Anda di halaman 1dari 8

Umrah

o o o o o
Pengenalan Syarikat Pengendali Umrah Panduan Jemaah Persediaan Para Jemaah Persiapan Diri Menunaikan Umrah Syarat-Syarat Umrah Rukun Umrah Larangan Ihram Tawaf Wada

Persediaan Jemaah
Persiapan Diri Menunaikan Umrah Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T. Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila: diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.; caranya menepati syariat yang ditetapkan; tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.

Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain. Mendapatkan ilmu yang cukup Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain. Menggunakan sumber wang yang halal Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan. Pastikan wang ringgit yang digunakan untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan. Menjaga kesihatan jasmani dan rohani Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan. Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat. Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya. Memperbanyakkan amalan sedekah Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia. Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.

Menunaikan sembahyang berjemaah Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah. Menjauhi amalan-amalan syirik Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya. Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela) Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati. Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api. Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah. Membersihkan diri dari dosa Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan: - meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa; - berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi; - merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan - jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang diambil dari manusia tersebut. Berdoa dan bertawakkal Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya. Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci. Syarat-Syarat Umrah Syarat adalah perkara yang paling penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sekiranya seseorang itu tidak cukup syarat, umpamanya dia seorang kafir atau seorang Islam yang telah melakukan perbuatanperbuatan yang menepati ciri-ciri orang murtad, maka ibadah umrahnya bukan sahaja tidak wajib dikerjakan, malahan tidak sah jika dilakukan. Berikut ialah syarat-syarat pelaksanaan ibadah umrah: Berakal Tidak wajib kepada orang tidak berakal (gila) dan tidak sah jika dilakukan. Baligh Tidak wajib bagi kanak-kanak. Sah jika dilakukan tetapi tidak mengugurkan kewajipannya mengerjakan umrah setelah dewasa kelak. Berkuasa Berkuasa dengan menunaikannya sendiri ataupun berkuasa mengerjakannya dengan pertolongan orang lain (badal umrah). Islam Tidak wajib dan tidak sah bagi orang kafir dan juga orang murtad. Merdeka Tidak wajib bagi hamba abdi tetapi sah dan berpahala jika dapat dilakukan.

Takrif Berkuasa Berkuasa mengerjakan sendiri Seseorang itu dikira berkuasa mengerjakan umrah jika mempunyai perkara-perkara berikut: - bekalan untuk yang pergi dan juga untuk keluarga yang tinggal; - kenderaan; - aman perjalanan; - sihat badan dan akal; dan - berkesempatan (mempunyai masa yang cukup) untuk mengerjakan umrah. Berkuasa bagi wanita Bagi kaum wanita, mereka perlu mempunyai tiga lagi syarat iaitu: - Mendapat izin suami atau wali; - Tidak berada dalam iddah(walaupun suami telah memberi keizinan atau berwasiat membenarkan pergi);dan Ditemani oleh: - Suami atau wali (atau jika tiada); - Mahram iaitu seorang lelaki yang haram bernikah dengannya (atau jika tiada); - Perempuan thiqat (dua orang perempuan yang boleh dipercayai, boleh membantu dalam urusan fizikal dan pelaksanaan ibadah. Walau bagaimanapun khidmat perempuan thiqat ini hanya boleh digunakan bagi umrah fardhu sahaja tetapi tidak bagi umrah sunat. Rukun Umrah Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah: Niat Tawaf Saie Tahallul Tertib

Niat Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:


Ertinya : Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Taala. Tawaf Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Saie, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah. Syarat- syarat sah tawaf - Berniat mengelilingi Kaabah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah: Ertinya: Aku berniat Tawaf Umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala. - Tawaf hendaklah dilakukan di luar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram. - Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan

bahu sentiasa mengiringi Kaabah. - Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah termasuk Syazarwan (bingkai Kaabah) semasa tawaf. - Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Kaabah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Kaabah). - Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis. - Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama. - Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin. - Mesti mengirikan Kaabah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjurupenjuru Kaabah. - Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk). - Mesti suci daripada hadas besar. - Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah). - Mesti menutup aurat.

Saie Saie adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Saie bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Saie yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Saie: - Hendaklah dilakukan selepas tawaf. - Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie. - Saie hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah. - Saie dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula. - Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong. - Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain. Tahallul Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerjakerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Saie. Syarat Tahallul Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan caracara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita: - Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai. - Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas keduaduanya selesai Saie umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu. - Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan. Tertib

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan). Wajib Umrah - Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah: - Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya. Menjaga larangan ihram. - Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan. Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang): Qarnul Manaazil - Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah. Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) - Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri. Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah: Al-Juhfah - Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama. Zaatu irqin - Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Larangan Ihram Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut: LARANGAN IHRAM Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya) Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki) Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman Memakai sarung tangan Mengerat kuku Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja) Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain Bercumbuan Melakukan persetubuhan

LARANGAN IHRAM JEMAAH LELAKI memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya menutup kepala atau sebahagian daripadanya. memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki. Ihram Kanak-Kanak

JEMAAH WANITA

menutup muka

- Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram. - Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram. - Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram Tawaf Wada Tawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dikerjakan - bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam. Syarat Tawaf Wada Sama seperti tawaf umrah dan tawaf ifadhah. Tetapi sebelum memulakan Tawaf Wada seseorang itu perlu berniat. Pengecualian (tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam) Perempuan yang kedatangan haid atau nifas. Perempuan yang didatangi darah istihadhah( darah penyakit) pada lazimnya dia haid. Orang luka yang mengeluarkan banyak darah. Orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat hadas besar. Orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta bendanya. Orang yang takut ditinggalkan kawan. Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang seumpamanya. Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf. Orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya. - Orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur.

Perhatian: - Tawaf Wada dikerjakan hanya setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan Kota Makkah. - Setelah mengerjakan Tawaf Wada seseorang itu tidak lagi dibolehkan balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu, membuang air kecil atau besar, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat masa yang diambil tidak terlalu lama. - Jemaah yang terpaksa berangkat keluar dari Makkah dengan segera sedangkan dia belum lagi mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada memadailah baginya mengerjakan Tawaf Ifadhah sahaja. - Perempuan yang haid tidak dibolehkan melakukan tawaf wada. Sebagai ganti bolehlah berdiri di hadapan pintu Masjidil Haram dan berdoa - Orang yang tidak melakukan Tawaf Wada kerana jahil atau terlupa tidak dikecualikan dari membayar Dam. Dam yang dikenakan ialah Dam Taqdir dan Tertib.

Rahsia Mendapatkan Pertolongan Allah


Dari banyak persoalan yang menghadang kita, tidak ada yang paling ampuh selain pertolongan Allah. Tidak ada satu pun masalah yang terjadi kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam genggaman Allah. Masalah Terbesar Dalam Hidup Masalah terbesar dalam hidup adalah saat kita tidak mendapatkan pertolongan Allah. Seberat apapun persoalan akan menjadi ringan bila ditolong Allah. Pertanyaannya, bagaimana agar kita layak ditolong Allah?
Jawabannya ada dalam QS Ath Thalaaq ayat 2-3 yang artinya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-Nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Jadi, kunci atau rahasia pertolongan Allah ada dalam ketaqwaan kita. Semakin bertaqwa kita, semakin terbuka lebar pintu-pintu pertolongan Allah. Begitu pun sebaliknya. Ada banyak kewajiban yang harus kita tunaikan keapada Allah. Di antara yang banyak tersebut, ada beberapa amalan dasar sekaligus pembuka datangnya pertolongan Allah. Saat kita mampu mengamalkannya dengan istiqomah, insya Allah kebaikan-kebaikan lainnya akan terbuka. Amalan Pembuka Datangnya Pertolongan Allah SWT Pertama, mencintai masjid Masjid adalah rumah Allah yang ada di bumi. Tidak ada tempar yang paling dicintai Allah di bumi selain masjid. Pertolongan Allah akan datang kepada siapa pun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid. Oleh karena itu, syarat pertama agar ditolong Allah adalah mencintai masjid. Pastikan tidaklah shalat wajib kecuali di masjid. Lebih utama pula dengan shalat tepat waktu dan berjamaah. Agendakan untuk menghadiri majlis-majlis dzikir di masjid serta sisihkan sebagian rezeki untuk memakmurkan masjid. Kedua, tahajjud Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan bahwa pada waktu tersebut Allah SWT turun ke bumi dan mengabulkan setiap doa yang dipanjatkan hamba-hamba-Nya. Tidak ada satu pun sh olat sunnah yang begitu diperhatikan Rasulullah SAW kecuali shalat tahajjud. Sangat rugi orang yang menyia-nyiakan waktu sepertiga malam terakhir. Sebab, ia telah menyia-nyiakan datangnya pertolongan Allah.

Ketiga, sedekah Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki akan tambah melimpah dan berkah. Urusan menjadi mudah. Kita pun akan terhindar dari musibah. Maka jangan sia-siakan kesempatan bersedekah. Pastikan tiada hari tanpa sedekah. Awali hari-hari kita dengan bersedekah. Keempat, bantu orang lain Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang gemar menolong saudaranya. Mudahkan pula urusan orang lain, niscaya Allah akan memudahkan urusan kita. Pokoknya, tiada hari tanpa menolong orang lain dan jangan pilih-pilih dalam menolong. Kelima, banyak bershalawat kepada Rasulullah SAW Rasul adalah manusia yang paling dicintai Allah. Oleh karena itu, cinta Allah akan kita dapatkan saat kita mencintai hamba yang paling dicintainya. Bila Allah sudah cinta, pertolongan-Nya akan terbuka bagi kita. Wallaahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai