Anda di halaman 1dari 2

DASAR SISTEM PEMBANGUNAN MAHASISWA

1.0 Definisi

Merupakan satu platform untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa


mengenai kaedah merekodkan data penglibatan aktiviti mahasiswa
berbentuk Bukan Akademik di Universiti.

2.0 Latar Belakang

Semua aktiviti yang disertai oleh mahasiswa UMP akan direkodkan di


dalam Sistem Pembangunan Mahasiswa yang dikelolai oleh Jabatan Hal
Ehwal Pelajar & Alumni.

Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti tersebut akan diberikan markah Merit


yang akan dihimpun pada setiap sesi pengajian bagi kriteria pemilihan Kolej
Kediaman. Selain rekod aktiviti pelajar, sistem ini juga akan menyimpan
data pencapaian, jawatan dalam Kelab Persatuan dan kesalahan Tatatertib
Mahasiswa.

Di akhir sesi pengajian, mahasiswa akan diberi Transkrip Kokurikulum


sebagai Transkrip Kedua yang merekodkan semua penglibatan mahasiswa
sepanjang pengajian di universiti.

3.0 Objektif

3.1 Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dalam


usaha melahirkan mahasiswa yang holistik.

3.2 Memudahkan capaian data bagi laporan-laporan peringkat Universiti


dan KPT

3.3 Pemilihan bagi memenuhi kapasiti asrama yang efektif.

3.4 Menyokong hasrat Universiti dalam pelaksanaan Sistem iCGPA dan


One Page Resume.

KEMASKINI 2016 1
4.0 Cadangan

4.1 Jenis Pembiayaan


Tiada

4.2 Kelayakan
i. Aktiviti yang diluluskan di bawah Badan Pelajar yang
berdaftar di bawah JHEPA dan berstatus Aktif.

ii. Aktiviti berbentuk Akademik TIDAK LAYAK


menggunakan sistem ini.

iii. Aktiviti yang dijalankan tetapi tidak mengikut mana-mana


8 Teras Pembangunan Mahasiswa TIDAK LAYAK
mendapat Merit.

4.3 Syarat-Syarat
i. Permohonan Aktiviti Pelajar mestilah melalui aplikasi
atas talian Sistem Permohonan Aktiviti Pelajar.

ii. Surat permohonan perlu dikemukan kepada Timbalan


Naib Canselor HEPA bagi aktiviti yang dijalankan
sekiranya aktiviti tersebut tidak melalui Badan Pelajar.

iii. Bagi data pencapaian yang diselia oleh staf JHEPA


yang dilantik, pelajar perlu mengemukakan bukti
pencapaian (Sijil Profesional tidak diambilkira).

4.4 Pembiayaan
Tiada kos pembiayaan terlibat

4.5 Perbandingan
Tiada

KEMASKINI 2016 2

Anda mungkin juga menyukai