Anda di halaman 1dari 2

KANDUNGAN

KETABAHAN NABI YAAKUB CATATAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…… Pendahuluan

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis yang budiman, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana dan seterusnya barisan hadirin yang dirahmati Allah SWT
sekalian.
Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Ketabahan
Nabi Yaakub.

Isi 1
Kawan – kawan,
Nama sebenar baginda ialah Yaakub b. Ishak b. Azhar. Baginda dari keturunan
Nabi Ibrahim. Terbukti keturunan Nabi Yaakub adalah daripada keturunan para
Nabi yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Kawan – kawan,
Ketabahan Nabi Yaakub mula teruji apabila saudara kandungnya Al ‘Ish menaruh
perasaan dendam terhadapnya. Disebabkan itu, baginda berhijrah ke bumi
Palestin.
Ketika itulah Yaakub benar-benar dapat merasakan kesusahan dan penderitaan
musafirnya, apabila baginda melalui padang pasir yang gersang,menanggung lapar
dan dahaga hingga ia membimbangi perjalanannya itu samada perlu diteruskan
atau berpatah balik.

Ketabahan Nabi Yaakub terus diuji lagi apabila baginda dibohongi oleh anak-anak Isi 2
sendiri. Kenapa ya, kawan – kawan? Sebabnya…..Nabi Yaakub lebih menyayangi
Yusuf dan Bunyamin, timbullah dendam yang membara dikalangan saudara -
saudaranya yang lain sehingga mereka merancang untuk membunuh Yusuf.

Maka mereka pun membawa Yusuf pergi bersiar – siar. Namun, setelah kembali,
Yusuf tiada disisi kononnya dimakan serigala sedangkan mereka mengkhianati
saudara mereka sendiri.

Isi 3
Kawan – kawan,
Hari silih berganti, Nabi Yaakub terus diuji, kini baginda berhadapan dengan
kemarau yang melanda negerinya selama tujuh tahun, tanah menjadi kering
kontang, habis segala tanaman musnah. Binatang mati kelaparan. Akhirnya
bekalan makanan kehabisan.

Nabi yaakub tetap bersabar. Demikian kesabaran yang patut diteladani.

Nabi yaakub menderita kerana kehabisan makanan lalu Baginda menghantar


Bunyamin menemui menteri Mesir.Malangnya Bunyamin telah ditahan. Nabi
Yaakub terus mengalirkan air mata sehingga menyebabkan matanya buta.

Tanpa diduga, Bunyamin telah bertemu semula dengan abang kandungnya Yusuf.

Disebalik kesusahan ada kesenangan. Dengan kuasa Allah, akhirnya dipertemukan Penutup
Nabi Yaakub dengan anak – anaknya, disembuhkan mata yang buta selepas
disapukan dengan kain pemberian Nabi Yusuf. MaasyaAllah….itulah tanda –
tanda kebesaran Allah.

Sekian..Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai