Anda di halaman 1dari 2

PREPARED BY: NUR ANIS ALIEYA BINTI JANIS

PREPARED FOR: TENGKU NOORASYIKIN BINTI RAJA YAI

ULASAN TEATER “PERANG TERAKHIR”

“Perang Terakhir” ini dijayakan oleh kumpulan teater Universiti Teknologi MARA

(UITM) Cawangan Pulau Pinang, mereka telah diangkat sebagai Juara dalam Festival

Teater Negeri Pulau Pinang (FTNPP). Menerusi naskah “Perang Terakhir” ini UITMCPP

telah membawa pulang Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik,

Anugerah Pameran Terbaik dan Sinografi Terbaik. Karya Khairunazwan Rodzy (Pengarah

Terbaik) dan Tengku Noorasyikin (Anugerah Pelakon Wanita Terbaik) ini berjaya menambat

hati juri-juri profesional dan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan teater tersebut.

Naskah teater ini layak dipertandingkan di peringkat kebangsaan pada tahun akan datang.

Perang terakhir ini mengisahkan tentang Omar dan anak perempuannya Rahimah

yang sedang berlindung di suatu tempat kerana takut menghadapi “Perang Akhir” dan realiti

di luar. Salah seorang kawan Omar datang ke rumahnya iaitu Malek membantu Omar dari

segi bekalan makanan dan membawa berita dari luar untuk diberitahu. Malek sanggup

membantu Omar kerana Omar adalah rakan kenalan sejak dari kecil lagi tetapi beliau tidak

gemar dengan sikap Omar yang takut menghadapi kenyataan dan situasi yang sebenar.

NUR ANIS ALIEYA BINTI JANIS


2022897348 HKB112
Disebabkan sikap Omar yang takut menghadapi dunia diluar maka Omar hanya mendengar

berita-berita dari Malek mengenai perkembangan semasa perang.

Lontaran suara dari Malek dan Omar sangat jelas dan mudah difahami oleh

penonton. Gaya lakonan mereka juga dapat memberi kesan kepada penonton kerana

mereka menghayati watak mereka dengan baik. Hal ini, saya sebagai penonton dapat

merasakan seperti melihat secara depan. Dari segi vocal dan gerak-geri mereka tiada

banyak kesalahan begitu juga dengan pencahayaan yang sangat bagus dan berubah

mengikut kesesuaian cerita. Semasa cahaya merah bertukar seakan maksud berlaku

peperangan dan asap keluar yang menunjukkan asap dari tembakan tersebut terlihat seperti

benar-benar berlaku di depan saya.

Latar bunyi juga sangat la diperdengarkan seperti benar-benar berlaku. Prop yang

disusunkan juga kelihatan seperti zaman peperangan zaman dahulu. Kisah ini dapat

memberi kesan kepada penonton kerana cara yang disampaikan sangat bagus sekali.

Sebagai penulis Khairunazwan Rodzy berkata, “Perang Terakhir cuba membawa dan

mengupas apakah rasional akal masih boleh diguna pakai ketika berdepan perang akhir

zaman yang sememangnya semua tahu akan kedatangannya”. Hal ini kerana Sikap Omar

dan Malek yang berbeza pandangan terhadap sesuatu perkara. Perang Terakhir ini

dijayakan dengan baik oleh Rahimah iaitu anak perempuan yang kepada bapanya iaitu

Omar yang takut menghadapi realiti kehidupan dan juga Malek yang mempunyai pemikiran

yang rasional dan berani menghadapi sesuatu perkara.

NUR ANIS ALIEYA BINTI JANIS


2022897348 HKB112

Anda mungkin juga menyukai