ali 123

A002 Abu 231

A003 Muru 321

A004 Lee 999

A005 Lim 666

AKTIVITI

idaktiviti namaaktiviti tempat tarikh idadmin namaadmin password

K01 AGM dewan 09-10-2023 P01 Wong 123

K02 Aktiviti kelas 3H 18-10-2023 P02 Chong 122


Silang Kata
KEHADIRAN

idahli idaktiviti hadir

A001 K01 ya

A002 K01 ya

A003 K02 ya

A004 K02 ya

A005 K02 ya

Skema hubungan:
AHLI(idahli<KP>, password, namaahli)
AKTIVITI(idaktiviti<KP>, idadmin, namaaktiviti, tarikh, tempat, password, namaadmin)
KEHADIRAN(idahli<KP><KA>, idaktiviti<KP><KA>, hadir)
2.3.3 3NF
Jadual perlu menukar 2NF ke 3NF untuk menghapuskan kebergantungan fungsi transitif.

Pada peringkat 3NF, kebergantungan fungsi transitif dihapuskan dengan cara memecahkan
jadual KEHADIRAN, jadual AHLI, jadual AKTIVITI dan jadual ADMIN. Jadual-jadual ini
dihubungkan dengan kunci asing iaitu idahli dan idaktiviti. Tiada kebergantungan fungsi
separa atau kebergantungan fungsi transitif berlaku pada peringkat 3NF ini.

AHLI

idahli namaahli password

A001 Ali 123

A002 Abu 231

A003 Muru 321

A004 Lee 999

A005 Lim 666

AKTIVITI

idaktiviti namaaktiviti tempat tarikh idadmin

K01 AGM dewan 09-10-2023 P01

K02 Aktiviti Silang kelas 3H 18-10-2023 P02


Kata

ADMIN

idadmin namaadmin password

P01 Wong 123

P02 Chong 122


KEHADIRAN

idahli idaktiviti hadir

A001 K01 ya

A002 K01 ya

A003 K02 ya

A004 K02 ya

A005 K02 ya

Skema hubungan:
ADMIN(idadmin<KP>, password, namaadmin)
AHLI(idahli<KP>, password, namaahli)
AKTIVITI(idaktiviti<KP>, idadmin<KA>, namaaktiviti, tarikh, tempat)
KEHADIRAN(idahli<KP><KA>, idaktiviti<KP><KA>, hadir)
2.4 Antara muka input dan output
2.4.1 Antara Muka Admin: Menu Admin & Permulaan Web Admin
2.4.2 Antara Muka Ahli & Admin: Carian-Carian Dan Maklumat Aktiviti
2.4.3 Antara Muka Admin: Pilih Jenis Dan Papar Laporan Mengikut Aktiviti

Anda mungkin juga menyukai