Anda di halaman 1dari 9

AKTIVITI AMALI 4

Pada 01.10.2023, pelajar telah mengambil tanah di tempat yang telah diagihkan
oleh penyelia iaitu di Plot Tanaman Pisang.

Pada 03.10.2023, pelajar mula mengkaji ph tanah yang telah diambil. Proses
pertama sebelum ph tanah dikenalpasti, pelajar diminta untuk menghancurkan
tanah yang telah kering tersebut supaya mudah larut dalam air.
Setelah itu, pelajar mula menyaring tanah yang telah dihancurkan tadi untuk
mendapatkan tanah yang lebih halus.

Selepas proses penyaringan tanah selesai, pelajar diminta untuk menimbang


tanah yang telah dihancurkan dan disaring tadi sebanyak 20g.
Pelajar mula menggaul tanah yang telah ditimbang tadi dengan mencampurkan
tanah tersebut dengan air suling sebanyak 50ml. Pelajar menggaul tanah
tersebut selama 30minit.

Setelah proses menggaul selesai, pelajar mula memeriksa ph tanah dengan


menggunakan ph meter.
Pada 15.10.2023, pelajar mula membuat pengapuran di tempat tanah diambil
semasa amali ke-4. Pelajar mula menggemburkan tanah untuk memudahkan
proses pengapuran tanah dilaksanakan.

Pelajar mula menabur kapur yang telah diberikan ke atas tanah yang telah
digembur tadi.
Setelah pelajar menabur kapur keatas tanah, pelajar menutup semula kapur
tersebut dengan tanah lain dan tunggu selama 2minggu untuk mengambil
semula tanah tersebut.

Setelah genap 2 minggu pengapuran dijalankan, pelajar mengambil tanah di


kawasan yang sama.
AKTIVITI AMALI KE-5

Pada amali ke-5, pelajar mula menghancurkan tanah pengapuran yang telah
diambil.

Pelajar mula menyaring tanah yang telah dihancurkan tadi bagi mendapatkan
tanah yang lebih halus.
Setelah penyaringan selesai, pelajar mula menimbang tanah tersebut dengan
berat sebanyak 20g.

Selepas itu, pelajar mula menggaul tanah tersebut dengan air sebanyak 50ml
selama 30minit.
Akhir sekali, pelajar memeriksa nilai ph tanah yang telah dikapur dan
membandingkan tanah sebelum pengapuran dan selepas mengapuran.
KESIMPULAN

Dengan ini, kami dari kumpulam 19C telah melaksanakan amali yang telah
ditugaskan. Selain itu, Kawasan kajian yang telah kami kaji memiliki nilai pH
yang sesuai untuk dijadikan tapak tanaman yang bersesuaian dengan nilai pH
tanah tersebut. Tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tanah yang kami kaji
ialah tanaman pisang dan serai.

Anda mungkin juga menyukai