Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MASUK BULATAN (ROUNDABOUT)

Kesilapan memilih lorong yang betul, semasa hendak memasuki bulatan boleh menyebabkan
kemalangan seperti langgar belakang, langgar sebelah tepi atau bergesel.

Adalah penting untuk pengguna jalan raya, agar memastikan lorong yang mana sepatutnya mereka
gunakan semasa membelok di dalam sesuatu bulatan, bagi mengelakkan kejadian sedemikian
daripada berlaku.

Panduannya adalah mudah, iaitu:

i. Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (jam 9) atau jalan terus (jam 12).

ii. Lorong kanan untuk jalan terus (jam 12), membelok ke kanan (jam 3) atau untuk membuat
pusingan di bulatan tersebut.

Sentiasa ingat, pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak yang lebih utama untuk
menggunakan jalan berbanding pemandu yang berada di mana-mana susur.

Oleh yang demikian, anda perlu memberi keutamaan jalan kepada mereka yang sedang
menggunakan bulatan berkenaan untuk membelok.

Berikan isyarat terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain
sebelum hendak memasuki bulatan. Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika perlu. Pastikan
ianya selamat semasa hendak memasuki bulatan.

Anda mungkin juga menyukai