Anda di halaman 1dari 7

Keistimewaan Wuquf di Arafah

pada Hari Jumaat & Haji Akbar.



.

Hari Jumaat ialah hari yang mempunyai keistimewaan


tersendiri dalam Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis
Nabi sallallahu alaihi wasallam:
Hari paling baik yang matahari terbit pada hari itu adalah hari
Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallamdiciptakan, pada hari
itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga,
pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu
waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah
mengharapkan
kebaikan,
kecuali
Allah
akan
mengabulkan
permintaannya. [HR. Muslim].

Catatan ringkas ini membincangkan tajuk fadhilat Wuquf


pada hari Jumaat.
Wuquf pada hari Jumaat mempunyai sepuluh keistimewaan berbanding dengan
Wuquf pada hari-hari lain, kerana beberapa sebab/perkara;

Pertama: Kerana berkumpul pada ketika itu dua hari yang


merupakan hari yang paling afdhal. Hari Jumaat yang paling afdhal
dalam seminggu dan Hari Arafah yang paling afdhal dalam setahun.
Kedua: Ianya merupakan hari yang terdapat padanya waktu
yang mustajab doa. Kebanyakan ulama mengatakan pada akhir hari
selepas asar. Kebanyakan jemaah haji yang berada di Arafah berdiri
berdoa dengan penuh tadarru, merendah diri kepada Allah SWT.
Ketiga: Ianya bersamaan dengan hari Rasulullah SAW Wuquf
semasa mengerjakan Haji Wada.
Keempat: Berkumpulnya semua umat Islam di seluruh dunia
mendengar khutbah dan solat Jumaat. Berbetulan juga dengan
jemaah haji sedang berkumpul di Arafah. Maka terjadilah ijtima umat
Islam di masjid-masjid mereka dalam keadaan mereka berdoa dan
bertadarru yang tidak terjadi pada hari lain.
Kelima: Hari Jumaat merupakan hari raya (mingguan) dan hari
Arafah adalah hari raya bagi jemaah haji yang berada di Arafah,
kerana itu mereka tidak disunatkan berpuasa di Arafah.
Hikmahnya, agar mereka kuat untuk berdoa dan beribadat di Arafah.
Ada juga pendapat yang mengatakan kerana ianya hari raya bagi ahli
Arafah.
Keenam: Bertepatan
dengan
hari
yang Allah
SWT
sempurnakan Agamanya bagi hamba-Nya yang beriman dan
menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka.
Ketujuh: Ianya bertepatan dengan hari perhimpunan agung,
hari Kiamat yang akan berlaku pada hari Jumaat kelak.
Kelapan: Umat Islam biasanya akan melakukan ketaatan yang
banyak pada malam dan hari Jumaat berbanding pada hari-hari lain.
Bahkan ramai kaki maksiat pun yang menghormati hari Jumaat,

mereka mengira sesiapa yang berani membuat maksiat pada hari itu,
Allah SWT akan menyegerakan siksaannya. Ini telah menjadi
kefahaman mereka melalui pengalaman, tidak lain melainkan kerana
kebesaran hari Jumaat dan kemuliaannya di sisi Allah SWT. Maka
Allah SWT memilihnya daripada hari yang lain, maka tidak diragukan
lagi Wuquf padanya mempunyai kelebihan daripada hari-hari lain.
Kesembilan: Bertepatan dengan hari tambahan nikmat bagi ahli
Syurga, iaitu hari yang Allah SWT kumpulkan ahli syurga di Wadi
Afyah, diletaknya mimbar dari lulu (mutiara), emas, zabarjad dan
yaqut di atas pasir kasturi, maka mereka memandang kepada Tuhan
mereka Tabaraka wa Taala. Allah SWT mentajalli(menzahirkan)
kepada mereka dan mereka melihat-Nya. Peristiwa itu juga berlaku
pada hari Jumaat.
Apabila hari Arafah terkena pada hari Jumaat maka
bertambahlah kemuliaannya berbanding dengan hari lain.
Kesepuluh: Allah SWT menghampiri orang yang sedang
berWuquf di Arafah pada petang Arafah, kemudian berbangga
dengan hamba-Nya yang berWuquf kepada malaikat dengan firmanNya:
{Apa yang mereka mahu? (datang ke Arafah ini)}. [HR: Muslim]
Aku saksikan kamu (wahai malaikat) bahawa aku telah mengampuni
bagi mereka.} [Lihat Sahih At-Targhib 1154].
Pada petang Arafah merupakan waktu mustajab doa, tidak
ditolak permintaan orang meminta segala kebaikan, maka ahli Arafah
menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan berdoa dan
bertadharru merendah diri pada waktu itu.
Allah SWT dekat dengan hamba-Nya mengandungi dua maksud;
1- Hampir dengan menerima doa dan permintaan mereka pada waktu
itu.
2- Hampir dengan makna khas istimewa untuk mereka yang berwuquf
di Arafah, Allah SWT berbangga dengan mereka kepada Malaikat,
maka hati para mukmin yang berwuquf, bertambah kekuatan dan
keyakinan, bertambah iman dan gembira, serta mengharapkan
kelebihan dan limpah kurnia Tuhannya.
Maka sepuluh perkara ini dan selainnya menjadikan Wuquf pada Hari
Jumaat lebih baik daripada Wuquf pada hari-hari lain.
Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah:

Adapun apa yang tersebar di atas lidah orang awam bahawa,


Wuquf pada hari Jumaat menyamai tujuh puluh dua kali haji adalah
maklumat yang batil, tidak ada sandaran asal baginya dari Rasulullah
SAW, tidak juga dari salah seorang sahabat Nabi SAW dan juga
tabiin, Wallahu alam. [Diringkaskan dari Kitab: Zad al-Maaad 1/6065].
Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:
Adapun apa yang disebut oleh Ruzain dalam kitab Jami dan
dimarfukan (kepada Nabi SAW) hadis:
(Sebaik-baik hari yang naik matahari padanya ialah hari Arafah,
jika bertepatan dengan hari Jumaat maka lebih afdhal daripada tujuh
puluh kali haji yang berwuquf pada hari lain.)
Hadis ini aku tidak tahu kedudukannya, kerana tidak disebut
siapakah sahabat yang meriwayatkannya, tidak disebut pula kitab
yang mengeluarkannya, bahkan dimasukkannya pada hadis alMuwatta yang disebut secara mursal dari Talhah bin Abdullah bin
Kuraiz, dan tambahan tersebut tidak ada sedikit pun dalam kitabkitab Muwatta.
Sekiranya hadis ini ada asalnya, maka kemungkinan
maksudnya 70 itu ialah bilangan atau mubalaghahiaitu menunjukkan
kelebihan, kedua-duanya menunjukkan kepada keistimewaannya,
wallahu alam. [Fath al-Bari 8/271]
Berkata Sheikh Al-Mubarakfuri:
Perhatian, telah masyhur di kalangan orang awam bahawa
apabila Wuquf pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Ini tidak
ada asal (sandarannya).
Betul Ruzain meriwayatkan dari Talhah:
(.Apabila Wuquf pada hari Jumaat maka lebih afdhal
daripada tujuh puluh kali haji yang berWuquf pada hari lain.)
Demikian dalam kitab Majma Al-Fawaid, hadis ini mursal, dan saya
tidak menemui sanadnya. [Tuhfah Al-Ahwazi 4/27]

Salah Faham Tentang Haji Akbar


Ramai lagi umat Islam yang masih belum faham dan keliru
tentang maksud Haji Akbar (besar).
Bagi setengah mereka ia adalah apabila hari Wuquf jatuh pada
hari Jumaat. Di sini kita cuba lihat penjelasan tentang maknanya
yang sebenar berdasarkan ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah
SAW yang sahih.
Allah SWT berfirman,

}
{


{Pengumuman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada
hari Haji Akbar, bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang
musyrik} [At-Taubah: 3]
*Mufassirin (ahli tafsir) berbeza pendapat tentang yang
dimaksudkan dengan Haji Akbar, ada yang mengatakan hari Nahar
(hari Idul Adha), ada yang mengatakannya hari Arafah. Tetapi yang
dimaksudkan dengan Haji Akbar di sini adalah Haji yang berlaku
pada tahun ke-9 Hijrah.
Kemudian dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah radhiallahu
anhu:
Bahawa Abu Bakr As-Siddiq radhiallahu anhu ketika musim
haji yang diperintahkan Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam

sebelum musim haji Wada, telah mengutuskan aku bersama


sekumpulan kaum muslim untuk mengumumkan kepada masyarakat
pada hari Nahar (Idul Adha), bahawa:

Selepas tahun ini, orang musyrik tidak boleh datang haji lagi dan
orang yang telanjang tidak boleh lagi tawaf di Kabah. [HR. Muslim].
Berdasarkan ayat dan hadis di atas, maka makna hari Haji
Akbar adalah hari dimana Abu Bakar RA bersama kaum muslim yang
lain, mengumumkan kepada masyarakat Makkah bahawa orang
musyrik tidak boleh lagi melakukan haji di Kabah. Ini menunjukkan
bahawa hari Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha), kerana
pengumuman tersebut dilakukan pada hari Idul Adha.
Imam An-Nawawi menjelaskan dalam Syarah Sahih Muslim,
bahawa Ibnu Syihab mengatakan, Humaid bin Abdurrahman
mengatakan, Hari Nahar (Idul Adha) adalah hari Haji Akbar,
berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiallahu anhu di atas.
Kemudian Imam An-Nawawi menjelaskan lagi,
Makna perkataan Humaid bin Abdirrahman, firman Allah
Pengumuman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada
hari Haji Akbar, kemudian penyampaian pengumuman ini
dilakukan oleh Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah, dan para
sahabat RA yang lainnya pada ketika hari Idul Adha, dengan izin dari
Nabi sollallahu alaihi wa sallam. [Syarah Sahih Muslim, Imam AnNawawi, 9:116].

Imam An-Nawawi juga mengatakan, Ulama berselisih pendapat mengenai


apa yang dimaksudkan hari Haji Akbar. Ada yang mengatakan, hari Arafah.
Sementara Imam Malik, Imam as-Syafii, dan majoriti ulama berpendapat bahawa
Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha). Sebahagian ulama menjelaskan lagi:
Dinamakan hari Haji Akbar, untuk membezakannya dengan haji Asghar (kecil), iaitu
umrah. [Syarah Sahih Muslim, An-Nawawi, 9:116].

Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, Ulama juga berbeza


pendapat tentang makna haji asghar. Majoriti ulama berpendapat
bahawa haji asghar adalah umrah. Ada juga yang mengatakan,
Haji asghar adalah hari Arafah (9 Zulhijah) dan Haji Akbar adalah Idul
Adha. Kerana pada hari Idul Adha, dilakukan penyempurnaan
amalan manasik haji yang belum dilakukan. [Fathul Bari, Syarah
Sahih Bukhari, 8:321].
Dari keterangan di atas, dapat kita buat kesimpulan bahawa
dinamakan Haji Akbar pada asasnya adalah untuk membezakannya
dengan umrah atau dengan kegiatan haji yang lain. Bahkan lansung
tiada tersebut dan tiada hubungannya dengan Wuquf yang jatuh
pada hari Jumaat.
Disebutkan dalam Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami At-Tirmizi:


Telah masyhur di kalangan masyarakat awam, bahawa hari Arafah,
apabila bertepatan dengan hari Jumaat maka hajinya adalah Haji
Akbar. Dan ini adalah pendapat yang tidak ada asasnya. [Tuhfatul
Ahwazi Syarh Turmuzi, 4:27]. Wallahu alam.
[Lihat: http://www.islamweb.net/fatwa ]
Demikianlah sedikit penjelasan tentang Fadhilat Wuquf pada
hari Jumaat dan istilah yang masyhur HAJI AKBAR menurut huraian
para ulama.
Kita berdoa kepada Allah Azza wa Jalla agar
menganugerahkan kepada jemaah haji semua Haji Mabrur, Usaha
Yang Diberkati dan Amalan Yang Diterima.
.
Akhukum,
AAM.
Makkah
4
Zulhijjah
1435H

28
Sept
2014
Wuquf pada tahun ini Hari Jumaat, Alhamdulillah

Anda mungkin juga menyukai