Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA BENGKEL YOGA

SJKT LADANG SUNGAI BERNAM


TAHUN 2023

WAY TO SUCCESSFUL LIFE

DENGAN ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SJKT LADANG SUNGAI BERNAM
BERSAMA
PERSATUAN SIVAMARAPU SHITHANTHA THIYANAM
1.0 PENDAHULUAN

Yoga adalah latihan yang memberi tumpuan kepada pernafasan, kekuatan dan
kelenturan menurut kajian sainstifik. Ia juga merupakan salah satu senaman yang
mempunyai pelbagai manfaat tersembunyi terutamanya kepada murid dalam
meningkatkan daya ingatan. Oleh itu, unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang
untuk mengadakan Bengkel Yoga dengan kerjasama Persatuan Sivamarapu
Siththantha Thiyanam bagi melahirkan amalan mempraktikan senaman yang
meningkatkan kecerdasan fizikal dan minda.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran Bengkel Yoga ini adalah untuk menarik minat murid
dalam mempraktikan aktiviti yang mampu menyatukan keseimbangan di antara
kesihatan tubuh badan dalam aspek fizikal dan mental.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkenalkan senaman yoga dalam kalangan murid.


3.2 Mengamalkan senaman yoga yang dapat membantu mengurangkan
masalah berat badan dalam kalangan murid.
3.3 Meningkatkan daya ingatan dengan memberi tumpuan kepada pernafasan.
3.4 Meningkatkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti.

4.0 PENGANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SJKT Ladang Sungai Bernam dengan kerjasama
Persatuan Sivamarapu Shitantha Thiyanam bersama PIBG SJKT Ladang Sungai
Bernam.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid, guru dan kakitangan SJKT Ladang Sungai Bernam.

6.0 TARIKH

12 September 2023 (Selasa)


7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Ramesh Kumar (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En. Vikneswaran (Guru Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Cik. Rubini Devi (Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling)

Jawatankuasa Pelaksana :

Fotografi : En. Vikneswaran


Kawalan murid : Cik. Rubini Devi
Disiplin Murid : En. Prabu
Persiapan tempat : Cik. Tana Lecumi
Pengacara majlis : Pn. Alagumani
Dokumentasi : Pn. Nor Fatin

8.0 TENTATIF PROGRAM

8.1 Bengkel Yoga

10.30am-11.00am : Pengenalan
11.00am-11.45am : Latihan Yoga
11.45am-12.00pm : Ucapan Penutupan & Penyampaian Cenderahati

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI ANGGARAN BELANJAWAN JUMLAH


1. Cenderahati Sumbangan RM 50 RM 50
JUMLAH RM 50

10.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan PIBG : RM 50

JUMLAH : RM 50
11.0 PENUTUPAN

Penganjuran Bengkel Yoga dengan kerjasama Persatuan Sivamarapu Shiththantha


Thiyanam diharap dapat mencapai objektif iaitu murid akan mengamalkan latihan yoga
dalam kehidupan harian bagi mendapat manfaat daripada amalan tersebut.

Disediakan Oleh,

----------------------------------
(CIK. RUBINI DEVI A/P TAMILARASU)
Penyelaras
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SJKT Ladang Sungai Bernam.

Disahkan oleh,

-------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai