Anda di halaman 1dari 2

Ayam (Jawi: ‫ ;اﱘ‬Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies

kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan
meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011.[1] Manusia membela
ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya. Ayam
umumnya tidak dapat terbang, dapat dijinakkan dan dipelihara.

Kajian genetik menunjuk ke arah pelbagai asal-usul sakanya di Asia Selatan, Tenggara dan
Timur,[2] bahkan dengan kladnya ditemui di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan
Afrika yang berasal dari subbenua India. Ayam bela jinak diimport dari India ke negara Lydia di
barat Asia Kecil, kemudian ke Yunani menjelang abad ke-5 Sebelum Masehi.[3][4] Ayam sudah
dikenali di Mesir sejak pertengahan abad ke-15 Sebelum Masehi, dengan kedatangan "burung
yang beranak setiap hari" ke Mesir dari tanah di antara Syria dan Shinar, Babylonia,
menurut babad Thutmose III.[5][6][7] Genom ayam kurang sekali berubah daripada leluhur berbulu
pelepah yang terhapus oleh peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen berbanding
genom dinosaur keburungan yang telah dijujukkan setakat ini.[8]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]


Perkataan "ayam" turunan akar Melayu-Polinesia *qayam₂ yang umumnya ditafsirkan
bermaksud sebarang haiwan dijinakkan - dalam bahasa Iban perkataan "ayam" bermaksud
"haiwan peliharaan" (contohnya udok ayam = "anjing peliharaan") manakala áyam dalam bahasa
Tagalog bermaksud "anjing";[9] penyempitan makna yang mengkhusus kepada suatu jenis
burung tertentu itu dicetuskan dalam turunan-turunan bahasa-bahasa serumpun bahasa Melayu
itu sendiri termasuk bahasa-bahasa Sunda, Bali dan Jawa Lama.[9]

Manuskrip-manuskrip lama pada abad ke-14 turut pernah mengeja burung ini
sebagai hayam ‫ﻫﺎﱘ‬.

Terdapat pelbagai istilah untuk ayam-ayam dengan sifat yang tertentu, seperti yang berikut:[10]

• ayam bogel/togel: ayam yang tidak berbulu


• ayam (bulu) balik: ayam yang bulunya terbalik (keriting)
• ayam cemani: ayam yang hitam seluruhnya
• ayam katik: baka ayam yang kerdil, misalnya baka ayam serama
• ayam lemba: ayam yang rendah badan
• ayam meluruh: ayam yang keguguran bulu
• ayam selasih: ayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu
Ayam jantan juga dikenali sebagai (ayam) jaguh, manakala ayam jantan yang dikembiri
dipanggil ayam kasi. Tambahan pula ada istilah tertentu mengikut corak warnanya, seperti yang
berikut:[10]

• ayam bangkas: ayam jantan yang borek (berbintik-bintik putih)


• ayam belorong, ayam cenantan/kenantan/sinantan: ayam jantan putih
• ayam biring: ayam jantan berkaki kuning
• ayam jalak: ayam jantan yang rupanya seperti perling dan berkaki kuning
• ayam pilas: ayam jantan yang hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik)
• ayam tedung: ayam jantan hitam yang besar dan tegak bulu suanya
Ayam jantan yang digunakan untuk berlaga umum dipanggil ayam
sabung atau sabungan (juga ayam aduan).[10] Ayam yang tidak dipakaikan taji dipanggil ayam
pupuh.[10] Ayam sabung yang enggan bertarung digelar ayam bacul.[10]

Ayam betina yang belum pernah bertelur atau sudah hampir bertelur dipanggil ayam
dara.[10] Ayam betina yang tidak bertelur dipanggil ayam mandul dan ayam betina yang pernah
bertelur tetapi sudah tidak lagi dipanggil ayam pencen.[10] Anak ayam yang tidak dibesarkan oleh
ibu ayam dipanggil ayam didik dan sebaliknya dijaga oleh manusia yang
memeliharanya.[10] Ayam kembar yang menetas dari sebiji telur dipanggil ayam sebandung.[10]

Ayam yang dipelihara khusus untuk telur dipanggil ayam penelur atau ayam telur, manakala
yang khusus untuk daging dipanggil ayam pedaging atau ayam daging (juga ayam
peranggang atau ayam potongan). Ayam yang dipelihara secara ternak lepas dipanggil ayam
kampung; begitu juga dengan dagingnya.

Anda mungkin juga menyukai