Anda di halaman 1dari 18

Ir. Dr.

Azizul Qayyum Basri


Email: qayyumb@ftv.upsi.edu.my
Mobile : +6016-6602060
No. Tel : +605-450 65365
Proses Perekaan Projek (recap)
Carta Proses Perekaan Projek

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Mock-up _Any dimensional
Concept_ Sketching

Prototype_OEM

Model_Clay model 1:1 scale

Premium Prototype

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Aspek perancangan pembinaan model/
prototaip
Bahan
• Bahan semula jadi seperti kayu dan pasir;
• Bahan olahan seperti konkrit, keluli dan loyang;
• Bahan sintetik dan komposit seperti plastik, polisterin dan gentian
kaca; dan
• Bahan siap guna seperti komponen elektronik dan perpaipan
penggunaan PVC/BG.

Peralatan
• Teknik penggunaan yang betul dan berasaskan kemahiran yang
dipelajari; dan
• Mematuhi keselamatan.

Masa
• Membina Carta Gantt atau jadual kerja.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Aspek perancangan pembinaan model/
prototaip
Kaedah dan Teknik Pembuatan

• Dengan adanya jadual kerja, susunan langkah kerja yang


teratur dapat dipraktikkan seperti:
• Penyediaan bahan dan peralatan;
• Kerja-kerja penandaan;
• Kerja-kerja pemotongan;
• Kerja-kerja pembentukan; dan
• Pengemasan projek.
• Sediakan bahan dan kaedah alternatif sekiranya kaedah dan
teknik yang dirancangkan tidak sesuai dengan bahan.
• Senarai semakan juga harus disediakan untuk memastikan
proses pembinaan model berjalan dengan lancar dan teratur.
Semakan dibuat berdasarkan kesesuaian, keselamatan,
kemudahan memperoleh alatan dan bahan, serta ketahanan
dan kekukuhan dalam menghasilkan produk.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Aspek perancangan pembinaan model/
prototaip
Pengiraan Kos

• Kos bahan dikira untuk mendapatkan jumlah


pengeluaran produk dan menentukan harga
produk untuk dipasarkan.
• Pengiraan kos melibatkan pengiraan:
• Kos bahan mentah;
• Kos upah; dan
• Kos sampingan.

Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos sampingan


Kos Seunit = Jumlah kos pengeluaran / Bilangan unit
Harga Jualan = Kos seunit + peratus keuntungan yang telah ditentukan

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Perancangan penyediaan langkah kerja
• Perancangan awal dalam penyediaan langkah kerja perlu
dibuat bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
• Perancangan awal merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
– bahan dan kesesuaian, memilih alatan, membuat jadual kerja dan
mengira kos pengeluaran.
• Jadual kerja sesuai juga disediakan dalam bentuk Carta Gantt

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Mock-up
• Mock-up dibina terlebih dahulu sebelum model sebenar
dihasilkan.
• Mock-up diperbuat daripada bahan-bahan lembut seperti foam,
gabus, polistirena, kadbod dan kayu jelutong.
• Melalui mock-up, ciri-ciri ergonomik dan estetika dapat dinilai
sebelum kerja-kerja pembinaan model atau prototaip dapat
dilakukan.
• Perubahan banyak dilakukan setelah mock-up dihasilkan; oleh
itu pembinaan mock-up perlulah dirancang

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Mock-up
• Ciri-ciri mock-up:
– Dikenali juga model olok-olok;
– Dibuat sebelum model atau
prototaip;
– Digunakan untuk menilai dan
melihat reka bentuk sebenar
dalam 3 dimensi;
– Dibuat tanpa skala dan ukuran;
– Bahan yang digunakan untuk
membina mock-up: kertas bod,
foam, gabus, polisterin,
mounting board atau jenis kayu
lembut; dan
– Dibuat lebih daripada satu unit
untuk perbandingan. Mock-up

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Kelebihan Mock-up (Model Olok-olok)
1. Mock-up akan menghasilkan banyak kritikan dari pereka
bentuk kerana ia dibina dengan kos yang rendah (boleh dibuat
daripada kadbod) namun menepati spesifikasi yang
dikehendaki. Jika mock-up dipersembahkan dengan versi awal
yang dapat menunjukkan operasi sistem yang utama maka
tentunya ia akan dapat suatu kritikan atau cadangan
penambahbaikan yang lebih sempurna.
2. Apabila menggunakan mock-up kadbod atau bahan yang
seumpamanya dibina, pengguna dan pereka secara kolektif
boleh menukar idea dan reka bentuk dengan mudah hanya
menggunakan alat biasa seperti pen, gunting, pisau dan lain-
lain. Oleh itu, mock-up adalah satu perbincangan sederhana
dan pemudah cara antara pereka dan pengguna.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Kelebihan Mock-up (Model Olok-olok)
3. Mock-up juga berfungsi sebagai medium perbincangan di antara
pereka dan pengguna tetapi juga di antara ahli-ahli pasukan reka
bentuk. Oleh itu, pembinaan mock-up boleh membantu
memudahkan kerja-kerja merentasi sempadan disiplin,
membawa bersama-sama satu pasukan yang berbeza bagi
menghasilkan daya reka bentuk yang lebih inovatif.
4. Mock-up juga mungkin digunakan untuk melakukan ujian
kebolehgunaan awal dalam proses pembangunan reka bentuk.
5. Mock-up juga digunakan untuk melakukan pelbagai ujian
kefungsian kerana ia adalah murah untuk dibuat sebarang
penambahbaikan. Segala kritikan dan cadangan penambahbaikan
seharusnya lebih memberi tumpuan kepada kandungan dan fungsi
serta menitik beratkan kepada butiran reka bentuk grafik.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Contoh Mock-up

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Pembinaan Model Dan Prototaip
• Pembinaan model sesuatu produk yang akan dihasilkan Contoh reka bentuk robot
perlu dilakukan dengan teliti dan dijalankan mengikut
perancangan awal dengan berdasarkan lukisan kerja
yang telah ditentukan. Ia merupakan peringkat di mana
sesuatu idea yang telah ditentukan itu akan
direalisasikan dalam pembinaan model.
• Tujuan pembinaan model adalah untuk mengenal pasti
keadaan sebenar reka bentuk tersebut dan juga untuk
menguji bagi menentukan reka bentuk itu berjaya
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan pada
peringkat awal lagi.
• Prototaip atau model berfungsi sepenuhnya banyak
digunakan dalam industri untuk membuktikan bahawa
reka bentuk sesuatu bahan keluaran itu betul sebelum
alat-alat binaan yang mahal dibuat untuk mengeluarkan
bahan keluaran itu secara besar-besaran.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Perbezaan Model Dan Prototaip
• Model:
– produk yang menyerupai reka bentuk sebenar
– dihasilkan sama ada bersaiz penuh atau dengan skala yang sesuai.
– Model yang dibina perlu dapat menunjukkan sebahagian fungsi produk.
– Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan fungsinya dan tidak semestinya menggunakan
bahan sebenar.
• Prototaip:
– produk contoh yang berfungsi
– dibina daripada bahan yang sama seperti yang ditentukan bagi bahan keluaran yang siap.
– segala perincian luaran dan dalaman dimasukkan
– sama seperti bahan keluaran yang telah siap dari segi bentuk dan ke fungsian
– ia dipasang dengan tangan dan diuji dalam situasi sebenar.

• Jika sesuatu model dibina dengan saiz sebenar, menunjukkan fungsi sepenuhnya
dan berskala 1:1, maka ia dikenali sebagai prototaip.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Jenis Prototaip Atau Model Yang Berfungsi
• Terdapat dua jenis prototaip atau model yang
berfungsi iaitu:
a) Model Luaran - Menunjukkan bentuk luar produk
termasuk penyambungan, warna dan tekstur.
b)Model Dalaman - Menunjukkan bentuk dalam produk
seperti ruang, lekapan dan pencantuman.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Penilaian Model/Prototaip
• Dalam penilaian model/prototaip perlu dimasukkan:
a) Sebab-sebab anda memilih idea yang terakhir;
b) Sejauh mana reka bentuk yang terakhir itu menepati
spesifikasi anda; dan
c) Pengubahsuaian apa yang akan dibuat untuk
mempertingkatkan mutu prototaip anda, sekiranya anda
akan membuat lagi bahan itu.

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)


Ujian Terhadap Prototaip
Jenis ujian Ciri-ciri
1. Ujian Makmal • Dijalankan di makmal atau bengkel.
• Parameter seperti cahaya, angin, air dan faktor-faktor
lain adalah terkawal.

2. Ujian Parameter • Dijalankan ke atas produk dengan situasi yang


sebenar.
• Aspek-aspek kefungsian dan penggunaan sesuatu
produk itu dapat diuji dan dinilai.

3. Ujian • Melibatkan program-program atau perisian-perisian


Berkomputer komputer, contohnya ACAD Mekanikal.
• Boleh melakukan dan mengawal simulasi seperti
mana semua parameter boleh dikawal dengan mudah.
• Cepat.
• Semua data dan maklumat boleh diuji, diproses dan
dibuat analisis dengan pantas dan tepat.
Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)
TUGASAN
1. Pilih satu produk di pasaran
2. Pelajar dikehendaki menjelaskan Product
Development Process dengan memberi perbezaan
aplikasi ; (definisi)
i. Model
ii. Mock up
iii. Prototype
3. Mode penghantaran ;
 MyGuru
 Individual

Reka Bentuk dan Inovasi (Design and Innovation)

Anda mungkin juga menyukai