稿 8-11-23

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

A: Teens Channel memulakan hari ini bersama anda. Selamat pagi, saya A. Saya B.

B: Sebagai DJ pada hari ini, kami ingin menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan
keburukan penggunaan telefon pintar. Pada era globalisasi kini, telefon pintar telah menjadi
keperluan ataupun kehendak setiap individu.Setiap perkara terutamanya teknologi hari ini pasti
memberikan impak positif dan negatif.Namun penggunaan telefon pintar ini juga telah memberi
kebaikan dan keburukan kepada individu.

A: Antara kebaikan telefon pintar ialah ia boleh dijadikan sebagai alat perhubungan.Pada masa
dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa
hari untuk sampai. Dengan telefon pintar kita akan dapat menghantar sesuatu mesej atau
pesanan dalam masa yang singkat. Kita dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk
menyampaikan sesuatu informasi.

B: Ya, melalui telefon pintar juga sebagai alat melayari internet untuk mendapatkan maklumat
terkini mengenai berita, pendidikan, sosial, dalam dan luar negara serta lain-lain lagi. Pada masa
kini pengguna internet amat penting kepada seseorang dalam membuat kajian dan menyiapkan
tugasan, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah.

A: Ironinya, manfaat penggunaan telefon pintar boleh membawa keburukan jika menyalah
gunakan kemudahan ini. Jika pelajar ketagih dengan telefon bimbit akan menggangu pelajaran
dan tidak dapat memberikan fokus. Ramai di kalangan individu menghabiskan masa di media
sosial pada setiap masa daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri.

B: Sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan telefon pintar dengan cara yang betul. Jika
tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran
individu sendiri.

A: Setakat ini sahaja yang kami ingin menyampaikan. Semoga sihat dan sejahtera. Saya A.
Saya B. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai