Anda di halaman 1dari 1

KESELAMATAN DIRI

Tips keselamatan am untuk remaja termasuk:


SENTIASA MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG DEWASA KE MANA ANDA MAHU PERGI.
Memaklumkan kepada seseorang di mana anda berada pada setiap masa adalah tindakan yang bijak.
Jika anda berhadapan dengan situasi yang berisiko atau bermasalah, keluarga dan rakan anda akan
tahu di mana mahu mencari anda. Jika boleh, jangan keluar bersendirian.
KATAKAN TIDAK JIKA ANDA MERASA TERANCAM. Jika seseorang - sesiapa sahaja -
menyentuh anda dengan cara yang membuat anda merasa tidak selesa, anda mempunyai hak untuk
mengatakan tidak. Sama ada desakan mengenai seks, dadah, atau melakukan sesuatu yang anda tahu
adalah salah, kuatkan diri dan bertegas.
TETAP PEKA DAN GUNA GERAK HATI ANDA. Sekiranya anda merasakan ada sesuatu yang
tidak kena maka ia mungkin benar. Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam situasi di mana
anda didekati oleh seseorang yang menimbulkan ancaman kepada anda, cuba sebaik mungkin untuk
tetap tenang, supaya anda dapat bertindak balas dan berfikir secara lebih logik.
JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMINTA BANTUAN. Hubungi polis, ibu bapa atau orang
yang dipercayai serta-merta dan perkenalkan diri anda dan di mana anda berada.

Anda mungkin juga menyukai