Anda di halaman 1dari 15

PENULISAN

SKRIP DRAMA
RADIO & TV
Oleh ZULKIFLI KHAIR
PENGENALAN
Jenis2 skrip drama; pentas, teater,
radio, TV dan filem.
Skrip drama seumpama cerpen
yang disokong oleh elemen2 tema,
plot, watak, latar dll.
Contoh panduan dalam internet:
http://www.irdp.co.uk/scripts.htm
AMINAH MOKHTAR
100 buah skrip drama yang diterbitkan oleh
Radio 1 RTM dan 5 skrip panggung drama di
samping hasilkan 6 buah novel.
Lahir pada 4 Oktober 1959 di Muar, Johor.
Pendidikan STPM. Kerjaya jururawat.
Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio
Terbaik - "Zulaikha Fitri"), Anugerah Sri Angkasa -
RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah
Ramadan di Baitul Muqqadis), Hadiah Sastera
DT 2001 (Drama radio - Tetamu Allah), Hadiah
Sastera DT 2002 (Kategori Drama Radio - Merah
Ramadan di Baitulmaqqdis).
MUZIK DAN BUNYI LATAR
Skrip drama radio memerlukan
kesan muzik dan bunyi bagi
menggambar dan menghidupkan
suasana.
Kalau sedih ditinggalkan kekasih,
barangkali sesuai lagu jangan
kauucap selamat tinggal. Kalau
berada di tepi pantai, perlu kesan
bunyi ombak dan camar.
TIP MENULIS SKRIP DRAMA
RADIO (1)
Menurut Khadijah Hashim, tema
mesti ditetapkan dulu. Kemudian
tetapkan plot sama ada linear atau
imbas kembali.
Watak mesti digambarkan dengan
suara yang sesuai.
Dicadangkan pelakon kurang
daripada 6 orang (watak).
TIP MENULIS SKRIP DRAMA
RADIO (2)
Dialog haruslah kata bual, ringkas,
padat, rancak, ada sampuk
menyampuk dan sambut
menyambut.
Anggaran panjang skrip:
20 halaman; 45 minit.
12 halaman; 30 minit.
8 halaman; 15 minit.
PROSEDUR PENULISAN
Setiap skrip mesti dimulai dengan
pendahuluan, sinopsis serta watak dan
perwatakan (mesti jelas sebelum hasilkan
skrip drama dan novel).
Contoh watak dan perwatakan:
Limah: 20-an. Ada masalah untuk
mendapatkan tuntutan nafkah daripada
suaminya setelah bercerai.
Ram: 30-an. Peguam di Zul & Co. Sdn Bhd.
Jane: 20-an. Kawan baik Puan Limah. Rakan
sekerja.
ISU BAHASA ROJAK
bicarawara gantikan talkshow,
jerayawara gantikan roadshow,
candawara gantikan gameshow, kira
detik gantikan countdown, jalan sesak
gantikan traffic jammed, kecewa
gantikan frust dan bosan gantikan
boring.
Penggunaan bahasa rojak dalam drama
radio dan TV juga tidak dibenarkan
walaupun adegan berkenaan berkisar pada
suasana santai atau untuk menggambarkan
status sebenar kehidupan golongan elit.
(Dato Adilah Shek Omar, 9.11.2006)
PENGENALAN
Skrip drama TV dan filem juga
disokong oleh elemen2 tema, plot,
watak, latar dll.
Pembangunan disiplin ilmu
penulisan skrip di Malaysia agak
lembab.
Penulis skrip mesti ada kemahiran
seperti pengarah visual, imej,
ruang dll (lihat juga Rilla, 1974).
MASALAH PENULIS SKRIP
MALAYSIA
Kurang dapat latihan dan
bimbingan.
Kurang minat membaca.
Terima banyak tawaran
serentak.
Kurang buat penyelidikan.
Menulis kerana diupah.
(Lihat kajian FINAS-UKM 1995)
KELEMAHAN SKRIP
Stereotaip.
Pengembangan watak lemah.
Suka masukkan sub-plot.
Dialog tidak sesuai dengan
perwatakan.
Babak meleret.
Berlaku ulangan.
Cerita yang tidak bagus.
DAPATAN MENARIK (23
responden)
Bayaran tertinggi RM 10 ribu, bayaran
terendah RM 800.
54.5% tak pernah tulis cerpen; 59% tak
pernah tulis sajak; 81.8% tak pernah tulis
novel; penulis berpengalaman pernah
menulis cerpen dan sajak.
Minat dalam penulisan faktor jadi penulis
skrip; benar (63.6%), tak tahu (0.0%), tidak
pasti (4.5%), tidak benar (31.8%).
50% tak pernah mengikuti kursus
penulisan skrip.
PROSEDUR PENULISAN
Setiap skrip mesti dimulai dengan
pendahuluan, sinopsis serta watak
dan perwatakan.
Mesti ikut gaya pengarah dan
jurukamera: Cut to,
Contoh: Bawang dan Halia oleh
Iswardi Morni. 59 scenes. 127
halaman langkau dua baris.
"BAWANG DAN HALIA"
SC 1
FADE IN:
INT. SEBUAH RUMAH ORANG TUA MALAM
Watak: Man (pak Buta), Aisyah, orang-orang tua, orang
ramai.
Appear text: Rumah orang Tua - Sekarang
PUSH IN dari siling rumah tersebut terus nampak
beberapa orang tua sedang tidur di kerusi mereka.
Television sedang memainkan cerita P. Ramlee.
Seorang lelaki tua sedang duduk mengadap tv tersebut
tetapi wajahnya nampak merenung jauh. Kelihatan
seorang tua yang lain sedang tidur dan ada yang
sedang bermain chess.
CUT TO flash back ke 25 tahun dahulu
Appear text: 25 tahun sebelumnya
EXT. DI DEPAN SEBUAH RESTOREN TAHUN 80AN
Shot dari atas terus turun ke bawah. Shot setiap reaksi orang
ramai yang melihat dengan penuh tanda tanya.
Orang ramai mengelilingi restoren yang sedang ditutup dan
dimangga. Di hadapannya ditulis untuk disewa dan disita.
Seorang lelaki berdiri tunduk dan menahan sebak bersama
dengan seorang wanita yang sedang mengandung sambil
memukul-mukul pintu kedai tersebut.
AISYAH
Tidak.!!! Kenapa bang kenapa?
Tiba-tiba wanita tersebut pengsan.

Anda mungkin juga menyukai