Anda di halaman 1dari 5

Faedah pelancongan gastronomi

Pelancong gastronomi merujuk kepada aktiviti sementara individu atau sekumpulan manusia ke sesebuah
lokasi yang bertujuan untuk merasai atau menikmati makanan yang dijadikan sebagai ‘trademark’ sesuatu kawasan.
Seperti contoh, Melaka terkenal dengan makanan asam pedas manakala di Negeri Sembilan pula terkenal dengan
masakan masak lemaknya. Di Malaysia, pelancong gastronomi mula menjadi perhatian kerana orang ramai gemar
menikmatimakanan yang asli di tempat asalnya malah masyarakat kini lebih terbuka dengan mencubapelbagai
makanan daripada pelbagai etnik di negara kita seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu,terdapat pelbagai faedah
pelancongan gastronomi yang bakal dikupas sebentar lagi.

Melalui aktiviti perlancongan gastronomi, kita dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman kita
yang sedia ada. Ada sesetengah ilmu sukar untuk diperoleh di tempat kita tinggal. Contohnya, ilmu membuat sejenis
kuih tradisional sesuatu tempat. Jikalau kita bernasib baik, kita akan dapat mempelajarinya di kawasan berdekatan
dengan rumah kita sendiri. Namun,ilmu itu akan menjadi lebih berharga sekiranya kita sendiri ke sana untuk
mempelajarinya. Sepertikuih Akok yang popular di negeri Kelantan yang menggunakan telur itik sebagai bahan
utamanya.Pengalaman yang ditimba sepanjang melancong akan menjadi tidak ternilai. Bukankah,pengalaman itu
tidak dapat diganti dengan wang ringgit?

Di samping itu, pelancongan gastronomi juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
Tidak kisahlah kita melancong dengan kawan mahupun keluarga, yang pasti hubungan yang terjalin antara kita akan
menjadi lebih rapat dan mesra lagi. Sebelum ini, kita terlalu sibuk menguruskan hal-hal keduniaan sehinggakan kita
tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama dengan mereka. Maka, inilah waktu yang terbaik. Ketika
melancong kita dapat berkongsi idea dan cadangan untuk memilih tempat makanan yang ‘viral’ bersama rakan atau
keluarga. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan apabila masing-masing berlumba-lumba
untuk memilih makanan yang terbaik di tempat yang dilawati.

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam
negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada di negara kita dengan sepenuhnya supaya negara
kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita.
Walaupun masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah
air tercinta kita.Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.
Faedah pelancongan sukan

Sukan dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi Negara.


· Pelbagai jenis sukan yang dianjurkan dapat meningkatkan ekonomi Negara khususnya sukan-
sukan yang bertaraf dunia. Contohnya, sukan Komanwel, Olimpik, Sukan Asia, Sukan Sea, Piala Dunia
(bola sepak), Formula 1 dan sebagainya.
· Sukan-sukan ini dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara melalui sektor perhotelan,
makanan dan kraftangan dalam Negara semasa sesebuah sukan yang besar sedang dianjurkan dalam
Negara

Sukan melalui pelancongan dapat membawa Malaysia di mata dunia.


· Sukan dapat mempromosikan Malaysia melalui pelancongan contohnya apabila seseorang yang
telah mewakili Negaranya untuk bertanding di Malaysia, secara tidak langsung beliau akn mengenali
Malaysia dan menceritakan pengalaman semasa bertanding di Malaysia. Mereka akan menyebarkan
nama baik Malaysia di Negara asal.

Meningkatkan kadar pelacong.


· Semasa sesebuah sukan yang besar sedang dianjurkan dalam Negara bukan sahaja menarik para
ahli sukan malah para peminat dari luar Negara akan datang ke Malaysia. Para peminat ini tergolong
dalam pelancong-pelancong asing dan tinggal dalam Negara buat sementara waktu semasa kejohanan
dilangsungkan.
· Kadar para pelancong juga semakin meningkat jikalau para pelancong masih tertarik dengan
kecantikan dan keamanan Negara Malaysia setelah kejohanan tamat.

Menggalakan integrasi antara kaum.


· Semasa sukan yang sedang di dalam Negara, ahli-ahli sukan dapat menggalakan integrasi antara
kaum sesama atlit dari Negara lain. Selain itu masyarakat setempat juga dapat menjalinkan hubungan
yang erat dengan peminat dari luar Negara malah masyarakat setempat yang turut menyaksikan
kejohanan sukan.

Melawat ke tempat-tempat baru


· Negara kita sangat terkenal dengan tempat-tempat peranginan yang menarik. Maka secara tidak
langsung, para ahli sukan yang datang ke Negara kita akan melawat ke tempat-tempat tersebut.

Punca-punca pemanasan global


Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah berubah
jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu, udaranya lebih nyaman serta keadaan cuaca yang tidak terlalu panas.
Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada
masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal
ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam ketuhar yang panas. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya
tahu punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti
manusia yang tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian kerana, perkara yang sering kita lihat yang melibatkan
aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah. Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan
kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di kawasan
lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran
tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang
berbahaya secara tidak terkawal. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama
pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran
arang batu. Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar melakukan
anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini. Masyarakat juga harus mengatasi masalah
ini sebelum ‘nasi menjadi bubur’.

Di samping itu,pembakaran terbuka juga menjadi punca pemanasan global berlaku di muka bumi kita ini.
Banyak pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada
kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap
haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang agar mereka tidak berani
membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, masalah jerebu yang sering melanda
dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu
sebelum keadaan bumi kita ini menjadi lebih melarat lagi.

Seterusnya,kegiatan perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini demikian kerana,
kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida.
Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45
darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat janganlah mengamalkan peribahasa “Bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing“. Oleh hal yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkara-perkara
negatif sebelum berlaku selaras dengan pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”

Kesimpulannya, kemanusiaan yang semakin menipis, iaitu senipis kulit bawang ini merupakan faktor tercetusnya
pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu di dunia ini perlu memupuk semangat
cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang sakit ini dapat dipulihkan semula. Diharapkan agar fenomena
pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang ini akan berakhir dengan segera agar keselamatan dan
kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap
masalah global yang semakin bernanah ini malah perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar
masyarakat lebih prihatin dengan nasib bumi ini. Oleh itu, semua pihak perlulah berusaha untuk mengatasi masalah
pemanasan global ini kerana “kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya
daripada anak cucu kita”.

Kepentingan menjaga amalan kebersihan

Menjaga kebersihan merupakan satU amalan yang panting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan
perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam
mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sarna ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar.
ISI 1: KESIHATAN AKAN TERJAMIN

Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Apabila tidak menjaga kebersihan, kita akan
mudah mendapat penyakit. Ini terutamanya kebersihan yang paling penting bagi tempat tinggal dan
persekitaran. Tambahan pula, penyakit tersebut mampu berjangkit terhadap orang lain. Penyakit-penyakit
berjangkit dapat dihindari sekiranya orang awam sentiasa mengekalkan kebersihan alam sekitar.

ISI 2: MEMBENTUK BADAN YANG CERGAS DAN SIHAT

Selain itu, penjagaan kebersihan juga akan membentuk badan yang cergas dan sihat. Dengan adanya
badan yang sihat, kita akan selesa dan dapat melakukan pekerjaan. Sebagai contoh, mereka yang telibat
dalam sektor sukan seperti atlet, atlet tersebut dapat mencapai keputusan dan kejayaan yang cemerlang.
Oleh kerana itulah untuk mendapatkan badan yang cergas dan sihat, ianya bermula daripada penjagaan
kesihatan.

ISI 3: IMEJ ATAU PERWATAKAN YANG MENARIK

Di samping itu, sekiranya kita menjaga kebersihan, kita akan menonjolkan imej atau perawatakan yang
menarik. Sebagai contoh, kebersihan pakaian yang dipakai oleh kita dalam kehidupan seharian. Ini
kerana imej kita dipandang tinggi sekiranya mempunyai imej atau perwatakan yang menarik. lni
memudahkan kita bergaul dengan orang ramai dan mengelakkan orang menjauhkan diri daripada kita.

ISI 4: MEMBERIKAN KESELESAAN HIDUP

Seterusnya,menjaga kebersihan juga penting bagi memberikan keselesaan hidup. Ini terutamanya
kebersihan tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan menjauhkan daripada
adanya penyakit kepada orang di sekeliling. Selain itu, kita juga akan menghindarkan serangan nyamuk,
lalat, dan haiwan perosak-perosak lain. Olah itu, kehidupan kita akan menjadi selesa tanpa sebarang
gangguan akibat menjaga kesihatan.

Amalan menjaga kebersihan perlulah menjadi amalan seharian kita semua. Kita juga akan menjadi
bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi apabila selalu mengamalkan amalan penjagaan
kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diamalkan daripada generasi ke
generasi yang lain.

Langkah-langkah mencegah deman denggi

Deman denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk Aedes betina yang
membawa virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia
boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit tenat atau maut. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan
gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang
belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam. Biasanya, pesakit harus
dimasuki hospital untuk rawatan sehingga sembuh. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah
untuk mencegah demam denggi.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk
pembawa denggi. Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang buangan
seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan
nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air
perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk
Aedes. Membela ikan di dalam kolam ikan dapat juga mengurangkan pembiakan jentik-jentik. Pastikan
tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup atau ditukar airnya.

Selain itu, kita hendaklah mengambil tindakan yang wajar untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk.
Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi
kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Selain itu, kita boleh
menyapukan krim penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah.

Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat menghalang
nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat
nyamuk elektrik untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.
Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan penyembur
nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula, kita harus kerap meminta
pihak berkuasa untuk mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.

Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak
berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk
menangani masalah ini bak kata mutiara berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.

Anda mungkin juga menyukai