Anda di halaman 1dari 7

MUZIK SEWANG

www.tabuhemas.com Disediakan oleh MASTOR Hj JARKASEH, B.Ed (Muzik) SM Sains Teluk Intan

Pengenalan Muzik Sewang diamalkan oleh masyarakat orang asli Semai yang banyak terdapat secara berkumpulan di daerah Tapah/Cameron Highland dan Tanjung Malim. Sewang terdiri daripada muzik, nyanyian solo dan beramairamai serta tarian. Fungsi Muzik berunsurkan amalan ritual ini sering dikaitkan dengan kehadiran hantu dan gunik. Roh sering dirujuk bagi entiti baik manakala gunik dirujuk sebagai entiti jahat dalam masyarakat ini. Gunik dikatakan sering bertanggungjawab terhadap nasib malang, penyakit dan mala petaka dan ia wujud dalam semangat harimau, guruh dan entiti jahat yang lain. Roh pula dikaitkan dengan semangat orang-orang yang telah meninggal terdiri daripada ketua-ketua atau tokoh-tokoh hebat dalam masyarakat setempat.

Mereka biasanya terdiri daripada mantan tok batin, pawang dan pahlawanpahlawan.

Sewang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sewang Terang dan Sewang Gelap. Sewang Gelap dijalankan untuk perubatan. Hala akan memanggil gunik yang menggangu penduduk dan akhirnya memutuskan perkaraperkara yang peru dilakukan oleh penduduk kampung tersebut. Dipercayai gunik hanya akan hadir dalam kegelapan malam dan ia tidak suka kepada sebarang cahaya atau api. Hala dikatakan akan dirasuk oleh gunik dan ia akan berinteraksi dengan pembantunya dalam upacara tersebut. Dipercayai, pada masa itu gunik akan menyampaikan hasrat dan kehendaknya melalui perantaraan hala. Nama entiti jahat akan ditukar dengan nama yang lebih baik semasa upacara ini misalnya entiti tikus akan digelar dengan Gunik Siti (SiTikus) dan Gunik Hari (harimau). Sewang Terang dijalankan dalam suasana terang pesta. Upacara ini sering dijalankan dalam upacara pemutus ubat, menolak bala disebabkan wabak penyakit atau kerana hasil pertanian yang tidak begitu baik. Ia juga dijalankan selepas musim genggulang (menuai) bertujuan mengucap terima kasih kepada semangat hutan dan meminta hasil pertanian yang lebih lumayan pada masa akan datang. Sewang Terang biasanya dijalankan 7 hari 7 malam berturut-turut. Tidak ada bunyi bising seperti gelak ketawa atau kanak-kanak menangis dibenarkan semasa muzik dan tarian sewang dijalankan.

Sewang Terang juga dijalankan sebagai pemutus ubat. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya 20 pesakit yang telah diubati dan masih belum menjalankan upacara pemutus ubat hendaklah berkongsi menjalankan sewang. Pengeras atau sko hendaklah disediakan oleh pesakit dalam bentuk wang perak (wang syiling biasa) untuk diberi kepada gunik. Hala boleh membatalkan upacara sewang jika beliau mendapat mimpi atau sebab-sebab lain. Pesakit yang tidak dapat hadir hendaklah menggantikannya dengan sedikit darah yang diambil dari bahagian kaki. Peralatan Tarian Daun kelapa merupakan peralatan penting dalam Sewang. Daun kelapa yang dianyam akan dihias di sekeliling ruang tarian. Hiasan daun kelapa ini hendaklah disusun secara bersambung-sambung kerana dipercayai akan digunakan sebagai jambatan kepada gunik untuk memasuki tubuh Hala. Daun kelapa juga dijadikan aksesori dimana ia akan dililit di kepada, badan dan pinggang semua ahli-ahli sewang. Muka ahli sewang dihiasi dengan warna merah dari biji buah Kesumbar
(gambar)

dan bintik putih dari kapur.

Hala dan penari sewang akan memegang segenggam daun-daun hutan yang dipanggil kijau. Biasanya terdiri daripada daun-daun herba dan akar-akar yang mempunyai bau harum. Ia dipotong secara khusus supaya kelihatan cantik dan kemas. Daun-daun dan akar ini biasanya diambil dari bahagian tertinggi (bukit atau gunung) yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

Pantang Larang Hala yang bertanggungjawab menjalankan upacara tarian sewang tidak boleh makan makanan yang pedas dan juga yang dianggap berbisa seperti ikan keli dan ikan berduri selama 7 hari selapas upacara sewang. Dipercayai jika hala melanggar pantang ini, penyakit yang diubati tersebut akan kembali. Selain itu sepanjang sewang dijalankan, penonton tidak dibenarkan berbuat bisng contohnya gelak ketawa, menangis (kanak-kanak) dan memasang lampu atau api (bagi sewang gelap). Muzik Sewang

Alat terpenting ialah Centung yang dimainkan oleh 4 orang pemuzik. Satu set Centung terdiri daripada dua batang buluh yang mempunyai bahagian atas terbuka dan di bahagian bawahnya ditutup oleh bahagian ruas. Centung yang lebih besar dinamakan Cantung Jantan dipegang menggunakan tangan kiri berukuran lebih kurang 6-8cm dan panjang 60-75cm. Centung Betina berukuran lebih kecil dipegang menggunakan tangan kanan. Terdapat 3 pic dikesan pada centung. Sesetengah set centung terdiri hampir kepada Perfek Ke-5 (G-D) dan sesetangah set terdiri daripada jeda Minor Ke-3 (G Bb). Bahagian bawah centung akan dihentak di atas sepotong kayu dasar yang agak besar. Selain dari bermain muzik, pemuzik akan menyanyi berselang seli dengan nyanyian oleh Hala Centung akan dimainkan sepanjang tarian sewang.

Pensol atau seruling hidung dimainkan oleh Hala. Juga dibuat daripada buluh berukuran diameter 1.5 2cm dan panjang kira-kira 25cm. Hala akan menyumbat sebelah lubang hidung menggunakan daun atau cebisan kain manaka sebelah lagi lubang hidung digunakan untuk meniup pensol. Pengsol dimainkan sebagai muzik melodi intro, bridge dan penamat. Alat lain dalam sewang ialah rebana, Crep (gitar buluh bertali 2), gong dan Genggong (menyerupai mouth harp). Julak atau melodi yang dinyanyikan oleh hala dikatakan diilhamkan melalui mimpi. Julak ini dinyanyikan untuk memanggil gunik hadir dalam majlis. Hala yang telah dirasuk oleh gunik dikesan dengan perubahan karektor atau suaranya yang berubah. Contohnya, apabila Gunik Harimau telah merasuk

tubuh hala maka suara hala akan berubah menderam seperti bunyi harimau. Konsep Muzik Sepanjang tarian sewang akan diiringi oleh muzik dari centung dan jika ada alat muzik gong, crep, rebana dan genggong. Format / bentuk seksyenseksyen muzik sewang dapat dijelaskan seperti berikut Intro / muzik inetrumental oleh pensol Julak berselang seli dengan nyanyian ramai oleh pemuzik (beberapa kali) Bridge / muzik instrumental oleh pensol Julak berselang seli dengan nyanyian ramai (beberapa kali) Bridge / muzik instrumental oleh pensol Julak berselang seli dengan nyanyian ramai (beberapa kali) Penamat / muzik instrumental oleh pensol

Secara keseluruhannya, hanya satu pola irama permainan muzik centung dalam muzik itu, iaitu

Muzik sewang dimainkan dalam meter empatan, Tempo sederhana (lebih kurang krocet = 100) bagi muzik perubatan dan tempo lebih cepat bagi muzik persembahan. Melodi yang dimainkan adalah melodi yang diulangulang (yang diilhamkan melalui mimpi). Melodinya seolah-olah tidak begitu mengambil kira detik muzik tetapi secara keseluruhannya mempunyai struktur 4 bar. Walau pun tidak begitu jelas, terdapat sedikit persamaan melodi dengan penggunaan skel minor pentatonik (tanpa pic ke-4 dan ke-7) digunakan sebagai asas melodi. Tekstur sewang ialah monofonik iaitu satu melodi (samada dari pensol atau julak) diiringi oleh rentak kekal dari alat kombinasi alat muzik centung (juga lain-lain alat muzik jika ada).

Tiada penglibatan penggunaan kod (triad) selain triad tonik disepanjang lagu dimana ianya selaras dengan muzik-muzik ritual dalam etknik-etnik lain di Malaysia. Bunyi alat muzik genggong seolah-olah berfungsi sebagai drone sepanjang lagu dimainkan. Tiada penggunaan dinamik yang jelas dalam persembahan sewang. Semua melodi dan muzik iringan menggunakan dinamik yang sekata sepanjang lagu. Rumusan Berdasarkan perbualan dengan penduduk di Kampung Batu 13 Tapah, didapati muzik sewang ini mula dipengaruhi oleh muzik popular semasa, contohnya dangdut. Tetapi pola irama rentaknya tidak banyak berubah. Ia masih mengekalkan pola irama rentak yang mudah dan berulang-ulang. Unsur yang paling jelas berubah ialah tempo. Bagi lagu dangdut rentaknya dimainkan dengan sedikit laju berbanding tempo sewang asal.

Unsur ritual dalam muzik sewang semakin lama semakin berkurangan kerana fungsi asal bagi mengubati penyakit telah mulai dilupai. Ramai penduduk masyarakat orang asli telah mula beralih kepada perubatan modern yang semakin mudah didapati. Fungsi sewang ini telah mula beralih kepada genggulang atau hanya untuk persembahan khas kepada pelancong. .tamat. 19 Ogos 2008 / www.tabuhemas.com

Anda mungkin juga menyukai