Anda di halaman 1dari 7

Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

INVENTORI STRES PELAJAR (ISP) - EDISI 2020


oleh;
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Durrah Nadiah Kamaruzaman,
Azila Roslan & Aslina Ahmad
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nama Umur
Jantina No. Tel:

Arahan:
Inventori ini bertujuan mengukur stres PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI yang dihadapi dalam akademik dan kehidupan seharian anda sebagai
pelajar. Tiada jawapan betul atau salah. Baca setiap pernyataan dan bulatkan
pernyataan yang terbaik menggambarkan diri anda.

1 2 3 4
Tidak Pernah Sedikit Kerap Kerap Sentiasa

Berikut ialah senarai yang anda mungkin merasakan atau berkelakuan


sepanjang pengajian anda. Sila bulatkan satu jawapan dalam setiap kotak.

SKALA
BIL PERNYATAAN
1 2 3 4
1. Sakit kepala.
2. Sakit belakang.
3. Masalah tidur.
4. Kesukaran bernafas.
5. Bimbang yang berlebihan.
6. Sakit perut/ loya.
7. Keletihan yang melampau.
8. Tangan berpeluh.
9. Sering selesema/ demam.
10. Hilang berat badan secara drastik.
11. Rasa bersalah jika gagal memenuhi harapan
ibu bapa.
12. Sukar meluahkan emosi kepada ibu bapa.
13. Ibu bapa hanya berharap kejayaan saya.
14. Sukar memperoleh bantuan akademik dari
rakan-rakan.
15. Sering bermasalah dengan teman rapat/
lelaki/ wanita

1
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

16. Kawan-kawan tidak mempedulikan saya


17. Malu berjumpa pensyarah.
18. Keluarga tidak memberi sokongan kepada
saya.
19. Pensyarah tidak memberi sokongan kepada
saya.
20. Sukar berkomunikasi dengan pihak
pengurusan institusi pengajian.
21. Bermasalah menguasai pelajaran yang
sukar.
22. Sukar mengimbangi masa belajar dan aktiviti
sosial.
23. Gementar ketika pembentangan kelas.
24. Tertekan apabila tarikh penghantaran
tugasan semakin dekat.
25. Tidak bersedia menduduki peperiksaan.
26. Selalu datang lewat ke kuliah/ kelas.
27. Hilang minat terhadap akademik.
28. Tidak memahami pengajaran pensyarah.
29. Putus asa dengan subjek/ tugasan yang
sukar.
30. Keputusan akademik tidak memuaskan.
31. Mempunyai masalah pengangkutan di
institusi pengajian.
32. Kehidupan di asrama/ rumah kediaman tidak
selesa.
33. Bunyi persekitaran sering mengganggu
saya.
34. Terdapat pencemaran bau yang tidak
selesa.
35. Tidak yakin dengan keselamatan di asrama/
rumah kediaman.
36. Kehidupan tidak tersusun mengganggu
saya.
37. Kecewa kerana kemudahan di pusat
pengajian tidak mencukupi.
38. Orang ramai membuat saya tidak selesa
keluar rumah.
39. Berbaris panjang membuat saya berasa
tidak selesa.
40. Takut kerana berfikir berada di tempat yang
tidak selamat.

Terima kasih kerana menjawab dengan jujur

2
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

BORANG JAWAPAN
INVENTORI STRES PELAJAR (ISP) – EDISI 2020

Nama Umur
Jantina No. Tel
Alamat Institusi Pendidikan:

1 2 3 4
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 11 21 31
2 12 22 32
3 13 23 33
4 14 24 34
5 15 25 35
6 16 26 36
7 17 27 37
8 18 28 38
9 19 29 39
10 20 30 40
Jumlah Jumlah Skor
skor Keseluruhan

Jumlah
skor
subskala

Catatan dan rujukan psikologis/ kaunselor/ pembimbing:

3
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

INTERPRETASI SKOR INVENTORI STRES PELAJAR (ISP)

EMPAT (4) SUB SKALA DALAM IPS

Inventori Stres Pelajar (ISP) digubal bagi mengukur tahap stres pelajar institusi
pengajian tinggi. SSI dibina berdasarkan gabungan dua teoretikal utama iaitu Teori
Sindrom Adaptasi Umum atau General Adaptation Sindrome Theory dan Teori Stres
Alam Sekitar atau Environmental Stress Theory. Asas, prinsip dan konsep utama
kedua-dua teori ini digunakan untuk mengembangkan skala utama dan subskala ISP.
Empat sub skala ISP ialah seperti berikut;

Sub Skala 1: Stres Fizikal


Sub skala fizikal merujuk kepada kesan-kesan stres ke atas fizikal. Apabila individu
gagal menangani stres secara berkesan, atau jika stres menjadi sebahagian daripada
kehidupan seseorang maka stres sering mempengaruhi atau memberi kesan negatif
kepada fisiologi dan fizikal. Antara kesan stres ke atas fizikal seseorang ialah seperti
keletihan, kelemahan fizikal, sakit kepala, masalah tidur, sakit belakang dan lain-lain.

Sub Skala 2: Stres Hubungan Interpersonal


Sub skala hubungan interpersonal menghuraikan bagaimana kesan stres memberi
kesan kepada kesukaran untuk mempunyai hubungan interpersonal yang baik dan
berkesan. Kesan stres menyebabkan hubungan interpersonal yang tidak berkesan
terutamanya dengan orang yang penting dalam hidup dan juga boleh menjadi salah
satu faktor stres kepada seseorang. Individu yang mempunyai perhubungan sosial yang
tidak berkesan sering mengalami kesepian, kebimbangan, kemurungan, harga diri yang
rendah dan emosi yang negatif.

Sub Skala 3: Stres Akademik


Sub skala akademik adalah stres ke atas pelajar kerana keperluan menguasai
pengetahuan dan kemahiran akademik yang tinggi dalam jangka masa yang sering
tidak mencukupi. Ini merupakan faktor yang mempengaruhi stres akademik dalam
kalangan pelajar. Bagi pelajar bebanan tugas akademik yang meningkat,
tanggungjawab semester dan subjek baharu, mengulang kaji, menyiapkan tugasan,
menduduki peperiksaan dan persaingan ke atas gred yang cemerlang sering
mempengaruhi stres akademik dalam kalangan pelajar.

Sub Skala 4: Stres Persekitaran


Sub skala persekitaran merujuk kepada persekitaran fizikal dan sosial yang
mempengaruhi stres ke atas individu. Stres persekitaran memberi timbal balik kepada
diri individu dan bagaimana individu bertindak balas kepada persekitaran dalam
keadaan yang stres. Antara stres persekitaran adalah seperti permasalahan kolej atau
rumah penginapan, pengangkutan, komputer, terpaksa beratur panjang, persekitaran
fizikal yang tidak sesuai, pencemaran bunyi dan udara yang menganggu, kesesakan
lalu lintas dan perjalanan berulang-alik adalah contoh stres persekitaran.

4
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

INTERPRETASI SKOR KESELURUHAN ISP

Jumlah
Tahap ISP Interpretasi Keseluruhan ISP
skor
Mempunyai kemahiran mengatasi masalah (coping skill)
yang baik ketika merasa tertekan atau merasakan
perkara itu diluar kawalan. Mempunyai sikap yang positif
dan kecerdasan diri yang tinggi. Mempunyai hubungan
yang baik dengan orang lain dan mampu menyesuaikan
diri dengan persekitaran yang baru.
Stres
40-80
Rendah
Langkah berjaga-jaga:
Teruskan sikap yang baik dan berkesan. Teruskan
menguasai kemahiran baru dan menangani stres
dengan berkesan. Sentiasa menjaga diri sendiri dan
kekalkan perhubungan baik dengan orang lain.

Mempunyai coping skill sederhana apabila merasa


tertekan atau merasakan berada disituasi luar kawalan.
Mempunyai sikap keberkesanan diri atau self-efficacy
yang sederhana. Mempunyai hubungan yang sederhana
dengan orang lain dan sederhana dalam menyesuaikan
diri dengan persekitaran yang baru.

Langkah berjaga-jaga:
Perlu lebih bijak menangani permasalahan dan krisis
Stres
81-121 kehidupan dengan meningkatkan kemahiran diri.
Sederhana
Kurangkan konflik dengan orang lain, kurangkan
mengambil tanggungjawab baharu yang menyebabkan
stres atau terlibat dengan subjek atau aktiviti pengajian
yang sukar dan menyebabkan stres. Berfikir lebih
mudah, relaks dan fokus kepada perkara yang
menyeronokkan dan menjaga diri sendiri. Belajar dan
kuasai teknik pengurusan stres dan kemahiran
kehidupan baharu untuk lebih berkesan.

Mempunyai coping skill yang lemah apabila merasa


tertekan atau merasakan bahawa perkara-perkara di
luar kawalan. Mempunyai sikap yang buruk dan self-
efficacy yang lemah. Mempunyai masalah dalam
Stres yang perhubungan dengan orang lain dan tidak dapat
122-160
teruk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baharu.
Stres boleh menyebabkan masalah fizikal dan
kesihatan.

5
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

Langkah berjaga-jaga:
Analisis faktor stres, ambil tindakan segera untuk
mengelak stres. Fokus strategi menangani krisis dan
konflik kehidupan dengan baik agar tidak memberi stres
pada masa hadapan. Kurangkan konflik dengan orang
lain, elakkan mengambil tanggungjawab baharu yang
menyebabkan stres atau terlibat dengan aktiviti
pengajian yang menyebabkan stres tidak terkawal.
Belajar kemahiran berfikir lebih positif, relaks dan
melakukan aktiviti yang memberi keseronokan. Belajar
menyayangi diri anda sendiri dahulu sebelum
mengutamakan perasaan orang lain. Jika stres
berlanjutan anda perlu berkongsi dengan ahli keluarga,
rakan yang memahami atau berjumpa dengan pakar
psikologis/ kaunselor untuk terapi.

INTERPRETASI SKOR SUBSKALA ISP

Jumlah
Tahap ISP Interpretasi Subskala ISP
skor
Mempunyai risiko rendah kepada kesan
Subskala 1:
fizikal dan penyakit akibat stres. Kesihatan
Fizikal
fizikal yang optimum.
Mempunyai perhubungan sosial yang baik
Subskala 2:
untuk mengelak stres. Sangat baik dan
Hubungan
Stres berkesan dalam perhubungan sosial dengan
Interpersonal
Rendah 10-18 orang lain.
Mempunyai pencapaian yang baik dan tinggi
Subskala 3:
dalam motivasi, pencapaian dan pengurusan
Akademik
masa dan akademik yang baik.
Baik dan berkesan dalam pelarasan antara
Subskala 4:
peribadi dan persekitaran sosial. Tinggi daya
Persekitaran
tahan.
Mempunyai risiko sederhana kepada fizikal
Subskala 1:
dan penyakit akibat stres. Kesihatan fizikal
Fizikal
yang sederhana.
Mempunyai hubungan sosial yang
Stres Subskala 2:
sederhana yang mungkin mempengaruhi
Sederhana 19-29 Hubungan
stres. Sederhana baik dalam perhubungan
Interpersonal
sosial dengan orang lain.
Mempunyai pencapaian yang sederhana,
Subskala 3:
motivasi yang sederhana, pengurusan masa
Akademik
dan akademik yang sederhana.

6
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

Sederhana baik dalam pelarasan antara


Subskala 4:
peribadi dan persekitaran sosial. Sederhana
Persekitaran
daya tahan.
Mempunyai risiko tinggi kepada kesan fizikal
Subskala 1:
dan penyakit akibat stres. Stres boleh
Fizikal
mengakibatkan kesihatan fizikal yang teruk.
Subskala 2: Mempunyai perhubungan sosial yang lemah
Hubungan yang menyebabkan anda stres. Teruk dalam
Stres yang Interpersonal perhubungan sosial dengan orang lain.
Teruk 30-40
Mempunyai permasalahan, motivasi dan
Subskala 3: pencapaian akademik yang lemah. Stres
Akademik mempengaruhi pengurusan masa dan
akademik yang teruk dan tidak berkesan.
Subskala 4: Lemah dalam pelarasan antara peribadi dan
Persekitaran persekitaran sosial. Rendah daya tahan.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai