Anda di halaman 1dari 19

PEMAKANAN

NUTRIENT POKOK
SAWIT
Asas pembajaan
pokok sawit

• PEMBAJAAN KELAPA SAWIT merupakan satu aktiviti yang penting dijalankan demi
mempastikan tanaman tersebut mampu hidup subur dan menghasilkan buah berkualiti.

• Tanaman kelapa sawit mampu menghasilkan buah sebanyak 2.5 metrik tan sehektar pada
waktu puncak atau lebih lagi jika diuruskan dengan baik melalui sistem pembajaan dan
kawalan musuh dan penyakit dengan baik.

• Apalah maknanya jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang satu tan sehektar akibat
tidak dibuat pembajaan dengan baik.

• Kadang-kadang berlaku pembaziran semasa membaja apabila baja yang baru ditabur
dibawah pokok telah dihanyutkan oleh air hujan sebaik sahaja selesai proses pembajaan.

• Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu.

• Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu.

• Kerugian 'surface run-off' baja yang baru ditabur ini dimana pokok tidak akan dapat bekalan
baja sewajarnya.

• Pokok kelapa sawit adalah responsif terhadap aplikasi baja yang digunakan sama ada ianya
baja kimia baik (Fast release fertilizer) atau baja biasa (slow release fertilizer) atau juga
aplikasi baja organik yang semakin popular masakini.

• Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam
sesuatu operasi ladang kelapa sawit.

DIANTARA 5 FAKTOR YANG BOLEH


MENYEBABKAN KEHILANGAN NUTRIEN
PERLU DIBERIKAN PERHATIAN SEMASA
MEMBAJA

Unsur Makro. Unsur Mikro

1. Nitrogen 1. Boron

2. Phosphate. 2. Zink

3. Kalium. 3. Ferum

4. Magnesium. 4. Mangan

5. Sulfur 5. Molibdenum

6. Kalsium

Unsur Makro

1. Nitrogen N

Nitrogen sangat diperlukan dalam kitaran hidup seharian pokok. Ini kerana, nitrogen adalah unsur
penting dalam pembentukan protein, yang memberi peranan dalam proses pertumbuhan pokok dan
pembentukan hasilnya.

Sebelum baja AB ini diperkenalkan, kebanyakan petani menggunakan baja urea yang sangat tinggi
kandungan nitrogen iaitu hampir 46%.

Nitrogen juga membentuk ammonium hasil gabungannya bersama elemen hidrogen.

Sumber nitrogen ini diambil daripada tanah dalam bentuk nitrat (NO3–), ammonium (NH4+) atau
kombinasinya dengan beberapa kombinasi metabolisme (proses di dalam tanaman) karbohidrat
yang membentuk asid amino dan protein.

Selain menjadi bahan penting dalam membentuk protein, Nitrogen juga berfungsi sebagai penggerak
dalam pertumbuhan tanaman. Tanpa nitrogen, pelbagai simptom yang dapat kita kenal pasti
menjadi punca pokok tidak membentuk dengan sempurna.
Gejala-gejala yang menunjukkan pokok menghadapi kekurangan nitrogen adalah:

Pokok kelihatan kecil dan tahap kesihatannya rendah.

Daunnya kelihatan hijau kekuningan serta kecil saiznya.

Daun yang paling rendah seperti terbakar dan mati sebelum masanya, sedangkan daun di pucuk
kelihatan masih hijau.

Penghasilan yang rendah.

2. Fosforus (P)

Fosforus berperanan memberikan sumber tenaga kepada pokok. 0.1-0.4% fosforus diperlukan oleh
pokok untuk membentuk bahan keringnya.

Sumber utama baja fosforus ini adalah daripada batu fosfat (rock phosphate). Manakala untuk
mendapatkan larutan fosforus ini, proses pemanasan dan pengasidan batu perlu dilakukan.

MKP – terkandung sumber fosforus (P)

Jadi, fosforus ini sebenarnya terlibat dalam proses pokok membuat makanannya sendiri iaitu proses
fotosintesis yang dikategorikan sebagai proses fisiologi di dalam tanaman.

Selain itu, fosforus juga sangat diperlukan dalam proses pemisahan sel dan pertumbuhan tanaman.

Apakah simptom yang biasa kelihatan akibat kekurangan fosforus di dalam tanaman?

Pertumbuhan pokok kelihatan terbantut dan kerdil.

Daun berwarna hijau pucat, ungu dan merah tua terutama dibahagian hujung dan tepi daun.

Beberapa daun tanaman bewarna hijau tua kebiruan. Terutama jika unsur nitrogen juga kurang pada
pokok, simptom ini akan nampak lebih jelas.

Proses kematangan pokok menjadi terbantut. Pokok masih berwarna hijau, kelihatan tumbuh
meninggi dan kurus.

Buah tidak terbentuk atau tidak tumbuh secara normal.

Proses penghasilan buah terbantut, lalu menjejaskan hasil pengeluarannya.


3. Kalium / Potassium (K)

Sumber unsur kalium ini banyak di lapisan bawah garam yang terdapat di laut. Di pasaran, baja
kalium yang berbentuk larutan, cairan mudah larut (water soluble) ini mudah didapati dengan label
Potassium Chloride atau KCl. Kandungan potassium adalah 48-60% K2O.

Dalam sel tumbuhan, kalium diperlukan sebanyak 1-4% untuk membentuk bahan kering tanaman.

Banyak fungsi kalium ini pada tanaman, antaranya menjadi agen pengaktifan 60 aktiviti enzim dalam
tanaman, selain menjadi unsur penting dalam proses pembentukan karbohidrat dan protein.

Potassium Nitrate – terkandung sumber kalium / potassium.

Dengan wujudnya unsur kalium dalam tanaman, kadar air dalam tanaman dapat ditingkatkan
sehingga mampu meningkatkan daya tahan tanaman terhadap tekanan, kekeringan, sejuk dan
perubahan kadar garam.

Apakah kesan terhadap kekurangan unsur kalium dalam tanaman?

Daun-daun menjadi kecil dan memutih, bintik-bintik kemerahan yang bermula pada hujung tepi
daun dan juga kekuningan.

Bahagian tepi daun yang berbintik tersebut, kemudiannya akan berubah menjadi coklat dan
kelihatan seperti terbakar, lalu mati.

Pertumbuhan pokok yang kerdil.

Pokok tidak kuat dan mudah rebah.

Buah yang terhasil menjadi kecil dan seperti ada tanda luka.

Daya ketahanan pokok dan kualiti buah amat rendah.

Pengeluaran hasil tanaman terlalu rendah.

4. Magnesium (Mg)

Kandungan magnesium agak tinggi dalam tanaman, iaitu berjumlah 15-20%. Ini berikutan
magnesium banyak tersimpan dalam bahagian tanaman yang berwarna hijau seperti klorofil.

Fungsi magnesium dalam tumbuhan adalah sebagai penerima cahaya matahari, berperanan dalam
aktiviti tindak balas enzim tanaman, dan proses pertukaran tenaga dalam tanaman.
Magnesium (MgO) – terkandung unsur magnesium.

Apakah simptom kekurangan magnesium dalam tanaman?

Pertumbuhan pokok yang terbantut kerana proses fotosintesis yang terjejas.

Daun menjadi kuning pucat.

Daun akan menghadapi klorosis atau warna kekuningan yang akan menghalang proses fotosintesis
berlangsung. Kemudiannya, daun akan mati.

5. Sulfur (S)

Peranan sulfur juga sama penting seperti magnesium dan fosforus iaitu dalam proses pertumbuhan
pokok. Selain itu, sulfur juga berperanan dalam pembentukan klorofil dan proses penghasilan
protein.

Apa beza sulfur dan magnesium? Sulfur sebagai sumber pembentukan klorofil, manakala,
magnesium disimpan di dalam klorofil untuk proses penerimaan cahaya matahari.

Apakah kesan yang akan pokok hadapi akibat kekurangan sulfur?

Pertumbuhan pokok yang kecil dan kadang kala juga meninggi namun kurus.

Pokok kelihatan tidak bermaya dan pucat warnanya.

Simptomnya kelihatan seperti kekurangan nitrogen, namun bezanya keseluruhan pokok kelihatan
kekuningan.

Daun menjadi kekuningan termasuk daun yang baru tumbuh.

Proses kematangan pokok terbantut.

6. Kalsium (Ca)

Kalsium terdapat banyak dalam bahan kering tanaman iaitu sebanyak 0.5-3%. Kalsium berperanan
penting dalam pertumbuhan akar pokok dan penyusunan dinding sel.

Unsur kalsium juga sangat diperlukan pada peringkat penghasilan buah, ini kerana pada peringkat
buah, jika sumber kalsium kurang, buah akan merekah dan pecah.

Namun, di dalam tanah, kekurangan kalsium jarang terjadi kerana ketersediaannya yang tinggi di
dalam tanah. Namun, di dalam sistem fertigasi, menggunakan medium sabut kelapa yang
menggantikan medium tanah, penggunaan kalsium di dalam baja AB sangat tinggi untuk memastikan
keperluan pokok diutamakan.

Calcium Nitrate – Sumber unsur kalsium dan nitrat.

Selain itu, dengan pemberian kalsium pada pokok, meskipun sudah tersedia di dalam tanah, kalsium
yang diberi bertujuan untuk meningkatkan keasidan medium.

Apakah simptom yang jelas kelihatan akibat kekurangan kalsium pada pokok?

Buah akan menghadapi simptom kereputan hujung buah (Bottom End Rot).

Daun di bahagian bawah pucuk menjadi hijau pucat.

Daun muda menguning, kemudian menjadi hitam dan mati.

Pokok kelihatan layu meskipun sentiasa disiram.

Pertumbuhan akarnya yang tidak sempurna dan cacat.

Unsur Mikro

1. Boron (Bo)

Boron berperanan mengaturkan mekanisma yang berlaku di dalam tanaman:

Meransang gula untuk menembus lapisan dinding membran sel.

Mengatur pengaruh oksidasi dari kegiatan polyphenolase.

Menyeimbangkan proses metabolisme ester fosfat.

Meransang perluasan katalisator O-difenol dalam metabolisme sel, termasuk pembentukan oksidasi
asid indoleacetic.

Memangkin perkembangan sel tanaman.

Membantu proses pembentukan kanji (karbohidrat kompleks).

Sumber unsur Boron (Bo)

Apakah impak yang kelihatan akibat kekurangan unsur boron dalam tanaman?
Pertumbuhan tunas yang terganggu, dan batang-batang tanaman akan memendek.

Daun-daun sering gugur dan berkerinting, tebal dan rapuh tanpa ada tanda-tanda kehilangan
klorofil.

Buahnya menjadi kecil, pertumbuhannya yang terbantut dan berlubang.

Penghasilan biji yang rendah bilangannya.

2. Zink

Zink berfungsi dalam menagtifkan enzim enolase oksalsetik, dekarbolaise, lesitinase, sistein
desulhidrase, histindeaminase dan dehydropeptidase.

Zinc Sulphate – Sumber zink dan sulfur.

Apakah tanda tanaman yang kekurangan zink:

Pertumbuhan daun yang kecil.

Terdapat jalur-jalur klorosis di antara urat daun.

Pertumbuhan pucuk yang terbantut.

3. Besi (Fe)

Sescara khususnya, dalam tanaman, unsur besi berperanan mengaktifkan sistem enzim fumarin
hidrogenase, katalase, oksidase dan sitokrom.

Besi juga mempunyai kaitan dengan sintesis kloroplastik protein. Jumlah keperluan besi ini
bergantung pada kewujudan jumlah unsur-unsur seperti molibdenum, fosforus, mangan dan kobalt
yang bersimbiosis di dalam tanaman.

Ferum Sulphate – sumber unsur besi (ferum) dan sulfur.

Apakah tanda-tanda yang dapat dikenalpasti dalam kekurangan unsur besi:

Perkembangan daun yang terhenti dan terbantut. Kemudian, daun bertukar warna menjadi putih.

Mekanisme perkembangan klorofil terbantut.


4. Mangan (Mn)

Mangan berfungsi sebagai pengaktif sejumlah enzim terlibat dalam:

phosphorylase

putaran asid sitrik melalui pengaktifan enzim arginase

sistein

desulfihidrase

Manganese Sulphate – Sumber unsur mangan dan sulfur.

Selain itu, dalam Reaksi Hill terdapat proses yang dinamakan photochemical, unsur mangan ini turut
berperanan dalam aktiviti tersebut.

Kekurangan unsur mangan dapat dilihat apabila berlakunya klorosis yang kelihatan di antara urat
daun pada daun muda.

5. Molibdenum (Mo)

Molibdenum berfungsi untuk mengaktifkan enzim nitrat reduktase dan xanthine oksidase yang
penting dalam proses fiksasi nitrogen, asimilasi, sintesis asid amino dan protein.

Ammonium Molybdate – Sumber unsur ammonia dan molibdenum (Mo).

Kekurangan molibdenum boleh dilihat pada perubahan warna kekuningan pada urat antara tulang
daun, dan tanaman akan menjadi pucat serta kerdil; Simptom yang sama seperti kekurangan unsur
nitrogen.

Kesimpulannya, kandungan unsur baja AB cukup lengkap dan sangat diperlukan oleh pokok. Jika
diperhatikan terdapat unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah, namun perlu ditambah atas
sesuatu sebab.

Namun, perlu diketahui di dalam sabut kelapa, unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah tadi tiada
di dalam sabut kelapa.

Oleh kerana itu, jika saudara bertanya bolehkah baja NPK yang berbentuk granul itu di hancurkan
dan dibancuh di dalam larutan air, dan disiram pada pokok, jawapan saya tidak boleh.
Bahkan, baja NPK tersebut memerlukan faktor persekitaran sebagai pengurai untuk mengurai baja
tersebut menjadi unsur yang dipermudahkan dan diserap oleh pokok. Malah, sifat baja tersebut
merembeskan nutrien adalah secara perlahan (slow release).

Anda mungkin juga menyukai