ALLAH TELAH MENJADIKAN BULAN RAMADHAN SEBAGAI SATU BULAN YANG MULIA
BERBANDING BULAN-BULAN YANG LAIN DENGAN BEBERAPA KELEBIHAN DAN
KEISTIMEWAAN, ANTARANYA IALAH :
Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah S.W.T.
Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
Syurga dihiasi setiap hari pada bulan Ramadhan
Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan
Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup
Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa
yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah
melepaskan semua peluang kebaikan.
Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan
Ramadhan
Pada setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah S.W.T. nama-nama hambaNya yang bebas
daripada api neraka
“Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah s.w.t. menjauhkan mukanya darIPADA api
neraka selama 70 tahun”.
Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa 1997 Mengenai Perkara-Perkara yang Tidak Membatalkan Puasa.
1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan
syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.
2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung) dengan syarat tidak menelan
apa yang sampai ke halkum.
3. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan
syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
4. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut
dan tidak menelan apa yang sampai ke halkum.
5. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah KECUALI memberi makanan melalui pembuluh
darah ( seperti glukosa yang mengenyangkan ).
6. Bius menggunakan gas bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.
7. Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster
berubat.
8. Teropong dalam rongga perut untuk mencari punca penyakit.
9. Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.
10. Muntah secara tidak sengaja.
Semua hari-hari Ramadhan adalah waktu yang mulia, maka ambillah kesempatan ini dengan
memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab seperti:
Ketika hampir waktu berbuka. Nabi menyebut 3 doa yang tidak ditolak antaranya ialah
orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
Di sepertiga malam
Memohon keampunan Allah S.W.T. ketika waktu sahur.
Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika
bertemu dengan Tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah
S.W.T."
(Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)