Anda di halaman 1dari 6

SKTJ 600-3/2/59( )

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE LANGKAWI

ANJURAN:

PANITIA SEJARAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TOH JOHAN

PADA :

24 HINGGA 26 JULAI 2023

1
SKTJ 600-3/2/59( )

1. Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan, bantuan kewangan dan peralatan
untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi bagi murid-murid Program
Pendidikan Khas Integrasi SK Toh Johan.

2. Pengenalan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran di Sekolah


Kebangsaan Toh Johan bercadang untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi
bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi pada 24 hingga 26 Julai 2023.

Program lawatan sambil belajar ini menyediakan pengalaman bagi meluaskan lagi
pandangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) tentang persekitaran yang di luar kebiasaan
mereka. Selain itu, program ini akan mengeratkan lagi hubungan dan mewujudkan
kerjasama antara murid, guru serta masyarakat sekitar. Secara tidak langsung akan
mewujudkan satu masyarakat penyayang. Selain itu dapat melahirkan rasa keyakinan yang
tinggi dalam melibatkan diri dengan masyarakat luar.

Melalui program ini, akan berlaku kekurangan tekanan emosi kanak-kanak khas sewaktu
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran formal. Selain itu, guru–guru dan murid akan
dapat merasai pengalaman belajar secara tidak langsung melalui lawatan ke tempat-tempat
yang dirancang seterusnya dapat memberi keyakinan yang lebih tinggi ke dalam jiwa murid
apabila bergaul dengan masyarakat luar. Murid juga dapat merasai suasana yang berbeza
dengan rutin harian mereka. Bagi menjayakan program ini, kerjasama dan sokongan dari
semua pihak amatlah diharapkan.

3. Objektif

Aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk:

i. Memberi pengalaman baru kepada MBK berkenaan dengan sejarah di Langkawi.


ii. Memberi peluang kepada MBK berintegrasi melalui rakan sebaya di tempat yang
berlainan.
iii. Memupuk perasaan yakin diri dan kegembiraan kepada MBK melalui lawatan yang
diadakan.
iv. Memupuk perasaan dihargai oleh masyarakat sekeliling.
v. Memberi pendedahan kepada MBK tentang tempat-tempat pelancongan di
Malaysia

2
SKTJ 600-3/2/59( )

4. Tarikh

24 hingga 26 Julai 2023. (Isnin hingga Rabu )

5. Tempat

Langkawi.

6. Penyertaan

Lawatan ini disertai oleh 12 orang iaitu 6 orang murid dan 4 orang guru dan 2 orang ppm.

Senarai nama peserta adalah seperti di Lampiran A.

7. Atur cara Program

TARIKH MASA TEMPAT YANG DILAWATI


(Catatkan aktiviti yang dijalankan)
24.07.2023 2.00 petang Berkumpul di kelas PPKI
Taklimat ringkas tentang lawatan
2.30 petang Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang

4.00 petang Dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa


Pulau Pinang.

6.00 petang Makan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau


Pinang.
Solat Asar

8.30 malam Menaiki kapal terbang AK 6242

9.05 malam Dijangka sampai di Lapangan Terbang Langkawi

10.00 malam Bermalam di Homestay

25.07.2023 8.00 pagi Sarapan pagi

9.30 pagi Lawatan ke Kereta Kabel Langkawi


Skycab,Skydome,Skyrex,3DArt Langkawi dan
Machincang Petland

1.00 tengahari Makan tengahari

2.00 petang Urus diri dan Solat Jamak (Zohor dan Asar)

4.00 petang Membeli belah di Kompleks HIG

6.00 petang Minum petang dan melawat Dataran Lang

8.00 malam Solat Jamak (Isyak dan Maghrib)


Makan malam

10.00 malam Tidur di Inap Desa.

3
SKTJ 600-3/2/59( )

26.07.2022 8.00 pagi Sarapan pagi

9.30 pagi Berswafoto di sekitar Langkawi

11.30 pagi Makan tengahari

2.00 petang Lawatan ke Underwater World Langkawi

5.00 petang Minum petang


Solat Jamak (Zohor dan Asar)

6.00 petang Bertolak ke Lapangan Terbang Langkawi

9.30 malam Menaiki Kapal Terbang nombor AK 6243

10.05 malam Dijangka tiba di Lapangan Terbang Langkawi

10.30 malam Makan malam


Solat Jamak (Isyak dan Maghrib)

11.30 malam Dijangka tiba di SK Toh Johan

5.0 AJK INDUK

Pengerusi : Pn Hasfizah Binti Abu Seman


Timbalan Pengerusi : Pn. Shahpina bt Shahrin
Naib Pengerusi 1 : Pn. Nor Hazita binti Abdul Basheer
Naib Pengerusi 2 : En. Mohamad Adib bin Sokri
Naib Pengerusi 3 : En. Azmin bin Ismail
Setiausaha : Pn Nor Ramizah binti Zulhaimee
Bendahari : Norehan binti Yunus
AJK : Pn. Suriani binti Mehat
Pn. Norakilah binti Mat Yusop

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber Kewangan

6.1.1 Kutipan Guru, PPM dan Murid PPKI SK Toh Johan.

6.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

Bil Aktiviti Jumlah (unit) Harga /unit Anggaran


(RM) Perbelanjaan
(RM)
1 Underwater World 6 Dewasa RM 53 RM318
Langkawi 6 Kanak -kanak RM33 RM198
2 Pakej Kereta Kabel 6 Dewasa RM64 RM384
Langkawi 6 Kanak-kanak RM49 RM294

3 Makan 12 orang RM100 RM1200


4 Penginapan dan Pakej RM2496 RM2496
pengangkutan di penginapan
Langkawi (pakej). dan kenderaan

4
SKTJ 600-3/2/59( )

(3 hari, 2
malam)
5 Pengangkutan dari 3 buah kereta RM 100 RM300
Trong ke Pulau Pinang
6 Pengangkutan ke 12 tiket RM100 RM1200
Langkawi penerbangan
Jumlah RM6390

7.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam
diri murid MBPK. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan
sokongan padu pihak pengurusan serta sokongan daripada guru-guru pendidikan khas.
Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap
keupayaan pelajar pendidikan khas ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

....................................... ...................................................

(NOR RAMIZAH BINTI ZULHAIMEE) (AZMIN BIN ISMAIL )


Setiausaha Penyelaras Program

KERTAS KERJA LAWATAN KE LANGKAWI TAHUN 2023

5
SKTJ 600-3/2/59( )

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Lawatan ke Langkawi 2023

atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Lawatan ke Langkawi Tahun 2023

Ulasan :

................................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................

(HASFIZAH BINTI ABU SEMAN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Toh Johan,
34800 Trong,
Perak.
Tarikh :

*potong yang tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai