Anda di halaman 1dari 2

AMALAN KHURAFAT KETIKA DITANAH SUCI

Disediakan Oleh
Mohammad Fazli Bin Hj Tikson
JHEAINS TUNGKU

Berkunjung ke Baitullah al-Haram adalah keinginan setiap Muslim yang


bergantung harap pada Allah SWT. Tidak kiralah sama ada berkunjung untuk
menunaikan Haji atau Umrah. Jemaah Malaysia antara Jemaah yang kedua
teramai didunia untuk menunaikan umrah menggunakan muasasah. Namun,
masalah timbul apabila ramai dikalangan Jemaah yang menunaikan haji dan
umrah dalam keadaan tidak bersedia dari aspek ilmu dan amalan. Sebahagian
Jemaah ada yang menganggap menunaikan haji dan umrah sekadar memenuhi
program pelancongan tahunan dan ada yang hanya mahu mendapatkan title
sebagai HAJI apabila kembali ke tanah air nanti.

Akibat daripada kecetekan ilmu dalam bidang agama, Jemaah yang


mengerjakan haji melakukan ibadah dengan hanya meniru perbuatan orang lain
sehingga tidak sedar ia telah melakukan perkara khurafat dan bid’ah. Perkara
khurafat ini adalah suatu bentuk amalan yang diwarisi daripada lisan dan
dikhabarkan perkara yang sangat mempengaruhi kehidupan, baik buruk nasib
seseorang dan sebagainya. Antara perkara khurafat yang biasanya dilakukan
oleh Jemaah dari Asia tenggara ialah :

1. Ketika bertolak dari rumah, tidak boleh memandang kebelakang. Jika


memandang juga, nanti pekerjaan haji dan umrahnya tidak akan
sempurna.
2. Ketika balik dari menunaikan haji, diwajibkan berkurung dirumah
selama 40 hari. Ianya dinamakan Idah Haji kemudian, barulah haji itu
berkah. Kalau ia melanggar idah haji, maka sia-sialah hajinya.
3. Menyapu tiang masjid al-Haram atau Masjid Nabawi kemudian disapu
kemuka dan dipercayai akan menambah seri diwajah.
4. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “memijak tanah” oleh bayi
yang baru lahir agar menjadi gagah dan tidak terkena penyakit.
5. Mengambil dan memotong tali khemah di padang Arafah dan Mina
untuk dijadikan tangkal sebagai pelaris perniagaan.
6. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah pancuran air emas agar
sembuh segala penyakit.

Banyak lagi amalan khurafat yang dilakukan oleh Jemaah yang datang ke
Tanah Suci, ini hanyalah sebahagian sahaja. Dalam Islam, perkara khurafat ini
sangat ditegah dan diharamkan kerana ianya tidak dapat mendatangkan
manfaat serta mudharat kepada pelakunya. Hadis Nabi Saw yang bermaksud,
“daripada ibnu Umar ra katanya: Nabi SAW pernah bersabda: “sesiapa yang
kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh
memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik
(kepada Allah). Mereka bertanya, apakah kifarat bagi yang demikian itu?
Sabdanya: hendaklah ia berkata : “Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan
kebaikan-Mu, tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang
dari-Mu dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau”. Yakin dan
pastilah bahawa, setiap yang baik dan bermanfaat itu datang dari Allah SWT dan
Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang bertaqwa.

Sumber: Ibnu Muslim Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din : 10/17/2010 : 11:09pm
(http://www.ustaznaim.blogspot.com )

Anda mungkin juga menyukai