Anda di halaman 1dari 2

“Belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum

seorang daripada kamu tiba ajalnya dan dia berkata, “Ya Tuhanku, alangkah baiknya
jika Engkau menangguhkan ajalku buat sementara waktu, supaya aku boleh
bersedekah
dan menjadi orang yang soleh.”

ADA hari ini, kita beruntung kerana dapat dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah. Ya,
ia merupakan hari yang begitu istimewa sekali jika dibandingkan dengan hari-hari lain.

Ramai yang mengenali hari Jumaat sebagai penghulu segala hari ataupun sayyidul ayyam.

Meskipun gelaran sayyidul ayyam berkenaan datangnya daripada sebuah riwayat yang daif, namun ia sedikit pun
tidak merencatkan kemuliaan pada hari Jumaat itu sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. "Pada hari tersebut
diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya." (“Bersedekah Pada
Hari Jumaat Sangat Dianjurkan Islam”) Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang
Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan
memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan hari Jumaat sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran dan hadis. Selain hari yang
mulia, Jumaat merupakan hari mustajabnya berdoa dan dihapuskan dosa. Lebih istimewa lagi apabila umat Islam
berkumpul dan melakukan ibadah bersama-sama menerusi solat Jumaat.

Ketahuilah, terdapat banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita raih pada hari Jumaat.

Bahkan, kita digalakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat seperti membaca Surah al-Kahfi, mandi sunat
Jumaat dan seumpamanya sebagai tanda mengagungkan hari Jumaat serta mengikut sunah Nabi Muhammad
SAW.

Bagaikan satu amalan, kebanyakan umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai waktu untuk bersedekah. Apakah
kelebihan bersedekah pada hari Jumaat? Bilakah waktu terbaik untuk melakukan sedekah pada hari berkenaan?

Amalan alim ulama


Bagi mendasari topik berkenaan, Sinar Islam mendapatkan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari,
Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.

Anda mungkin juga menyukai