Anda di halaman 1dari 5

Bidaah & Khurafat dalam Pelaksanaan Haji

Perkara khurafat mengandungi unsur syirik, kerana mengiktiraf suatu makhluk atau
objek mempunyai kuasa tertentu, atau kerana mengambil berkat (tabarruk) bagi
hajat tertentu.

Bidaah pula ialah melakukan sesuatu amalan yang baru dalam ibadat, yang tidak
disunahkan oleh Rasulallah s.a.w.

PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG


KEPADA AMALAN KHURAFAT

Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

o Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah
menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
o Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
o Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah
amalan yang betul.
o Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.

Jauhkanlah daripada melakukan perkara-perkara khurafat dan bidaah, terutamanya


semasa melaksanakan fardu haji dan umrah. Berikut disenaraikan beberapa contoh
amalan khurafat dan bidaah yang kerap dilakukan oleh sebahagian jemaah semasa
di Tanah Suci. Jauhilah daripada melakukan perkara-perkara berikut :-

KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI

1. Menulis ayat-ayat dua kalimah syahadah pada kertas atau kain, iaitu : ‫َاْش َه ُد َأْن اَل ِإَلـَه‬
‫ َو َأْش َه ُد َأَّن ُم َح َّم ًد َر ُسْو َل ُهللا‬،‫ِإاَّل ُهللا‬. Bahagian syahadah pertama ‫ َاْش َه ُد َأْن اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهللا‬dipotong dan di
bawa bersama ke Makkah. Syahadah kedua ‫ َو َأْش َه ُد َأَّن ُم َح َّم ًد َر ُسْو َل ُهللا‬ditinggalkan di
rumah dipercayai boleh memperkuatkan iman dan tidak akan meninggal dunia di
Tanah Suci.

Sedangkan, mati di tanah suci mempunyai kelebihannya seperti Sabda Nabi SAW:
‫َع ْن اْب ِن ُع َمَر َقاَل َقاَل َر ُسوُل ِهَّللا َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم َم ْن اْس َت َط اَع َأْن َي ُموَت ِباْلَمِد يَن ِة َفْلَي ُم ْت ِبَه ا َفِإِّن ي َأْش َفُع ِلَم ْن َي ُموُت ِبَه ا‬

Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mampu
untuk mati di Madinah, maka matilah (di Madinah). Sesungguhnya aku akan
memberi syafaat untuk mereka yang mati (di Madinah).”

(Riwayat Tirmizi. Kata Sheikh Albani: hadis ini sahih)

2. Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.

3. Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat


rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-
ingat ke rumah

4. Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak
tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.

5. Setelah balik nanti mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah
haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.

KHURAFAT DI TANAH SUCI

1. Ada yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya
untuk disimpan kerana ada keajaibannya. Mereka lupa kelambu tersebut adalah
tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya di Makkah dengan
pelbagai peralatan canggih. Mengoyak kelambu bererti memusnah harta awam dan
mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka harapkan dari barangan curi dan
khianat? Ada juga yang membelinya di kilang membuat kiswah semasa menziarahi
tempat tersebut. Para jemaah sanggup membeli cebisan kain tersebut dengan harga
yang mahal kerana semata-mata menganggap ianya pembawa tuah. Ini semua
kepercayaan yang karut dan khurafat. Juga dikaitkan berkat kerana kiswah itu
menutupi Kaabah. Perlu diketahui, bahawasanya sejak pembinaan pertama Kaabah
oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Kaabah telah pun mengalami beberapa kali
runtuhan dan dibina semula disebabkan banjir. Oleh itu, batu binaan Kaabah pada
masa kini bukan lagi batu binaan yang asal untuk diharapkan berkat darinya. Ianya
tidak lain hanya akan membawa kepada kesyirikan.

2. Mempercayai sesungguhnya Hajar Aswad mampu memberikan manfaat dan


mempunyai barakah.

Perlu diingati bahawa manfaat dan mudarat hanya dari Allah subhanahu wa taala.
Umar bin Khatab radiallahu anhu berkata:
‫ِإِّن ي َأْع َلُم َأَّن َك َح َج ٌر ال َت ُضُّر َو ال َت ْن َفُع َو َلْو ال َأِّن ي َر َأْي ُت الَّن ِبَّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم ُي َقِّب ُلَك َم ا َقَّب ْلُتَك‬

Maksud: “Sesungguhnya aku pasti bahawa kamu hanya sekadar batu biasa yang
tidak mendatangkan mudarat dan manfaat. Seandainya aku tidak melihat Nabi
sallallahu alaih wasallam menciummu, tentu aku tidak akan menciummu.”

(Riwayat Bukhari)

3. Jemaah haji berebut-rebut untuk mendaki Bukit Rahmah (bukit Arafah) dan ingin
sampai ke puncaknya sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya
dan juga kepada para jemaah yang lain. Sedangkan hal ini tidak disyariatkan kerana
seluruh padang Arafah adalah tempat berwuquf. Begitu juga tidak digalakkan
kepada jemaah wanita kerana dibimbangi akan bersentuhan dan bergeseran
dengan jemaah lelaki.

Kebanyakan jemaah menganggap bahawa Bukit Rahmah adalah tempat untuk


mendapatkan jodoh atau mengeratkan hubungan suami dan isteri. Mereka akan
berdoa dan menulis di tembok nama pasangan masing-masing. Ini semua adalah
kepercayaan yang karut dan tiada sumber atau dalil dari al-Quran mahupun hadis.

4. Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh
memanjangkan umur.

5. Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara


mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.

6. Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah
Islam.

7. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik
untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan
memurahkan rezeki.

8. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan tertentu, jika
dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di
kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka
akan laris.

9. Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi
tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.

10. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali
bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
11. Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan
menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.

12. Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.

13. Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik
kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-
lamanya.

14. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang
mudah masuk syurga.

15. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan
suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana
kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi
dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan
kemaluan Siti Hawa.

16. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan
dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.

17. Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air
zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan.
Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain
tersebut.

18. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas
agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.

19. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang
menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk
syurga.

20. Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat
mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.

21. Ketika melontar jamrah, kebanyakan jemaah mengganggap mereka sedang


melontar pada syaitan. Oleh itu, mereka melontarnya dengan penuh kemarahan
disertai dengan caci maki terhadapnya. Padahal melontar jamrah itu telah
disyariatkan oleh Allah s.w.t tanpa kita ketahui sebab dan mengapa ia dilakukan,
sama seperti solat subuh dua rakaat dan zohor empat rakaat. Hal ini kerana ianya
telah pun disyariatkan tanpa perlu kita mengetahui sebabnya sebagai tanda kita
beriman dengan apa yang telah dibawakan oleh Rasulullah s.a.w.
Ada juga sebilangan mereka yang melontar jamrah menggunakan batu yang besar,
kasut atau dengan kayu. Perbuatan ini termasuklah dalam berlebih-lebihan dalam
agama yang dilarang Nabi s.a.w.

22. Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam
Asia Tenggara.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh


syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah
seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk
sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:“…………
Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam
neraka”.Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri
daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk
menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan
mandapat haji mabrur.

Anda mungkin juga menyukai