Anda di halaman 1dari 2

SURAT KETERANGAN RIWAYAT

TANAH

KRONOLOGI
1) Penerokaan dan pembukaan tanah rezab untuk penduduk asal telah dimulakan oleh
mantan Ketua Kampung, Kg Tombovo mendiang Majiani Mojinil.

2) Pada awal tahun 80an, mendiang telah memagar tanah yang dimaksudkan terletak di
tepi parit bersempadan dengan tanah gereja yang pada ketika itu masih kosong,
mendiang telah melakukan pembersihan dan memagar kawasan seluas dalam anggaran
300'x200' untuk diberikannya kepada anak-anak beliau iaitu mendiang Newson Majiani,
Elizabeth Majiani dan Rouza Majiani. Mendiang bersama-sama dengan mendiang
Newson Majiani, Beckson Majiani dan Gilong Susiang telah memagar kawasan tersebut.
Apabila kawasan tanah selesai dibersihkan dan dipagar, mendiang telah bercucuk-
tanam di kawasan tanah yang dimaksudkan.

3) Malangnya tanah tersebut telah diganggu oleh penduduk kampung (tidak dinyatakan
demi untuk tidak mengaibkan mendiang) yang mana tanam-tanaman mendiang telah
dipotong-potong/dimusnahkan dan tiang-tiang pagar telah dicabut. Oleh kerana suami
kepada Elizabeth bekerja di Pulau Labuan, maka kawasan tanah tersebut terbiar begitu
sahaja selama beberapa tahun dan menjadi semak-samun kembali namun kerja-kerja
membersihkan tanah telah diambil-alih oleh Rouza.

4) Tanah telah dipagar semula setelah itu tetapi setelah bertahun lamanya terbiar, dan
para penuntut juga sibuk dengan hal keluarga, anak-anak dan kerjaya masing-masing,
maka pagar tanah reput dimakan usia.

5) Namun yang demikian, keluarga mendiang tiba-tiba mendapat berita daripada Pn


Marina Sintoh bahawa kawasan tersebut hendak diambil untuk didirikan bangunan
balairaya.
6) Pada 28 Sept 2014, AJK Pelaksana Tanah Rezab Kampung (dikepilkan bersama sebagai
rujukan) telah mengadakan mesyuarat pertama mengenai status tanah. Keluarga
Elizabeth telah diminta membayar gantirugi sebanyak RM10,000.00 sebagai membayar
balik kos gantirugi menimbus tanah yang dimaksudkan tetapi alasan tersebut tidak
berasas kerana aktiviti menimbus tanah tidak pernah terjadi, hanya menyiangkan tanah
sahaja (land clearing) dan perkara ini disahkan oleh En. Fredo Majid.

7) Walau bagaimanapun, keluarga Elizabeth kemudiannya memohon pengurangan


gantirugi seperti yang diminta oleh pihak (Gereja/Pelaksana Tanah) kerana tidak
mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membayarnya nilai gantirugi yang tinggi.
Pengurangan pertama - RM8,000.00,
Pengurangan Kedua - RM6,000.00

8) Oleh kerana jumlah yang dikurangkan masih terlalu mahal, maka Elizabeth telah
memohon pengurangan demi pengurangan dan nilai gantirugi diturunkan kepada
RM6,000.00 di mana pihak Elizabeth akhirnya telah setuju dengan jumlah tersebut dan
membayar gantirugi yang diminta melalui transfer of fund ke akaun St Peter Tombovo
sebanyak RM6,000.00 dan diakui terima oleh Ketua Kampung Tombovo ketika itu dan
dicop dengan cop Ketua Kampung Kadius Blansus. (Rujuk lampirang sebagai bukti)

9) Tanah telah kemudiannya diberi kepada dua bahagian iaitu satu untuk Elizabeth (LOT 1)
dan Rouza (LOT 2) dalam ukuran keluasan 80' x 80' setiap satu.

10) Pada 4 April 2022, keluarga Elizabeth mula mendirikan rumah namun telah menerima
arahan daripada Ketua Kampung untuk menghentikan aktiviti tersebut kerana didakwa
telah mendirikan rumah di kawasan yang ditegah iaitu di LOT 1.

Demikianlah keterangan Riwayat tanah / kronologi

Anda mungkin juga menyukai