Anda di halaman 1dari 4

KOMPENTENSI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU: LATAR BELAKANG

JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU DAERAH SEGAMAT


OLEH: HUMAIRAH HAEIZAH BINTI MOHAMAD HAMIZAN

PENGENALAN KAJIAN
Kajian yang akan dilaksanakan adalah berkaitan kompentensi jawatankuasa masjid dan surau.
Kompetensi bermaksud kecekapan. Iaitu kecekapan dalam suatu pengurusan. Masjid pula merupakan
perkataan yang berasal dari kata arab “‫ ”سجد‬iaitu dari segi bahasanya adalah “sujud”. Adapun masjid
dari bahasa, ia merupakan tempat sujud. Dan dari segi istilah ia adalah bangunan khas tempat umat
Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.

LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN


Masjid dan surau merupakan sebuah institusi kemasyarakatan yang dimiliki oleh semua entiti kaum
beragama islam. Dalam erti kata lain, masjid dan surau merupakan satu-satunya institusi yang dimiliki
sepenuhnya oleh kaum beragama islam kerana ianya merupakan medium berkumpulnya seluruh umat
islam bagi melaksanakan ibadah tertentu mahupun menyambut perayaan tertentu. Bahkan
seharusnhya masjid menjadi sebuah institusi yang dapat menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan
yang berlaku harini.

Islam juga menuntut setiap daripada kita untuk mengimarahkan masjid.Dapat dilihat pada
harini begitu pesat program-program kemasyarakatan dan keagamaan dilaksanakan di masjid dan
surau tempatan. Seperti mengadakan kelas-kelas pengajian agama , membuat majlis terbuka sewaktu
perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha,dan juga menjadi pusat pelindungan Ketika bencana-
bencana besar seperti banjir berlaku.

Justeru , masjid dan surau bukanlah hanya pusat persinggahan solat semata-mata bahkan dua
intitusi besar ini sangat penting dalam menyatu-padukan umat islam , bahkan sebagai medium bagi
kemajuan agama islam dan umatnya. Maka disini sangat besar peranan yang perlu dilaksanakan oleh
semua umat islam dan terutamanya oleh ahli jawatankuasa masjid dan surau yang dilantik.
Jawatankuasa yang dilantik haruslah kompeten dalam menyediakan dan melaksanakan program-
program yang bersesuai dan diperlukan oleh penduduk setempat supaya kesatuan dapat dibentuk.

PERNYATAAN MASALAH
Melihat situasi hari ini setelah pasca covid-19, pengimarahan masjid dan surau semakin
berkurang. Bahkan terdapat masjid dan surau yang begitu sepi dan kosong dari program-program
pengimarahan, sekadar pusat persinggahan umat islam bagi melaksanakan ibadah solat dan berehat.
Bahkan sebuah benteng terakhir bagi umat islam yang seharusnya bersih dari unsur politik mula
tercemar dengan pengaruh-pengaruh negatif politik di dalam jawatankuasa masjid dan surau.
Selain itu juga, kurangnya pengetahuan asas dalam pengurusan sebuah entiti menjadi faktor
dalam permasalahan ini. Sewajarnya bagi setiap jawatankuasa pengurusan masjid dan surau harus
berpengetahuan dalam pengurusan masjid dan surau supaya pelaksanaan apa jua program keagaaman
dapat dilaksanakan secara efisen dan berkesan. Perkara ini sewajarnya dititik-beratkan oleh unit
Pembangunan masjid dan surau negeri-negeri untuk menyediakan Latihan asas dan bengkel kursus
bagi mendedahkan jawatankuasa yang dilantikmdengan ilmu pengurusan.

Justeru, kajian ini akan mengenal pasti latar belakang jawatan kuasa masjid dan surau yang
dilantik, serta kopetensi mereka dam pengurusan masjid dan surau serta merangka modul pengurusan
masjid dan surau yang seharusnya dikuasi oleh jawatankuasa.

PERSOALAN KAJIAN
I. Apakah latar belakang penubuhan jawatankuasa masjid dan surau?
II. Apakat takat bidang kuasa jawatankuasa masjid dan surau?
III. Apakah peranan dan kuasa unit masjid dan surau Jabatan Agama Islam Daerah
Segamat terhadap masjid-masjid di daerah Segamat?
IV. Apakah latar belakang jawatankuasa masjid dan surau daerah Segamat?
V. Adakah jawatankuasa masjid dan surau kompeten dalam pengurusan?
VI. Apakah bengkel-bengkel dan latihah kursus Kemahiran pengurusan masjid yang
disediakan oleh jabatan agama islam negeri johor buat jawatankuasa masjid dan
surau?
VII. Sejauh mana pengimarahan masjid dan surau bagi daerah Segamat?
VIII. Apakah konflik besar yang berlaku dikalangan pemilihan jawatankuasa masjid dan
surau?
IX. Bagaimanakah pelantikan jawatankuasa yang kompeten dan berkemahiran dalam
pengurusan mampu meningkatakan institusi masjid dan surau dari sudut manfaat
umat dan pengimarahanya.

OBJEKTIF KAJIAN
I. Meneliti latar belakang setiap jawatankuasa masjid dan surau daerah Segamat
II. Meneliti Kemahiran pengurusan masjid dan surau dikalangan ahli jawatankuasa.
III. Menganalisis jawatankuasa yang mempunyai latar belakang bersesuaian dgn jawatan
yang disandang.
IV. Mengenal pasti sistem pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di daerah Segamat.
V. Merangka modul pengurusan masjid dan surau bagi jawatankuasa yang dilantik.

SKOP KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada beberapa ketegori data, iaitu:
I. Latar belakang jawatankuasa masjid dan surau yang sesuai dengan jawatan yang dilantik.
II. Masjid dan surau seluruh Daerah Segamat.
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
I. PEMERKASAAN PERANAN MASJID DI MALAYSIA ERA KONTEMPORARI *Nor
Azlina Abd. Wahab, Norafifah Ab. Hamid, Norajila Che Man Akademi Pengajian Islam
Kontemporari UiTM Melaka
II. PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAN SURAU: ANALISIS TERHADAP TAHAP
KEFAHAMAN HADIS (The Learning of Hadis at Mosques and Madrasahs: An Analysis on
the Level of Understanding of Hadis) 1 MOHD AZRIN JOHARI
III. IKTIKAF DI SURAU: KAJIAN TERHADAP KEPUTUSAN JAWATANKUASA
PERUNDINGAN HUKUM SYARA’ WILAYAH PERSEKUTUAN Irwan bin Mohd Subri1 2
Mohd Hapiz bin Mahaiyadin
IV. PENGURUSAN DANA MASJID DI MALAYSIA: SATU ANALISIS BIBLIOMETRIK
MOSQUE'S FUND MANAGEMENT IN MALAYSIA: A BIBLIOMETRIC ANALYSIS.
V. KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN HADITH KALANGAN AHLI JEMAAH MASJID DAN SURAU DI
SHAH ALAM, SELANGOR Mohd Azrin Bin Johari [1], Faisal Bin Ahmad Shah [2].

METADOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasiskan metode pengumpulan data yang sesuai digunakan untuk
mengumpul data-data yang berkaitan dengan topik kajian, iaitu:

I. Metode Dokumentasi
?
II. Metode Temubual
?

KEPENTINGAN KAJIAN
1.
2.

JANGKAAN HASIL KAJIAN


Pengakaji menyasarkan untuk menerbitkan sebuah buku dan ebberapa artikel ilmiah yang berkiatan.
Cadangan buku adalah:
1) Pengimarahan Masjid dan surau di Malaysia: Kepentinganya.
2)Siapakah jawatankuasa masjid dan surau yang layak?
BAJET
1 MAC 2024-28 FEBRUARI 2025
(a) GAJI DAN UPAH
ITEM UNIT JUMLAH
Pembantu Penyelidik

Anda mungkin juga menyukai